Al- Baqarah

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."


Thursday, March 1, 2012

good night sayang 2! part 8


Chap 8.

 SEBULAN lepas aku dan Luthfi ke beberapa butik pengantin di sekitar Kuala Lumpur. Akhirnya setelah puas mencari, terjumpa juga yang berkenan di hati. Nak buat macam mana, aku ni memang agak cerewet. Setelah membuat tempahan, kami menukar haluan ke pasaraya SOGO untuk mencari barang-barang hantaran. SOGO tu kan ada sale sepanjang tahun.

Nampaknya bukan aku sahaja yang cerewet bila bab-bab membeli ni, cik abang aku tu pun boleh tahan! Kalau aku, tidak kisah sangat dengan jenama ni, tapi bagi Luthfi jenama itu penting! Harga tolak tepi.


sayang, nak baju ni tak?” dia menunjukkan sehelai gaun malam yang sangat cantik berwarna ungu lembut.

Serius cantik! Dress tanpa lengan, kain pun lembut. aku mencari tag harga tetapi cepat-cepat ditutup oleh Luthfi.

“Luth, Uyin nak tengok harga!” marahku. Suaraku sedikit meninggi membuatkan Luthfi merenungku tajam menghantar isyarat yang ada salesgirl disebelahnya.

“tunjuklah.”

“tak boleh. Luth tanya ni, nak ke tak nak?”

“tunjuk harga dulu!”

“tak boleh!”

Aku merenung Luthfi tajam. Salesgirl yang berada bersama-sama kami sudah tersenyum.

 Memandangkan  Luthfi langsung tidak mahu mengalah, pantas aku mencapai gaun dari jenis yang sama dan melihat tag harganya.

WHAT!! You got to be kidding me! Pertama, baju ni mahal sangat-sangat. Sampai 899. Boleh beli berpasang-pasang baju. Yang kedua, bila masa pula Uyin nak pakai baju ni Luth? Tak payah belilah. Membazir je..” kataku padanya.  Luthfi tersengih.

Dia mendekatkan wajahnya ke telingaku, “pakai untuk Luth nantilah!”



TANGAN ku letakkan di kedua-dua belah pipi. Masih segar di ingatan riak nakal wajah Luthfi. atas desakan dia, baju itu akhirnya ‘terbeli’ juga untuk dibuat salah satu hantaran. Memanglah bukan aku yang membayarnya tapi bila memikirkan nilainya, aduh! Ni kalau emak yang tahu ni, mahu pengsan dia.

Mataku kembali ke skrin komputer yang sudah pun terbuka sejak aku sampai ke pejabat pagi tadi.  Ada beberapa projek yang sudah hampir selesai. Minggu depan cuma ada lagi satu projek masuk.

Kasihan Luthfi tidak berteman sebulan dua  ini. aku, kalau dah bergelumang dengan kerja memang tak pandang kiri kanan dah! maaf ya sayang. Lebih kurang macam  balas dendam jugalah sebab Uyin kena tinggal hari tu! he he he...

Tiba-tiba handphoneku berbunyi menandakan ada pesanan masuk.

Morning sayang! Kerja baik-baik ok.

Aku tersenyum membacanya. Itulah rutinnya saban hari. Mujurlah dia tidak merungut bila kadang-kadang smsnya langsung tidak terbalas.

Morning... Dnt be noughty when i’m not around okay!

Nak nougthy dgn siapa syg? Ada org tersayang pun macam tak ada je..

Aku ketawa membaca smsnya. Merajuklah konon.

Alalala... uyin bukan sengaja. Jadi kuli yang berstatus belum bkahwin macam nilah. I will make it up this weekend, how is it?

Telefonku berdering minta diangkat.

Seriously? Sayang tak ada site visit ke macam sebelum ni?” soalnya sebaik sahaja aku menjawab panggilan video itu. kelihatan dia tersenyum riang!

“seriuslah! Weekend ni tak ada site visit. Eh, macam kenal je baju tu...” jawabku sambil merujuk pada baju yang sedang dipakainya.

yes.. i know, baju yang sayang hadiahkan. Sebab tu sengaja buat video call,” katanya lalu ketawa.

“pandai juga ya Uyin pilih. It suits you very well,” aku memuji diri sendiri.

“Ingatkan Luth takkan pakai baju tu. up sikit je pada cap ayam,” sambungku lagi sambil tersengih.

Aku membeli baju kemeja itu sebagai tanda dia sentiasa di ingatanku walaupun aku dalam kesibukan. waktu itu, aku tidak tahu pula yang dia amat mementingkan jenama. Bagi aku pula, asal selesa jenama ‘cap ayam’ pun aku layan.

don’t say that. Walaupun ini bukan brand yang selalu Luth beli, tapi tetap selesa. Luth percaya, selesa tu lebih penting,” jawabnya sambil tersenyum manis.

Aku ketawa. dulu bukan main lagi nak bergaduh setiap kali nak beli barang. Hatta aku nak beli air kelapa jual tepi jalan pun kena marah. Dia sanggup menahan dahaga daripada minum air yang dijual di gerai-gerai seperti itu.

“sayang, i have to go.see you this weekend okay?”

“okay. Assalamualaikum...”



HATIKU semakin berdebar-debar ketika keluar dari lif. Ini pertama kali aku mahu ‘menjemput’ Luthfi di muka pintu apartmentnya. Pagi tadi tiba-tiba bos mengeluarkan arahan veto meminta aku ke pejabat. Bila aku khabarkan pada Luthfi, dia hanya diam. Rasa bersalahku datang bertimpa-timpa apabila sehingga ke malam aku terkandas di pejabat. Jangan kata Luthfi, aku juga kecewa!

