Al- Baqarah

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."


Showing posts with label ilmiah. Show all posts
Showing posts with label ilmiah. Show all posts

Wednesday, April 18, 2012

cerita iman dan 20sen.

0 bunga-bunga cOmeL


Tersebut kisah ada seorang Imam yang telah dipanggil ke suatu tepat untuk menjadi Imam tetap di sebuah masjid. Telah menjadi kebiasaan Imam tersebut selalu menaiki bas untuk pergi ke masjid.


Pada suatu hari, selepas Imam tersebut membayar tambang dan duduk di dalam bas, dia tersedar yang pemandu bas tersebut telah memulangkan wang... baki yang lebih daripada yang sepatutnya sebanyak 20 sen.


Sepanjang perjalanan Imam tersebut memikirkan tentang wang 20 sen tersebut.


"Perlukah aku memulangkan 20 sen ni?" Imam tersebut bertanya kepada dirinya.


"Ah... syarikat bas ni dah kaya... setakat 20 sen ni.. nak beli tosei pun tak cukup," hati kecilnya berkata-kata.


Apabila tiba di hadapan masjid, Imam tersebut menekan loceng dan bas tersebut pun berhenti.


Ketika Imam tersebut ingin turun sahaja daripada bas, tiba-tiba seakan-akan dirinya secara automatik berhenti dan berpaling ke arah pemandu bas tersebut sambil memulangkan wang 20 sen tersebut.


"Tadi kamu beri saya wang baki terlebih 20 sen", kata Imam tersebut kepada pemandu bas tersebut.


"Owh... terima kasih! Kenapa awak pulangkan 20 sen ni.. kan sedikit je nilainya," pemandu bas tersebut berkata.


Imam tersebut menjawab, "Wang tersebut bukan milik saya, sebagai seorang muslim saya perlu berlaku jujur."


Pemandu bas tersebut tersenyum, dan berkata, "Sebenarnya saya sengaja memberi wang baki yang lebih sebanyak 20 sen ni, saya nak uji kejujuran kamu wahai Imam. Saya sudah berkali-kali berfikir untuk memeluk Islam."


Imam tersebut turun dari bas dan seluruh jasadnya menggigil dan kesejukan. Imam tersebut berdoa sambil menadah tangan, "Astaghfirullah!!! Ampunkan daku Ya Allah... Aku hampir-hampir menjual harga sebuah Iman dengan 20 sen!!!"


Ps/jgn la gadai iman kita dgn seberapa besar pun nilai wang.. kerna iman tak boleh di jual beli...
‎~ sayang Allah ~ rindu Allah ~ cinta Allah 


sumber:mencari keredhaan Allah

Friday, November 18, 2011

rahsia disebalik anggota wuduk:migrain,resdung

0 bunga-bunga cOmeL
assalamualaikum....

kali ni aku nak kongsi ttg rahsia kepala kita dengan ruas di jari kita...

menurut ustaz tersebut, kepala kita ni terbahagi kepada 3 bahagian.
bahagian pertama: dahi atas sehingga ke kening kita termasuklah bahagian atas kepala
bahagian ke3: dari misai ke bawah
bahagian ke2:diantara bahagian 1 dan 3

sepertimana kepala kita, jari kita kalau kita tgk , pun ada 3 bahagian atau dipanggil ruas.
ruas 1: yg paling atas
begitulah seterusnya.

so apa connectionnya???

inilah rahsia disebalik anggota wuduk kita.

