Al- Baqarah

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."


Showing posts with label jogging_the lovey dovey story. Show all posts
Showing posts with label jogging_the lovey dovey story. Show all posts

Saturday, September 17, 2011

jogging #30:finale.

2 bunga-bunga cOmeL

Seminggu selepas Raja meluahkan perasaannya, rombongan keluarganya masuk meminang aku.

Gelabah juga. Datang mengejut. Masa tu keluarga aku tengah sibuk bersiap untuk hantar rombongan meminang Kak Marlini. Haru!

Akhirnya, setelah selesai peminangan aku, rombongan meminang Raja diangkut sekali untuk meminang Kak Marlini.

Memang kelakar! 2 dalam 1. Dah nama pun berjiran kan. Tak ada hallah!

Hari ni hari yang ke seratus tiga puluh tiga sejak aku mula jogging dan menjadi hari yang bersejarah buat mama kerana kedua-dua anaknya melangsungkan perkahwinan pada hari yang sama.

Tak payah hotel-hotel, atas permintaan aku, abang, dan Raja sendiri majlis kahwin dilakukan di stadium! Istimewakan? Pelik tapi unik.

Ini semua idea Raja. Katanya, pertama kali dia nampak aku di stadium. Di sokong pula dengan abang, kerana di stadiumlah dia mengushar kak marlini. Nasib baik mama tak membantah.

“yelah, kau orang jumpa jodoh masa jogging.”

Itu ayat mama.

“DAH ready?” soalan mama mematikan lamunanku.

Aku hanya mengangguk. Mama tersenyum.

“cantik anak mama hari ni, tapi...”

Aku memandang serius wajah mama. Tapi apa? Dia tersenyum.

“ala... mama ni. adik taulah baju adik ni special. Tapi-tapi pulak...”

“mama tak cakap apa pun. Tapi ni baju pengantin paling unik yang pernah mama tengok seumur hidup mama ni okay. Raja memang berotak geliga,” kata mama lalu ketawa.

Aduh... tengoklah baju aku ni. baju sukan! Cap adidas. Ditempah khas. Siap ada labuci segala. Kasut pula, sporty tapi bertumit tinggi. Juga ditempah khas.

Pelik... tapi tetap cantik...

“betul cantik ni mama?” soaolku.

Oh, mama! Kalau tak cantik pun, mama cakap jelah cantik.

Mama hanya tersenyum lebar sambil mengangguk, “ mana ada pengantin yang tak cantik.”

“okay, adik dah ready!” ujarku penuh yakin lalu membalas senyuman mama.

Mama membawaku ke ruang tamu untuk majlis akad nikah.

“tak kan abang nak jadi wali pula?” soal abang pada mama.
“yelah. Papa kan dah tak ada. Jadi wali tu jatuhlah pada abang,” mama menerangkan.
“abang sendiri nak berjabat tangan papa marlini pun dah gelabah sangat dah, inikan pula nak menikahkan raja dengan  adik . Tergeliat lidah abang ni mama. Pakai wakil la mama. Boleh kan?”

Memang pakai wakil jurunikah. Abang punya peluh dah boleh buat minum dah. banyak sangat. Mama acah je sebenarnya. Tapi mama naklah abang tahu yang dia tu boleh jadi wali untuk aku.

Hah, raja dah berjabat tangan dengan tok kadi. Hai.. aku pula yang berdebar.

Jelas dan nyata! Sah dengan sekali lafaz.

Aku  tertunduk malu bila dia curi-curi memandangku. selepas mengaminkan doa, dia bangun dan menunaikan solat sunat 2 rakaat.

Setiap gerak gerinya menjadi perhatianku..

Semoga dia bisa menjadi suami yang baik untukku, yang akan membimbingku ke jalan yang lurus. Semoga kami hidup bahagia hingga ke syurga.

