Al- Baqarah

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."


Saturday, February 25, 2012

good night sayang 2! part 4


Chap 4

NAIK rimas aku dibuatnya dengan perangai Leena ni. dari bertolak sehinggalah sekarang, sudah hampir 2 jam dia masih lagi berborak itu-ini. sudahlah tu, tak reti nak sandar elok-elok dekat tempat duduknya. Dari tadi lagi dia menungkat dagu di tempat duduk Luthfi. Tak lenguh ke duduk macam tu??

 Pada mulanya, aku layankan aje semua yang dia ceritakan. Pengajian dia, keluarga dia, betapa istimewanya Sabah dan macam-macam lagi. Yang pasti semuanya berkaitan dengan dia atau dengan Luthfi yang baru aku kenal beberapa bulan dan dia yang sudah bertahun-tahun. Bila mereka ketawa, aku senyum segaris. Bila aku cuba menyelit, ditepis Leena. Akhirnya aku ambil keputusan untuk berdiam diri sambil menikmati pemandangan perjalanan kami.

“termenung apa tu?” suara lembut Luthfi menerjah ke telinga.

Aku menoleh ke belakang, leena sedang tidur. Huh, lega! Naik menanah telinga aku ini mendengar dia berceloteh.

“bosan ya?” soal Lutfi lagi.

Aku tidak menjawab sebaliknya terus memandang ke luar tingkap. Baru sekarang ingat nak tanya?

“sayang....” panggilnya lagi.

Tiba-tiba aku dapat merasakan tangannya mengengam tanganku. 

“pegang ajelah stereng kereta tu!” marahku dengan tindakannya. Aku sendiri tidak pasti untuk apa kemarahan itu. mungkin disebabkan tindakannya yang memegang tanganku atau disebabkan apa yang berlaku sepanjang perjalanan kami.

Dari ekor mataku,aku lihat dia tersenyum. Langsung tidak terkutik dengan intonasi yang aku gunakan.

“merajuk ya?”


“tak kuasa saya nak merajuk dengan budak tak cukup umur!” balasku cuba mengawal nada suara agar tidak terlalu kuat.

“sayang... kenapa cakap macam tu? tak baik kan? Dia bukan budak tak cukup umur, dia cuma beberapa tahun lebih muda dari awak saja,” kata Luthfi cuba membela Leena. Lembut, tapi tegas!

Aku tahu dia tidak mahu menyakiti hatiku, tapi nak buat macam mana kerana hati aku ini dah memang sakit! Akhirnya aku hanya berdiam diri sehinggalah Luthfi berhenti di R&R Rawang untuk tunaikan solat dan makan tenga hari ketika jam sudahpun menginjak ke jam 2.


“ABANG, duduklah sini,” pelawa Leena sambil menunjukkan tempat duduk di sebelahnya ketika aku dan Luthfi datang dengan membawa makanan. Ini punca lagi satu. Abang! tak apalah, Luthfi memang lebih tua dari dia. Tapi... Luthfi pun lebih tua dari aku juga kan?

Tanpa menunggu lagi, aku terus duduk di sebelah Leena. Padan muka! Luthfi hanya tersenyum lalu duduk bertentangan dengan kami.

“akak jelah duduk sini. Senang sikit kita nak tenung abang Luthfi ni kan Leena?” kataku lalu ketawa.

“betul-betul,” leena turut ketawa tetapi aku dapat rasakan ada rasa tidak puas hati di sebalik tawanya itu. ada aku kisah?

Luthfi betul-betul melayanku kali ini. sekali-sekali dia mengusikku, membuatkan aku ketawa lepas. Leena pula berkali-kali cuba menyampuk tetapi tidak diendahkan sangat oleh Luthfi bila perkara yang Leena kisahkan aku tidak tahu.

“sedap ke bihun sup tu awak?” soalku pada Luthfi. Dari tadi aku lihat dia berselera sangat walaupun sibuk bercerita itu-ini.

“sedap. Rasalah!” Luthfi sudah menyudu bihun sup lalu disuakan ke arah aku. Matanya tepat memandangku, membuatkan hatiku berdebar. Gulp!

Hendak ditolak, Luthfi sudah beria-ria. Leena pula dari tadi hanya memandang Luthfi, macam mengharapkan dia pula yang disuap. 

“cepatlah sayang...”

Aduh Luthfi ni, panggil sayang tak kira tempat dan orang!

Akhirnya aku menghirup juga bihun sup yang disuap oleh Luthfi. jantung ini bagai mahu tercabut! Maklumlah pertama kali.

“sedap tak?” soalnya lagi sambil tersenyum.  Aku mengangguk.

Sedap apanya? Semua rasa sedap itu hilang dek kerana dengupan jantung aku yang tiba-tiba laju semacam ni.



“AKAK, boleh Leena duduk depan? Leena rasa peninglah kalau duduk belakang,” pujuk Leena ketika aku sedang membuka pintu kereta.

Aku memandang Luthfi di tempat memandu, mengharapkan jawapan negative dari dia.

“sekejap je lagi kan Leena? Barang-barang Leena kan banyak dekat belakang tu, kesian kak Nurin,” balas Luthfi.

“abang, please... Leena pening sangat ni!”

Kini Luthfi memandang aku semula, mengharapkan persetujuanku. Yelah, aku kan boleh dikira maam besar.

“tak apalah, Uyin duduk belakang aje,” kataku pada Luthfi lalu meloloskan diri di dalam kereta.

Selepas itu, perjalanan menjadi hambar semula dengan setiap masa mendengar cerita dari Leena. Budak ni memang tak reti nak duduk diam ke? kata pening? Pening ke gatal meroyan?

Setengah jam kemudian, kami tiba di perkarangan rumah sewa Leena. Rumah ini, baru disewanya selepas dia mendapat kerja di sungai buluh. Kerana itulah, dia menumpang Luthfi untuk pulang bersama kerana ada banyak barang-barang yang perlu dibawa.

 Teman-teman serumah yang aku kira baru dikenali Leena itu menolong dia mengangkat barang. Aku dan luthfi juga menolong apa yang patut. Setelah selesai semuanya, aku menyuarakan hasrat untuk pulang segera.

“ala... Leena baru ingat nak ajak abang pergi ke supermarket kejap,” luah Leena.

Seperti yang disangka! Budak ni ada sahaja agenda dia nak bersama-sama Luthfi.

next time ajelah,” jawab Luthfi.

Itu bukan jawapan yang aku harapkan dari Luthfi!

“kawan awak tu kan ada kereta, mungkin Leena boleh ajak dia orang ke? nak harapkan abang Luthfi ni, tiap-tiap hari sibuk,” kataku pula sambil tersenyum. Aku lihat Luthfi yang sedang menyandar di Honda jazz miliknya turut tersenyum sambil mengangguk-angguk.

Dalam erti kata lain, cannot my dear! Kau boleh ajak orang lain tapi bukan tunang aku. Kedekut gila! he... he... he...


bersambung..

0 bunga-bunga cOmeL:

CHEMISTRY without CATALYSIS, would be a SWORD without a HANDLE, a LIGHT without BRILLIANCE, a BELL without SOUND.

~love chemistry~

.giRLs DrEaM TEaM.

.giRLs DrEaM TEaM.

.wishlist.

tamat belajar
gaji pertama
konvo
external hard disk
amek lesen
S.E xperia vivaz
my first car
netbook
bola guli
VB team
DSLR
family holiday
Encik P
settle ptptn
...bahagia sampai ke syurga...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...