Al- Baqarah

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."


Friday, January 27, 2012

good night sayang! 4


PAGI itu aku bangun awal seperti biasa lalu melakukan rutin sebagai seorang hamba Allah seperti yang dituntut dalam agama Islam. Usai menunaikan solat subuh, aku melakukan sedikit regangan.

Ingatanku kembali teringat kepada Luthfi. Telefon bimbitku yang aku letakkan di atas meja pagi tadi, aku capai semula. Lalu mencari tetapan ‘conversation’ antara aku dengan kenalan baruku itu.

Terus ngantuk ya? Haha...Tak apa. Sy nak awk simpan dulu hati sy. Jaga baik-baik tau. Sebab kalau sekali saya dah CURI hati orang, sy memang takkan pulangkan dah. dan sy akan jaga macam jaga nyawa saya. Nite nurin. Sweet dreams!

Hai, orang lelaki ni memang manis mulutlah kan? Kalau bab mengayat, jiwang! Hmmm.. tapi kalau bab manis mulut ni jangan kata lelaki sahaja. Contoh paling dekat, Si Julia tu. bab memujuk rayu, memang serah pada dia. bila dia mula membodek, lembut gusi dari lidah!

Mungkin tak semua yang manis mulut tu jahat? Mungkin ada juga yang baik. They just let us know what they feel. Tapi apa-apa pun, kena juga berhati-hati. Tak semua juga yang baik kan? Kan?

“Nurin!! mari sarapan!” jeritan emak dari dapur mengejutkan aku dari lamunan. Terkejut aku dibuatnya. Sehari tak dengar jeritan mak, memang tak sah. Tapi, emak ajelah yang aku ada di dunia ni dengan abah. Siapa lagi aku nak sayang?

Tanpa berlengah lagi, aku terus ke dapur. Alangkah terkejutnya aku bukan kepalang bila melihat kelibat Luthfi di meja makan. Dia buat apa pagi-pagi datang bertandang kat rumah aku ni?

“hai nurin, lena tidur semalam?” soalnya dengan senyuman yang aku sukar tafsirkan.


“memang lena sangat. Sampai Subuh pun mak cik kena kejut. Selalu dia bangun sendiri,” perli emak walaupun diselangi dengan pujian. Aku tersipu malu. Perlukah emak menceritakan semua itu.

“abah mana mak?” aku menyoal emak, sengaja mahu lari dari menjawab soalan Luthfi.

“abah pagi-pagi tadi dah keluar pergi kedai. Biasalah abah kau tu, bukan kau tak faham,” jawab emak.

Oh, faham! Memang faham sangat. Setiap pagi abah akan ke pasar dan kemudian bersarapan di kedai kopi Pak Hassan dengan kawan-kawannya. Itulah rutin abah sejak dia pencen 7 tahun dulu.

“jemput makan Luthfi. Hah, yang kau tercegat lagi tu kenapa?duduklah!” kata emak. Luthfi hanya tersenyum melihat aku yang asyik dihentam sahaja pagi ini. aku melontarkan jelingan tidak puas hati padanya.

“kenapa mak rajin sangat buat sarapan banyak-banyak ni? nasi lemaklah, bihun gorenglah. Rumah kita ni bukan ada siapa-siapa pun mak! Siapa yang nak makan?” aku memandang emak yang berada di sebelahku.

“nasi lemak dengan kuih-kuih ni, mak long yang suruh hantar pada kelurga awak,” jawab Luthfi.

Aku hanya mengangguk-angguk. Nak percaya pun macam susah, siap bungkus lagi nasi lemak ni! kalau dalam mangkuk tingkat ke, Tupperware ke, boleh juga aku percaya. Belasah ajelah! Rezeki jangan ditolak.

“apa lagi yang kamu pandang-padang tu, tuangkan air untuk Luthfi,” arah emak. Tanpa bantahan aku terus melakukan seperti yang emak pinta. Anak solehahlah katakan!

Selepas selesai bersarapan Luthfi memohon diri untuk pulang. Aku menghantarnya ke muka pintu. Sebaik sahaja kelibat keretanya hilang dari pandangan, aku terus masuk ke dalam rumah.

“berapa umur si Luthfi tu?” emak mula mengorek rahsia.

“manalah Uyin tahu mak. Baru sehari dua yang lepas Uyin jumpa dia. entahlah tapi dia cakap dengan Julia, kau-aku aje. Mungkin sebaya dengan kamilah kot. Ataupun tua sikit. Alah, si Julia tu mana reti nak berabang-adik ni! dengan suaminya lainlah kot!”balasku lalu ketawa.

“sempat lagi kau kutuk si Julia tu!” emak menjeling ke arahku.

“gurau jelah mak,” jawabku pula, berdalih.

Aku tinggalkan emak di dapur setelah selesai membersihkan cawan dan pinggan yang digunakan tadi. Sarapan yang masih ada, aku letakkan di bawah tudung saji.

“Uyin, telefon siapa yang berbunyi tu?” soal emak kepadaku.

Aku mula memasang telinga, mengamati bunyi yang emak maksudkan. Sah, memang telefon aku! Mungkin bos! Tanpa menunggu lama, aku terus berlari mendapatkan telefon di dalam bilik.

“Kau Jue! Kenapa?” soalku sebaik sahaja menekan punat ‘ok’.

