Al- Baqarah

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."


Tuesday, November 30, 2010

KAWAII GADGET'S CONTEST

6 bunga-bunga cOmeL
there was one time...
when i was frustrated....
when i felt there was no words can chill me up...
when the tears were starting to show themselves...




huu...frust mengalahkan laki-bini bercerai, couple berpisah....
and they're taking photos without me...
tulah...sedih sgt!! balik awal!sekeping gmbar pun xde.huuuu....
inilah die! masa aku kalah volleyball hari tu... frust gile2... smpai tak bleh tahan nangis da... habes game, keluar court, duduk tepi sambil tenangkan diri n istighfar banyak2.. air mata pun mulalah bergenang...xlama lepas tu, terus minta tolong dia hantar balik. den udah tak tahan!


he tried everything on the way back just to make me smile again...tapi belum cukup untuk membuatkan aku terlupa pada kekecewaan itu....


sampailah...


"janganlah nangis dah..  tak cun lah!"


hahahaha! (time-time tu jugak aku tergelak. ade ke cun die cakap?)


"haaa!...kan dah senyum... nt balik mandi, solat sume ok... bla..bla... cuba dgr lagu ni....."


just the way you are!
 have you ever heard of it?
cool! muzik yg best... aku suka video ni sbb creative (tolak perempuan tu yang seksi semacam je..huu~) and  for some parts of the lyric, give me inspirations. i mean sort of believe in yourself. well...bila di interpret secara yang tersurat je, memang lah macam hyperbola kn..


it's just: believe in yourself! kadang-kadang, kte xnampak ape istimewanya kita, tapi orang lain nampak.. dan kadang-kadang kita patut tahu, yang kte jugak ade 'something' yang orang lain xde. everyone have one unique identification rite? DNA, hah patut bangga tu!hihi

p/s: aku suka lagu ni sampai wt ringing tone la...

tulus ikhlas,
cik terataibungaindah a.k.a atieput3.

ok!semua syarat telah terlaksana. =p
kawaii gadget
referral: mommy pink!

tag:
**aku berani cakap, dorang mesti join punya!**

MyEm0.Com

pada yang tak ditag, jomla join sekali...best ni! hadiah mp3!

nice and simple!

6 bunga-bunga cOmeL
as salam...

be straight dont kona-kona! hihi..

lebih seminggu yg lalu, aku dpt award dr kak has a.k.a ma belle histoire. award ape?

ni haa..  nice n simple !
-left click-

sgt setuju dgn kak has!!! 121.11% !setiap kali dpt award(ceh!mcm byk je dpt!=p)mesti kena jawab soalan. kan best dpt cash beribu-raban kan..haha..

tp xpe, aku dgn ikhlas hati akn menjawab jugak soalan2 untuk award ni.hihi

Monday, November 29, 2010

jgn tunjuk pelangi!

4 bunga-bunga cOmeL
yeay!!!


rasa gembira sampai nk ngis!! sebab.....mm...exam dah abes! abes untuk selama2nya...amin....


last paper mmg agak susah r....makin laju tangan aku menulis, makin laju kaki aku bergedik bawah meja..huuu~ 


ape pun, doakan aku berjaya!


sebenarnya, skrg tgh hujan kt bumi kl ni. area2 um..so aktiviti bermain tergendala sebentar. td hujan benti sekejap n muncullah pelangi. excited rumate aku ni. beria2 tunjuk!


hihi...bercakap tentang pelangi ni.. korg pernah dgr : jgn tunjuk pelangi, nt jari kudung! 


apasal eh??





cntik kan?
indahnya ciptaan Allah...

p/s: kalau korg perasan, pelangi akan muncul lepas hujan dgn keindahan yg tersendiri...sbb ape? sbb Allah nak kite tau setiap ujian yang dtg tu ade rahmatnya, dan lepas kte lepasi ujian itu, lihatlah Allah hadiahkan kita pelangi yg sgt cntik!

apa yang boleh buat kita senyum?

