Al- Baqarah

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."


Friday, August 12, 2011

jogging #16


Jogging day 18

Mulakan hari dengan senyuman.. bersemangat hari ni!sangat!

Bismillah... langkah dimulakan...

Bukan apa, malam tadi kawan mama je datang. Gembira betul aku! Anak dia tiba-tiba kena masuk kerja. Petang ni baru balik. Melompat jugalah aku. Tak payah buat blind date kat tepi kolam macam selalu.

Tapi mak cik tu macam baik aje... mesti anak dia baik kan. Alah, tapi tak tentu jugak. Kadang-kadang mak bapak baik, tapi anak, tak sedar diri!

Yang lawaknya tu, siap bawak gmbar anak dia lagi. Comel! Tapi masa umur 9 tahun. Entah-entah sekarang dah debab ke. hish tak nak lah aku..huu...

Abang pula, menyesal tak sudah sebab cancelkan date dia tapi ‘bakal adik ipar’ dia tu tak datang pula. Dia cakap kat mama, cancel jadi adik ipar! Dan aku, apa lagi, sangat setuju!

Penat berjogging, seperti biasa aku bersantai di kerusi panjang tempat aku selalu melepak.

Mana mamat asap kepul-kepul ni? hari ni semangat nak kenakan dia membuak-buak, dia pula tak ada.

Mulut kata tak nak, tapi mata tu asyik-asyik menjeling rumah dia kenapa? Sewel!

“HAH!”

Allahurabbi! Nak tertanggal jantung aku!

“hei, dah tak ada kerja lain dah?” aku memarahi dia. Cancel buat calon. Lama-lama macam ni, mau darah tinggi aku.

Dia hanya tersengih menampakkan lesung pipit di pipi kanannya. Baru aku perasan.

“cacat rupanya awak ni...” senyum aku meleret.

Dia mengerutkan dahi. Mungkin tidak faham dengan maksud ayatku tadi.

“tak ada apa-apa..” balasku lalu ketawa dan meninggalkan dia...


bersambung...

2 bunga-bunga cOmeL:

princess ain ♥ said... [reply to comment]

haa...nape die cacat? sbb lesung pipit sebelah je? hoho

~atieput3~ said... [reply to comment]

kan org ckp ade lesung pipit tu cacat. tp cacat yg cantikla..hehe

CHEMISTRY without CATALYSIS, would be a SWORD without a HANDLE, a LIGHT without BRILLIANCE, a BELL without SOUND.

~love chemistry~

.giRLs DrEaM TEaM.

.giRLs DrEaM TEaM.

.wishlist.

tamat belajar
gaji pertama
konvo
external hard disk
amek lesen
S.E xperia vivaz
my first car
netbook
bola guli
VB team
DSLR
family holiday
Encik P
settle ptptn
...bahagia sampai ke syurga...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...