Al- Baqarah

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."


Friday, April 6, 2012

spike aku masih kencang OK! 3


Chap 3

“Neya, kalau aku cakap spike aku lagi kencang, kau setuju tak?”

“tak! Spike akulah lagi kencang!” balas neya lalu ketawa. teman-teman mereka yang masih bermain di dalam gelanggang dipandang sekali-sekala.

“kenapa kau susah sangat nak mengaku?” soal Amat lagi. dia juga ketawa. botol yang sedang ditegur oleh Neya, dirampasnya.

“Amat!! aku tengah minum kan???” Neya mengecilkan matanya, marah.

“kau tahu tak kau comel bila buat macam tu?”

Wajah Neya terasa panas tiba-tiba. Gila ke apa Amat ni!

“neya...”

“apa dia?”

“kalau aku cakap...”

“yelah, suka hati kaulah. Spike kau lagi kencang!”

“hei, bukan tulah!

“dah tu?”

“itulah menyampuk lagi. aku nak cakap...”

Amat berhenti di situ. perlu ke tak? Perlu ke tak?

“cepatlah cakap. Team Haikal dah kalah tu, aku nak masuk pula.”

“hmmm.. aku suka kau!”

Senafas, Amat melafazkannya. Neya terdiam. Kelu dan kaku!




Amat, kita putus.

Mesej ringkas itu terus dihantar ke nombor Amat sebaik sahaja dia meloloskan diri ke dalam kereta Aqil.  Aqil pula seolah-olah faham apa yang baru dilalui Neya. dia langsung tidak bertanya apa-apa melainkan tempat yang mahu Neya tujui. 


“NAH, ice lemon tea,” hulur Aqil pada Neya yang nampaknya sedang termenung jauh. Masa dia tanya Neya mahu ke mana, neya hanya membalas gelanggang bola tampar varsiti.

Air mata dikesat cepat.


“mana awak tahu saya suka minum ice lemon tea?” soal NEya sambil menerima huluran itu tanpa memandang sikit pun wajah Aqil. Rajin pula si Aqil ni patah balik. ingatkan tadi bila Aqil bangun meninggalkan dia,Aqil mahu pulang. Rupa-rupanya tidak. Aqil mencari minuman. Mungkin dahaga barangkali setelah lebih setengah jam mereka bersandar di pagar gelanggang ini tanpa berbuat apa-apa.

“i tak tahu you suka tapi i nampak you minum dekat cafe tadi,” jawab Aqil.

“Aqil, kalau awak nak balik, baliklah dulu. Saya nak lepak sini, nak tenangkan fikiran,” kata Neya. Aqil sudah banyak membantunya hari ni. takkanlah masa dia nak melayan perasaan pun, Aqil nak temankan?

“hmm.. mungkin you perlukan ini juga kot?” soal Aqil kemudiannya menyerahkan sebiji bola tampar kepada Neya.

Neya terkelu! Memang itu yang dia perlukan. Dari mana pula Aqil dapat? Seingatnya Aqil ni main rugbi, malah bukan main lagi dia mengutuk pemain bola tampar macam Neya ketika mereka pertama kali bertemu. Itupun ketika perkampungan sukan UKM lama dulu.  Tak berpeluhlah, tak aktiflah dan entah apa-apa lagi yang membuatkan Neya tidak menyukai lelaki itu.

Ah, tak kisahlah dari mana Aqil dapat. Yang penting tekanannya mesti dikurangkan! Bola di tangan Aqil diambil jua akhirnya. Kasut wedges 2 inci itu ditanggalkan dan diletakkan di tepi beg. Lengan bajunya disinsing sedikit.

Ini untuk hati aku yang kau hancurkan! Neya spike bola sekuat hati ke arah pagar gelanggan itu.

Ini untuk 2 tahun aku abaikan impian aku!

Dan selepas itu Neya terus spike sehingga dia akhirnya terduduk sambil menangis. Bergegar tubuhnya menahan tangis yang makin menggila bila mengingatkan kenangan indah dia dan Amat dan apa yang Amat telah buat padanya.

Lututnya dipeluk erat dan kesedihannya dihamburkan di situ. Neya terlupa pada Aqil yang setia menanti sejak dari tadi dan Neya tidak tahu yang Aqil memandangnya dengan rasa sayu di hati.

“Neya...”

Bila mendengar namanya dipanggil baru Neya sedar yang dia tidak keseorangan di situ.

“kenapa dia buat macam ni pada saya, Aqil?” soal Neya pada Aqil. Aqil masih lagi dengan pandangan yang sama lalu sekotak tisu dihulurkan pada Neya.