“kau tu yang kenapa? Dah macam baru lepas sprint je!” usik Julia. Mungkin aturan nafasku yang masih lagi termengah-mengah jelas di telinganya.

“aku ingat bos aku tadi. Malam tadi dia call suruh email budget. Itu yang aku lari tak cukup tanah.

 Aku kat dapur tadi. Telefon aku dalam bilik. Ada apa pengantin baru?”soalku dengan suara yang diceriakan.

“memang ada!”jawabnya tegas.

i’m listening!”

“kau dah siap-siap belum ni? senyap je? Itu yang aku call kau ni.”

“siap-siap?” aku bertanya kepada Julia semula. Dahiku dah berkedut seribu.

“ya Allah sayang! Hari ni kan resepsi kat rumah laki aku,” cemas suara Julia kedengaran di telingaku.

“la.. takkan aku nak kena pergi? Dia tak jemput aku pun? Luthfi datang tadi pun tak cakap apa-apa.”

of course you do! You are my bridesmaid, darling! Chop! Kau cakap Luth pergi rumah kau?buat apa?” soal Julia penuh keterujaan.

“kan mak kau suruh hantar sarapan?” jawabku dengan nada soalan. Takkanlah si Julia ni tak tahu. ini yang menambahkan ketidakpercayaan aku pada si Luthfi ni.

“oh, ya! Yelah kot. Tadi memang mak aku masak banyak.”

Jawapan Julia memang tidak sedikit pun meyakinkan aku. Tapi buat apa pula Luthfi nak datang rumah aku pagi-pagi kalau bukan mak Julia yang arahkan. Tak ada kerja!

“hoi, dah sampai mana?”sergah Julia. Mungkin aku terlalu lama melayan buah fikiranku.

i didn’t prepare for the reception. Semua baju cantik-cantik ada dekat kl. Aku tinggalkan kat sini, siapa yang nak pakai? Duduk rumah, pakai kain batik je!” balasku kepada Julia. Aku dengar dia merengek-rengek di hujung talian. Itu mulalah nak membodek aku tu!

“pasal baju, kau jangan risau! Aku dah tempah sekali untuk kau,” kata Julia dengan riang.

“sepupu-sepapat kau kan ramai. Apa kata, dia orang yang jadi pengapit kau?” aku member cadangan.

“kau ni kan banyak betul alasan. Tak nak tak apalah!” Julia mengalah.

Masing-masing diam.

“yelah... kejap lagi aku pergi rumah kau,” kataku beralah dengannya. Apalah sangat kan. Demi kawan tercinta.

“Kau siap-siap apa yang patut. Kejap lagi Luthfi datang pick up kau!”

Belumpun sempat aku memberi sebarang komen, kedengaran hon kereta di luar rumah. Aku terus mengintai melalui tingkap bilikku.

he’s here already!”

He is so fast! Luth..luth...”ujar Julia dengan ketawa kecil.


AKU segera mendapatkan Luthfi di ruang tamu setelah selesai mengenakan sedikit make-up di wajahku. Semuanya aku lakukan secepat yang mungkin kerana tidak mahu dia menungggu lama.

“awak main lontar peluru dulu?” soalnya teruja.

Apa, dia ingat orang kurus macam aku ni tak boleh main lontar peluru. Johan beb!

“jangan kata lontar peluru, rejam lembing, memanah, siapa yang tak kenal nurin?” balasku sambil ketawa penuh kebanggaan. Dia juga turut ketawa.

Eh, mana dia tahu?

Tawaku terhenti. Ya allah!

Aku terus merampas album gambar dari tangannya. Dia tergamam dengan tindakanku.

“mak awak yang kasi..” dia cuba membela dirinya. aku mencari kelibat emak yang mungkin ke dapur menyediakan minuman.

“err...i’m sorry. I don’t mean to be rude. Ni gambar masa zaman jahiliah dulu. Err.. i mean.. err..you know what i mean...”

Aku kehilangan kata untuk terangkan padanya. Tanganku menunjukkan tudung yang aku pakai. Tapi syukurlah kerana akhirnya dia mengangguk dan tersenyum.

“so, boleh kita gerak?”soalku segera mahu menukar topik perbualan.

“nak gerak apanya? Minum air ni dulu luthfi,” pelawa emak yang datang dari dapur membawa sejag air sejuk.

“susah-susah aje mak cik,” ujar Luthfi kembali duduk di tempatnya.

Aku memandang emak yang berada di sisi lalu menunjukkan album gambar di tanganku. Emak hanya menunjukkan muka tidak bersalahnya.

“Jom Nurin, nanti lambat pula.”

Aku dan Luthfi bangun lalu bersalaman dengan emak. Emak sempat lagi menyiku aku lalu menunjukkan tanda bagus sambil matanya menjeling pada Luthfi yang sedang membuka pintu kereta.

Aduh, apa lagi emak ni!

BERSAMBUNG...

0 bunga-bunga cOmeL:

CHEMISTRY without CATALYSIS, would be a SWORD without a HANDLE, a LIGHT without BRILLIANCE, a BELL without SOUND.

~love chemistry~

.giRLs DrEaM TEaM.

.giRLs DrEaM TEaM.

.wishlist.

tamat belajar
gaji pertama
konvo
external hard disk
amek lesen
S.E xperia vivaz
my first car
netbook
bola guli
VB team
DSLR
family holiday
Encik P
settle ptptn
...bahagia sampai ke syurga...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...