Al- Baqarah

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."


Sunday, July 31, 2011

jogging #10

0 bunga-bunga cOmeL
Jogging day 10

Dah 3 hari tak jogging. outstation. Terasa semacam je badan ni bila tak bersukan. Ewah... jogging tu kira bersukan ke??

Ok, bersenam...mungkin itu lebih tepat.

Mana mamat yang selalu aku nampak tu? tak ada ke dia hari ni? mata melilau, mencari ke sekeliling taman permainan.

bagus juga tak ada. Tak adalah tercemar udara aku pagi-pagi ni.

 “hah, cari saya ke?”

Aku mengurut dada. Terkejut dengan sergahannya.

“dah tak reti bagi salam!” aku memarahinya. Dia hanya tersengih.

“saya tanya, cari saya ke?”

“mana ada,” aku mencebikkan bibir.

“hari ni saya breakfast nasi lemak,” dia tiba-tiba memberitahuku.

So what??? Soalku dalam hati sambil mengerutkan dahi. Tidak memahami apa yang dia cuba sampaikan.

Dia mengangkat 2 jarinya lalu membuat gaya seperti sedang menghisap rokok.

Aku ketawa.

“baguslah. Mana tahu sedap sangat makan pengawet mayat tu,” kataku lalu meninggalkan dia.

Saturday, July 30, 2011

jogging #9

0 bunga-bunga cOmeL
Jogging day 9

Rasa macam dah tak cukup tanah dah sembunyi muka. Tapi nak buat macam mana. Misi mesti diteruskan. Mana boleh separuh jalan.

Harap-harap hari ni tak jumpa mamat tu lagi.

Dah penat round-round kat kat sekitar kawasan perumahan, aku duduk berehat di bangku panjang di taman permainan.

“hai...”

Huh! Muncul lagi dia ni. mana nak letak muka ni. tak kerja ke? aku lainlah, kerja malam.

Yang bab menyapa tu aku boleh tahan. Tapi yang bab lagi satu ni-asap berkepul-kepul. bila nak berubah ni....

“sedap breakfast dengan formaldehyde pagi-pagi ni? kat makmal bio sekolah ada banyak. Nak awet mayat pon boleh.”

Aku terus berlalu. Dari ekor mataku, aku lihat dia memandang benda yang berada di celah dua jarinya lalu di buang ke tanah dan dipijak2...

Dalam hatiku: baguslah. Pijak-pijaklah selalu.


Friday, July 29, 2011

aku di tajul muluk.

0 bunga-bunga cOmeL

menduakan suami tak tahan tu.ayok~

pandai simpan rahsia org. rhsia sendiri ade jugak yg kongsi kt sni. ade jugak yg tetap menjadi rahsia.

terperangkap?? mmm

berjimat? yes! hahaa

pengawasan dalam banyak perkara tu mcm tu je...

pendek kata: aku tak percaya mende ni dan yang seangkatan dengannya.hehe



blog review: 222nd follower

0 bunga-bunga cOmeL
assalamualaikum..

segmen blog review kali ni adalah follower blog aku yang ke 222.


pernah tak korg singgah kt blog di atas?

BLOG BUKAN CALANG-CALANG 

bertemakan kaler hijau.
(aku rsa beliau mmg suka kaler hijau kot.)

buat masa skrg (27/7, 3.25 PM), follower beliau sudah mencecah 3317.
(masa aku follow blog ni, aku yg ke 3313, beberapa jam kemudian, follower beliau dah jadi 3317. impressive!)

content entry beliau simple. ditulis dlm bahasa yg santai.. 
tp yg penting, setiap entry mesti ade gmbar2 yg menarik n comel!haha


terimalah award yg tak seberapa ni dr saya..  hee


Create your own banner at mybannermaker.com!

Copy this code to your website to display this banner!


so apa lagi, terjahlah blog beliau!

;)



p/s: fathiah, mintak izin snip gmbr ye. ;p

jogging #8

0 bunga-bunga cOmeL
Jogging day 8

Mak ai... ni kereta betul ke kereta mainan ni?

