Chap 3
Aduh, semakin sakit kepala otak aku ni! kenapalah nenek pilih dia pula nak jadi calon suami aku? Kenapa? Dah tak ada ke lelaki lain kat dunia ni selain dia? agaknya nenek ni upah spy untuk intip aku dulu kot. Tak pun, nenek melayan blog aku! Sebab tu nenek tahu pasal dia? tapi takkan nenek rajin sangat godek-godek arkib blog aku tu. mahunya 4, 5 tahun dulu punya cerita. aduh, serabutnya!!
“hai, Kiki Lala!” lelaki itu ketawa.
Ini semua nenek yang punya pasal. Argh, benci gila dah aku ni! nak tengok muka mamat ni pun aku nak muntah. Yang disuruh berdating bawah pokok kelapa ni kenapa? Buatnya jatuh atas kepala? Tak ke ngeng sekejap. Silap-silap K.O terus!
“diamlah kau. Otak aku tengah serabut ni!” aku memarahinya. Sarang tebuan jangan dicucuk. Karang, lebam biji mata!
“jumpa lagi kita Kirana!” lelaki itu ketawa.
“bukan aku yang gedik sangat nak jumpa kau. Semua sebab nenek. Sebab nenek saja!”
Ya allah tolonglah faham perasaan aku ni. kenapalah Ana tiba-tiba ada hal dan tak dapat temankan aku balik kampung? Stressnya!!! Air kelapa, air kelapa!
“hoi! kau nak pergi mana tu? kan nenek suruh dating kat sini!”
“aku nak pergi cari parang!” jeritku dari jauh.
Puas mencari di belakang rumah, akhirnya terjumpa juga parang kontot nenek. Aku senyum segaris. Seronoknya!
“KIRANA!” semua yang ada di ruang tamu memandang tepat ke wajahku bila nenek memanggil namaku. Tentulah nenek tengah marah.
“ya nek?”
“kenapa kau cari parang tadi? Kau nak buat apa dengan budak Riyat ni?” nenek menyoalku.
Aduh, asal aku cari parang aje semua orang ingat aku nak bunuh orang. nasib baik aku dah telan banyak-banyak air kelapa tadi. Kalau tak, naik lagi suhu kemarahan aku. Riyat ni pun satu! Mengadu macam budak-budak!
“tak adanya kiki nak parang riyat ni nek. Kiki dahaga sangat tadi, kiki pergilah cari air kelapa.”
Aku lihat nenek ketawa kuat! Tua-tua pun tak reti nak cover depan orang! mahunya cucunya ini tak ikut. Dia tahulah tu aku bengang tahap dewa. Sebab tu sampai cari air kelapa.
“pokok mana kau ambil?”soal nenek.
“kiki ambil pokok kat belakang. Pokok tu rendah sikit. Tak payah pakai galah. Kelapa pun banyak yang muda-muda.”
Aku lihat nenek meangguk-angguk. Cucu dia ni kan hebat bab-bab kelapa muda ni! sekali tengok je, dah tahu tua ke muda.
“dah tu, sebiji aje ke kau ambil?” nenek menyoal lagi.
“5 biji. Cukup untuk semua orang. kejap ya, kiki settlekan!” kataku bermanis mulut. Keluarga Riyat aku pandang sekilas sebelum memohon diri dari mereka.
“Riyat, pergi tolong si Kirana tu!” arahan papa Riyat membuatkan langkahku terhenti.
“tak payahlah pak cik. Saya boleh buat sendiri,” kataku sambil tersenyum sumbing!
“Kirana...” dan suara nenek bergema lagi.
Hmm... terpaksalah ikut.
“KAU kerja apa sekarang?”soal RIyat padaku. Bukan dia datang nak menolong! Duduk bertenggek atas tangga tu aje. Nasib baik aku ni memang pakar bab-bab ni.
“kerja aku sekarang belah kelapa ni. tak nampak?” jawabku kasar. dari ekor mataku, aku lihat dia tersenyum.
“mari sini aku tolong!”
“tak payahlah. Kau duduk situ diam-diam. Karang aku parang kau betul-betul baru kau tahu!”marahku.
“baklah sini parang tu Kiki. Biar aku buat,” katanya lagi. Kali ini dia sudah bangun dan mahu mencapai parang dari tanganku.
“janganlah Riyat!”
Adegan rebut-merebut parang berlarutan selama beberapa saat sehinggalah parang itu betul-betul terlepas dari tangan aku. Masalahnya sekarang, parang tu tak berada di tangannya. Habis, kat mana?
Aku pandang ke bawah, darah! Saat itu pandanganku terus jadi kelam.
“MOHAMMAD SYAKIR HAZRIYAT!!!” aku menjerit sekuat hati. Kalau tak kerana dia berebut parang denganku, sudah tentu parang itu masih elok ditanganku yang sedang membelah kelapa. Pasti sekarang kami semua tengah menikmati air kelapa sejuk di bawah terik mentari petang itu. tapi...
“Ya Allah... Kirana.”
Aku nampak nenek berlari ke arahku sebelum duniaku menjadi gelap-gelita.
bersambung....
0 bunga-bunga cOmeL:
Post a Comment