6 bunga-bunga cOmeL
As salam....

ape korang buat untuk terukir sebuah senyuman dibibir korang sendiri. walaupun masa tu korang sgt terseksa, tensen, marah, benci, kecewa, atau sebagainya?? dan sekaligus, tingkatkan semula keyakinan korang...

so ni aku nak kongsi la cara-cara yang bleh buat aku tersenyum... 
ni baru skit!belum tgk yg buat iklan colgate lg.=p

Sunday, November 28, 2010

ade ke mcm lisa surihani??

8 bunga-bunga cOmeL
haha...ini adalah entry perasan...


hari tu time cuti tgh tgk cite tudung ekspress kt astro.. walaupun cte tu da lama, tp aku layan la kan...
nak link cite ni bleh klik sini
ni ha pelakon2 nya: Lisa Surihani, Julia Ziegler, Linda Hashim dan Chermaine Poo 
kan cntik d0rg ni pakai tudung.. =p
sebahagian scene.
ihsan:ryee92
tgh sy0k2 d0k tgk, tiba2 anak buah aku cakap:

chik2, muka makcik mcm lisa surihani tula! betol!!!
siyes!anak sepupu aku tu ckp ng penuh k0nfident n bersungguh2!

ade ke?tah pape je...hahaha..

gmbar x cantik...
ihsan:google

 p/s: 0k, aku dgn merendah dirinya, xkn membandingkan muka aku yg c0mel ni ng lisasurihani yg cun tu kat sni..kang termuntah plak fans-kipas-susah-matidie  kt luar sana.hihi.. lgpun aku xnmpak mane2 part yg same ng die pun.. =p


Saturday, November 27, 2010

study meh~

4 bunga-bunga cOmeL

penat..

oh lecturer, silalah jgn bg mixing problem byk sangt...huuu~

sape kate sms melaghakan?

4 bunga-bunga cOmeL
salam..

hehehe..jgn xtau..sape kata sms tu melaghakan..haha jom tgk ni!




p/s:tabah gile member menaip ni.ish2..kagum2!

lagu cindai by chien Bai Hui

2 bunga-bunga cOmeL
 godek2 lagu kt youtube terjumpa yg ni...



untuk sape2 yg belum pernah mendengar, mengetahui pasal ini.. btw, ni lagu cindai yang dinyanyikan oleh Chien Bai Hui, penyanyi dari China

 

p/s:walaupun mcm pelik sikit, but still, good effort

menghirup udara segar!

4 bunga-bunga cOmeL
assalamualaikum...
saje letak gmbar pemandangan ni.. baik untuk mata!=p
ihsan: atieksucia


selamat pagi!hihi.. mmmm...bagusnya bile kita bangun pagi dan dpt menghidup udara segar semula. diberi peluang oleh yang Maha Pencipta meneruskan sisa2 usia di muka bumi ini... masih diberi peluang membetulkan kesilapan yg lalu.. s0 lets take dis chance!


ape nk buat hari ni ye?
stdy!haha
sgt takut untuk paper ini....huuu~


wish me luck frens..

Friday, November 26, 2010

new shout box alert!

3 bunga-bunga cOmeL
hihi... masa firdani ckp xnmpk kt shoutbox, sebenarnya aku tgh buat satu alert baru untuk shoutbox aku tu..hihi.. simple jelah.aku ni mana nk reti edit lebih2.ahaha

untuk menonjolkan lgi,aku dah panjangkan n letak warna kuning lgi.hhi.. btw thanx pd sume yg sudi dtg.hihi

mananye alert baru tu?MyEm0.Com

-
-
-


err... jgn gelak tau

mungkin dengan kehadiran muka aku ni, membuatkan ia makin comel!
haha =p

p/s: tgk kiri sekali sebelah sidebar!

css compression-increase loading speed.