1. kalau korg sakit kepala misalnya, korg penyet2/picit2 jari korg pada ruas yg pertama.
2. kalau korg sakit resdung ke selsema ke, buatlah perkara yg sama pada ruas jari korg yg kedua.
3. begitulah untuk sakit gigi ke misalnya, picitlah jari korg pada ruas ketiga.

picit untuk semua jari n then feel the difference. kalau salah satu jari tu tiba-tiba terasa cm 'erk!' sakitnya, itulah punca sakit korg. so picit2 smpai rasa kurang sakit/hilang terus sakit tu...

dgn cara ni, ade tenaga dihasilkan yg dpt mengurangkan sakit pada bahagian2 tersebut.insyaallah..

sambil2 tu apa salah kan korg selawat ke zikir ke, dpt extra pahala..

senang kan, smbil baring pun bleh buat..xsusahkan org, tak perlu keluarkan duit.. ibaratnya mcm one sort of reflexology technique la .

nest time, aku kongsi macam mana nk kurgkan sakit perut, asma dan sewaktu dengannya..

slmt berkongsi dan mencuba!;p

Thursday, November 17, 2011

rahsia disebalik anggota wuduk: sembelit

0 bunga-bunga cOmeL
assalamualaikum...

nak tahu cara yg mudah nk atasi masalah SEMBELIT???

caranya:
tak payah kuar duit, tak payah heboh korg tgh sembelit. senyap2 aje.hehe..
sume org ada dagu kan? masa korg wt bisnes tu, korg gentel/tenyeh dagu korg tu. insyaallah sume berjalan ng lancar..

bgus jugak cara ni untuk anak2 kecik yg slalu ngis sbb susah nk tu kan... masa die dok meneran tu, gentellah dagu dia.insyaallah, berhasil.

rahsianya:
dagu tu termasuk dalam anggota wuduk kita kan. bahagian muka. bila basuh muka, termasuklah dagu ng janggut2 sekali kan...ibaratnya, bila kita duduk tahiyatul akhir, di mana kedudukan dubur kita?paling bawah. samalah juga kedudukan dagu di muka kita..


aku xretilah nk membuktikan secara saintifik tapi menurut ustaz tu bila kita gentel dagu kita, adalah tenaga yg terhasil yg melembutkan kita punya sisa2 tu..so senanglah nk kuar..


rahsia anggota kita kan.. sesungguhnya Allah itu maha bijaksana..

wallahualam.. tpi yes, aku pernah try..menjadi la jugak.hehe..

next time aku kongsi lg ng korg pasal kaitan muka dan ruas di jari kita yg boleh atasi masalah sakit kepala, resdung dan yg sewaktu dgnnya.. ;p

Monday, June 13, 2011

mencari kekasih hati.

0 bunga-bunga cOmeL


Jika kamu memancing ikan. Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu. Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja. Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.
Begitulah juga setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang. Setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya. Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja. Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu.
Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh. Cukuplah sekadar keperluanmu. Apabila sekali ia retak, tentu sukar untuk kamu menampalnya semula. Akhirnya ia dibuang. Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi.
Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya. Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa. Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya. Akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya. Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya.
Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi, yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain. Terlalu ingin mengejar kelazatan. Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan menyesal.
Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu. MENYAYANGIMU. MENGASIHIMU. Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain. Terlalu mengejar kesempurnaan. Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain. Kamu juga yang akan MENYESAL.
Sesungguhnya keadaan kekuasaanNya apabila Ia menghendaki adanya sesuatu, hanyalah Ia berfirman kepada (hakikat) benda itu:
"Jadilah engkau!". Maka ia terus menjadi.




source: iluvislam.

Monday, May 2, 2011

science fails to explain GOD.

1 bunga-bunga cOmeL

assalam..


selamat pg semua.. mari mulakan hari dgn bacaan yg baik2.. ;p

translated from the true story.....

di sebuah institusi pengajian tinggi.....bidang profesor menjadikan pemikiran mereka sempit dan kelihatan bodoh,....

"mari saya terangkan apa masalah tuhan dengan sains" kata seorang profesor falsafah yang bukan beragama islam..

Profesor itu berhenti sekejap dan bertanya kepada seorang pelajar baru....

"kamu muslim kan?
"ya prof"
"so kamu mesti percaya pada Tuhan"
"sudah tentu prof"
"adakah tuhan baik?"
"sudah tentu tuan!(dengan yakin),Tuhan itu baik"
"adakah tuhan itu berkuasa..?adakah dia boleh melakukan segalanya?"
"ya prof!"

profesor tersebut mendengus sekejap dan dan berfikir...