Dia menadah tangan, memanjat doa. Aku turut mengaminkan setiap bait doanya. Saat itu, hatiku benar-benar sayu. Semoga keredhaan Allah sentiasa berada bersama-sama kami.

Usai solat dia bersalaman dengan tetamu lelaki yang berada di ruang tamu sebelum dia bangun dan menghampiriku.

Hatiku berdebar-debar.

“assalamualaikum...”

Aku memandangnya yang sedang tersenyum. Sungguh! Senyum itulah yang mencairkan aku dan semoga senyum itu juga akan sentiasa mewarnai hari-hariku selepas ini.

“Raja Habil Al-Qausar bin Raja Al- khidir,” aku menyebut namanya perlahan.

Sedap namanya. Hai... sesuailah dengan pasangannya hari ni.

“Ye, Puan Que Inn Emiliakontesa binti  Que Imransalleh.”

“hah! Encik pilot ni, sudahlah tu sesi pandang memandang, kenal-mengenal tu. Cepat sarung cincin tu Raja,” ujar mama Raja. Hampir sahaja aku ketawa besar mendengarnya.

Cover-cover...

Aku mencium tangannya setelah dia menyarungkan cincicn di jari maniskku. Dia kemudiannya mengucup pula dahiku.

“semoga kita akan bahagia sampai ke syurga, sayang...”

Aku tersenyum... dia juga begitu.

Ya, aku telah jatuh cinta pada suamiku hari ini! not bad apa bercinta lepas kahwin!

Tamat......


p/s:feel free to drop comments!

loves,
atieput3

Friday, September 16, 2011

jogging: tinta pengarang

0 bunga-bunga cOmeL
assalamualaikum

akhirnya cerita dongeng cap jogging sudah hampir ke penghujung. Semoga ada yang mendapat manfaat daripadanya. Memang rokok menjadi isu paling utama dalam cerita dongeng aku kali ini di samping isu-isu kecil yang mungkin kita selalu amek ringan..

Terima kasih di atas sokongan korang.. aku pun tak tau seramai mana yang baca cerita ini tapi aku yakin cerita ni ade peminat die sendiri. (cewah. Perasan gile!)ahahha...

Mula-mula aku main-main je nk tulis ni.. bila ada yang komen,(emiliakontesa, princess ain, umi, -m3-) aku mula serius. N bila some one made a confession yang dia pun baca. Aku sangat teruja.. sbb aku tak sangka that someone pun akan baca cerita ringan-ringan macam ni.hehehe... thanx pda semua (including the silent readers.)

Cik Emilia, i pinjam nama you tau!hehe

Oh terlupa pulak! Aku jugak menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf sekiranya ada yang terasa hati atau tersinggung semasa membaca buah tangan aku ni.. aku tak bermaksud apa-apa cumanya sekadarnya berkongsi sedikit ilmu dengan menggunakan cara aku sendiri.

Satu rahsia yang bukan lagi rahsia, some of characters ‘aku’ dalam cite ada la sket macam aku. I mean like what i am being dreaming of. Not all, but a part of it. Tapi versi yang lebih ganas dan mulut laser la.. haaha aku tak mampu nak jadi istimewa macam que Inn apatah lagi selaser dia.hahaha.. ala pendek kata ni angan-angan tak jadi akulah.haha..rekaan semata-mata.

Coming up soon: 3 episodes of a typical love story: ‘SPIKE AKU LAGI KENCANGLAH!

Once again: THANX A LOT!

Mmuah.

atieput3.


p/s:esok part last jogging.enjoy it!

Thursday, September 15, 2011

jogging #29

2 bunga-bunga cOmeL
Jogging day 41

“Que, kita kawen?”

Aku yang baru nak melabuhkan punggung di buaian terus berdebuk jatuh ke tanah. Gila ke apa si Raja. Dekat seminggu lebih aku tak jumpa. Tup tup ajak kahwin!

“saya serius,” balasnya sambil berura-ura nak melutut.

“eh, tak payah nk melutut-lutut. Ingat cerita orang putih ke?”