Dah macam coklat dah ha aku tengok. Eh eh.. tak adela. Tipulah. Mana ada macam coklat.

Siap pasang tinted lagi cermin. Alamak tudung sengetla!

Kasi betul sikit.

Dalam aku dok asyik tersengih depan cermin kereta yang cun melecun tu, tiba-tiba tingkap kereta itu diturunkan.

Dan wajah mamat tu tersengih di depanku..

“dah cantik dah...”

Tanpa sepatah kata, aku terus berlalu.

Tak payah nak mentionlah apa. Aku tahu.MALU!

Thursday, July 28, 2011

HARIMAU malaya vs SINGApura

0 bunga-bunga cOmeL
assalamualaikum..

ngeh2..
aku ni sll terlepas mende2 penting macam ni..haha

masa msia lawan spore hari tu, 
aku xtau pape. tup2 je kwan aku msej msia kalah 3-5

so malam ni, msia lawan timbal balik dgn singapura.


smoga malaysia menang!!!!
ruginya xdpt tgk. ade amanah yang perlu diselesaikan...

apapun, aku doakan malaysia menang.

malaysia mesti boleh!

insyaallah..


smart seyh poster ni...

oke. nk start kelas da..

assalam..

#6 LK_ moktan

0 bunga-bunga cOmeL
moktan

maksud: 
buah rambutan


yummy!

jogging #7

0 bunga-bunga cOmeL
Jogging_day 7.

Kawan aku cakap, apalah malang mamat hensem tu nak berkenalan dengan aku. Aku cakap pada kawan aku, bila masa aku cakap mamat tu nak berkenalan dengan aku. Kawan aku cakap, “abes yang kau cakap hari-hari dia kacau kau!”

Memanglah aku cakap hari-hari dia kacau aku. Tapi aku tak cakap dia nak berkenalan dengan aku.. karang aku cakap tamil karang, pening pula kau nak faham.

Sangka aku, dia tiada hari ni.

Tapi bila  aje aku dah hampir-hampir sampai ke pintu pagar, dia tiba-tiba muncul.

Stalker ke apa mamat ni???

“awak duduk sini?”dia menyoal.

“taklah, sy duduk hujung sana.”

Apalah punya bernas soalan tu. dah nampak aku dah nak masuk dalam kawasan rumah dah pun.

“pandai buat lawak,” dia ketawa.

“tak jogging hari ni?”

Dia menggeleng.

“nak pergi kerja ke?” aku menyoal apabila melihat dia kemas semacam je.

Dia mengangguk.

Angguk-angguk, geleng-geleng.hish!

“saya masuk dulu.”

Wednesday, July 27, 2011

yeay!puasa kt rumah!

0 bunga-bunga cOmeL
apa rasanya berpuasa sebulan dgn family????



baru lepas call yang dipertua PIBG.
so keputusannya bulan puasa ni, kelas malam tak ada.
jadi,

aku akan berpuasa sebulan kat rumah!!!

subhanallah...
bestnya... dah lama xrasa berpuasa lama2 kat rumah.
paling lama pun seminggu.

the upset thing is: xde income masuklah next month.

but,

the VERY good thing is: berpuasa kt rumah n terawih ng mak sama2...

actually, macam2 rasa ada..

esok aku balik, means, esok last day aku kat sni sehinggalah lepas raya nanti.

so you guys, dont me miss me...

org ckp jauh di mata, dekat di hati..

hehe..

p/s: mungkin boleh amek lesen kete kot + MESTI berjimat cermat..

cara nak kira fidyah.

24 bunga-bunga cOmeL
assalamualaikum..


harimau, harimau jugak. singa, singa jugak, puasa dah habis ganti ke belum? next week da start ramadhan...


kali ni aku nak berkongsi dgn korg ttg fidyah.


pernah dgr kan?


