Al- Baqarah

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."


Tuesday, March 30, 2010

...kampong girl~ vol 8


“will you marry me?” taufik melutut di hadapan gadis kesayangannya, persis putera raja yang menagih kasih dari sang puteri. Dengan jubah dan topi istiadat graduasi menampakkan dia lebih tampan dari biasa. Pandangan asing mata-mata yang memandang tidak dihiraukan. Biarlah hari yang bersejarah ini menjadi lebih bermakna buat mereka berdua.



Si gadis mengangguk tanda bersetuju. Dia berpelukan dengan teman disebelahnya. Senyuman Taufik melebar. Dia tahu bukan begini caranya. Namun lambat laun gadis itu menjadi isterinya juga. Dia mahu semua yang ada di situ mengetahui betapa cintanya dia pada gadis yang dilamarnya.


Taufik dijulang teman-teman. Walaupun sebenarnya dia malu sebentar tadi tetapi entah dari mana datangnya keberaniannya, dia tidak tahu. Tiba-tiba sahaja dia mencapai bunga lalu melutut di hadapan seorang gadis, ratu hatinya, melamar di hadapan orang ramai. Melamar! Bukan satu kerja yang mudah bagi seorang lelaki.






“CANTIK Inn hari ni,” puji Sophia tatkala melihat Intan. Rona krim yang dipakainya sangat sesuai dengan Intan. pandai dia pilih warna tema itu. tentulah warna krim juga yang di pakai Sophia.

“ala kak, biasa aje. Akak tu lagi cantik,” balas Intan pula. sophia hanya tersenyum.


“pukul berapa pengantin lelaki sampai Inn?” soal Sophia yang melihat keresahan terpancar di wajah Intan. pasti intan sudah tidak sabar berjumpa dengan buah hati pengarang jantungnya.


“sekarang dah pukul 1 kak. Sepatutnya dia orang dah sampai dah,” balas Intan. tudungnya dikemaskan.


Intan memandang ke luar tingkap. ‘apa khabar ya dia sekarang?’ desis hati Intan. sejak mereka tamat belajar beberapa bulan lalu, Intan tidak pernah berjumpa mereka. Hanya kiriman sms dan panggilan telefon sahaja pengganti diri.


Tiba-tiba kompang dipalu menandakan yang pengantin lelaki dan rombongannya sudah tiba. Sophia mendapatkan Intan yang sedang berdiri di tepi tingkap.


“dah sampai kak!” kata Intan girang. Sophia tersenyum.


“tunggu apa lagi? Cepat turun,” kata-kata dari mak Andam membuatkan mereka saling berpandangan.


Sophia memegang tangan Intan, erat. Intan hanya tersenyum. Debaran di hatinya hanya Tuhan yang tahu. Dia melangkah perlahan menuruni anak tangga. suasana di rumah besar itu sangat meriah. Intan tidak biasa dengan orang yang begitu ramai. Berada di tengah-tengah orang kaya membuatkan dia berasa rendah diri. Pandangannya ditundukkan.


“pandang depanlah,” kata Sophia. Intan hanya tersenyum. debaran di dadanya semakin menggila tatkala melihat pengantin lelaki. Intan berdoa di dalam hati. Semoga detik ini pantas berlalu.


“assalamualaikum,” Taufik berbisik memberi salam pada isterinya. Mereka berpimpinan tangan sebelum melangkah menuju ke pelamin.


Intan terpaksa melepaskan tangan Sophia. Cahaya dari lensa kamera yang datang dari pelbagai sudut memenuhi ruang itu membuatkan intan kaget. Tiba-tiba bahunya dicuit. Intan berpusing ke arah cuitan itu.


“hai Putri!” Aidil berbisik ke telingan Intan, mahu gadis itu mendengarnya walaupun dalam suasana riuh-rendah begitu.


“SEPET!” balas Intan memuncungkan mulutnya. Dia tahu dia akan berjumpa dengan Aidil di majlis perkahwinan Taufik dan Sophia tetapi tidak di sangka yang Aidil akan memanggilnya dengan nama itu lagi.