Dia ketawa lalu berdiri dan duduk di atas tanah bersama-samaku.

“awak ni biar betul?”

“saya dah fikir lama dah. dari kali pertama saya jumpa awak. Kemudian mama kita pula kenalkan kita. Keyakinan saya semakin kuat.”

“tapi...”

“pasal rokok? Jangan risau. Lepas saya dengar awak bagi khutbah hari tu, memang saya tak tidur malam. Asyik terbayang-bayang aja apa yang awak kata. Memang saya nak berhenti tapi tak ada kekuatan. Sekarang, awaklah kekuatan saya,” balasnya lalu tersenyum.

“jangan berhenti kerana saya...”

“siapa kata?perasan juga awak ni!” dia ketawa. “saya nak berhenti untuk saya sendiri. Bukan untuk siapa-siapa.”

“baguslah kalau macam tu.”

“jadi awak setujulah?”

“setuju apa?”

“kahwin dengan saya la?”

“kalau berani, jumpalah mama dengan abang saya!” balasku dengan muka bangga.

“tu awak jangan risau. Awak tunggu keluarga saya masuk meminang je,” katanya lalu ketawa dan meninggalkan aku yang terpinga-pinga..

Arghhh! Biar betul mamat ni!

bersambung

Wednesday, September 14, 2011

jogging #28

3 bunga-bunga cOmeL
Jogging day 38

Aku terkocoh-kocoh menuruni anak tangga. Lambat karang, panas pula nak jogging. Sampai di muka pintu, aku lihat abang dan mama sedang berborak di meja bulat di halaman rumah.

Muka abang serius. Muka mama pula kusyuk mendengar cerita abang.

Aku berjengket-jengket menghampiri mereka lalu bersembunyi di sebalik kereta abang.

Ok, sound’s clear!

“mama boleh tolong merisik seseorang untuk abang tak?”

Aku menelan air liur. Abang nak suruh mama merisik siapa? Takkan kak marlini. Baru dua hari berlalu sejak abang ushar kak marlini kat stadium tempoh hari.

“betul ke? siapa?” mama menyoal penuh tanda tanya.

Aku memasang telinga lagi. Tapi....

Alah! Lori ni pagi-pagi yang indah nilah dia nak lalu depan rumah. Kan dah terlepas dengar jawapan abang.

Mataku mengekori bayang lori itu hingga hilang dari pandangan.

“hah! Tak ada kerja lain!! sekodeng aje kerja kau!” sergahan abang yang tiba-tiba mengejutkan aku.

“mana ada adik sekodeng. Sekodeng tak baiklah! Adik nak pergi jogging. Tengah ikat tali kasutlah.”

“banyaklah kau punya tali kasut! Mana kasut kau? Mana? Invisible ke?”

Saat itu baru aku sedar, yang aku masih belum mengenakan kasut sukanku.

Aiseh.. kantoi sudah....

bersambung...

Monday, September 12, 2011

jogging #27

0 bunga-bunga cOmeL
Jogging day 36.

“abang nak ikut adik hari ni,”  ujar abang yang sudah lengkap berpakaian sukan.

“mimpi apa malam tadi?”

“marlini!”

“seriously?” aku menyoalnya dengan penuh teruja.

Dia mengangguk.

“gila bayang betullah abang ni. sampai mimpi-mimpi kak marlini tu.”

Abang ketawa.

“abang nampak dia jogging dekat stadium pagi semalam.”

“oooo.. nak trylah ni?”

Aku pula yang ketawa.

Tanpa berlengah lagi, abang memulakan langkahnya. Hai, ni siapa yang tinggal siapa ni?
Entah beruntung apa  abang pagi ini, keluar aje dari rumah, kami ternampak marlini yang baru sahaja menutup pintu pagar rumahnya yang selang beberapa buah rumah dari rumah kami.