"ok..saya bbg kamu satu masalah...andaikata kamu terjumpa seorang yang sakit...adakah kamu akan menolong dia?'
"ya prof"
"bermakna kamu juga seorang yang baik"
"tidak juga tuan"(merendah diri)
"kenapa tidak? kamu sudah menolong orang sakit...bermakna kamu juga adalah seorang yang baik..tapi pada waktu itu Tuhan kamu tidak menolong orang sakit itu..adakah Tuhan kamu baik?"

tiada jawapan....pelajar itu diam...

"Tuhan tidak baik kan?adik saya mati disebabkan kanser...dia seorang muslim dan sentiasa sembahyang dan berdoa supaya disembuhkan...tapi tidak tercapai hajatnya...adakah Tuhan boleh dikatakan baik?boleh kamu jawab?"

tiada jawapan.....profesor berasa kasihan....

"tidak..kamu x boelh jawab....ok anak muda...mari kita relax sebentar(sambil berikan air kepada pemuda tersebut), dlam falsafah kita kene tenang...ok..mari kita mula semula..."

"adakah Tuhan baik?"
"Err...ya prof"
"adakah syaitan baik?"
"tidak prof"
"dari mana terciptanya syaitan itu?" pelajar td ragu-ragu...
"err..dari Tuhan prof"
"betul tu...Tuhan menciptakan syaitan kan?

Profesor td menyisip rambutnya.....tersenyum lebar kerana dapat mengenakan pelajar muslim itu...

"saya rasa kita akan ad satu semester yang menarik pelajar-pelajar...."tersenyum....

Profesor itu kembali kepada muslim tadi....

"Beritahu saya...adakah wujud kejahatan di dunia ini?"
"kejahatan dimana mana kan?
"ya prof"
"adakah Tuhan mencipta segala galanya?"
"ya prof"
"so..siapa yang mencipta kejahatan?"
"errr..."(tiada jawapan)
"adakah wujud kesakitan, hodoh, kelakuan tidak bermoral, kebencian, dan segala macam keburukan di dunia ini?"

pelajar td rasa kaku....

"ya prof"
"siapa yang mencipta semua itu?"

tiada jawapan...

Profesor itu tiba tiba menjerit ke arah pemuda tersebut...

"SIAPA YANG MENCIPTA SEMUA ITU, TOLONG BERITAHU SAYA!!!"

profesor tadi tenang semula dan bertanya kepada pemuda td lagi...

"Tuhan cipta semua kejahatan kan...?

tiada jawapan...

"beritahu saya...macamana Tuhan itu boleh dkatakan baik sekiranya Tuhan sendiri yang mencipta semua kejahatan??"

profesor td bagaikan berdebat....

"segala kejahatan,pembunuhan, kehodohon, penyakit dan keburukukan semua dicipta oleh Tuhan kan anak muda??"

klik continue reading untuk bace lagi. ;p

Sunday, May 1, 2011

Kenapa orang Islam sembah bangunan kain hitam tu?

0 bunga-bunga cOmeL
sharing is caring... right?

assalamualaikum...(bgi salam smbil tersenyum)

*jawab salam pun senyum tau.. ;p

ringkas, padat, tepat. apa kata korg bace ni.kejap je. xsampai 2 minit je.. moga kta mendapat manfaat dripadanya.. amin.



"Kenapa orang Islam sembah bangunan kain hitam tu?"

"Oh.. itu Kaabah atau nama lainnya Baitullah"

"Baitullah tu apa?"
...
"Secara terjemahan mudah maknanya Rumah Allah"

"Allah ada dalam tu?"

"Tak.."

"Jadi, kenapa sembah bangunan tu kalau Allah tak ada dalam tu?"

"Yang saya sembah bukannya bangunan tu.."

"Kamu sembah apa?"

"Saya sembah Allah swt"

"Jadi, kenapa sembah bangunan tu?"

"Saya menghadap sahaja ke arah Kaabah tetapi saya tak sembah Kaabah.."

