“Jom!” pelawa Julia yang turut merasai ketidakselesaan temannya itu. “jangan risau, aku ada.” pujuk Julia juga.
Intan hanya berdiam diri di samping Julia. dia langsung tidak segembira teman-teman lain yang bersamanya di situ. Dia berada di dunianya sendiri.
“You nak makan apa Inn, Julia?” soal Sophia kepada mereka.
“I ikut aje?” balas Julia.
“hmm.. Inn kenyang lagi kak. Inn nak minum aje,” kata Intan sambil melihat menu di tangannya. “fresh orange jelah.”
“are you sure sis?” intan mengangguk.
“hai.. kau makan ape je tadi intan? takkanlah kau lunch tu untuk malam sekali?” soal Aidil. sinis bunyinya.
Intan mengetap bibirnya. Nada lelaki itu benar-benar menyakitkan hatinya. Bukan dia yang terlalu sensitif tetapi andai ayat yang sama itu diucap oleh Taufik yang memangilnya kau-aku pun, dia tahu tidak sesakit sekarang.
Baru sahaja dia ingin membuka mulut, Sophia pantas menyoalnya. “I orderkan untuk you ya? I know, you will like it.”
Intan hanya mampu mengangguk.
“she never knows apa yang ada dalam menu ni,” Aidil berhujah lagi. Laser benar mulutnya meluahkan kata-kata.
“aidil, kau ingat tak kedai yang jual barang sukan tu. Aku nak cari raket tenis baru la. Yang aku ada sekarang dah tak seronok nak mian. Jom pergi sekejap,” ujar Taufik sekali lagi memintas kata-kata Intan. intan hanya memandang frame gambar yang terdapat di dinding yang bertentangan dengannya. Kalau matanya bisa mengeluarkan api, sudah pasti gambar itu sudah terbakar.
“ala, can it wait until we finish our dinner Fik?”
“ Dinner can wait. But what I want to tell you, it can’t wait!” tegasnya. Walaupun berbisik, namun Intan masih mampu mendengarnya.
“YA ALLAH, apa nak jadi dengan kau ni Aidil? what happened to you?” soal Taufik sebaik sahaja mereka berada jauh dari Kenny Rodger.
“what happened to me what?” soal Aidil pula.
“aku ajak kau datang nak jernihkan keadaan. Tapi kau? Kau lagi kusutkan hubungan kau dengan dia.
“I can’t help it Fik. Aku tengok dia aje, aku rasa nak cari gaduh.”
“Yeke? Atau kau ni dah jatuh cinta pada dia?” Taufik serkap jarang. Aidil terkejut. Namun lama-lama dia ketawa. “Kenapa kau ketawa? Betul kan? Kau sudah jatuh cinta kan?”
“Fik..fik.. bukan kau tak kenal aku ni macam mana?dia terlalu kampung untuk akulah Fik!” ayat itu diucap tanpa perasaan. Pandangan matanya dilontarkan pada orang yang lalu lalang.
“kau jangan cakap besar Aidil. tiba-tiba nanti kau kahwin dengan dia macam mana? tapi kalau kau kahwin dengan dia, aku sponsor bulan madu korang,” kata Taufik mahu memancing temannya itu. aidil ketawa.
“are you sure? Jangan nanti kalau aku kahwin dengan dia, kau lupa janji kau pula?”
“aku takkan lupa punya. Kat mana kau nak? Europe? Jepun?”
“amboi-amboi, biar betul kau ni?” Aidil ketawa. “jomlah. Merepek aje!”
“merepek-merepek juga. Kau tu behave sikit. Dia perempuan bukan lelaki! Janganlah kasar sangat.” Sempat lagi taufik berpesan sebelum mereka melangkah masuk ke Kenney Rogers semula.
“ada tak benda yang you nak tu?”soal Sophia.
“err.. tak jumpa. nantilah cari.”
Makanan di atas meja sudah selesai dijamah. Mereka berborak-borak tentang segalanya. Peperiksaan, cuti dan sebagainnya. Intan keresahan di tempat duduknya. Sesekali dia tersengih apabila mreka yang lain ketawa. Selebihnya dia hanya mendiamkan diri. Dunianya dan dunia mereka berbeza. Ternyata berbeza. Jam ditangannya dikerling sesaat. 7.45 malam. Masih tinggal lebih kurang setengah jam sebelum maghrib melabuhkan tirainya. Yang fardu mesti ditunaikan.
