Al- Baqarah

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."


Tuesday, January 4, 2011

euthanasia_bab 1


Bab 1
10 Januari 2008
Dewan Arif, Universiti Malaya

Aku mempercepatkan langkah. Jam sudah menunjukkan ke angka tiga. Dalam fikiran aku sudah membayangkan betapa aku terlewat untuk ke kelas. Nasiblah badan kalau didenda. Kepada temanku, aku sudah menghantar khidmat pesanan ringkas memberitahunya yang aku mungkin tiba lewat, lalu menyuruhnya menjaga satu tempat duduk untukku. Apabila terpandang sahaja bangunan pendidikan, aku mengucap syukur di dalam hati. Sampai juga akhirnya.
“Kelas pukul berapa?” Aku terus disapa dengan pertanyaan itu sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam dewan kuliah. Kenapa tiada orang lain melainkan seorang pelajar cina yang baru sahaja menyoal aku sebentar tadi? Eh, silap kelas ke?
“Etika kan?” soalku pula.
“Ya, tapi kelas pukul berapa ya?”
Aku menepuk dahi. Pukul 3.30 petang, bukan pukul tiga. Kecewanya aku, rugi masa tidurku. Bersusah payah aku memaksa diri untuk bangun dari tidur tadi. Sudah menjadi kebiasaan aku tidur pada waktu tengah hari. Katanya sunnah Nabi (s), tidur sekejap pada siang hari untuk berjaga pada sepertiga malam. Wallahualam..
Aku mengambil tempat duduk selang dua baris daripada pelajar cina tadi. Banyak pula soalan yang ditanya kepada aku. Katanya juga, jadual kelas fakulti pendidikan pelik sikit. Macam sekarang, kelas dari pukul 3.30 hingga 5.00. Aku hanya tersengih. Biasa saja, tiada yang pelik.
Setengah jam berlalu, ramai pelajar yang sudah mengambil tempat. Fadhlina, temanku juga sudah mengambil tempat di sebelahku. Bukan dia yang menjaga tempat tapi sebaliknya pula terjadi disebabkan kedatangan aku yang lebih awal dari sebahagian besar pelajar dalam kelas ini. Dia terkekeh-kekeh mentertawakan aku. Sabarlah, memang salah aku pun. Macam manalah boleh tak perasan. Teruk betul!
“Okay, hari ni saya nak bagi kamu tajuk forum. Buat tau jangan tak buat.” Kata Dr. Chei yang mengajar kami subjek Etika dan Perguruan sambil ketawa-ketawa seperti kelas- kelas yang sebelumnya. Bagi aku, Dr. Chei seorang yang happy go lucky. Sikit-sikit ketawa sampaikan kadang-kadang aku pun tak tahu di mana lawaknya tetapi turut ketawa disebabkan beliau ketawa. Personalitinya menarik, aku akui itu.
Satu- persatu nama ketua kumpulan disebutnya bersama dengan tajuk forum. Ada yang mendapat tajuk homoseksual, buli, keruntuhan akhlak, seks bebas dan banyak lagi.
“Kumpulan Fatiha, euthanasia.”
Semua orang terdiam. Termasuk aku. Ini kali pertama aku mendengarnya. Euthanasia? Apa itu?
“Tau tak apa ni? Euthanasia ni bila macam seorang patient ni dah tak nak mau  hidup, dia suruh doktor tu matikan dia,” terangnya ringkas dengan slanga Melayu-Cina sambil ketawa-ketawa. Semua pelajar mengangguk-angguk.
“Fad, kumpulan kita tajuk apa?” soalku seketika kemudian .
“Tajuk tadilah, euthanasia”, balasnya sambil memandangku. Memang menariklah macam ni. Diri sendiri yang dapat rupanya.
Bersama-sama Fad, kami merancang watak- watak yang perlu ada dalam dalam forum tersebut. Watak peguam, doktor, dan ustazah. Masing-masing punya peranan yang tersendiri.
Dr. Chei meneruskan kelas Etikanya. Seperti selalu, sekejap-sekejap dia ketawa diikuti pelajar-pelajar lain. Tapi dalam tawanya tidak aku nafikan terkandung seribu satu fakta dan contoh untuk subjek yang diajarnya.


DATARAN SAINS, FAKULTI SAINS, UM
16 JANUARI 2008

‘Euthanasia is the practice of having a medically-assisted death. It is illegal in most countries. Euthanasia is a controversial subject, not only because there are many different moral dilemmas associated with it, but also in what constitutes its definition. At the extreme ends of disagreement, advocates say euthanasia, also known as physician aid in dying, is a merciful method of death. At the other end are opponents of euthanasia, who may consider this method as a form of murder.’
Aku membaca perenggan itu berulang kali. Cuba memahami apa yang ingin penulis sampaikan yang aku dapatkan dari satu laman web. Banyak lagi yang aku peroleh mengenai euthanasia. Semuanya aku savekan sahaja ke dalam pendrive aku. Tidak punya laptop sendiri sangat menyukarkan aku untuk mencari maklumat-maklumat yang memerlukan aku melayari internet. Ditambah pula dengan  assignment yang bersusun-susun menanti untuk disiapkan. Sabarlah badan. Mungkin belum sampai rezekiku lagi.
Aku kembali  menatap skrin laptop milik Mala yang aku pinjam semalam. ‘Euthanasia, satu ciri pembunuhan perubatan, yang dipinta sendiri oleh pesakit kerana sudah tidak bisa melawan sakit yang telah sekian lama ditanggung.’ Aku menelah. Kurang pasti. Masih perlu diselidiki lagi. Tetapi kebanyakan negara mengharamkan euthanasia.
Tiba- tiba telefonku berbunyi.
“Hello, assalamualaikum.” Aku menghulurkan salam. Kedengaran Hasnah menjawab salamku. Kenapa Hasnah?”
“Pasal penginapan peserta. Ada masalah sikit.”
“Masalah apa pulak?” soalku serius.
“Macam biasalah bila ada batu api kat depan pejabat tu. Ada je yang tak kena. Faham-faham jelah,” balas Hasnah.
“Mereka cakap apa?” aku menyoalkan lagi. Ternyata perkhabaran ini menyentak ketenangan jiwa dan sanubariku. Masakan tidak, jika ada masalah dengan penginapan lalu bagaimana? Bukan sedikit bilangan peserta, tapi yang pastinya InsyaAllah melebihi seratus orang.
“Kena bayar bah.” Jawab Hasnah perlahan dengan slanga Sabahnya. Bagai nak tercabut jantungku menengar kalimah itu.
“Kau biar betul ni Hasnah?”
“Tu la pasal. Kak Lili tula. Tiba-tiba naikkan isu kena bayar. Tapi aku rasa okaylah. Cuma untuk lebih selamat, kau jumpa dengan master.” Sarannya. Master pula merujuk kepada panggilan pengetua kolej kami.

0 bunga-bunga cOmeL:

CHEMISTRY without CATALYSIS, would be a SWORD without a HANDLE, a LIGHT without BRILLIANCE, a BELL without SOUND.

~love chemistry~

.giRLs DrEaM TEaM.

.giRLs DrEaM TEaM.

.wishlist.

tamat belajar
gaji pertama
konvo
external hard disk
amek lesen
S.E xperia vivaz
my first car
netbook
bola guli
VB team
DSLR
family holiday
Encik P
settle ptptn
...bahagia sampai ke syurga...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...