Selesai sahaja kerja yang ‘tiba-tiba’ muncul tanpa dirancang itu, aku bergegas datang ke sini. Sempat lagi aku singgah di secret recipe untuk membeli kek chocolate indulgence kegemarannya. Sabar ya sayang...

“LUTHFI!”

Senyumku mati. Langkahku terhenti. Kek seberat 2 kilogram itu juga hampir terlepas dari tangan. sampai hati dia! kenapa Leena yang dicari kalau aku tiada? Kenapa sampai berpelukan?

Aku lihat Luthfi kaget. Pelukan Leena dilepaskan. Dia menolak Leena yang berada di muka pintu lalu menghampiriku.

Aku menahan empangan air mata yang akan pecah bila-bila masa sahaja. Tidak kisahlah kalau aku meraung sekalipun tapi bukan di hadapannya, tidak juga di hadapan Leena.

“sayang...” dia memangilku perlahan sambil menggelengkan kepalanya.

Ini apa yang aku lihat di hadapanku. Di belakang bagaimana?

“ happy birthday Luthfi!” ucapku lalu menyerahkan kek itu kepadanya. Take it. Do whatever you want to do! I don’t care! Jerit hatiku.

Tanpa menunggu dengan lebih lama, aku terus berlari meninggalkannya. Aku tahu dia mengejarku dan aku tahu dia memmanggil namaku. Tapi aku terlalu kecewa untuk berhenti berlari dan aku terlalu sakit hati untuk menyahut panggillannya. Dan akhirnya pintu lif menjadi pemisah antara redup pandangannya dan juga aku.

Di dalam kereta, aku menghamburkan semuanya. Sampai hati dia! berikan peluang konon! Apa yang aku dapat? Oh, adik dengan abang boleh peluklah? Kalau adik kandung, aku sikit pun tak hairan tapi ini dengan ‘adik’ yang sememangnya sentiasa menaruh hati padanya.

Pantas enjin kereta dihidupkan. Air mata yang tidak henti-henti mengalir, aku biarkan sahaja.

Lepas ni, siapa pula nak nyanyikan lagu untuk aku??? Sampai hati dia buat semua ni bila cinta aku, kepercayaan aku letakkan sepenuhnya kepada dia!

Telefonku tidak berhenti berdering. Semakin kuat bunyinya, semakin laju jugalah kereta yang kupandu.

“hello...”

“hello Rin! kau kat mana ni? kenapa kau nangis ni?”

“ aku... aku tengah drive. Kenapa?”

Julia diam sebentar.

“nanti bila dah sampai rumah call aku balik,” kata Julia. Suaranya kedengaran serius.

Aku memasuki perkarangan rumah. Enjin kereta aku matikan.

“aku dah sampai rumah ni...”

“kenapa ni sedih aje suara kau?”

“tak ada apa-apa. Cepatlah beritahu aku,” kataku pada Julia. Air mata yang masih tidak mahu berhenti mengalir, aku kesat kasar.

“hmmm.. bawak bersabar ya..mak dan abah kau...” Julia berhenti di situ.

“kenapa dengan mak dan abah aku?” hatiku semakin berdebar-debar. Apa jadi dengan mak dan abah?

“dia orang kemalangan. Mak dan abah kau dalam ICU sekarang...”

Ayat dari Julia membuatkan aku terdiam. Tanpa dipinta, air mataku semakin deras mengalir. Tatkala aku sedang menangis kerana lelaki yang belum tentu menjadi milikku, rupa-rupanya abah dan mak sedang bertarung demi nyawa mereka.

“Nurin... kau janganlah macam ni...” aku turut merasai sebaknya suara Julia ketika itu.

“aku.. aku balik malam ni juga...”

“aku risau kalau kau drive sorang-sorang.”

“jangan risau. Aku balik dengan bas.”

“aku call Luthfi..”

“jangan!”pintasku sebelum dia menghabiskan kata-katanya.

“tapi..”

“please... aku akan balik dengan tiket yang paling cepat. Nanti, dah sampai sana, aku call kau. 
Kau jagakan mak dan abah untuk aku ya...”

“Nurin...” aku terdengar Julia sudah teresak-esak.

“janganlah macam ni Jue.. i need you to be strong for me..please...” pujukku.


Setelah menamatkan panggilan, aku terus menghubungi teksi. Sementara menunggu teksi tiba, aku masuk ke dalam rumah dan mengemas apa yang patut untuk dibawa balik. 15 minit kemudian, teksi tiba. Aku terus meloloskan diri ke dalamnya.

Ya Allah.. selamatkanlah kedua orang tuaku...


bersambung...

2 bunga-bunga cOmeL:

aZwaN mUsLiM said... [reply to comment]

Eh da enable mobile version, sng la sikit nk bc :)

Anyway,,makin menarik, keep it up ya! :)

~atieput3~ said... [reply to comment]

oh.ade kot. xpasan plak. tp penah gak tina update guna fon.hee..bgus2..

oh btw. tq. ;)

CHEMISTRY without CATALYSIS, would be a SWORD without a HANDLE, a LIGHT without BRILLIANCE, a BELL without SOUND.

~love chemistry~

.giRLs DrEaM TEaM.

.giRLs DrEaM TEaM.

.wishlist.

tamat belajar
gaji pertama
konvo
external hard disk
amek lesen
S.E xperia vivaz
my first car
netbook
bola guli
VB team
DSLR
family holiday
Encik P
settle ptptn
...bahagia sampai ke syurga...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...