“mana dapat tisu sampai sekotak ni?” seloroh Neya selepas tangisannya reda.

“ambil dalam kereta,” balas Aqil sambil tersengih.

i am so sorry for what had happened today. We’re barely known each other but you’ve give me everything that i need right now,” ujar Neya.

well, i know how you feel. I’ve been there before. Just that, I tak adalah menangis macam you lah kan. Jatuhlah saham I,” balas Aqil sambil ketawa. Neya turut ketawa. sempat pula nak perasan mamat ni, detik hati Neya.

Volleyball is everything for you right?” soal Aqil bila Neya hanya diam.

Amat was everything for me once. But now, yes! Volleyball is my everything,” jawab Neya yakin.

That’s why I never saw you during perkampungan sukan this few years. So tell me, did he asked you to give it up?”

Neya mengangguk perlahan, “masa tu, saya injured sebab main volleyball. Amat ada masa game tu. saya pun dah tak ingat budak mana yang tolak saya. saya terjatuh dan hempap tangan sendiri. Entah silap kat mana, tangan saya terseliuh teruk. Sejak tu Amat tak bagi main. Sebenarnya mama dan papa pun. Alah, injured,  biasalah kan!

Tapi Amatlah yang paling beria-ia suruh saya berhenti. Bila ingat balik, rasa macam tak masuk akal! Yelah, dia pun atlet juga. Mungkin dia ada sebab lain masa tu, dan kecederaan saya memang berlaku pada masa yang tepat. Siapa tahu kan?” cerita Neya panjang lebar. Masih teringat tangannya yang beranduh dulu. 3 bulan, dia tak boleh masuk gelanggang. Itu syarat mama! Kalau tak, no volleyball forever.

Aqil hanya mengangguk-angguk. Susah juga bila dapat pasangan yang tak memahami ni. macam dia dulu! Ada ke awek dia dulu beria-ria suruh dia berhenti main sebab takut dia cedera parah masa main rugby sampaikan siap bagi dia 2 pilihan. Nora ke rugby?Tanpa berfikir panjang, dia terus membuat keputusan. Tentulah rugby! Dari dia kecik diasuh dengan sukan itu. bukan dia tak pernah bengkak sana-sini, berdarah sana sini sebab rugby, tapi dah itu minatnya.

Berbulan-bulan jugalah dia merawat luka bila meninggalkan Nora. Bukan salah gadis itu. dia yang membuat keputusan. Terpaksalah dia terima. Kadang-kadang dia menyesal. Kadang-kadang dia rasa dia membuat pilihan yang tepat.

“Aqil dengar tak saya cakap ni?” Neya meninggikan sedikit suaranya bila tidak mendapat sebarang respon dari Aqil. Sempat pula mamat ni mengelamun!

“hah, you cakap apa?”

“saya ajak awak balik. yang awak termenung ni dah sampai benua mana?”

Aqil ketawa, “belum sampai lagi, dah terkejut dengar suara you!”

Neya tersenyum. Lelaki ini memang sombong satu ketika dulu tapi sekarang Neya mengaku yang Aqil ada juga baiknya.

“nah, bola ni. thanks,” ucap Neya lalu bangun dan menyerahkan bola tampar yang dispikenya sekuat hati tadi kepada Aqil semula.

“ambillah.”

“eh, tak payahlah. Saya ada satu kat kolej dan dua lagi kat rumah. Tak perlu kot,” balas Neya.

“i gurau je. Bola ni kawan I punya,” kata Aqil sambil tersengih.

Neya mengetuk topi yang dipakai Aqil bagi menutup rasa malunya. Ingatkan Aqil betul-betul serius dengan offernya tadi. Nasib baik memang dia tolak. Kalau tak lagilah malu. Mana nak taruk muka?

Akhirnya mereka sama-sama ketawa sambil berjalan meninggalkan gelanggang yang menyimpan rahsia salam perkenalan mereka.

0 bunga-bunga cOmeL:

CHEMISTRY without CATALYSIS, would be a SWORD without a HANDLE, a LIGHT without BRILLIANCE, a BELL without SOUND.

~love chemistry~

.giRLs DrEaM TEaM.

.giRLs DrEaM TEaM.

.wishlist.

tamat belajar
gaji pertama
konvo
external hard disk
amek lesen
S.E xperia vivaz
my first car
netbook
bola guli
VB team
DSLR
family holiday
Encik P
settle ptptn
...bahagia sampai ke syurga...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...