“cantik kan mereka? Sophia dan Taufik macam pinang dibelah dua,” puji Aidil, berkongsi rasa kagumnya bersama Intan. gadis yang dulu pernah dipanggilnya budak kampung.


“mereka memang padan,” balas Intan bersahaja. Malas mahu melayan lelaki itu. tadi hatinya menyatakan rindu namun bila berjumpa, menyakitkan hati pula.


“kenapa nada lain je?” soal Aidil. matanya tepat memandang gadis itu. berbaju kebaya labuh, bertudung. Manis! Desis hati Aidil.


“tak ada apa-apa. Inn lapar,” kata Intan lalu meninggalkan Aidil. Aidil yang sedikit kalut melihat Intan melangkah terus menarik tangan gadis itu membuatkan Intan berhenti.


“ Now what?” soal Intan. matanya memandang Aidil meminta supaya tangannya dilepaskan.


“err.. wow! Speaking English!” kata-kata itu terkeluar dari bibir Aidil tanpa niat. Sungguh! Kali terakhir dia mendengar Intan bercakap bahasa inggeris adalah pada lebih setahun yang lalu, ketika dia terlanggar dengan gadis itu di dewan kuliah.


“sepet!” balas Intan. wajahnya menahan rasa marah namun dia masih kaku. Enggan melangkah, bimbang disentuh lelaki itu lagi.


“ok..ok.. I’m so sorry. I lapar. Dari pagi belum makan sebab temankan Taufik. You nak makan kan? Temankan I sekali boleh? Kawan-kawan kitorang belum datang lagi.”


“tak ada teman baru nak cari aku. kalau ada geng-geng dia tu, ketawakan aku jelah jawabnya kan? Biasalah aku budak kampung, mana dia pandang,” Intan mengomel sendirian. Dia mengeluh. Mengharapkan sesuatu yang tak pasti.


“sorry. what did you just say?” soal Aidil. dia tahu Intan berkata sesuatu tetapi dia tidak tahu apa butirnya.


“jom!” balas Intan setelah memandang wajah Aidil yang penuh harapan.


Aidil tersengih. Dia mengekori Intan ke khemah tetamu. Berlainan dengan konsep di kampung, di sini ada beberapa buah khemah yang dipasang bersambungan. Sesiapa sahaja boleh duduk di meja-meja yang disediakan tidak kira lelaki atau perempuan. Tetapi kalau di kampung, mesti ada dua buah khemah yang dipasang berasingan menandakan satu untuk tetamu lelaki dan satu untuk tetamu perempuan.


“nah,” kata Intan lalu menyuakan sepinggan nasi beriani untuk Aidil, musuh yang dalam diam dirinduinya tanpa sedar.


“thanks,” balas Aidil. gadis itu dipandang sekilas. Dia gadis melayu Aidil! bukan gadis kampung. Selama ni kau yang buta!hatinya bersuara.


Intan melihat lauk-pauk yang disediakan. Berkira-kira mahu memilih yang mana. Ada ayam masak merah, kari daging, ayam masak madu, acar limau, daging masak rendang tok, dan buah-buahan. Dia kecewa. Baru dia teringat, di sini mana ada orang hidangkan ulam. Tapi acap limau pun dah cukup. Intan tersengih sendirian. Tiba-tiba Aidil meletakkan acar limau di dalam pinggan Intan. intan memandang lelaki itu.


“I tengok you pandang acar limau tu lama sangat. Mungkin you suka,” jawab Aidil memahami pandangan gadis itu. intan tersenyum.


Selesai mengambil lauk, Intan menunggu untuk mengambil air pula dengan gelas di tangan. Ramai pula orang yang beratur mengambil air walaupun di situ ada tiga container yang berisi air.


“bak sini you punya gelas. I dah letak pinggan I kat situ. You pergi duduk dulu, I ambilkan air untuk kita,” kata Aidil sambil menunjukkan ke satu arah.


