Al- Baqarah

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."


Tuesday, November 15, 2011

cerpen: Aduh, DRAMANYA! 2


Aku merenung langit dari balkoni. Mama dan papa keluar ke majlis makan malam. Muaz pula sudah seminggu berada di luar daerah. Tiba-tiba terbit rasa rindu dengan abangku itu. Baru seminggu dia tiada, sudah terasa hidupku sunyi. Abang...?

Muaz hadir dalam keluarga aku ketika aku mula menginjak k eusia belasan tahun. Dia bukan abang kandungku sebaliknya dia adalah anak kawan baik papa yang telah kembali menghadap maha pencipta.

Sejak mengenali Muaz, papa mengajar aku memanggilnya abang. namun hanya sesekali sahaja perkataan itu aku ucapkan. Selebihnya, hanya beraku-kau. Dulu, aku malu-malu dengannya! Maklumlah dia memang hensem sampai aku rasa sudah terjatuh hati padanya walaupun usiaku pada masa itu masih lagi mentah.

“janganlah malu-malu dengan aku! Aku kan abang kau? Dan kau kan adik aku!”

Sejak itu, aku cuba untuk membuang rasa sukaku padanya. Tapi rasa itu semakin kuat seiring dengan peredaran masa. Tiada siapa yang tahu perasaanku, hatta mama sekalipun.

Dan disebabkan dek tiada pertalian darahlah, aku lebih suka memerap di dalam bilik. Batasan kami perlu dijaga. Selama inipun, memang dia jarang ada di rumah. Tidak lama selepas dia hadir dalam keluarga kami, dia melanjutkan pelajaran ke luar negera. Kemudian berkerja selama dua tahun di sana dan akhirnya pulang ke Malaysia.

Selama 2 tahun selepas itulah hidup aku agak terperap di dalam bilik atau dihabiskan  di kampus. Dan sekarang aku terlibat secara tidak langsung dengan hidupnya bila aku dipaksa menjadi posmen karat kepada peminatnya-peminatnya di kampus.

“HAH!”
klik continue reading untuk baca selanjutnya

Aku menjerit lantang disergah begitu. Bukan itu sahaja, terasa ada pula sesuatu yang mencucuk pinggangku.

“hei, akulah ni!” suara Muaz mencecah ke gegendang telingaku. Dia menarik jari-jemariku yang sedang menutup muka.

Geram melihat dia yang sedang ketawa, perutnya menjadi mangsa tumbukan aku sehingga dia tersedak. Rasakan, nak takutkan aku sangat!

“sergah sikit pun dah takut!”

“yelah, kalau pencuri ke masuk rumah, macam mana?”

“habis, yang kau tutup mata kenapa? Bukalah langkah! Kata ada black belt!”

“bila pula aku kata aku ada black belt?”

“gambar kau kat dalam bilik tu? dengan baju taekwando dan tali pinggang hitam?”

“tu gaya je lebih. Member aku punya.”

“kalau macam tu, jangan tutup muka macam ni...” katanya lalu menarik tanganku lalu diletakkan menutupi mukanya, “ buka langkah seribu pun jadilah.”

Dia ketawa. aku menarik tangganku dari genggamannya. Ya Allah, terasa bagai nak pecah dada ni!

“wait a minute! What did you just say just now? Gambar dalam bilik aku?” tiba-tiba aku teringat sesuatu.

“kau masuk bilik aku?” aku merenungnya tajam. Sebelum ni, aku dan dia sudah mengambil kata sepakat yang aku tak boleh masuk bilik dia, begitu juga sebaliknya.

“mana ada,” dia cuba menafikannya.

Ya Allah, dia nampak tak gambar dia yang aku letak di penjuru katil? Tak kot, gambar tu tersorok sikit.

“baik kau cakap betul-betul!’aku mengungutnya.

“eh, aku penatlah drive dari JB. Aku naik dulu ye!” balasnya lalu terkocoh-kocoh meninggalkan aku.

Dia betul-betul tak perasan kot. Harap-harap macam tulah. Jangan terkantoi sudah! Ni mesti masa aku terlupa tutup pintu bilik hari tu sebab lambat ke kuliah. Selalu, jangan katakan tutup pintu bilik, siap berkunci sekali!

“by the way, gambar aku tu memang hensem kan?” laungannya dari bilik atas membuatkan aku rasa seperti mahu pengsan.

“aku benci kau! Aku tak nak cakap dengan kau lagi!!!!!”

bersambung...

2 bunga-bunga cOmeL:

afiqah airil said... [reply to comment]

ohh...ingatkan adik beradik betul~
interesting ^_^

~atieput3~ said... [reply to comment]

hehhe...thanx singgah bace..

CHEMISTRY without CATALYSIS, would be a SWORD without a HANDLE, a LIGHT without BRILLIANCE, a BELL without SOUND.

~love chemistry~

.giRLs DrEaM TEaM.

.giRLs DrEaM TEaM.

.wishlist.

tamat belajar
gaji pertama
konvo
external hard disk
amek lesen
S.E xperia vivaz
my first car
netbook
bola guli
VB team
DSLR
family holiday
Encik P
settle ptptn
...bahagia sampai ke syurga...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...