0 bunga-bunga cOmeL
Use this utility to compress your CSS to increase loading speed and save on bandwidth as well. You can choose from three levels of compression, depending on how legible you want the compressed CSS to be versus degree of compression. The "Normal" mode should work well in most cases, creating a good balance between the two.
finally! jumpa jugak. rupanye dekat blog encik aried . ingat hari tu aku tercari2 cne nk c0mpress css code?


so, jom lajukan blog korg tanpa membuang widget!hihi


tq encik aried ye dtg bertandang hari ni. masa pg wt kunjungan balas td, terjumpalah tutorial nk compress css code ini.  

atau korang boleh ikut seperti cara dibawah ini:

Source: mathsensei.blogspot.com

selamat mencuba!
MyEm0.Com

dimana kan ku cari ganti

0 bunga-bunga cOmeL
layan2 lagu tgh2 hari cni best kan??? =p



suara aizat sgt best!

harry p0rter hilang jubah halimunan??

10 bunga-bunga cOmeL
salam 


walaupun dah bersepah2 0rg cite pasal si harry porter tu, aku tetap nk buat review dr pandangan mata aku.hihih..


harry porter, salah satu  filem yang ditunggu2 sejak aku abes bace HP7 lebih setahun dulu.sangat2 berpuas hati. dan seperti biasa scene sedih die memang sampai aku meleleh jugaklah air mata ni walaupun xde r d0rg menangis bagai nak rak! it is just that : really touched me!




kalau dah namanya adaptasi dr n0vel ke mvie, mestila xbape nak same. tp still,  maj0r part of the stories tu ada la. apa yg dpt aku kesan masa tgk hari tu, pihak pr0ducer HP the deathly hallow ni mengurangkan 0rg2 tambahan dlm scene2 die.. bila ramai pelak0n, makin naik k0s kan...


next, HP xpakai jubah halimunan r... tah2 dah hilang..haha..bukan ape, seperti yg aku dah bace, ke mana Hp hermionie ng ron pergi,  selain buat penyamaran, d0rg guna jubah halimunan tu. tp yg part1 ni langsung xde guna..


last skali: haha...opening by darklord dgn sapaan pd severus snape , terus hilang keganasan die.hahaha.. ape da.. 


aku dah xsabar nk tgk sambungannya..hihi MyEm0.Com

Thursday, November 25, 2010

my 3rd BE!

3 bunga-bunga cOmeL
salam..


haha..bersepah2, org cite pasal BE ni. aku pun nk cite jugak. =p walaupun dah lame letak nuff, tp baru sejak dua menjak ni betul2 ikut. n baru je betul2  paham pasal BE  dan segala yang sewaktu dengannya. hihi.. sape yg masih pening2 lalat, bleh bace kat blog kak has . (tp ni link pasal beliau dpt BE. nt korang godek2 la arkib negara jajahan beliau tu)


so my new 3rd BE (Nokia C3 2 LB).hihi..murah rezeki hari ni...hadiah atieput3 kot.haha..tq nuffie!


nk letak p0n segan, hihi
selalu2 la dtg blog aku ni, leh up traffix n earning. =p


xtau mana satu muncul dlu. sedar2 je da ade 2 BE. 1 Day Acuvue Moist LB and Taylors University Launch LB. 


p/s: kak has, free2 letakla  link yang pasal BE tu. cari x jumpa.hihi

Wednesday, November 24, 2010

khas untuk ain...

3 bunga-bunga cOmeL


just take s0me time and read dis...


bile kite ditimpan ujian, kte sll tertanya2 ...kenapa kita? 
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," ("I am full of faith to Allah") sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."
(Surah Al-Ankabut ayat 2-3)

kadang2 ujian tu membuatkan kita merasakan diri kta lemah sangat.. berperang antara hati dan akal.. dan merasakan yg ujian tu xtertanggung....