Tanpa bersoal jawab Intan melakukan seperti yang di suruh. Tidak kuasa dia mahu berdiri lama-lama. Terasa seperti banyak mata yang memandang ke arahnya. Padahal semuanya sedang sibuk menjamu selera. Setelah tiba di meja yang dimaksudkan Aidil, Intan terus duduk. Yang peliknya bukan satu pinggan yang berisi di atas meja itu tetapi lima! Ada lima pinggan di situ.


“intan..” Intan mencari arah suara itu. “sinilah,” sambung Aidil lagi. Tempat lain yang dimaksudkan,lain pula yang Intan pergi.


Intan malu sendiri. Mujur dia belum makan. Paling memalukan apabila mahu memandang wajah Aidil. hanya tuhan yang tahu bagaimana perasaan malunya saat itu. pasti lelaki itu ketawa bersungguh-sungguh melihat dia yang sudah tersalah meja.


“tadi tu..”


“it’s ok dear. Don’t explain,” kata Aidil sambil tersenyum. dia tidak mahu menambahkan kedinginan antara mereka lagi.


Intan terus duduk. Perasaanya bertukar menjadi debaran. Degup jantungnya tidak menentu. Lelaki itu dipandang lama. Ikhlaskah dia?


“you nak tahu something tak Inn?” soal Aidil pada gadis di sebelahnya.


“I will do the same thing for my mrs. Right! Tapi mesti lagi special daripada cara Taufik buat pada isteri dia dan yang paling penting, I akan dapat pakej bulan madu percuma ke Europe!” Aidil bercerita penuh girang. “ atau you suka jepun?mungkin china?”


Intan tercengang seketika tatkala mendengar soalan dari Aidil di penghujung ayat. Dalam masa yang sama, hatinya pedih. Aidil seperti sudah punya pilihan sendiri lalu apa guna bertanya kepada dia? mungkin dia mahu pendapat atau dia sengaja nak menyakitkan hati aku? sudah tentulah aku tidak pernah ke mana-mana negara yang dia sebutkan. Fikir Intan. dia hanya tersenyum hambar tatkala Aidil memandangnya, tentunya mengharapkan respon.


“amboi merpati dua sejoli ni,makan mengalahkan pengantin. Seorang malu-malu menghadap nasi,seorang lagi asyik tengok orang tu aje,”usikan Taufik dan gelak tawa Sophia mematikan lamunan intan. sejak bila pula mereka di sini. Bukan tadi masih di pelamin ke?


“dah lah tu sayang. Tengok muka Intan dah merah dah,” kata-kata Sophia membuatkan Intan semakin malu. Dia hanya menundukkan wajah apabila Aidil memandangnya sambil tersenyum.


“hei, jangan kacau teman I! nanti tak kenyang dia makan. Tempat you all kat sana ok,” gurau AIdil lalu menujukkan meja pengantin.


Taufik tersenyum lalu memimpin tangan isterinya menuju ke meja pengantin. Memang sekarang untuk makan beradab. Semasa melintasi meja Intan dan Aidil dan melihat gelagat mereka tadi membuatkan dia rasa ingin menyakat mereka.


“inn, lepas ni you pergi mana?” soal Aidil setelah lama mereka berdiam diri.


“Inn balik kolej. Mungkin tak dapat hadir majlis malam esok,” balas Intan. dia tidak tahu bagaimana mahu ke hotel J.W marriot untuk majlis di pihak lelaki. Sophia ada mengajak Intan tinggal di rumahnya dan pergi sebagai tetamu pengantin perempuan tetapi Intan menolak.


“kenapa pula tak dapat hadir?” soal Aidil dengan wajah berkerut namun Intan hanya menggeleng. Tidak mahu menjawab soalan Aidil.


“hmm.. Jomlah I hantar you balik. And tomorrow night we will be going together. Is that okay with you?”pelawa Aidil.


“tak payahlah Aidil. Inn boleh balik sendiri.”


“you ni kan, dari dulu sampai sekarang sama aje. come on, majlis tu pun penting untuk Sophia. Dia mesti nak you ada. please…” Pujuk Aidil, bukanlah lagi kasar seperti dulu.


Lama intan memandang lelaki itu. pandai dia memujuk, menggunakan nama Sophia. Orang cakap rezeki jangan di tolak, bala jangan dicari.