Aku hampir menjerit! Sumpah, aku tak pernah nampak dia jogging sebelum ini. semalam pun tak ada. Bila pula kak marlini  keluar dari rumahnya. Takkan aku tak perasan semalam.

Abang sudah tersenyum sampai ke telinga. Senyum aje semasa jogging. Nak saing dengan kak marlini tu, tak jugak! Hampeh.

Bila sampai ke stadium, abang berhenti. Nanti kalau ikut, obvious sangat katanya.

Aku menggelengkan kepala. Dasar penakut! Alih-alih aku menemankan sahaja dia duduk di bangku stadium. Matanya pula tak beralih langsung dari kelibat kak marlini.

“apa ni abang? meremang bulu tengkuk adik ni. pandang dia macam nak telan!”

Abang tersengih.

“go! Make a move. Abang tu bukan muda lagi. Tapi jangan lebih-lebih. Agak-agak dia dah bagi green light, terus je suruh mama masuk meminang. Lepas tu kahwin! And then bahagia sampai syurga.”

“kau ingat senang ke macam kau cakap tu?”

“hah, duduk jelah sini. Masalah tu memang akan selesai sendiri!” aku menyindirnya.

“Dahlah, adik nak balik.”

Aku bangun lalu meninggalkan dia.

bersambung...

Sunday, September 11, 2011

jogging #26

2 bunga-bunga cOmeL
Jogging day 34

Dia tercongok lagi di depan rumahku ketika aku bersedia mahu memulakan langkah. Kali ini penampilannya lengkap dengan pakaian sukan.

Tak kasi can aku bernafas dulu la mamat ni pun.

“awak ada hutang!” ujarnya tegas.

“assalamualaikum...” balasku dengan senyum sinis.

Dia menjawab salam lalu tersengih.

Hah, pandai pun senyum! Ingatkan dah lupa.

“boleh tak saya nak jogging dulu, baru kita settlekan masalah kita?” soalku berdiplomasi.

Dia mengangguk lalu kami memulakan langkah.

Sepanjang 4 pusingan itu, dia sepi. Begitu juga aku. Bila aku membelok ke taman permainan, dia turut sama membelok.

“boleh selesaikannya sekarang?” soalnya setelah masing-masing telahpun melakukan regangan.

Aku mengangkat kening sebelah, memberi signal-SILAKAN.

“kenapa awak selalu perli saya?” dia menyoal dengan soalan yang sama diajukannya semalam.

“itu cara saya,” jawabku jujur.

Dia mengerutkan dahi.

“bukan saya perli, cuma saya suka berkias. Bukannya awak tak tahu kan, yang merokok tu membahayakan kesihatan?”

Dia mengangguk.

“tapi kenapa awak hisap rokok juga?”

Dia menjongkitkan bahunya tanda tidak tahu atau lebih tepat lagi- ENTAH!

“kalau saya cakap baik-baik, janganlah hisap rokok. Membahayakan kesihatan. Boleh dapat kanser mulut, darah beku dekat otak dan macam-macam lagi. Awak nak dengar ke?”

“emm... tak juga,” dia menjawab lambat-lambat.

“tahu pun. Sebab tu berkias. Lebih sentap. makan dalam. Lebih insaf, walaupun tak adalah insaf manakan?”

“hmmm... kalau tak hisap rokok pun boleh mati juga! Selagi ajal saya belum sampai, saya tetap bernafas di muka bumi ni.”

Uish... dah masuk ajal pulak. Nak melawan mamat ni. sombong! aku yang mendengar pun, naik meremang bulu roma.

“ibaratnya macam nilah.  Umur awak yang Allah takdirkan 70 tahun. Tapi disebabkan awak hisap rokok, seolah-olah awak dah isi borang: permohonan untuk hidup sakit. Ya allah, kau berikanlah sakit cancer mulut padaku. Wujudkanlah darah beku dalam otakku. Biarkan aku sakit sehingga ahkirnya nyawaku.sekian terima kasih.