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
(Surah Al-Baqarah ayat 286)
"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman."
(Surah Al-Imran ayat 139)


dengarlah rintihan hati ini...bagaimana mahu kutempuh semuanya??
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"
(Surah Al-Baqarah ayat : 45)
"... ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir."
(Surah Yusuf ayat 12)
ain,
tabah ok!
i'm always be there for you...
kalau penat simpan, luahkan. i'm all ears! (maklumlah berpengalaman. =p)
all the best in your exam lalink!
MyEm0.Com


sape tau mcm mne nk compress css codes blog?

4 bunga-bunga cOmeL
 dah penat mencari , akhirnya mengalah jua. hari tu pernah terjumpa kt satu  blog ni. die gtau mcm mane nk c0mpress css codes blog guna satu website ni. tp xtau blog sape!argh.


so pada sape2 yg tau or tuan punye blog tersebut, bleh x tinggalkan link?MyEm0.Com



tq!=p



pakai contact lens?

2 bunga-bunga cOmeL
sape pakai c0ntact lens angkat tangan!!!

akulah salah se0rang pemakai mata extra a.k.a kanta lekap ni.. bukan ape, entah nape hari ni masa nk pakai problem plak. bile lekap je kt mata,pedih x terkira. walaupun kalau dibiarkan beberapa saat pedih tu akan hilang, tapi aku xnaklah merisikokan mata aku yang dua ini..
dah sah2 la kan bukan mata aku...
ihsan:google

dalam d0k pakai- buang, pakai buang... tiba2 teringat aku masa b0rak2 kt c0urt vb lama dulu..kawan aku ni, die tak nak pakai lens sbb die penah tgk s0rg customer ni, ditolong-pakaikan lens oleh jurujual tu smpai berdarah-darah! ade ke?? ye2 je die punya hyperbola tu.hahaha

nasihat aku: 
pakai lens,silalah jaga kebersihan tangan masa nk pakai n tanggalkn lens. n make sure lens tu disimpan dalam solutionnya sje n digunakan dalam masa yang ditetapkan..jgn la da expired pun guna!=p


atieput3 dah 2 tahun!

2 bunga-bunga cOmeL

akhirnya atieput3 mencapai umurnya yang ke2 tahun di alam maya ini...
!!clap clap!!

harapan:
sm0ga atieput3 bertambah-tambah pengunjung n earningnya dan yang paling penting bermanfaat kepada semua.

HAPPY BIRTHDAY!

p/s: ikut perancangan aku, nk beli secret recipe tu. tp mana nak dpt pg2 ni kan.hihi.. next time jela..

.belajar dr kesilapan.

6 bunga-bunga cOmeL
kalaulah 4 tahun dulu stdy mcm hari ni..... MyEm0.Com


salam..


tak baek betul start entry mengeluh cmtu.ish2... tp betulla kan.. kadang2 belajar dari kesilapan tu lebih berkesan di hati kita. lebih berkesan dalam tindakan kita.


macam hisap r0kok. selagi bleh hisap n hembus fuh fuh kt 0rg, selagi tulah susah nk berhenti.tp bile dah kena kanser mulut ke, sakit peparu ke, barula nak insaf... baru lah rasa betapa teruknya effect r0k0k tu!sedangkan bukan xtau. iklan pasal keburukan r0k0k bersepah2... yelah, te0ri je mana nk rasa kan! bile dah kena... mmmm... masa tu nt mula lah... "kalaulah........" (sambung sendiri)


