Al- Baqarah

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."


Monday, November 14, 2011

cerpen: Aduh, DRAMANYA!


“Nah barang kau!”

Aku mencampakkan  barang-barang ke riba Muaz. Letih masuk kuliah pun belum hilang lagi. Inikan pula diasak dengan pelbagai pertanyaan sebaik sahaja muka aku terjengul dalam bilik tutor.

Muaz tersenyum meleret membelek hadiah di tangannya. Sumpah! Seolah-olah sedang mencurahkan minyak ke  hatiku yang sedang hangat membara ni.

“tak boleh ke kau berhenti je dengan part time kau ni?” aku menolaknya ke tepi supaya dia memberi aku sedikit ruang di sofa empuk itu.

“kenapa? Kau tak suka ke abang kau yang hensem ni dikenali ramai?”soalnya sambil mengangkat keningnya.

“banyaklah kau punya suka! Mula-mula tu aku banggalah juga, abang aku yang tak berapa betul ni jadi model sambilan. Dah tu kerja engineer pula. Gila ke apa tak bangga! Tapi masalahnya, fan kau tu menyusahkan hidup aku! Sejak kau melibatkan diri dalam dunia perasan glamour ni, hidup aku tak senang tau. Asyik kena kejar dengan fan kau aje. Aku dah final yearlah. Penatlah aku macam ni.”

“ala kau ni pun, dia orang kejar, kau larilah,” balas Muaz dengan muka tak bersalah.

Aku merenungnya tajam. Dia ingat aku ni pelari pecut agaknya. Nak berjogging pun aku malas.

“dahlah aku naik dulu!” sekali lagi aku menolak tubuhnya. Dia ketawa bila mendengar aku mendengus.

“Efi!” dia melaung memanggil namaku.

“apa?”

“ada kawan aku nak berkenalan dengan kau. Model jugak!” aku lihat dia tersengih.

Huh, malas nak layan!


“Efi, apasal mamat tu asyik pandang-pandang kau?”


klik continue reading untuk baca selanjutnya



“hmm.. fan abang aku la tu...”aku  meneruskan suapan tanpa langsung beralih pandangan daripada hidanganku. Sejak pagi-pagi lagi kelas penuh. Bila dah sampai tengah hari macam ni, masakan perut aku boleh tahan lagi.

“err... kau kalau nak buat lawak pun, berpada-padalah sikit. Abang kau tu bukan perempuan. Lelaki. hei, read my lips! LELAKI. takkan mamat tu pun fan abang kau jugak?”

Ish, perempuan ni kan! tak senang aku nak makanlah. Nak read apa lagi??? Bukannya aku tak dengar. Tak boleh ke dia makan senyap-senyap.

“mana?” aku menyoal malas. Tak layan karang, merajuk pula. Tak ada masa pula aku nak pujuk.

Sarah menjuihkan bibirnya ke arah lelaki yang dia maksudkan. Perasan dia diperhatikan, lelaki itu bangun lalu beredar dari cafeteria.

“mencurigakan!” ujarnya dengan dahi yang dikerut-kerutkan dan mimic muka ala-ala spy!

Aku merenung Sarah dengan pandangan yang tajam.

“what?”

“boleh biar aku makan dengan tenang sekarang?” soalku dan tanpa menunggu jawapannya, aku meneruskan suapan sehingga butir-butir nasi yang terakhir.


Pagi hari sabtu! Hari yang paling ditunggu-tunggu. Tapi ketenangan pagi itu hilang dek kerana pelawaan si Muaz yang memang tak puas hati bila aku dapat memerap dalam bilik.

“Muaz, temankan mama shopping hari ni?”

Aku mendengar ayat mama yang berupa arahan itu tersenyum di dalam hati. Bahagia, bila bukan aku yang diajak mama. Mama kalau dah shopping, memang patah kaki! Letih aku nak membontoti mama. Tapi yang seronoknya, bila mama belikan pakaian untuk dirinya, paling tak pun adalah juga sepasang-dua pula untuk aku.

“tu kenapa tersengih tu?” mama menyoal aku. Aku memandang  mama kemudian beralih pula kepada Muaz yang sedang menyuapkan nasi goreng ke mulut.

“bukan apa, Efi baru ingat abang cakap dia memang free hari ni. padan sangatlah tu!” balasku mengudang renungan tajam dari Muaz.

Berbeza pula pandangan mata mama, berbunga-bunga, berseri-seri!

“kalau macam tu, pukul 10 ya kita pergi?” kata mama pula tanpa menunggu keputusan daripada Muaz. Aku mengenyitkan mata pada abangku itu. Padan muka!