Jadi sepatutnya awak hidup sihat, tapi sebab merokok, baki-baki hidup awak 70 tahun tu, awak terseksa.”

Dia terdiam. Mungkin sedang mencerna apa yang cuba aku sampaikan.

“awak, ajal maut memang di tangan tuhan. Tapi tubuh sihat yang diberikan pada kita tu, adakah kita jaga dia elok-elok? Berduyun-duyun orang sakit, diorang tak minta. Yang awak dok sihat nak cari penyakit kenapa?”

Kali ini dia mengeluh.

“take your time. Think about it. The decision is yours. Allah takkan mengubah nasib kita, melainkan kita sendiri yang mengubahnya.”

Aku bangun, lalu meninggalkan dia dengan ucapan salam.

bersambung...

Saturday, September 10, 2011

jogging #25

0 bunga-bunga cOmeL
Jogging day 33

“hah nak apa pagi-pagi datang sini?”

Aku menyergahnya yang sedang termenung sambil menyandar di keretanya di depan rumahku.

“saya tak puas hati!”

Pulak? Kenapa? Kes semalam?

Aku memandangnya atas, bawah. Kameja t, sluar slack putih,  kasut kulit. Hitam. Dia ni baru balik kerja ke apa?

“ye, saya baru sampai rumah dan terus datang.”

Aik, boleh baca apa yang aku fikir?

“apa yang mengganggu fikiran awak ni?’”

“kenapa awak tak puas hati sangat dengan saya?”

“bila pula saya tak puas hati dengan awak?”

“yang awak selalu perli-perli saya tu kenapa?”

“yang awak ni nak marah-marah kenapa?”

Dia senyap.

“awak pergilah balik dulu. Kesian saya tengok muka penat awak tu. nanti kita borak lagi pasal ni,” balasku.

Tak mungkin aku berterus terang sekarang. Biarlah dia tenangkan jiwanya terlebih dahulu. Sama-sama naik angin, apa hasilnya? Habuk pun tarak.

Setelah puas melawan pandang denganku, barulah dia akhirnya masuk ke dalam keretanya dan pergi.

bersambung..

Friday, September 9, 2011

jogging #24

0 bunga-bunga cOmeL
Jogging day 32

“Que!! Tunggulah!”

Aku menoleh ke belakang. Oh, raja sedang mengejarku. Aku memperlahankan langkah.

“kenapa?” soalku sebaik sahaja dia berjaya saing denganku.

“nak jogging sama-sama,” balasnya lalu tersenyum.

Hai... nasib baik hensem.

“tak kerja hari ni?” soalku.

“hari ni masuk petang.”

Sunyi.

“semalam kenapa tinggalkan saya? Saya datang nak ajak awak jogging. Tapi kena tinggal pula,” dia menyuarakan ketidakpuasan hatinya padaku.

Aku mencemik. Yang dia buat free show adegan kepul-kepul kenapa. Lagi mau tanya ke???

Nak terus terang ke tak? Kalau aku jawab  ‘don’t break my heart’ macam dalam iklan rokok tu, nanti dia salah faham pula.

 “best sangat ke hisap rokok tu?” aku berhenti, lalu bertanya soalan itu kepadanya.

Dia turut berhenti.

“apa yang awak tak puas hati sangat?” suaranya meninggi.

Aku memandangnya. Tajam. Begitu juga dia. Soalan yang aku tanya, soalan juga yang dia bagi.

 Zalim! Tau tak zalim! Menzalimi diri sendiri dan orang lain. huh! Sebab tu aku tak puas hati.

“saya balik dulu,” aku meninggalkan dia lalu berjalan pulang. Bila aku pandang ke belakang, aku lihat dia meneruskan joggingnya.

Apa? Ingat ada adegan kejar-kejar macam dalam drama ke? memang taklah..

bersambung...

