“Mak, nampak kad pengenalan Uyin tak?” soalku ketika emak sedang sibuk menyediakan makanan tengah hari, walhal jam baru menunjukkan pukul 9.
“rajin pula mak kau ni nak jaga i.c kau tu? mana kau letak? Cuba ingat balik. semalam seharian, tak hilang pula? hari ni dah nak balik, sibuk cari i.c!”
Panjang lebar emak bersyarah! Manalah aku tahu nak jadi macam ni. dah 27 tahun, ni kali pertama aku hilang kad pengenalan. Sudah puas aku menyelongkar dalam bilik, hatta bawah tilam pun aku cari. Manalah tahu kalau-kalau terselit di situ. tapi tak ada!
Kerusi di meja makan, aku tarik perlahan lalu duduk. Otakku mula mengimbas kembali apa yang terjadi.
Semalam, aku tidak ke mana-mana. Lepas majlis pertunangan, kemaskan rumah, cuci pinggan-mangkuk, bergayut dan tidur.
Oh, baru ingat! Pagi itu, aku keluar pekan kejap. Kemudian singgah kedai fotostat. Selepas itu, balik ke rumah terus.
Aduh, takkan tertinggal i.c masa nak fotostat tu?? tak mungkin!
Kalau jatuh tepi jalan, dah tentu orang hantar ke rumah aku. Aku yakin, mesti ada dalam rumah ni juga!
Macam mana kalau betul hilang???
“mak....”panggilku meleret.
“apa?”emak menjawab tegas! Emak ni, tak boleh nak manja-manjalah. Hati tengah rungsing ni mak oi!
“kalau hilang nak kena buat police report la kan?” aku menyoal emak. Sudah terbayang dalam fikiranku yang aku perlu ke balai polis, kemudian kena beratur di jabatan pendaftaran negara. Leceh...leceh..
“pergilah cari elok-elok...”
“Uyin dah cari mak! Tunggang terbalik bilik tu Uyin kerjakan tapi tak jumpa.”
Air sejuk di dalam peti ais, aku tuang ke dalam gelas dan meneguknya.
“pergilah cari lagi, mesti ada kat mana-mana tu,” kata emak lagi.
Pada mulanya, aku berlengah-lengah. Tapi apabila emak merenungku dengan mata bulatnya, aku faham! Dengan langkah longlai, aku menapak ke bilik. Pada waktu yang sama juga, telefonku berdering. Siapa lagi? Luthfilah! Aku menepuk dahiku sendiri.
Aduh, terlupa nak call semula!
“assalamualaikum,” ucapnya sebaik sahaja aku menjawab panggilan itu.
“waalaikumussalam.. maaf Luthfi, saya terlupa nak call balik,” jawabku pula.
“it’s okay. Ni kenapa suara lemah je ni? dah siap packing?”
“dah...”
“hei... are you okay?”
“i misplaced my i.c...”
Luthfi terdiam. Mungkin terkejut. Dalam pada itu tanganku ligat mencari dalam beg-beg kecil di meja solek walaupun sudah berkali-kali aku melakukan semua itu.
“dah cari kat semua tempat?”soalnya prihatin.
“sudah...”
Kotak kerongsang, aku buka! Mustahil kalau aku letak dalam ni.
“cuba awak baca ayat kursi masa cari tu..”
“haa?”
“ayat kursi. Manalah tahu, boleh jumpa? Lagipun tak salah kalau kita baca kan?”
“okay!”
Luthfi seolah-olah sedang menemani aku yang sedang mencari walaupun dia bukan di sampingku sekarang. Sekali-sekali dia bertanya, ada? Ada?
“jumpatak Uyin?” emak menjerit dari dapur. Aku menekapkan telefon dengan tapak tangan. nak menjerit ni, pecah pulak gegendang telinga si Luthfi nanti.
“ belum mak!!”
“cari lagi. Mesti ada tu!” ayat itu lagi! Masalahnya tak ada juga mak!
Tiba-tiba aku terpandangkan sesuatu. Eh, ini apa?senyuman paling lebar sudah terukir.
“mak!!! Uyin dah jumpa!!” aku menjerit kegirangan.
Aku melihat kad pengenalan di tanganku itu. Alhamdulillah, jumpa juga akhirnya! Aku dah hampir-hampir putus asa. Bukannya aku tak tengok dalam laci ni tadi! Tapi memang tak ada!
“dah jumpa sayang? Berdesing telinga saya dengar awak menjerit tadi?” Luthfi ketawa di hujung talian. Aku hampir terlupa padanya. Tentulah dia terkejut dengan jeritanku yang seperti itu.
“dah... dah... ada dalam laci. Saya dah cari betul-betul tadi, saya tak jumpa!” beria-ria aku bercerita kepadanya.
“biasalah tu. barang hilang ni sebenarnya ada, cuma kadang-kadang tersembunyi,” balas Luthfi. Aku setuju sangat! Mujur emak menyuruh aku mencari lagi tadi. Kalau tak, memang takkan jumpa. Nak kata ajaib tu, mungkinlah juga kan?
“bila Allah kata jadi, maka jadiah ia, kan?” kataku pada Luthfi.
“betul sayang...” jawab Luthfi pula.
Aku tersengih sendiri tatkala dia memanggilku sayang. Rasa sedap aje telinga ini mendengarnya.tiba-tiba laju semacam rentak jantungku!
“by the way, pukul berapa nak gerak ni?” aku menukar topik sekaligus cuba mematikan rasa-rasa indah itu.
“Luth dah siap. Sayang?”
“err... ehem..”
“kenapa? Suka ye Luth panggil sayang?” soalnya.
Bukan sukalah sayang! Malu! Dah lama tak ada orang panggil sayang ni.
“dah siap dah.”
Aku dengar dia ketawa dengan jawapanku. Mungkin disebabkan nada tegas yang aku gunakan. Pasti dia tahu yang wajahku sekarang sedang merona merah.
“okay..okay.. Luth tak usik dah. setengah jam lagi Luth ke rumah awak ya?”
Aku mengiyakan sahaja. Beberapa saat kemudian, Luthfi menamatkan panggilan. Itu pun kerana dipanggil ayahnya.
Tanpa menunggu lama, aku terus mendapatkan emak dengan senyuman yang paling lebar.
“tadi muka macam ayam berak kapur, yang sekarang senyum sampai telinga kenapa? Dah jumpa?” soal mak.
Aku ketawa besar. Emak ni tak dengar ke aku menjerit sakan tadi?Tak tahu nak salahkan siapa. Mungkin memang kecuaian aku sendiri.
“dah jumpa" jawabku sambil tersenyum lebar.
SEPERTI yang dijanjikan Luthfi sampai tidak lama kemudian. Aku menunggu di muka pintu dengan beg dan bekalan yang emak sediakan. Sewaktu keretanya masuk ke perkarangan rumah, aku tertanya-tanya, siapa yang duduk di sebelahnya itu? siapa yang nak ikut kami balik ke Kuala Lumpur? Kalau Julia, mustahil! Gadis itu kelihatan agak kurus sedikit berbanding Julia.
Semuanya terjawab tatkala si penumpang membuka pintu kereta dan tersenyum manis.
Leena????
bersambung..
0 bunga-bunga cOmeL:
Post a Comment