"Bukankah kamu sujud ke arah Kaabah, maknanya kamu sembah Kaabah la.."

"Kamu pernah tgk perlawanan bola dalam TV?"

"Pernah.. selalu.."

"Kamu tengok tv ke tengok perlawanan bola?"

"Tengok perlawanan bola la.."

"Di mana?"

"Dalam tv la.."

"Cuba buka tv tu, tengok di dalamnya ada stadium dan perlawanan bola ke tak.."

"Memanglah tak ada.. tapi itukan gambarnya ada.."

"Bukalah dalam tv, tengok ada ke tak gambar perlawanan bola dalam tu.."

"So..?"

"Maknanya kamu tengok tv, bukan perlawanan bola.. betul tak?"

"Tak.. aku tengok perlawanan bola la melaui tv tu.."

"Peliknya.."

"Sebab apa pulak pelik?"

"Ye la, kau cakap tengok perlawanan bola, sedangkan aku tengok dalam tv tu tak ada apa-apa.. yg ada hanya wayar je berselirat.."

"Memanglah dalam tv tu ada banyak wayar, tapi tv tu menayangkan gambar-gambar perlawanan bola dalamnya.."

"Hurm.. jadi tak peliklah ni..?"

"Ya.. tak pelik.."

"Jadi tak pelik jugalah aku sujud ke arah Kaabah untuk menyembah Allah swt.. walau pun dalam Kaabah tak ada Allah.."

"Erk.. kau betul.."


sila sila la share~~

p/s: disebabkan aku disable right click, n share button aku ni xappear tah sejak dr bile (baru ptg td pasan), so korg leh highlight and tekan ctrl c to copy. ;p

as salam

Tuesday, April 19, 2011

yg mana satu kOrang pilih?

2 bunga-bunga cOmeL
kalau tiba2 korg bukak fb korg.. lepas tu muncul la kt news feed korg dua video ni. yang mana akan korg tgk dlu?
adakah ini ayat kita: 
"eh, xsempat la. nanti ade msa tgk lagi"
atau kita xpandang langsung

kemudian bawah pada video sharing di atas, ada pula video sharing yg bawah ni.

adakah ni ayat kita?
"eh, mcam best r. layan dlu la!" sambil senyum2...


tepuk dada, tanyalah iman...

p/s:xde kaitan dengan org yg postkan ini tau. aku just nk bg contoh ttg apa yang sll kita buat...

Thursday, November 11, 2010

rahsia sujud dalam solat

0 bunga-bunga cOmeL
 Sujud lega sistem pernafasan 

Mungkin ramai di kalangan umat Islam tidak sedar mengenai pelbagai hikmah yang tersembunyi ketika sujud. Pada hal, kita perlu sedar bahawa tiada suatu pun ciptaan dan suruhan Allah s.w.t. yang sia-sia, malahan setiap ciptaan itu mempunyai kelebihan yang selalunya tidak terjangkau akal manusia. Manusia melakukan sujud dalam dua bentuk, iaitu sujud fizikal seperti ketika bersolat dan sujud spiritual berbentuk ketaatan kepada perintah Allah s.w.t. dan menjauhi laranganNya. Ulama mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia paling hampir dengan Allah s.w.t. dan mereka menggalakkan kita bersujud lebih lama. Antara hikmah lain sujud adalah melegakan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya. 

Bernafas ketika sujud pula boleh:

- membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya. 

- membetulkan pundi peranakan yang jatuh.

- melegakan sakit hernia. (burut)

- mengurangkan sakit senggugut ketika haid. 

- melegakan paru-paru daripada ketegangan.

- mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa. 

- kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh. 

- meringankan bahagian pelvis. 

- memberi dorongan supaya mudah tidur. 

- menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut serta punggung ketika akan sujud dan bangun daripada sujud.

- pergerakan otot itu menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik, secara automatik memastikan kelicinan perjalanan darah yang baik. 

- bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik, mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada. 

- mengurangkan kegemukan. 

- pergerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang perut (convulsions).