Tuesday, September 6, 2011

jogging #23

0 bunga-bunga cOmeL

Jogging day 31

Eh, macam kenal je mamat yang tengah borak dengan mama! Itu bukan raja ke? buat apa dia datang rumah aku pagi-pagi ni? nak jemput aku jogging ke? dah 2 hari tak nampak batang hidung. Tiba-tiba muncul kat rumah ni.

Eh eh... dia nak buat adegan kepul-kepul pula dalam kawasan rumah ni pula. depan mama pula tu. mama ni pun, senyum je dari tadi. Dia tak tau ke kita yang second smoker ni lagi bahaya dari orang yang menghisap rokok tu.

Mamat KK ni memang cari nahaslah!

“mama... mana mama letak freshener adik baru beli tu?” aku bersuara lantang sebaik sahaja tiba di muka pintu. Gimik je tu. baru mukadimah.

“hai budak ni. terjerit-jerit. Tengok ni siapa datang.”

Aku buat-buat terkejut. Padahal dah nak nampak tadi lagi. Tapi.... senyum mama tu! aduh!

Si kepul-kepul ni pun satu. Tak kan tak reti-reti lagi. Aku ni tak suka orang merokoklah!

“mama jemputla Raja sarapan nasi lemak kat dalam. Kesian sangat adik tengok dia ni. breakfast dengan rokok.”

Dia ketawa. lalu segera menyedut buat kali terakhir sebelum mematikan rokoknya.

Hai... rasa nak tampar-tampar aje pipi mamat ni tau!

“adik pergi dulu la ma. Rasa nak tercekik la...”

Monday, September 5, 2011

jogging #22

0 bunga-bunga cOmeL

Jogging day 30

“adik! Nak kemana tu?”

Aku berhenti melangkah. Sempat pula emak menahanku.

“adik nak pergi joggingla macam biasa,” jawabku bersahaja.

“habis, yang macam pencuri tu kenapa?”

Aku ketawa.

“mama nak adik terus terang ke tipu?”

Mama memandangku tajam. Aku ketawa lagi.

“yelah, adik terus terang. Tipu tak baik. Dosa. Adik tak nak mak tanya pasal raja tu lagi la ma. Mama tu nampak adik je, raja. Nampak adik je raja. Entah siapa anak dia entah. Raja, raja, raja.”

Emak pula ketawa.

“sebut pasal raja, memang mama nak tanya pasal dia ni,” mama mendekati aku. Wajahnya mengambarkan sesuatu yang sukar aku tafsirkan apa. Senyumnya, lagilah! Pakej lengkap tu! ngeri!

“eh, mama! dah lambat ni. si raja tu tengah tunggu adik nak jogging. Bye ma!” kataku lalu segera meninggalkan mama sebelum sempat mama berkata apa-apa.

Maaf mama, itu, memang adik tipu...

 bersambung...

Sunday, September 4, 2011

jogging #21

0 bunga-bunga cOmeL

Jogging day 29.

“abang balik pukul berapa semalam?”

“ala, yang kau sibuk-sibuk ni kenapa? Mama pun tak bising!” suara abang meninggi.

 “mama bukan tak nak bising, tapi dah tak larat nak tegur abang tu.”

“abang lepak dengan kawan-kawan abanglah semalam, tenangkan fifkiran. Stress sangat...” suaranya kembali mendatar. Dia duduk di meja bulat bertentangan dengan aku yang sedang memakai stoking. Satu yang mengagumkan aku tentang abangku yang seorang ini, selewat mana pun dia tidur, subuh pasti akan bangun juga. Dah tu steady je ambil angin pagi-pagi macam ni.

Oh, weekend cerita lain.

“abang pergi night club lagi eh?”

Dia mengangguk. abang..abang, stress je pergi kelab. Betul ke boleh hilang stress tu? aku merenungnya.

“abang tak minum benda tu ok!” dia pantas membela diri mungkin tersalah faham dengan renunganku tadi.

“habis, sepanjang malam abang langsung tak minum?”

