“apa yang awak nak sebenarnya?” soal Intan kepada Aidil. Dia sudah penat mahu memikirkan semua ini. Tambahan pula peperiksaan akhirnya akan berlangsung tidak lama lagi.
“apa yang I nak apa? I don’t get it Inn,” balas Aidil dengan kerutan di dahi. Hujung minggu beginilah dia mahu berehat-rehat di rumah setelah seminggu berhempas pulas bekerja menggantikan papanya di syarikat. Memegang jawatan tertinggi di dalam syarikat besar begitu dengan usia pengalamannya yang tidaklah banyak mana memang menuntutnya untuk lebih berusaha dan belajar benda baru. Mujurlah dia tidak dipandang rendah oleh kakitangan lain. Lepas setahun dia masuk ke syarikat itu, barulah ayahnya melepaskan jawatan CEO dan diberikan kepadanya.
“now, you are asking me back?” Intan mengangkat kening. Mamai ke apa lelaki di depannya ini.
“cikgu I ajar, kalau tak tau, bertanya. Nanti sesat jalan,” ujar Aidil dengan senyuman di bibir. Di tenung wajah gadis di depannya. Rindu menerpa di hati. Sudah dua bulan sejak peristiwa pada malam resepsi taufik dan Sofia, dia tidak pernah berjumpa Intan. Panggilan dan smsnya juga tidak disambut atau dibalas Intan. Disebabkan kesibukan yang menghimpitnya akhirnya dia terlupa dengan kemelut yang berlaku antara dia dan Intan.
Dilihatnya wajah Intan yang suram. Apakah agaknya yang membelengu gadis itu sehingga tiba-tiba mengajaknya keluar.
“why dear?tell me. You ada masalah ke?” Aidil berdiplomasi. Dia memujuk gadis itu.
Intan diam. Tidak tahu apa yang harus dimulakan dulu. Terlalu banyak persoalan yang ada dalam dirinya. Bila difikir-fikirkan balik, rasa menyesal pula kerana mengajak Aidil keluar hari ini. Teringat perbulaannya dengan Sofia dua bulan lalu.
“Inn, sebenarnya Aidil memang betul-betul sayangkan Inn. Taufik yang beritahu I Inn. In fact your handphone, dia juga yang hadiahkan pada you Inn,” kata Sofia. Intan terdiam. Dipandang handphonenya yang sedari tadi ditekap ke telinga.
“akak, janganlah main-main dengan Intan kak,” Intan bersuara perlahan. Tidak sangka dengan berita yang baru didengarnya.
“I tak main-main, semuanya daripada dia.”
“tapi kenapa kak?”
“Because he loves you Inn. Since the first moment you met!”
Serabut mindanya! Tidak tenteram hatinya dua bulan ini. Hari ini dia mesti membuat perhitungan agar segala-galanya selesai. Dia tidak mahu apa-apa daripada Aidil. Dia tidak mahu kasih sayang Aidil. Dia tidak mahu barang-barang pemberian AIdil. Itu yang dia putuskan pada malam Aidil menghinanya.
“Nah! Inn rasa semua ni bukan milik Inn lagi,” ujar Intan. Lalu meletakkan semua barang-barang yang pernah diberikan Aidil kepada Intan. Handphone, baju, teddy bear, kasut, tudung dan beberapa keping gambar mereka.
Aidil terkejut. Memang ini semua barang-barang pemberiannya. Kenapa Intan memulangkannya kembali. Adakah disebabkan dia pemberinya?
“Inn, they are all yours dear. Kenapa you nak pulangkan pada I?” Aidil bersuara.
“jadi betullah ini semua pemberian Aidil?”
Aidil mengeluh dan kemudiannya mengangguk.
“kenapa awak bagi Inn semua ni? Inn tak perlukan semua ni. Inn tahu siapa Inn di mata awak. Tapi Inn tak nak semua ni. Inn tau Inn ni budak kampung. Tapi Inn bukan tak sedar diri,” ujar Intan lagi. Dia cuba menahan sebak di dada. Dia tidak mahu menangis di depan lelaki itu.
“Inn, that was a mistake. I don’t mean any of it. I betul-betul risaukan you masa tu,”pujuk Aidil. Dia cuba mencapai tangan Intan di atas meja tapi segera ditolak gadis itu.
“suami Inn saja yang boleh pegang Innlah!” kata Intan tegas.
“kalau macam tu, I nak jadi your husbandlah!” balas Aidil lalu ketawa.
“Aidil!” Intan bengang.ketawa Aidil mati. Saat-saat genting begini pun sempat lagi lelaki itu buat lawak.
“what?”
“Inn tak bergurau okay!”
“so do I!” AIdil membela dirinya.
“stop it Aidil. Inn cuma nak tahu kenapa awak bagi semua ni? Sebab Inn tak mampu kan?” tegas suara Intan mengundang masam di riak wajah aidil tanpa dia sedar.
“Intan…” aidil berhenti di situ.
“apa?”
“you ni lembab lah! I cakap you kampung, you faham you ingat I hina you. I cakap you lembab ni you pun mesti ingat I hina you lagi.”
“Straight to the point please…” ujar Intan sambil memeluk tubuh. Bebola matanya tepat memandang Aidil. Sakit hatinya dipanggil lembab.
“you tak perasan ke bagaimana I layan you, Inn? You tak perasan ke bagaimana mata I ni pandang you?” ujar Aidil sambil jarinya menunjukkan matanya sendiri. Kenapalah gadis itu tidak memahaminya.
“tak!” balas Inn ringkas dan tegas. Sedap sangat mengata orang lembab! Dia tu ego! Jerit hati Inn.
“you ni memang lembablah!”
“macam mana awak layan saya ya? Awak sakitkan hati saya. Awak hina saya. Pandangan awak penuh kebenciaan Aidil,” balas Intan. Pandangannya dihalakan ke tempat lain. Tidak mampu melawan pandangan Aidil.”
“that was a mistake Inn... itu dulu. Masa I belum-belum kenal you lagi. And you panggil I sepet tu, I betul-betul tak suka,” kata AIdil. Gadis di depannya dipandang penuh kasih.
“habis awak panggil saya budak kampung, saya suka la? Awak panggil saya Putri, saya suka la?”
“yela. I salah! I’m sorry.”
“huh!minta maaf pun tak ikhlas!”
“Inn, you ni memang sengaja nak uji kesabaran I kan?”
“bila pulak? Tak ada masa!” balas Intan tegas.
Aidil mendiamkan diri. Kesabarannya memang benar-benar teruji. Kata lembab, marah. Tapi memang lembab pun! Sabar aidil! Dia perempuan, kena berlembut. Dan disebabkan perempuan juga, dia buat-buat tak faham, sebab nak dengar dari mulut kau sendiri. Faham?!
“I love you!”kata Aidil penuh yakin.
2 bunga-bunga cOmeL:
berbakat juga ea :)
@Tiharahee. tq kak. =p
Post a Comment