(hukum ALLAH lain cite.)
xkanlah nk test zina dulu baru nk sedar zina tu salah. walaupun l0gikalnya, lepas dah zina, tiba2 pregnant, masa tu mula gelabah....belajar dr kesilapan, tentu kesannya lebih mendalam... kn? tp xperlulah sampai mcm tu. ada banyak cara lg untuk belajar.kn?
(semoga smpai maksud aku ni.hihi)


so target malam ni dah tercapai.alhamdulillah... baru betul2 paham perbezaan equations dan cara nk selesaikan. n dah buat buat n0ta kecik for the whole topics! sgt2 berbangga dgn diri sendiri! MyEm0.Com betollah assignment aku pasal discovery learning hari tu. bile kite sendiri cuba pahamkan n detect kesalahan sendiri, pelajaran akan jadi lebih berkesan! (inilah yang sebenar-benarnya )


hari ni pun dah hantar b0rg pengijazahan..m0ga2 tercapaila hasrat aku yg satu ini.amin...


p/s: mesti ade sebab bila Allah jadikan kita ni lembut hati kan....

Tuesday, November 23, 2010

isu langkah bendul...

5 bunga-bunga cOmeL
isu langkah bendul


kaki sape tah aku jumpa kt google image.
sape tak tau apa langkah bendul ni? langkah bendul ni bile yang adik kahwin dulu daripada abang atau kakaknya.sebab panggil langkah bendul? hah, k0rg pk lah sendiri.


baru2 ni sepupu aku kawen. perempuan. anak b0ngsu pak l0ng aku, um0r 22 tahun... mmmm...rumah  d0rg jaraknya lebih kurang 50-100m. hai.. kalau jenguk kut tingkap tu terus nmpaklah umah pakl0ng aku. perasaan aku? xde la rasa pape sangt. die pun dah xbelaja. jd0h dah sampai. kawen. abeh cerita..


TAPI...


pada  petang yg hening tu, (hari kenduri kawen sepupu aku)
lokasi:ruang tamu rumah aku.


adik: lawa jugak kaler hitam putih. 
mak aku ada menyampuk. tp aku tak ingt apa. mcam tya2 adik aku nak kaler ape la.
adik:tanyalah kak ti, nak buat kaler apa. (sbb xnak sama ng aku la)
kakak aku: nanti hg buat kaler biru putih la. (merujuk pada adik aku)
aku: mana bleh biru aku punya!(kata aku setelah menjadi pendengar setia)


haa... tau kakak aku jawab apa? "gatai!"
sentap den!


hmm.... kecik hati aku tau..huhu.. ni dah lebih!! sape adik?sape kakak ni? yg dia d0k ckap ng adik aku tu, xgatai plak.apa yang gatai xtaulah. macam la dulu dia xdak impian nak kaler apa masa kawen? lagipun bukannya umur aku ni  baru 13 tahun. tapi dah 23.huu..kakak aku yg tgh kawen masa 24 tahun.


agaknya nilah perasaannya 0rg2 yang dilangkah bendul?huuu... tah2 abang aku pun macam tu dulu..


ni baru BAKAL, belum kena langkah lagi.huhu..org2 kt kampung, biasalah... nanti mulalah nak tanya banyak.. tapi xmustahil. ntah2 dengan fizikal aku yg agak kecik dr adik aku tu, 0rg xperasan pun yg adik sebenarnya kawen dulu (melainkan yg kenal la).huhuhuh..


secara p0sitifnya, j0doh ditangan ALLAH. andai kata adik kawen dulu. aku sket pun xkisah.langkah bendul ja. bukannya sakit pun. tp t0l0ng jangan menafikan title aku sbg kakak pada adik aku tu...huu..kecik ati den tau!

Monday, November 22, 2010

kerja-kerja pembersihan..

2 bunga-bunga cOmeL
salam


yeay! akan kembali bergiat aktif tidak lama lagi.hihi...


skrg hanya nak buat kerja2 pembersihan. cukup terseksa bila bl0g sendiri lambat l0ading sbb byk widget.(ni baru sket) dan tak mampu nk jalan2  pada sesetengah blog jugak yang mempunyai byk aplikasi dan widgets..huu... mungkin k0rg (kalau k0rg rasa byk sgt mende dlm blog korg) pun patut sama buat kerja-kerja pembersihan ni.. bukan ape, supaya pembaca senang nk ke blog korg.. yela, kdg2 internet kite laju, bile internet hampeh,hai..rasa cam nk sumpah seranah je...