Aku tahu, dia bukannya tidak tahu tentang hukum hakam tetapi kadang-kadang kita perlu juga saling mengingatkan.

“abang order coke.”

Aku tersenyum.

“abang tau kan, dekat tempat yang abang pergi tu kan dihidangkan jugak arak. Abang pasti ke, gelas yang digunakan tu bukan gelas yang sama?”

Dia terdiam. Lalu menggeleng.

“mustahillah kan diaorang akan asingkan gelas untuk minuman selain arak dan gelas untuk arak sahaja. Sedangkan orang yang hanya tolong bawakan gelas berisi arak tu pun, akan dapat dia punya tempias dosa walaupun dia tak minum, inikan pula yang berkongsi gelas.”

"kau jangan nak main-main adik. mana kau tahu?"

"adik tengok 'tanyala ustaz' hari tu. kebetulan diaorang discuss pasal ni," jawabku.

abang mengeluh.

“susahlah abang nak elak. Bila abang stress, kawan-kawan abang angkut abang ke sana..”

“hilang ke stress abang tu?”

“tak jugak...”

“cuba abang balik rumah, baca al quran ke. pergi masjid ke. sayang tau abang. abang tu, solat pun tak tinggal. Ruginya bila abang masuk tempat-tempat macam tu.”

“betul ke boleh tenang?”

“best sangat ke pergi kelab?”

“adik kena pergi sendirilah, baru adik tahu,” dia mengerutkan dahi pada mulanya apabila soalannya aku jawab juga dengan soalan dan kemudian barulah dia menjawab dengan muka bangga.

“so, abang kena try sendiri lah. Baru abang tahu!” balasku lalu mengenyitkan mata untuknya.
Dia termangu-mangu seketika.

“abang, doa itu senjata kita. Mintalah pada ALLAH bang! Adik gerak dulu. Nanti KK tunggu adik!” kataku lalu terus berlari sebelum dia sempat bertanyakan apa-apa.

“adik!! KK tu siapa?”

Aku hanya ketawa...

bersambung...

Friday, August 26, 2011

jogging #20

3 bunga-bunga cOmeL

Jogging day 28

Aku mengambil angin di taman permainan itu. Malam tadi, aku dipaksa juga ikut mama. Memang dekat sangat! Dalam taman perumahan ni juga.

Dan yang paling penting, itu adalah rumah mamat kepul-kepul tu!

Huh! Memang malang. Dan baru aku tau siapa sebenarnya nama dia. Raja! Cuma raja. Itu yang diberitahu kepadaku ketika kami diperkenalkan.

Raja?

Raja kapoor? Raj...rajni khan? Hahaha

Ada lagi nama raja dalam dunia moden ni?

“ni untie kenalkan anak perempuan auntie, queen!” balas mama lalu tersengih-sengih.

Keluarga Raja ketawa. “pandai auntie buat lawak.”

Mama, kalau datang penyakit humor dia, memang tak kira tempat...

“Hai Cik  Queen!”

Aku mencari arah suara itu. Siapa lagi, mamat KK tulah a.k.a Raja. Dia tersenyum meleret. Tak ada nama lain ke selain raja. Geli anak tekak aku nak menyebutnya.

“berapa round hari ni?”

“3 je. Dah penat. Semalam overloaded. Sedap sangat!” aku ketawa.

“i don’t know it was you at first. selalu tengok selekeh je.malam tadi cantik sangat!” dia memujiku. Ikhlas atau pun tidak, aku tidak pasti.

“thank you. panggil saya Que aje. Mama memang macam tu. suka buat lawak,” ujarku.

“oh, really? Ingatkan memang betul nama Queen. It is so unique and very rare. Lagi-lagi zaman moden ni.”

Dia ketawa lagi.

Amboi mamat KK ni. lebihlah pulak.

“okeylah encik raja. Saya balik dulu ya.”


bersambung...