Maksud Fidyah ialah satu cupak makanan asasi tempatan yang disedekahkan kepada fakir miskin mewakilli satu hari yang tertinggal puasa Ramadhan padanya.


fidyah ni lebih kurg mcm denda la. ade beberapa kes yg menyebabkan kita mesti bayar fidyah. salah satunya, bila kita tinggalkan puasa dan tidak menggantikannya sehingga ramadhan yg berikutnya. maka kita perlu membayar fidyah. jumlah fidyah akan bertambah mengikut tahun selagimana kita tidak menggantikan puasa.


kalau nk tahu lebih lanjut ttg fidyah ni, atau ade kes2 lain contohnya mengandung dan sebagainya, boleh dirujuk di sini sebabnya, aku pun takdelah arif sgt pasal ni.


tp untuk kira fidyah, aku boleh kongsi dengan korg sbb aku dah yakin macam mana cara nk mengiranya. hee


katakanlah pada ramadhan 1430, korg telah meninggalkan puasa selama 2 hari. sehingga masuk ramadhan 1431, korg tidak menggantikannya. jadi korg wajib menggantikan puasa tersebut selama 2 hari dan membayar fidyah sebanyak 2 cupak sebelum bermulanya ramadhan 1432 (insyaallah bermula 1 ogos). jika tidak selepas ramadhan 1432 nt, korg perlu menggantikan 2 hari puasa korg (bilangan puasa tidak berganda ) + bayar fidyah sebanyak 4 cupak beras (fidyah berganda mengikut tahun).


soalan:bagaimana kalau saya telah menggantikan puasa (yg ditinggalkan pd ramadan 1430 dan tidak diganti sebelum ramadhan 1431) sebelum ramadhan 1432, tetapi tidak sempat membayar fidyah sehinggalah bermulanya ramadhan 1432?


jawapan: fidyah tetap berganda. iaitu 4 cupak.mesti dibayar sebelum ramadhan 1433. jika tidak, berganda lagi menjadi 6 cupak. dan begitulah seterusnya.


untuk memudahkan pemahaman korg, bolehlah rujuk table di bawah.


klik continue reading:

jogging #6

0 bunga-bunga cOmeL
Jogging_day 6

Argh!mamat ni lagi. Tak ada orang lain ke?

“cantik baju hari ni?”

Tshirt milo macam ni pun cantik ke? free pulak tu.

“rasa nak minum milo pulak.”

Dia ketawa lalu berlari meninggalkan aku.

Mamat ni dah lebih... aku terus belok kanan.

Tuesday, July 26, 2011

saujana_photos

2 bunga-bunga cOmeL
assalamualaikum...

haa.. ni sebahagian gambar2nye..
sebahagian ape. sikit je.hihi..

sebelum konsert bermula.

yang dtg, 3 org je. + sorg motivator. encik jefri.

ni aku curik2 tangkap masa lepas konsert.gegar segala.

haaa!cer tgk. ade ke?ade ke? 

kalau aku pakai tudung labuh, duduk dikalangan dorg, nmpak cm student x?

jogging #5

6 bunga-bunga cOmeL
Jogging_day 5

Peduli apa aku dengan mamat semalam. Dia datang dekat, aku bagilah flying kick sedas. lagipun, hari ni hari minggu. Mesti dia pergi kerja.

Nampaknya, sangkaan aku meleset.

Nak buat-buat tak nampak pun memang aku dah nampak..
Okey, boleh bukak gear sekarang.. pecut...

“laju hari ni?”

Hah?dapat pula dia ni kejar??? Ini bukan jogging dah ni. ni dah masuk katogeri pecut. adeh. macam nak terkeluar jantung aku dibuatnya.

“aah. Tadi ada anjing kejar.”

“lah, anjing kejar kenapa lari?”

“sebab dia kejar lah.”

“dah awak lari, dia kejar la.”

Dia ketawa. Banyaklah kau punya gelak. Aku ni semput pun tak hilang lagi...

“saya balik dulu. Nanti nak kena cari air tanah buat samak pula.”


bersambung..

Monday, July 25, 2011

saujana dtg sekolah.