0k. enough pasal tu. skrg aku dah balik um. menghabiskan sisa usia kt sini..ade 3 paper yg ke-penghabisan. doakan aku, kawan2... =)





Friday, November 19, 2010

salam aidiladha

2 bunga-bunga cOmeL
sekali dalam sepuluh kali..

salam...

selamat hari raya aidiladha! =)

masih di kampung, kebetulan guna abangda punya bb. ..

thanx pada sume blogwalkers sbb sudi dtg sni..MyEm0.Com skrg xdapek nk bw, sbb internet yg agak slow...

ok. gtg..

salam

Thursday, November 11, 2010

rahsia sujud dalam solat

0 bunga-bunga cOmeL
 Sujud lega sistem pernafasan 

Mungkin ramai di kalangan umat Islam tidak sedar mengenai pelbagai hikmah yang tersembunyi ketika sujud. Pada hal, kita perlu sedar bahawa tiada suatu pun ciptaan dan suruhan Allah s.w.t. yang sia-sia, malahan setiap ciptaan itu mempunyai kelebihan yang selalunya tidak terjangkau akal manusia. Manusia melakukan sujud dalam dua bentuk, iaitu sujud fizikal seperti ketika bersolat dan sujud spiritual berbentuk ketaatan kepada perintah Allah s.w.t. dan menjauhi laranganNya. Ulama mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia paling hampir dengan Allah s.w.t. dan mereka menggalakkan kita bersujud lebih lama. Antara hikmah lain sujud adalah melegakan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya. 

Bernafas ketika sujud pula boleh:

- membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya. 

- membetulkan pundi peranakan yang jatuh.

- melegakan sakit hernia. (burut)

- mengurangkan sakit senggugut ketika haid. 

- melegakan paru-paru daripada ketegangan.

- mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa. 

- kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh. 

- meringankan bahagian pelvis. 

- memberi dorongan supaya mudah tidur. 

- menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut serta punggung ketika akan sujud dan bangun daripada sujud.

- pergerakan otot itu menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik, secara automatik memastikan kelicinan perjalanan darah yang baik. 

- bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik, mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada. 

- mengurangkan kegemukan. 

- pergerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang perut (convulsions).

- organ terpenting iaitu otak manusia menerima banyak bekalan darah dan oksigen. 

- mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan sebagainya. 

Dari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan Yang Maha Pencipta sekaligus mengikis sifat sombong, riak, takbur dan sebagainya. 

Dari segi perubatan, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentality seseorang. Menurut kajian, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki darah sedangkan setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal dan sempurna. 


nota ditangan: prof wan (aku xingat nama penuh), engineering fac,UM pernah buat kajian dengan team die pasal solat, salah satunya ttg sjud..memag sujud banyak manfaatnya.. even orang dari barat juga mengakuinya.. 

jadi..marilah menunaikan solat dan menghayati bacaan di dalamnya...(mengingatkan dri aku dan kawan2 semua. =) )

Sunday, November 7, 2010

new baby boy!

0 bunga-bunga cOmeL
salam!!!

rindu punya pasal, sanggup aku pg cc ni tau.hhaa.. btw, thanx for visiting my blog.. sebenarnye aku kt kampung.. so xdapek la nk on9 sll cm kat kolej..tp jgn risau, aku akn blas bw korg slagi termampu.(ni pun tgh bw ok. =p) hihi..n  thanx jugak sebab sudi klik2 nuffies aku tu..eh..lg 1. internet ni cm lambat sket r..pastu nk load tu bukan maen lg .. kalau lmbat sgt, aku x tgl jejak..aku  up traffix korg je.. =p


n lagi satu, rindu nak men vb.sob..sob.. (tula!hari tu time kt kolej xnk turun,.padan muka!)

