Chap 2
“BIJAK!!! Aku ingat kau nak bunuh orang dengan parang tu,” Ana menyinga apabila melihat aku memanjat tangga dan memetik sebiji buah kelapa gading. Bukanlah tinggi sangat pun. tapi aku malas nak lompat-lompat. Kelapa yang muda mesti lagi tinggi dari kelapa yang tua.
“kau ingat aku ni bodoh sangat ke nak kena hukum gantung sampai mati sebab bunuh orang tak guna macam Benn tu. sia-sia je aku belajar sampai masuk u, lepas tu kena tangkap polis. Apalah kau ni!”
Buah kelapa itu aku cantas hujungnya beberapa kali. Bila isinya aku sudah nampak, aku tebuk lubang lalu airnya aku minum. Aku sudah terduduk di situ sambil menikmati air kepala gading yang manis. Ana juga turut duduk menemani aku di situ.
“kau cari parang macam tu, mahunya aku tak risau. Kalau betul kau nak bunuh orang, silap-silap dengan aku sekali polis siasat. Aku cuma nasihatkan kau je. Takut aku tadi kau naik hantu macam tu,” luah Ana jujur.
“kau tepi sikit,” arahku pada Ana. Aku mengangkat parang tinggi-tinggi.
“eh...eh... kau jangan nak parang aku pula!” balas Ana sambil mengesot sedikit ke tepi dan tangannya menutup muka.
“Benn tu yang bodoh!” marahku lalu kelapa gading itu terbelah dua dengan hanya sekali hayun. Geram betul ni! Ana ni pun satu, kalau aku nak ‘parang’ dia, dah lama aku ‘parangkan’. Tak payah tunggu hari ni!
“err... siapa perempuan plastik yang kau sebut tadi?” soal Ana. Dah datanglah tu semangat penyibuk dia.
“ala siapa entah nama dia. lupa pula aku. Budak tu model iklan deodorant kat tv. Kau ingat tak,yang kita kutuk kow-kow hari tu,” jawabku.
Hmm... cantik isi kelapa ni. aku memang hebatlah bab-bab kelapa muda ni! Ana di sebelah aku pandang seketika. Dia sedang mendongak ke langit, tangannya menungkat dagu. Berfikir barangkali. Itu memang favourite pose Ana bila dia memikirkan sesuatu.
ish, lembablah kau ni! dah, pergi masuk ketuk ais. Aku ambil lagi dua biji. Boleh minum sama-sama. Duduk luar ni, nyamuk banyak!”
“kau janji jangan buat benda bodoh!”
“ye!” jawabku pendek. Takut sangat. Setelah yakin, baru dia masuk ke dalam rumah.
“ANA!!! Tolong!!!!” aku menjerit lantang. Bila nampak Ana terkocoh-kocoh datang ke muka pintu, aku ketawa.
“aku lempang kau karang!” katanya sambil mencekak pinggang.
Apabila aku masuk ke dalam rumah, Ana memandangku dengan wajah masam. Matanya terpaku ke kaca tv. La... dah habis rupanya!
“kau ni kan! Kan bagus tadi kalau balik lambat lambat sikit. Sempat juga aku tengok merlin ni!!” marah ana. Aku hanya tersengih. Kelapa yang belum dibelah itu aku bawa ke dapur.
“ala... diva tu, esok-esok ulang lagi. Nak kalut ke mana?” jerit aku dari dapur. Aku membelah lagi dua biji kelapa. Air nya aku tadah dalam jug yang sudah pun berisi ais. Kemudiannya isinya aku korek. Mahu kembung perut minum air banyak ni! tak apa, kalau tak habis, boleh simpan esok. Air kelapa tak macam air tebu. Air tebu tak boleh simpan lama-lama.
Selepas itu, aku keluar ke halaman rumah dan mengambil lagi sebiji kelapa yang telah aku kerjakan tadi. Nak angkut semua, tak cukup tangan. si Ana tu bukan reti nak menolong. Bila tengok siri Merlinnya dah habis, merajuk tak tentu pasal.
“NAH, air kelapa. Fresh okay. Hasil kerja tangan aku lagi,” kataku sambil memberikan segelas air kelapa kepadanya. Siap ada isi kelapa dengan sudu lagi. Punyala istimewa. Sejug lagi, aku letakkan atas meja di ruang tamu itu.
Ana mencapai gelas itu lalu diminum rakus. Barangkali bengang dengan aku kot. Aku ketawa melihat reaksinya. Poyo je. Dengan cerita merlin yang tak wujud tu pun, nak marahkan aku. Sedangkan kalau dia sakit ke apa ke, bukannya merlin tu datang tolong!