- organ terpenting iaitu otak manusia menerima banyak bekalan darah dan oksigen. 

- mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan sebagainya. 

Dari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan Yang Maha Pencipta sekaligus mengikis sifat sombong, riak, takbur dan sebagainya. 

Dari segi perubatan, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentality seseorang. Menurut kajian, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki darah sedangkan setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal dan sempurna. 


nota ditangan: prof wan (aku xingat nama penuh), engineering fac,UM pernah buat kajian dengan team die pasal solat, salah satunya ttg sjud..memag sujud banyak manfaatnya.. even orang dari barat juga mengakuinya.. 

jadi..marilah menunaikan solat dan menghayati bacaan di dalamnya...(mengingatkan dri aku dan kawan2 semua. =) )

Saturday, November 6, 2010

AKU, KAU BERBEZA...AKU, KAU ISTIMEWA...

0 bunga-bunga cOmeL
aku rasa korg mesti pernah tgk ni dulu kan??
gmabr ni muqadimah je...hihi

LELAKI

 
Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya. 

Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin (yg ada anak pompuan ramai kena ingat ni....pastikan anak solat, tutup aurat, etc) dan dosa anak lelaki yang belum baligh.


BERATKAN?

 Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggung jawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggung jawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya ditanggung oleh suaminya. BERATKAN?? 

Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin. 

Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung. Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan semut. Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa yang ditanggung (ikut kajian laa...jangan percaya sangat) 

Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah SWT. Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan. Begitulah kira-kiranya. 


WANITA :

Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki. Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya. Saksinya kurang berbanding lelaki. Menerima pusaka kurang dari lelaki. 

Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak. 

Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya. Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri. Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki. 

Pernahkah kita lihat sebaliknya?? 

Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita. 

Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita ? 

Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan 
anak-anak. 

Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil). 


Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita:

1. ibunya , 
2. isterinya , 
3.anak perempuannya , dan 
4. saudara perempuannya. 

Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini:

1. suaminya, 
2. ayahnya, 
3. anak lelakinya dan 
4. saudara lelakinya . 

Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yg disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja:

1. sembahyang 5 waktu 
2. puasa di bulan Ramadhan 
3. taat suaminya dan 
4. menjaga kehormatannya . 

Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata. 

MasyaALLAH.. .sayangnya ALLAH pada wanita .... 

Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seorang lelaki , tetapi ingatlah wahai lelaki...kamu sebenarnya adalah istimewa disisi Allah, maka dengan sebab itu DIA mengangkat kamu menjadi 
pemimpin...maka dengan keistimewaan itu, JAGALAH dan HARGAILAH wanita sebaik-baiknya...supaya kelak masing2 lelaki dan wanita dapat pulang mengadap Allah dalam keadaan istimewa disisiNYA.. 

"Berpeganglah kamu sekelian dengan tali Allah dan janganlah kamu berpecah-belah, dan ingatlah nikmat Allah atas kamu, seketika kamu bermusuh-musuhan telah dipersatukanNya hati kamu semuanya, sehingga dengan segera kamu telah menjadi bersaudara dengan sebab nikmatNya.(Ali- Imran:103) 

Pada hari itu (hari qiamat) manusia diberitahu akan segala yang telah dikerjakannya dan yang telah ditinggalkan. Bahkan manusia itu, anggotanya menjadi saksi terhadap dirinya sendiri, walaupun dia berperi-peri memberikan alasan untuk membela diri " 



credit:tokwan


boleh share. dont worry!=p


nota di tangan:next entry will be touch on hikmah sujud

CHEMISTRY without CATALYSIS, would be a SWORD without a HANDLE, a LIGHT without BRILLIANCE, a BELL without SOUND.

~love chemistry~

.giRLs DrEaM TEaM.

.giRLs DrEaM TEaM.

.wishlist.

tamat belajar
gaji pertama
konvo
external hard disk
amek lesen
S.E xperia vivaz
my first car
netbook
bola guli
VB team
DSLR
family holiday
Encik P
settle ptptn
...bahagia sampai ke syurga...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...