Al- Baqarah

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."


Monday, April 2, 2012

spike aku masih kencang OK! 1



      Neya duduk termenung di dalam gelanggang bola tampar di taman perumahannya. Bola Molten high performance  yang berwarna ungu-kuning  itu dipandang lama. Ada satu kesalan terbit di hatinya namun dia tidak boleh menyalahkan sesiapa kerana itu adalah keputusannya.

“hai Neya, sorang saja?” teguran dari Haikal yang baru tiba mematikan semua lamunan Neya.

“I should ask the same question...” kata dia sambil tersenyum.

“budak-budak lain sampailah tu kejap lagi. Aku dah roger dah tadi. Amat mana? Selalu datang dengan kau,” soalan haikal mengundang keruh di wajah Neya.

“dia tak balik. ada latihan MASUM," Neya menjawab. memang begitu setiap hujung semester 1. pasti Amat sibuk dengan latihan untuk Majlis Sukan Universiti-universiti Malaysia.

Haikal turut mengeluh, “dah lama dia tak main dengan kita.”

“masuk dalam all stars team, mestilah kena usaha lebih. Nak kekalkan champ kan,” kata Neya lalu ketawa.

“hmmm..nasib baik hari minggu ni kitorang tak ada training. sebut pasal MASUM ni, apasal kau dah 2 tahun tak join? Why did you give it up, neya?”

“siapa yang give it up? Ni aku masih main apa,” balas Neya tegas. Bola tampar di tangan, ditunjukkan pada Haikal.

come on, you know what I mean. Semua ni pasal Amat kan?”


“tak ada kaitan pasal dia. aku yang buat keputusan macam tu,” balas Neya lalu bangun.  Dia berjalan ke hujung gelanggang. Bola di tangan diservis kuat!

“Neya yang aku kenal takkan quit!” marah Haikal lalu bola ditangannya dispike ke arah Neya.

Neya menarik nafas lega apabila melihat teman-teman yang lain datang. Najib, Faizal, Bob, Jay, Ita, Joji, Midah dan Suzi. Haikal mula membilang dalam diam. Baru 10 orang. Tak cukup lagi ni nak main.

Mereka bersapa mesra antara satu sama lain. kali terakhir mereka main pun sebulan yang lalu. Maklumlah sekarang semua dah belajar jauh. Bukan senang nak berkumpul petang-petang macam dulu.

“Amat mana?” soal Najib pada Neya.

“okay dengar semua, aku nak buat pengumuman. Sebab aku letih nak menjawab soalan yang sama sebab aku tahu, kejap lagi mesti ada orang akan tanya aku lagi. Amat tak ada ya. He’s not here this weekend,” kata Neya. mereka yang ada di situ hanya mengangguk-angguk.

“macam mana nak main ni? tak cukup orang,”  Suzi mencelah.

“alah, macam tak biasa main tak cukup orang kan?” Jay menjawab sambil mengangkat keningnya. 

Suzi mencebikkan bibirnya. Bajet terrorlah tu! Menyampah!

“aku dah roger semua orang. Tapi ini je yang ada sekarang. So, layan jelah,” kata Haikal.

Mereka mula memanaskan badan. 5 minit kemudian, masing mengambil tempat. 5 lawan 5. Neya, Suzi, Bob, Najib, dan Faizal berada dalam kumpulan yang sama manakala selebihnya menjadi lawan mereka.

Permainan dimulakan. Neya gembira. No stress, just fun! Sudah sebulan juga dia tidak main. Dia memang betul-betul berhenti main di kampus. Langsung tidak disentuh bola itu. kalau ada pun, sekadar melepaskan giannya. Itu pun bertemankan dinding di biliknya sahaja.

Sekali-sekali Neya memandang ke pintu court mereka. Hatinya resah. Kenapa mereka masih belum tiba?

“Aduh...” Neya mengaduh. Nahinya digosok perlahan.

“sorry...”ucap Jay sambil tersengih.

“kau ni kan!pening kepala aku. Kalau ye pun nak balas dendam kau kalah dulu, tunggulah kita cukup orang!” NEya membebel.

Jay ketawa. dia sebenarnya tidak sengaja. Neya yang tidak berhati-hati. Kalau dia fokus, sudah tentu bola itu tidak mendarat di kepalanya!

“mata kau tu, pandang mana?” soal Jay pula.