0 bunga-bunga cOmeL
as salam..

jumaat hari tu, saujana ade dtg skolah buat konsert. teruja giler! *sebab akan tgk depan mata kot. haha.
lagipun dlu memang minat jugak saujana nih. menang lagu2 die..

ingt lagi lagu 'sepohon kayu'? lagend tu!

keluarga bahagia.legend jugak.

ni kumpulan saujana masa zaman aku sekolah2...
bertahun2 berlalu.. aku pun dah tak tau ape cte dorg...


so skrg dorg bergerak dgn 4 org ahli (hanya 2 kekal ahli lame)

masa dah abes tu, aku stay lagi kt dewan sbb ade lagi cikgu yg ade.

        kak N: tina, pg la. akak amekkan gmabar.

memikirkan bila lg ade peluang ni, aku pun pg la nk amek gmbar. kalau ikut hati, mmg aku nk tgkap gmbar sorg2 ng dorg. tp nt dorg ckp ape plak.. so aku tarik la tgn budak2 pompuan yg dtg semula sbb nk amek gmbar tp malu2..

tau x, salah sorg dr ahli saujana tu tanya ape kt aku??

ni cikgu ke pelajar?

huhuhu...obvious sgt ke???? sll sgt org tya cmtu...to think it in positive ways: i take it as a compliment. thank you.hehe

gmbr, aku belum transfer lg..next time k..

chill~

jogging #4

3 bunga-bunga cOmeL
Jogging­_day 4

Dek kerana terkejut ‘dilambai’ mamat semalam, aku amek keputusan tak nak jogging kt stadium dah.

Tapi bila fikir-fikir balik, ruginya!Mamat tu dah la hensem, tough.haish!

“hai!” hampir saja aku nak berdebuk jatuh sbb terkejut disapa tiba-tiba.
“sorry... saya tak sengaja...”katanya lalu dihulurkan salam perkenalan.
“maafla. Kita tak boleh salam.”

Dia tersengih, menampakkan barisan gigi yang putih. Bibir dia pun merah je.muka berseri. Ini mesti tak hisap rokok ni. confident, aku meneka.

Dia duduk di sebelah aku, berkongsi sebuah kerusi panjang.

“if you don’t mind....” tiba-tiba dia mengeluarkan sesuatu dari dalam kocek seluarnya. Dan begitu jelas sekali di pandangan mata aku..

DON’T JUDGE A BOOK BY ITS COVER.

“saya jogging pagi-pagi kat sini bukan untuk dapat cancer.”

Lalu dengan selambanya aku meninggalkan dia untuk kali kedua. 


bersambung....


untuk baca jogging #1,jogging #2,jogging #3

Sunday, July 24, 2011

222!!

0 bunga-bunga cOmeL
WHO WANTS TO BE THE 222ND!


Assalamualaikum....


2 hari tak dpt 0n9, bukak je blog, dah ade 221 followers. thanx! dah lame tgu, sbb nk wt special review untuk 222nd  follower.hehe


yg baru je follow atieput3, thank you very much. smoga mendapat manfaat dr blog yg xseberapa ini... i will visit yours tomorrow, sbb mlm ni tak sempat. jap g dah nk start kelas... skrg ni pun tgh tgu budak...


terujanye!hehehe..222..what a nice number!


p/s:teruja jugak sbb dis weekend nk balik.tak sabarnye!yeay!

Friday, July 22, 2011

bola, bola jugak. solat jangan tinggal.

2 bunga-bunga cOmeL

haa... yg maen tu, kte tak tau la kan macam mana..

yg pergi  tengok tu.
k0l 4 dah terpacak kt parking stadium.
ade solat tak???


0 bunga-bunga cOmeL
assalamualaikum...

aku nak meluahkan perasaan ni.. rsa cm nk banjir.. tp tak banjir2 jugak..
rsa mcm nak sedey2... tp aku maintain je senyum...

kenapa aku jadi mangsa????????

rilex2... tarik nafas......lepas.....

rsa cm nak kata mende ni la... aku nk kata jugak. .D.A.M.N!