“okay. Tapi dengan satu syarat.”


“syarat apa?” Aidil mengangkat keningnya. Suapannya terhenti.


“jangan panggil saya putri!” balas Intan dengan matanya yang sengaja dibulatkan, menandakan yang dia benar-benar marah dengan panggilan itu.


Melihat memek wajah Intan, AIdil ketawa gelihati. Sangat comel! Dengan pipi Intan yang kemerahan, alis matanya yang lentik, bibirnya yang nipis dengan warna asli dan matanya yang sengaja dibesarkan. kenapa sebelum ini dia tidak nampak semua itu?


“Ni kenapa sengih-sengih ni?” soal intan. seketika mereka saling berpandangan sebelum Intan menundukkan wajahnya. Senyuman Aidil melebar.


“hmm.. tapi I suka panggil you putri, boleh tak kalau I nak panggil you dengan nama tu?” pinta Aidil.


“tak boleh!”


“bolehla….”


“tak!”


“please…”


“I nak balik. Bye,” kata Intan lalu bangun dengan niat ingin meninggalkan AIdil yang masih lagi berbaki nasi di dalam pinggannya.


“ala.. tadi you juga yang kata nak temankan I. I belum habis lagi you dah nak bangun,” melihat wajah Aidil yang mengharap, Intan kembali duduk.


“you ni, tadi I tengok comel. Tapi sekarang dah tak comel lagi. Apa ni muncung-muncung macam tu?” pujuk Aidil lagi. Hari ini entah mengapa dia mahu mengusik gadis itu seperti sebelum ini, cuma yang bezanya bahasa mereka tidak sekasar dahulu.


Intan akhirnya terpaksa mengikut Aidil apabila lelaki itu tidak henti-henti memujuknya. Selepas berjumpa dengan Sophia dan keluarganya, mereka mengundur diri dengan janji akan datang bersama esok. Di dalam perjalanan, hanya sepi mengisi ruang masa mereka sehinggalah tiba ke destinasi.


“ni, Sophia kasi suruh you pakai untuk malam esok,” kata Aidil sebaik sahaja mereka tiba di kolej.


“apa ni?” tanya Intan pula. spontan ayat itu keluar sebaik sahaja Aidil menyerah satu beg kertas kepadanya. Padahal bukan dia tidak dengar apa yang aidil cakap tadi.


“baju sayang. Takkanlah kain batik buat kemban je?” balas Aidil pula selamba. Intan termalu sendiri. wajahnya terasa panas. Malu dipanggil sayang dan malu apabila mendengar perkataan berkemban.


“terima kasih!”ucap Intan kasar, menutup debar di hati.


Aidil hanya ketawa, menyedari yang gadis itu malu di usik begitu lalu.


“kenapa ketawa?”


“tak ada apa-apa. Err.. you tak nak keluar ke? Atau nak I bukakan pintu untuk you?” kata Aidil lalu tersenyum.


Intan memandang lelaki itu sejenak. Tanpa berfikir panjang, Intan terus membuka pintu kereta dan melangkah tanpa menoleh belakang lagi. Dia malu sendiri.






“BENCI betullah dengan mamat sepet tu!!!” intan meluahkan perasaannya sebaik sahaja masuk ke bilik.


“Hai Inn, selalu kau yang marah aku sebab masuk bilik tak bagi salam. Sekarang kau pula? masuk nak marah-marah,” perli Julia yang sedang melipat baju. Untuk sesi baru ini, dia telah memohon untuk menukar biliknya setelah mengetahui yang bilik Intan ada kekosongan apabila Seri tidak lagi menginap di kolej.


Intan menyedari kesilapannya, lalu mengucap salam.


“haa.. cuba kau cerita molek-molek dengan aku. apa yang kau marahkan sangat? Bukan ke hari ni kenduri kahwin Sophia dengan taufik. Sepet datang dari mana pula?” soal Julia yang selalu menjadi pendengar setia masalah Intan dan AIdil.