“tu, member aku datang,”balas Neya sambil menunjukkan 2 orang lelaki yang sedang melangkah ke gelanggang mereka.


MEET my ex-teammates, Faruq dan Razif!”

“yeke ex teammates ni Neya? ke ex tettttttt...” seloroh Jay lalu menghulurkan tangan pada faruq dan razif sebagai tanda perkenalan. Kemudian diikuti teman-temannya yang lain.

“hensemnya Neya! dia orang tak pernah datang pun sebelum ni?” Joji sudah mula menggedik. Pantang nampak lelaki hensem!

“serius lagi hensem berganda dari Amat,” bisik Ita pula sambil ketawa.  neya menyiku kedua-dua temannya itu. mulalah nak mengada-ngada!

“korang, ni team sekolah aku dulu. Nana dan lain-lain dah pernah jumpa. Kau orang je yang tak pernah datang sini. Ita, Joji, Suzi dan Midah,” Neya memperkenalkan teman perempuannya kepada faruq dan Razif. Mereka saling berbalas senyuman.

“kau yang tak pernah nak ajak! Masa tu kan kau gaduh dengan aku,” bisik Faruq ke telinga Neya. Neya menolak faruq jauh-jauh.

“kau jangan nak buka kisah lama ok! Aku spike kau karang!” kata Neya lalu ketawa.

“okay. Nak rasa sikit spike kencang kau tu! sebab tu aku sanggup datang jauh-jauh ni,” balas Faruq pula lalu menjadi pasukan lawan Neya.

“jom...jom... kejap lagi dah nak malam. Neya dan faruq memang macam tu. macam anjing dan kucing!” sampuk Razif pula.

Teman-teman Neya yang lain saling berpandangan. 

“err... Macam anjing dengan kucing tu kan macam Neya dengan Amat...”

“shh...!”



MEREKA terduduk keletihan. Baru terasa dahaga dan penat yang amat sangat. Masing-masing mencapai botol air dan meneguknya tidak henti. Tidak lama kemudian, azan berkumandang.

“jom mamak malam ni? aku berlanja,” Haikal bersuara sebaik sahaja  mereka mengaminkan doa selepas azan.

“serius?” Bob menyoal laju.

“seriuslah. Nak ke tak nak? Lepas isyak, 8.40 dekat mamak Joe!” kata Haikal sambil mengemas barang-barangnya.

“Aku tak nak mamak Joe,” Midah meningkah.

“aku ada hal,” Jay mencelah.

“aku pun,” kata Suzi lalu memandang Jay.

“kau pun apa?” soal Bob pada Suzi.

“err.. maksud aku, aku pun ada hal,” jawab Suzi.

Neya memandang Jay dan Suzi satu-persatu. Macam ada sesuatu yang disembunyikan oleh mereka! Jangan-jangan...

“apasal kau pandang aku macam tu?” soal Suzi pada Neya.

Neya hanya menggelengkan kepalanya sambil tersenyum nakal. Nak sembunyi konon!

“lepak roti Lan lah!”

“weh cepatlah decide! Dah maghrib ni. nanti mama aku bising. Tapi kan, aku dah janji nak lepak dengan dia orang ni,” kata Neya merujuk kepada Razif dan Faruq. bola sudah pun dimasukkan ke dalam jaring yang dibawanya bersama, kasut pun sudah ditukar.

“roti Lan. 8.40. if you don’t mind, come join us,” putus Haikal sekaligus mempelawa Faruq dan Razif mengikut mereka.

“korang maghrib dekat mana ni?” Najib menyoal Faruq dan Razif.

“dia orang lepak rumah aku dulu. Dah lama papa aku nak jumpa dia orang. Kita orang gerak dululah. Jumpa malam karang...” neya menjawab soalan najib bagi pihak teman sekolah lamanya itu.

Mereka semua berpisah dengan janji untuk berjumpa semula malam nanti.

bersambung...

0 bunga-bunga cOmeL:

CHEMISTRY without CATALYSIS, would be a SWORD without a HANDLE, a LIGHT without BRILLIANCE, a BELL without SOUND.

~love chemistry~

.giRLs DrEaM TEaM.

.giRLs DrEaM TEaM.

.wishlist.

tamat belajar
gaji pertama
konvo
external hard disk
amek lesen
S.E xperia vivaz
my first car
netbook
bola guli
VB team
DSLR
family holiday
Encik P
settle ptptn
...bahagia sampai ke syurga...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...