.
.
.
.
.
.

aku rsa nk jerit..

forget n forgive..

that's it!

jogging #3

0 bunga-bunga cOmeL
Jogging _day3


Weekend.

Barulah ada orang lain sama-sama jogging. Hari ni rajin sikit. Aku jogging sampai ke stadium.

 Jalan-jalan cari makan.eh salah. Jalan-jalan cuci mata.

Ada auntie-auntie tengah beryoga.

Baik punya ushar, tiba-tiba ada seorang mamat ni lambai tangan. Siap senyum lagi. Aik, aku rsa macam aku tak kenal. Sebagai langkah berjaga-jaga, aku pandang belakang.  Mana tau, kot-kot dia lambai kt orang belakang aku.

Sah. Mmg aku je yang ada kt situ.

Mamat tu berlari ke  arah aku..

Aku pun, ape lagi. Berlari tinggalkan dia... entah-entah perogol bersiri ke, perompak ke, peragut ke....

Thursday, July 21, 2011

jogging #2

0 bunga-bunga cOmeL
Jogging_day 2

Masih lagi sama. Bosan. Tp at least aku tak tidur di pagi hari lagi.. 

Wednesday, July 20, 2011

jogging #1

0 bunga-bunga cOmeL
Jogging_day 1

Berjaya juga aku berjogging akhirnya. Semuanya demi  tujuanku nan satu itu.hehe..mana boleh bagitau apa? Rahsia.

Tak ada apa-apa yang menarik hari pertama ini. pagi yang biasa. Cuaca masih sejuk. Lepas lari-lari keliling kawasan perumahan, aku melepak kt taman permainan sambil dengar lagu. Nak balik, dah tentu-tentulah aku akan sambung tidur.

Tuesday, July 19, 2011

posting.. terjawabkah persoalan...?

0 bunga-bunga cOmeL

“SATU MALAYSIA: RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN”
 
Tuan/Puan,
 
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ingin merujuk kepada pertanyaan tuan/puan, No. Rujukan: KPKPM 206533 / No. Tiket 07639 yang bertarikh 18hb Julai, 2011 berkaitan dengan Permohonan Guru Sandaran Terlatih (e-GST).

Untuk makluman, bagi calon yang memiliki Ijazah Pendidikan dari Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) hendaklah memohon sebagai Guru Sandaran Terlatih melalui aplikasi atas talian (e-GST) di laman sesawang Kementerian Pelajaran Malaysia iaitu http://www.moe.gov.my/

Untuk pengetahuan, permohonan temuduga Guru Sandaran Terlatih melalui aplikasi e-GST telah dibuka di laman sesawang KPM pada 20hb Disember 2010 dan telah ditutup pada 15hb Januari 2011 yang lalu. Namun begitu, tiada tarikh yang telah ditetapkan bilakah permohonan temuduga Guru Sandaran Terlatih (e-GST) bagi sesi seterusnya akan dibuka.

Oleh yang demikian, adalah disarankan kepada tuan/puan untuk membuat semakan di laman sesawang Kementerian Pelajaran Malaysia dari semasa ke semasa bagi mendapatkan sebarang pemberitahuan dan maklumat terkini berkaitan dengan permohonan temuduga Guru Sandaran Terlatih melalui aplikasi e-GST tersebut.

Berikut adalah syarat-syarat asas bagi permohonan e-GST :-

juvana:sarat dengan pengajaran.