“Ma, sekarang ni Muaz dah jadi public figure. Kena ada ladyguard. Baru fan Muaz tak datang dekat.  Tu, mama ajak si Efi tu sekali! Duduk rumah bukan dia buat apa pun. Membuta je,” Muaz bersuara sekaligus membuatkan mama menambahkan escotnya tanpa perlu dibantah lagi.

Muaz ni kan!!!

Lalu tersadailah aku di The Garden ni! dari pukul 10, sekarang dah hampir pukul 4, mama masih lagi ligat dengan hobinya. Aku yang patah kaki dan tangan! pertama sebab dah banyak berjalan. Kedua, mengangkut beg-beg mama yang sikit pun tak mahu dijinjit oleh Muaz.

“Ma, Efi dah penat sangat! Jom kita balik?” aku memujuk mama. Muaz pula dari tadi sibuk melayan peminat-peminatnya. Menyampahnya aku! Senyum plastik! tak lenguh ke mulut tu?

Mama memandang aku dengan pandangan belas. Aku pun apa lagi, menambahkan lagi riak sedih di wajahku. Apa, ingat aku ni tak berdarah seni ke? tengok kakilah beb!

“yela...”mama mengalah.

Tanpa menunggu barang sesaat pun, aku terus melangkah ke lif. Sekali-kali aku pandang ke belakang. Mama dengan pandangan matanya yang melilau. Muaz, dengan senyumnya yang tak habis-habis. Terkenal sengat ke abang aku ni? Duta gel rambut je pun. Huh, tak kuasa aku nak fikir!

“Efi!”mama melaung namaku. Langkahku terhenti. Bila aku menoleh ke belakang, baru aku perasaan, jauh juga jarak aku dengan mama.

“Efi, tunggu mama dalam kereta dengan Muaz ye? Mama nak masuk situ kejap,” arah mama. Aku yang sudah kehabisan bateri ni dah tak mampu nak mencerna lagi dah ‘situ’ yang dimaksudkan mama. Pergilah mama. Anakmu ni tunggu dalam kereta aje.

“huh, letih senyum!” kata Muaz sebaik saja berada di sebelahku yang sedang menunggu lif.

“mama mana?”soalnya. aku hanya memberi isyarat mata, mulut, apa sahaja yang boleh aku gunakan asalkan aku tidak bercakap.

“ni apasal macam OKU pula ni? dah tak boleh cakap?” Muaz menolak bahu kiriku. Walaupun hanya perlahan, namun sudah cukup untuk membuatkan aku hilang keseimbangan dan jatuh.

Saat punggungku berdebuk mencecah lantai, rasanya mahu sahaja aku mengigit-gigit, lelaki di depanku ini. terasa aura marahdah naik sampai ke kepala!

“Kau kenapa? Apa yang tak puas hati sangat? Kau ingat kau sahaja yang letih? Aku tak letih? Mama ajak siapa sebenarnya? Seronoklah layan fan kau tu! dah tak ingat pada adik kau yang mengangkat barang-barang ni? hah?”

“efi...” aku lihat dia tergamam.

Aku menarik nafas dalam-dalam.  Kan aku dah cakap, aku tak nak bercakap! Bila lif terbuka, aku terus meloloskan diri ke dalamnya. Mujur memang tiada siapa-siapa saat itu. Drama habis!

“Efi... aku lupa pasal barang-barang ni,” pujuk Muaz bersama beg-beg kertas yang telah pun dikutipnya.  Aku berdiri memeluk tubuh di satu sudut. Pintu lif tertutup.

“memanglah... kau ingat fan kau aje!” balasku dengan nada suara yang dikendurkan. Tiba-tiba ada sesuatu ang mengusik jiwaku.

“kenapa? Kau cemburu?”

Aku merenenungnya tajam. Dia ketawa.

“sakit tadi?” dia menyoalku lembut. baru ingat nak tanya!

“sorrylah.. aku tak sengaja. Masa bagi kau pegang barang-barang tu bila dia orang minta autograph tadi aku terus terlupa. Aku minta maaf ya?”

“hmmm..”

“punyalah panjang aku bercakap, hmmm aje yang kau balas?”

“ish, diamlah!”

Dia ketawa. bila lif terbuka, dia terus menarik tanganku. “Jom. Karang berdebuk lagi.”




bersambung...

0 bunga-bunga cOmeL:

CHEMISTRY without CATALYSIS, would be a SWORD without a HANDLE, a LIGHT without BRILLIANCE, a BELL without SOUND.

~love chemistry~

.giRLs DrEaM TEaM.

.giRLs DrEaM TEaM.

.wishlist.

tamat belajar
gaji pertama
konvo
external hard disk
amek lesen
S.E xperia vivaz
my first car
netbook
bola guli
VB team
DSLR
family holiday
Encik P
settle ptptn
...bahagia sampai ke syurga...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...