Tuesday, August 23, 2011

jogging #19

1 bunga-bunga cOmeL
Jogging day27

“adik cuti kan malam ni?” soal mama yang sedang menyiram pokok bunga di taman.

“cutilah. Kan hujung minggu. Kenapa?” aku menyoal mama kembali.

“temankan mama pergi rumah kawan mama. Dekat aje!” aku yang sudah lengkap berpakaian sukan, menggaru-garu kepala yang tidak gatal.

“mama ajaklah abang. adik malaslah. Lagipun kan dekat je.”

“hah, ajak abang pergi mana?” sergahan abang mengejutkan aku. Tapi tatkala melihat dia juga lengkap dengan pakaian sukan, itu lebih mengejutkan aku.

“ni kamu nak pergi mana pula?” soal mama pada abang.

“abang nak ikut adik pergi cari jodoh!” balas abang lalu ketawa. 

mama hanya menggelengkan kepala.

“jangan lupa malam ni!!” mama mengingatkan aku lagi sebelum aku dan abang meninggalkan mama bersama bunga-bunga di tamannya.

“mama ajak pergi mana?”

“pergi rumah kawan dia.”

“blind date lagilah tu. abang pun nak ikutlah! Mana tau auntie tu ada anak perempuan cun yang tak pernah cucuk-cucuk langit,” balas abang.

Perli akulah tu!

bersambung.....


Monday, August 15, 2011

jogging #18

1 bunga-bunga cOmeL
Jogging day  25
Hai mana pergi encik kepul-kepul ni? dah 5 hari tak nampak batang  hidung. Takkanlah malu sangat sampai tak keluar rumah?

Itulah... yang tiba-tiba dia mengaku dia tu boyfriend aku tu kenapa? Dah tu gayanya macam nak cari gaduh bukan gaya nak kenal siapa yang duduk sebelah aku. Abang pula apa lagi, mulalah nak jadi ala-ala pemenang grammy award. Poyo!

“kau siapa?” abang dah berubah riak.

“aku boyfriend dialah!” mamat kepul-kepul menjawab.

Abang memandang aku, “you kenal siapa laki ni sayang?”

Aku terkelu memandang kedua-duanya. Masing-masing dengan aura nak cari gaduh.

“sayang, jom kita balik!” abang menarik tanganku.

Aku segera bangun. Tapi belumpun sempat kami memulakan langkah mamat kepul-kepul tu tiba-tiba menarik tangan abang. Apa lagi, lebam biji mata!

“aku abang dialah!” balas abang lalu dilebamkan pula muka mamat tu.


Aku ketawa. Padan muka!

Ops. Nanti orang ingat aku ni gila pula, ketawa sorang-sorang.Lalu aku pandang kiri dan kanan.

“Ok, line clear,” kataku perlahan.

“apa yang line clear??”

Huh!mamat kepul-kepul! Bikin terkejut saja. Macam tau-tau je aku tengah ketawakan dia, tiba-tiba muncul kat sini.

“dah lama lepak kat sini?”

“baru je.”

“ni apa sengih-sengih ni?” dia menyoal.

Aku memang tak boleh tengok muka dia la! Lama dia merenungku. dan akhirnya dia mengeluh.

“saya balik dululah!” katanya lalu bangun dan berlalu. Aku tergamam.

“eh.. eh.. hei.. emm..” alamak! Siapa pula nama mamat ni.

Dan akhirnya dia hilang dari pandangan mata.

Alahai... softhearted pulak!
CHEMISTRY without CATALYSIS, would be a SWORD without a HANDLE, a LIGHT without BRILLIANCE, a BELL without SOUND.

~love chemistry~

.giRLs DrEaM TEaM.

.giRLs DrEaM TEaM.

.wishlist.

tamat belajar
gaji pertama
konvo
external hard disk
amek lesen
S.E xperia vivaz
my first car
netbook
bola guli
VB team
DSLR
family holiday
Encik P
settle ptptn
...bahagia sampai ke syurga...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...