0 bunga-bunga cOmeL
assalamualaikum...

semua dah tgk juvana?


aku baru tgk. baru lepas tgk.huhuhu....

plot cerita menarik, ending unpredictable..

setiap org mainkan watak yang berlainan..

yg pling penting, jgn disangka yang nampak baik tu, baik orgnya. yang disangka jahat tu, jahat orgnya.

warden raja: macam jin bertopengkan manusia nih. dr awal lagi, dia macam org baik..tapi padahal!!!!
cikgu arifin: kasar. dlm hati aku  tertanya2 mcm mana die ni bleh jadi cikgu.. tp dia tak pernah amek duit haram.
cikgu azmee:pijak semut pun tak mati....jahat.bersekongkol dengan warden raja. xguna betol!kejahatan yg terserlah saat2 akhir episod 12.
cikgu zakiah: mmg solute ah die! mmg psiko betul. dia dtg bawak pembaharuan dan mencari kebenaran...memang betul2 cikgu!

pesalah juvana.
dorg ni ade watak tersendiri dan masuk kat sekolah wira bakti dengan cerita yang tersendiri...


sape yg tak tgk lg, bleh tgk kat www.tonton.com.selama ni pun, aku mmg tgk kat situ la..hehe

tahnah pd krew juvana! ;p

rindu nak main volleyball lagi..

0 bunga-bunga cOmeL
assalamualaikum...
morning...

rindu giler nak maen vb..
video

daripada xreti nak spike, skrg, da bolehlah sket kan..
daripada bersepah2 received bola, skrg dah boleh berbangga la..

keke...

bile dpt main nih.... lame2 ilang skill yg x seberapa nih..

Monday, July 18, 2011

euthanasia_bab 8

0 bunga-bunga cOmeL
BAB8
9 SEPTEMBER 2006
HOSPITAL SUNGAI PETANI (HSP)
 Untuk kesekian kalinya, dia terkulai lagi di katil hospital. Dia tatapi wajah-wajah bersih yang sentiasa memberi pengharapan walaupun pada dasarnya mereka sudah tahu yang dia sudah tidak punya peluang untuk kembali seperti biasa. Segala makan minumnya hanya mengharapkan ihsan tangan- tangan yang sudi membantu.
“Akak, makan sikit,” Ujar Aza, jururawat yang bertugas.
Bukan dia tidak mahu. Tapi kudrat yang ada, rasanya tidak lagi mampu menjamah rezeki Tuhan. Semua makanan yang dimakan akan tersembur semula. Hanya air mata yang mengalir perlahan tatkala menatap wajah-wajah insan tersayang disisinya. Dia tidak mampu bergerak walau seinci. Keadaannya seperti mayat hidup.
Dilihatnya lelaki yang sudah dia akui sebagai ayah bercakap-cakap dengan seorang doktor muda. Dr. Nadia. Dia membaca pada nama yang terdapat di dada wanita itu. Doktor itu kemudian berjalan ke arah Amilia. Dilemparkan senyuman yang sangat manis di mata Amilia. Hatinya terusik.
Kepada Amilia, Dr. Nadia menerangkan sejarah penyakitnya. Bagaimana dia boleh terlantar tidak bermaya seperti sekarang. Sekali lagi air matanya tumpah. Begitu sekali dugaan yang telah dia hadapi selama ini. Dia sudah tidak ingat semua kesengsaraan yang dihadapinya. Bagaimana sakit rasanya dia disuntik dengan cecair interferon untuk mengawal barah darah yang dihidapinya. Apatah lagi rawatan kemoterapi yang dilaluinya berkali-berkali sebelum ini setelah cecair interferon tidak membantu.
“Sakittt makk!!!” rintihnya berulang kali dengan juraian air mata setiap kali terasa bisanya rawatan kemoterapi. Sungguh menyakitkan. Dia hampir berputus asa.
“Sabar Ami. Ami kan kuat. Ingat ALLAH Ami. Ibu dan ayah sentiasa bersama Ami.” Suara sebak Mak Leha sayup-sayup melewati ke halwa pendengaran Amilia.
Aku kena kuat. Jangan menangis Leha. Aku harus kuat!
Mak Leha bertegas dengan dirinya. Ibu mana yang sanggup melihat anaknya sengsara sebegini.
‘Ya ALLAH, kurniakanlah kepadaku kekuatan untuk melalui saat-saat getir ini. Kau ampunkanlah dosa-dosaku andai aku pergi di saat ini. Ampunkanlah dosa hambamu yang lemah ini, ampunkan dosa kedua-dua orang tuaku. Tabahkanlah hatiku seperti mereka.’
Hanya doa mampu disisipkan di dalam hati. Sebaik sahaja selesai rawatan, dia terasa lemah. Sangat lemah. Benarlah sebagaimana yang didengarnya sebelum ini, rawatan  ini menyakitkan. Pandangannya berpinar-pinar dan perutnya terasa mual.
click continue reading..

betul ke lelaki akan berhenti merokok SELEPAS kahwin??