“Julia, mahgrib?” bisiknya pada Julia. sepatah sahaja namun punya maksud yang mendalam. Dia mahu beredar sekarang. Dia mahu menunaikan solat maghrib yang sudah hampir ke penghujung. Itu maksudnya.
“ala, setengah jam lagi,” balasan Julia ternyata mengecewakan. Gadis itu melihat jam di tangan dan kemudiannya menyambung pula perbualan mereka.
Keresahan Intan sudah tidak bisa diselindungkan lagi. ‘Bagus juga kalau mereka nampak aku macam ayam berak kapur aje. Sekurang-kurangnya mereka tahu.’ Detik hatinya.
“are you ok Inn?” soal Rose yang sedar akan keresahan intan. intan tersengih menjawab soalan Rose.
“err,..”
“kau dah panas ke pakai baju kurung tu? Tula, lain kali tak payahlah pakai baju kurung selalu, panas,” tempelak Aidil memotong kata-kata Intan.
‘Kurang asam punya mamat sepet. Sempat kau perli aku ya!’
“memangla panas En. Sepet oi! Kita ni belum solat maghrib lagi,”balas Intan pula. sungguh bukan dia mahu berkata begitu. Dia ingin mengajak mereka bersolat dengan nada yang baik, dengan cara yang lebih berhemah. Tapi Aidil, kata-kata Aidil yang memaksa dia berkata begitu tanpa dia sedar.
Mereka yang lain memandang sesama sendiri. Aidil pula tergamam tanpa kata. Menyesal pula dia menyampuk tadi. Salahnya juga.
“erm.. korang, jom kita solat mahgrib dulu boleh?” kata Intan lalu bangun dari tempat duduknya.
“Jom-jom. Tak sedar masa berlalu cepat sungguh,”balas Taufik.
Usai menunaikan solat, mereka berkumpul semula. Destinasi seterusnya masih menjadi tanda tanya pada Intan.
“kita nak ke mana kak?” soal Intan pada Sophia.
Telahan Julia benar. Mereka akan bermain bowling. Intan mula memikirkan alasan untuk mengelakkan diri dari bermain. Sophia pasti akan memujuknya. Itu dia pasti.
“mainlah Inn. bila lagi you nak main?” pujuk Sophia apabila intan menyatakan hasratnya kepada Sophia. Dia bukannya apa, untuk apa sahaja yang bernama pertama kali dengan kehadiran Aidil membuatkan dia tidak senang duduk. Pasti lelaki itu bersedia mengutuknya bila-bila masa sahaja. apatah lagi dengan dirinya yang mengenakan baju kurung dan bermain bowling. Aidil pasti ketawa tidak ingat dunia.
Namun setelah dia diasak dengan pujukan demi pujukan akhirnya Intan tidak dapat melepaskan diri lagi. Dia terpaksa bermain. Kata Sophia, jika dia mahu berhenti separuh jalan, Sophia sudi menggantikan tempatnya. Yang penting dia mesti mencubanya dahulu.
Benar seperti yang diduga, Aidil selalu menjelingnya tatkala gilirannya melontarkan bola. Dan dia tahu, lelaki itu tersenyum-senyum penuh makna. Sekali-sekali dia ketawa. Mujurlah Aidil tidak bermain di lane yang sama. Kata Sophia, Aidil punya ‘hutang menang’ dengan Taufik. Jadi mereka hanya bermain berdua.
Entah di mana tuah Intan, permainanannya tidak kurang hebat. Walaupun baru pertama kali mencuba, namun mata yang diperolehnya persis orang yang sudah lama bermain.
“amboi bukan main lagi ya kau budak kampung! Banyak jugak kau strike ye! Kau selalu main bowling kelapa ke kat kampung?” kata Aidil sejurus selepas mereka keluar dari pusat bowling itu. dia ketawa. Puas mengenakan gadis berbaju kurung itu dan puas dia kerana dapat mengalahkan Taufik dengan 10 mata berbanding dia dikalahkan Taufik sebelum ini hanya dengan satu mata.