“Gwen kena buang negeri. Padan muka dia. nak menggedik sangat dengan Lancelot tu. tapi sebenarnya Morgana punya pasal. Benci gila aku dekat morgana. akhir sekali, Lancelot mati sebab Morgana suruh dia bunuh diri. Lepas tu, Arthur suruh dia diuruskan macam biasalah memandangkan dia kan noble man. Kiranya pada Arthur, Lancelot tu mati sebab rasa bersalahlah kat Arthur. Gwen tu kan dah nak kahwin dengan Arthur tapi dia masuk line. sebelum Merlin nak bakar dia dalam perahu yang tengah berlayar tu, dia baca mantera macam nak bebaskan Lancelot dari sihir Morgana. Kau tau tak lepas tu apa jadi?” soalku setelah bercerita panjang
“hah, lancelot hidup balik ke? aku kesian lancelot tu dari awal lagi. Dahlah hensem!” kalut Ana menjawab soalanku. Biasalah, bab-bab merlin ni memang Ana laju!
Aku ketawa, “at first, aku ingat macam tu jugak. Merlin tu kalau tunjuk muka sedih dia, mesti aku rasa nak menangis sekali. Lepas dia buang sihir tu, memang Lancelot hidup. Adalah dalam dua saat. Dia cakap ‘thank you merlin’ dan mati. Merlin pun senyum sebab dia tahu tu Lancelot yang sebenarnya. Lepas tu bila perahu tu dah ke tengah tasik, Merlin bacalah sihir dia dan Lancelot terbakar. End of the episode!”
“mana kau tahu?”
“aku tahulah. Merlin kat Diva ni lambat beberapa episode dari UK. Aku tengok dalam internet je.”
“kau tak download ke?”
“malas nak download. Aku suka tengok je. Tak suka download. Sebenarnya, aku dah tengok sampai habis dah!”
“cis, patutlah selama ni, bila aku kutuk-kutuk agravaine, morgana, tak pun cuba-cuba menjadi director tak bertauliah, kau gelakkan aku. Rupanya kau dah tengok! Cis!” kata Ana lalu membalingkan sebiji bantal yang hampir-hampir mengenai aku.
Aku hanya tersengih. Mata Ana kembali ke kaca TV dan aku pula melayan perasaan, mengingati peristiwa yang berlaku sebelum ini.
“KIKI, kenalkan Ivy bakal tunang I!”
“ANA!” aku menjerit memanggil nama Ana. Ana yang terkejut memandangku tajam.
“aku dah ingat dah nama minah deodorant tu?”
“siapa??”
“hish, yang aku cakap tadilah. Minah yang buat iklan deodorant yang pakai skirt pendek, tunjuk ketiak tu! nama dia Ivy.”
“Ivy? Dia tu melayu ke tak? Nama macam bukan. Dengan buat iklan macam tu lagi, hish, anak siapalah!” ana membebel-bebel.
“melayu la kot. Takkanlah Benjamin tu nak kahwin dengan orang bukan islam. Dahlah, malaslah aku nak fikir lagi,” kataku lalu segelas lagi air kelapa masuk ke dalam tekakku. Bersiap sedialah malam ni kalau asyik nak terkucil saja!
“Kau okay tak ni?”
“okay tak? Dah belasah sebiji kelapa gading tu, mahunya aku tak okay. Biarla si Benn tu nak pilih Ivy dari aku. Memanglah aku sedih. Tapi kalaulah dia lebih cintakan tubuh si Ivy tu berbanding cintaku aku yang bertudung litup ni, terpulang. Aku tak rugi apa-apa.Tapi...”
“tapi apa kiki?”
“kau dah lupa ke pada arahan veto nenek kesayangan aku tu? 30 hari atau kahwin dengan pilihan dia!”
“hah, aku dah ingat! Macam mana kiki? Apa kita nak buat ni?” Ana mula kalut.
Minah ni kenapa? Yang dia kalut lebih dari aku ni apa kes?
“terpaksalah ikut...”
“kalau kau slow talk dengan nenek?”
“negatif!”
“habis macam mana?”
Aku lihat Ana sudah bangun. Tangannya menongkat dagu. Kepalanya didongak ke atas.mencari idealah tu.
“macam mana kalau kau suruh abang Khai tu jadi pakwe olok-olok kau?”
“kau gila ke apa? Dia tu aku kenal sebab jual air kelapa dekat simpang tu je tau. Tak lebih dari tu!”
“ala, kan kau selalu cakap suka tengok muka dia yang hensem macam Legolas tu! kau slow talk dengan dia pula!mana tahu dia pun setuju.”
“kau ingat nenek aku tu main-main je ke? buatnya dia suruh kahwin dengan abang Khai tu, naya je. Aku suka tengok je, bukan suka-suka!”
“habis?”
“terima jelah pilihan nenek aku. Dah tentulah dia pilih yang bagus-bagus untuk aku. Takkanlah dia nak bagi yang hisap ganja ke, edar dadah ke? kan?”
Ana mengangguk beberapa kali. Lawak pula si Ana ni kadang-kadang. Tapi dialah teman aku tak kira aku susah atau pun senang. Macam dalam lagu Bruno Mars, Count On You . aku tujukan lagu tu khas untuk dia. he he he...
bersambung...
0 bunga-bunga cOmeL:
Post a Comment