ok.dah2... hihi

so the greatest news for this time is.... keluarga aku dah bertambah lagi sorg ahli.. smalam, kakak aku baru je slamat melahirkan babyboy yg ofcoslah comel kan.. hai... ade kawan la si aiman tu nanti...tp sampai skrg, aku pun xdpt tgk lg kecomelan anak sedara aku tu.. harapkan tgk gmbar je..


okla..pasni nk jalan2 plak.. smpai ptg ok. mati den.huuu~

have a nice day .. =)




Saturday, November 6, 2010

AKU, KAU BERBEZA...AKU, KAU ISTIMEWA...

0 bunga-bunga cOmeL
aku rasa korg mesti pernah tgk ni dulu kan??
gmabr ni muqadimah je...hihi

LELAKI

 
Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya. 

Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin (yg ada anak pompuan ramai kena ingat ni....pastikan anak solat, tutup aurat, etc) dan dosa anak lelaki yang belum baligh.


BERATKAN?

 Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggung jawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggung jawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya ditanggung oleh suaminya. BERATKAN?? 

Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin. 

Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung. Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan semut. Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa yang ditanggung (ikut kajian laa...jangan percaya sangat) 

Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah SWT. Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan. Begitulah kira-kiranya. 


WANITA :

Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki. Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya. Saksinya kurang berbanding lelaki. Menerima pusaka kurang dari lelaki. 

Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak. 

Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya. Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri. Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki. 

Pernahkah kita lihat sebaliknya?? 

Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita. 

Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita ? 

Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan 
anak-anak. 

Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil). 


Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita:

1. ibunya , 
2. isterinya , 
3.anak perempuannya , dan 
4. saudara perempuannya. 

Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini:

1. suaminya, 
2. ayahnya, 
3. anak lelakinya dan 
4. saudara lelakinya . 

Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yg disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja:

1. sembahyang 5 waktu 
2. puasa di bulan Ramadhan 
3. taat suaminya dan 
4. menjaga kehormatannya . 

Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata. 

MasyaALLAH.. .sayangnya ALLAH pada wanita .... 

Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seorang lelaki , tetapi ingatlah wahai lelaki...kamu sebenarnya adalah istimewa disisi Allah, maka dengan sebab itu DIA mengangkat kamu menjadi 
pemimpin...maka dengan keistimewaan itu, JAGALAH dan HARGAILAH wanita sebaik-baiknya...supaya kelak masing2 lelaki dan wanita dapat pulang mengadap Allah dalam keadaan istimewa disisiNYA.. 

"Berpeganglah kamu sekelian dengan tali Allah dan janganlah kamu berpecah-belah, dan ingatlah nikmat Allah atas kamu, seketika kamu bermusuh-musuhan telah dipersatukanNya hati kamu semuanya, sehingga dengan segera kamu telah menjadi bersaudara dengan sebab nikmatNya.(Ali- Imran:103) 

Pada hari itu (hari qiamat) manusia diberitahu akan segala yang telah dikerjakannya dan yang telah ditinggalkan. Bahkan manusia itu, anggotanya menjadi saksi terhadap dirinya sendiri, walaupun dia berperi-peri memberikan alasan untuk membela diri " 



credit:tokwan


boleh share. dont worry!=p


nota di tangan:next entry will be touch on hikmah sujud

CHEMISTRY without CATALYSIS, would be a SWORD without a HANDLE, a LIGHT without BRILLIANCE, a BELL without SOUND.

~love chemistry~

.giRLs DrEaM TEaM.

.giRLs DrEaM TEaM.

.wishlist.

tamat belajar
gaji pertama
konvo
external hard disk
amek lesen
S.E xperia vivaz
my first car
netbook
bola guli
VB team
DSLR
family holiday
Encik P
settle ptptn
...bahagia sampai ke syurga...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...