5 bunga-bunga cOmeL
assalamualaikum...


sminggu aku diuji dgn demam yang akhirnya kebah juga. alhamdulillah... syukur kerana masih diberi nikmat kesihatan yang tiada tolok bandingannya ini...


**terseksa nk kena telan antibiotik yang dah macam capsul dalam dragon ball tu..haish...


 best tak tajuk aku letak??hehe... tu sume dtg, msa bagun awal pagi tadi. 


betul ke lelaki akan berhenti merokok lepas dah kawen????


pengalaman sendiri??? 


betul diri sendiri memang tak dela. since aku pun belum mendirikan rumah tangga. tp dr org sekeliling, paling dkt dgn aku, apa yang aku boleh cakap: MEMANG TAK BETOL!huhu


abang aku dah bape taun kawen, xbenti jugak die merokok.. abg ipar aku pun same...tp disebabkan mulut becok aku nila (kot) dorg takkan hisap rokok dlm rumah.. nt mulalah mulut ni berbunyi2...bile hidung aku dpt detect je bau, terus je dpt signal-SILA KELUAR.


hahhaa.. aku mmg laser r bila berkaitan ng asap rokok ni... kalau nk jaga hati pun, tutup hidup. tp err...terang-terangan...(tu kira jaga hati ke tu?hahaha) 
  • Tar (bahan untuk membuat jalan raya)
  • Ammonia (bahan dalam pencuci lantai)
  • Napthylamine (ubat gegat)
  • Arsenik (racun anai-anai)
  • Nicotine (bahan yang boleh mendatangkan ketagihan)
  • Kadmium (terdapat dalam bateri)
  • DDT (Ubat nyamuk)
  • Formaldehyde (untuk mengawet mayat)
  • Butane (gas yang boleh membunuh)
  • Methanol (Bahan pembakar untuk roket)
  • Hydrogen cyanide (racun)
  • Toluene (bahan pelarut)
  • Carbon Monoxide (gas beracun)

(sebahagian drpd mende di atas, bleh dpt dlam makmal kimia yg aku dok lepak sekarang ni...err..)


agaknye kan, apa yg best nye hisap rokok tu?
-heaven?(tipu r.syurga tu tak terjangkau dek akal kita.)
-leh kaya?(menghabiskan duit ade r)
-kepuasan?(puas ke bile kena kanser?)


oke. aku malas nk menambah lagi. mesti akan dikondem oleh perokok2 di luar sana..hehehe


aku tau. niat korg nk benti tu ade... tp selagi xde usaha tuk berhenti, niat akan tinggal sekadar niat.. so aku doakan korg, semua lelaki2 kt dunia ni yang merokok (terutamanya muslim),oh, perempuah apatah lagi, supaya korang dpat berhenti merokok secepat mungkin...hehe


sape yg dah berjaya berhenti,tahniah!!!! korang mmg sayang diri korang dan orang2 disekeliling korg...


peace, no war.


p/s:ni pengalaman kecik aku je... jd yg berjaya berhenti, bguslah...heee
CHEMISTRY without CATALYSIS, would be a SWORD without a HANDLE, a LIGHT without BRILLIANCE, a BELL without SOUND.

~love chemistry~

.giRLs DrEaM TEaM.

.giRLs DrEaM TEaM.

.wishlist.

tamat belajar
gaji pertama
konvo
external hard disk
amek lesen
S.E xperia vivaz
my first car
netbook
bola guli
VB team
DSLR
family holiday
Encik P
settle ptptn
...bahagia sampai ke syurga...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...