“sebab Sophia dan Taufiklah, Sepet tu ada. kau pula, aku ajak ikut tak nak. Aku ada kawan juga. Ini tak asyik dibuli aje dengan si sepet sampai antenna aku dah lali dah asyik detect signal kutukan dia aje!” ujar Intan bersungguh- sungguh. Julia hanya ketawa. Marah tapi…


“dia buat apa pada kau?” soal Julia dengan tawa yang masih bersisa.


“yang kau ketawa kenapa? aku buat lawakkah?” marah Intan. bengang apabila suara hatinya di tertawakan oleh Julia. tetapi akhirnya semua yang terjadi diceritakan jua kepada Julia.


“dia sengaja nak main-main dengan kaulah tu. Yang kau ambil hati sangat kenapa?” tanya Julia lagi.


“dahlah, malas aku nak fikir. Yang penting aku benci dia!” ujar Intan dengan penuh perasaan.


“jangan terlalu benci, nanti jatuh cinta pula,” usik Julia. satu cubitan singgah di pahanya. Julia mengaduh. “yelah… ha, mana baju yang Aidil bagi tu?”


“bukan AIdil yang bagi. Tapi kak Sophialah,” tingkah Intan. kalau Aidil yang bagi, mesti ada agendanya tersendiri. Entah-entah, dia takut aku pakai baju kurung lusuh. Nanti dia pula yang malu. Bisik hati Intan.


“wow, cantiknya Inn!” puji Julia yang terlebih dahulu menyelongkar isi di dalam beg kertas tadi. Intan hanya memandang Julia yang cuba mengenakan baju itu ke tubuhnya. “Ada gaun, cardigan, dan selendang. Hmm.. kasut pun ada Inn. mahal semua ni. Kau tengoklah jenamanya apa?”


Intan hanya mencebikkan bibirnya dan memandang sekilas pada tag yang ditunjukkan Julia. Mimpi apa dia mahu pakai gaun?


Tiba-tiba telefonnya berbunyi. Skrin telefon itu dipandangnya sekilas. Aidil.


“you suka tak baju tu?” itu ayat pertama dari aidil sebaik sehaja dia mengucapkan salam.


“baju apa?”


“baju yang you dapat tulah.”


“oh, kenapa awak nak tahu?”


“tak ada sebab.”


“hmm…baju tu cantik. Tapi tak sesuai kot dengan Inn. kak Sophia ni macam tak tahu je yang Inn suka pakai baju kurung,” adu Intan pada Aidil. “err… tapi awak jangan cakap macam ni pula pada dia.”


“mestilah tak. But Inn, you look nice in kebaya. Itu kan bukan baju kurung. You boleh je pakai. I tengok you selesa aje,”balas Aidil.


“itu sebab Kak Sophia dah tempahkan untuk Inn dan baju kebaya tu kan masih lagi katogeri tradisional. Cuma Inn jarang pakai aje.”


“kampung betullah you ni,” kata-kata itu keluar spontan dari bibir Aidil. dia hanya menyedari kesilapannya apabila Intan meletakkan telefon.


“tengok! Dia memang suka sakitkan hati aku,” adu Intan pada Julia.


“dia cakap apa?”


“kampung betullah you ni,” ejek Intan dengan nada yang sama yang digunakan oleh AIdil. Julia hanya ketawa.


Melihat akan sahabatnya yang rancak ketawa, Intan segera mencapai tuala dan berlalu ke bilik air. Malas mahu bercerita dengan Julia lagi. Beberapa langkah mendekati bilik air, Julia menjerit memangil namanya dan menunjukkan handphone di tangan.


“biarkan,” jerit Intan pula lalu mecpercepatkan langkah.






0 bunga-bunga cOmeL:

CHEMISTRY without CATALYSIS, would be a SWORD without a HANDLE, a LIGHT without BRILLIANCE, a BELL without SOUND.

~love chemistry~

.giRLs DrEaM TEaM.

.giRLs DrEaM TEaM.

.wishlist.

tamat belajar
gaji pertama
konvo
external hard disk
amek lesen
S.E xperia vivaz
my first car
netbook
bola guli
VB team
DSLR
family holiday
Encik P
settle ptptn
...bahagia sampai ke syurga...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...