“sibuk je sepet ni,” gumam Intan.
“kau cakap apa?” soal Aidil. dia kurang dengar apa yang diperkatakan Intan tetapi dia tahu kata-kata ditujukan untuknya.
“hai, masuk main bowling tak pakai spek hitam ke?” ejek Intan. hatinya puas. Dilihatnya Aidil menahan marah. Apabila lelaki itu mahu membalas, sampukan dari Taufik membuatkan senyuman Intan makin melebar.
“wayang pukul berapa? Kau dah ambil tiket kan Johan?”
“dah. Lagi setengah jam. So nak buat apa sekarang?”
“tunggu jelah kat sini,” balas Taufik.
“hah,korang lepak sini dulu. aku nak pergi jalan-jalan. Sakit mata aku tengok ‘orang tu’. Bak sini satu tiket, takut aku lambat pula,” kata aidil. Walaupun tidak menyebut nama sesiapa namun semua yang ada di situ faham siapa yang dimaksudkan. Intan pula yang sedar akan dirinyalah ‘orang tu’ menjelirkan lidahnya. ‘macamlah aku suka sangat sepet tu ada kat sini.’ Desis hatinya.
Setengah jam kemudian, mereka bersedia masuk ke panggung. Inilah kali pertama Intan menonton wayang. Cerita hantu pula tu. ‘jangan pandang belakang’. Melalui rakan-rakan, dia diberitahu yang filem ini memang agak meremangkan bulu roma. Walaupun sudah lebih seminggu ditayangkan di pawagam, namun sambutannya masih menggalakan.
Intan memegang tangan Sophia ketika berjalan di dalam gelap untuk mencari tempat duduk. Sedar-sedar sahaja, dia sudah yang paling hujung dan ada satu tempat kosong di sebelahnya. Menyedari yang Aidil masih belum masuk, dia keresahan.
“kenapa you all biar I duduk sebelah dia ni?” soal Aidil kepada sophia yang berada di sebelah Intan. intan mengucap di dalam hati. ‘Kalau ya pun nak bertanya janganlah depan-depan aku.’
“shhh.” Itu balasan Sophia. Dan Taufik juga.
Intan hanya mendiamkan diri. Wayang sudah pun bermula. Sekali-sekala dia perasan Aidil menutup mukanya dengan tangan. Apabila dia sengaja menoleh ke arah lelaki itu, Aidil pantas meraub rambutnya. Intan tersengih. ‘nak cover line lah tu! Padahal penakut.’
“kau ni tengok cerita hantu pun senyum-senyum!” ujar Aidil perlahan. Dari tadi dia perasan Intan tegak sahaja di kerusinya. Orang ketawa, dia diam. Orang terkejut pun dia diam.
“cerita je pun,” balas Intan selamba.
Memanglah filem ini agak menyeramkan. Memang meremang bulu roma sebenarnya. namun takkanlah dia mahu tunjuk takut di depan lelaki itu. apa susah, bahagian seram, dia tutup mata. Dalam asyik melayan perasaan, telefon bimbitnya berbunyi lantang. Mujurlah ketika itu semua orang sedang menjerit dengan adegan yang tersiar. Dia apatah lagi, kejutan berganda! Hampir-hampir sahaja dia melatah.
“hello, abah!” dia bersuara perlahan.
Aidil di sisinya sengaja menyuruhnya diam. Padahal intan sudah memperlahankan suaranya seboleh mungkin dan sedaya upaya mendengar bicara dari hujung talian.
“HAH?”
Intan yang berdiri tiba-tiba membuatkan Aidil terkejut. Manakala Sophia pula menjerit kecil. Tidak lama berdiri, intan terduduk semula. Dia cuba mengawal emosi. Air matanya menitis. Apa yang harus dia lakukan sekarang? Tidak sampai hatinya mengganggu teman-temannya yang sedang leka menonton. Jam di tangannya dilihat sekilas. Tak apalah Intan. bersabarlah untuk 20 minit lagi. Dia mengesat air matanya perlahan, takut disedari sesiapa.
“kau ok tak ni?” soalan Aidil dibiar sepi.
bersambung.....
0 bunga-bunga cOmeL:
Post a Comment