Al- Baqarah

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."


Tuesday, April 10, 2012

spike aku masih kencang OK! 6



Chap 6

Sorakan penonton begitu meriah sekali. Neya tersenyum lebar. Spike dia masih kencang, malah lebih kencang dari dulu!  spikenya itu turut memberi mata terakhir kepada mereka sekaligus muncul juara dengan kemenangan 4-1. Neya sempat mencari Haikal di barisan penonton, dia terpandangkan lelaki itu yang sedang melambai-lambai. Neya tersenyum memandang Haikal. Kesian Haikal. Pasukan Haikal tewas dalam semifinal semalam.

Neya memeluk rakan-rakan sepasukannya, kemudian mereka bersalam dengan pengadil dan pemain lawan.

“aku minta maaf Neya,” ucap Dina ketika mereka bersalam.

remember what i said?” balas Neya pula lalu meninggalkan Dina.

Neya duduk di bangku yang disediakan di tepi gelanggang. Air 100plus yang dibawanya diteguk rakus. Suasana agak bising ketika itu kerana perlawanan peringkat akhir bagi pasukan lelaki masih lagi berlangsung untuk set yang terakhir.

Sempat lagi Neya merenung Faruq yang sedang bertungkus-lumus menyelamatkan mata mereka yang semakin jauh ditinggalkan. Dalam hati, dia berdoa agar pasukan Faruq kalah. Biar lelaki itu mendapat pengajaran. Dia ingat ini catur ke. fikir nak selamatkan diri sendiri sahaja. Huh!


WISEL penamat dibunyikan. Faruq terduduk meraung di lantai gelanggang. Dia tewas lagi. Kali ini dia memang betul-betul tewas. Walaupun Amat tiada, dia tetap kalah.

Dari jauh dia nampak Neya memandangnya lama kemudian gadis itu bangun dari kerusi lalu menjinjit beg sukannya dan berlalu dari situ. baru sekarang dia faham apa yang dikatakan Neya.

“Neya maafkan aku,” katanya perlahan. Hampir tidak didengari oleh sesiapapun yang berada di situ.


Neya nampak Faruq memandangnya. Namun hatinya masih sakit. Dia bangun, lalu meninggalkan gelanggan tertutup ini. di luar, dia mencari kelibat Haikal. Tadi dia rasa Haikal seperti memberi isyarat supaya menunggunya di luar dewan.

Lumianya dikeluarkan. Tapi belum pun sempat dia mencari nombor lelaki itu, dia disergah dari belakang.

“HAIKAL!!! Kalau aku tercampak handphone aku ni tadi, kau ganti balik!” marah Neya. dia mengurut dada.

sorrylah. Aku excited sangat. Since aku dah kalah, bila aku tengok kawan aku menang, mestilah aku tumpang seronok,” balas Haikal sambil ketawa.

“NEYA!”


Neya tercari-cari kelibat manusia yang memanggil namanya. Dari jauh dia ternampak Aqil sedang tersenyum  sambil berlari-lari ke arahnya. Lelaki itu masih lagi memakai boot dan juga jersinya yang nampak kotor.

“I terus datang sini tadi lepas habis match. Kita orang menang. Esok akhir!” kata Aqil teruja dengan kemenangannya dan pertemuannya dengan Neya.

“yeke? Tahniah. Saya pun ada berita gembira. Kami menang!” ucap Neya pula sambil tersenyum lebar. Sungguh tidak tergambar kegembiraannya saat itu.

i know. Kalau tak, mustahil I dapat tengok senyum you sekarang. Oh, sorry! Ni kawan you ke? I’m Aqil!” Aqil menghulur tangan pada lelaki di sebelah Neya.

Haikal tersenyum lalu huluran perkenalan itu disambut, “ haikal. Yes, kawan Neya! setaman dan sepermainan.”

“so, saya dan Haikal dah boleh enjoy. Awak belum lagi la kan. Pukul berapa match esok?”soal Neya sambil tersengih.

“nampaknya macam itulah. Tak apa, ada masa lagi. Nanti kita dating,” balas Aqil. Neya hanya menjelirkan lidahnya mendengar gurauan Aqil manakala Hailkal hanya tersenyum.

“pukul berapa match esok sayang?”

Aqil ketawa kuat bila Neya menyoalnya begitu. Nampak sangat sayang itu disebut dengan terpaksa.

“8.30m. i hope you will be there. Please...”

“yelah. Saya mestilah kena pergi sebab nak bagi sokongan pada satu-satunya kawan saya yang main rugbi. Haikal, teman aku esok?” balas Neya pada mulanya memandang Aqil yang mengharap dan kemudian pandangannya jatuh kepada Haikal.

“aku?”

i think that’s a good idea. selalunya ramai lelaki kat sana. Baik you teman si Neya ni. tak adalah I risau sangat nanti,” kata Aqil pula.

Haikal memandang kedua-dua manusia di depannya itu silih berganti. Tak pasal-pasal dia terjebak sekali.

yeah, why not! Last sekali aku main rugbi pun masa aku sekolah menengah dulu.”

“biar betul kau pernah main rugbi? Aku tak tau pun.”

“kau memang tak tau. Aku main sampai form 3 saja.  Nanti aku cerita pada kau.”

orait then. I better go now. Thanks Neya, Haikal. Esok kita jumpa,” ucap Aqil lalu tangan dihulur pada Haikal. Mereka bersalaman.

“bye sayang!”

Neya menggelengkan kepalanya mendengar kata-kata Aqil. sudahlah dia menjerit dari keretanya. Habis semua orang pandang! Haikal ketawa. mereka kemudiannya melangkah meninggalkan dewan itu.

“gila!”

“yang gila tu juga yang suka pada kau!”

“kau pun gila sama!”

“sangat obvious Neya.”

“dia memang suka bergurau macam tu. dah letih mulut aku ni warning. Tapi tak pernah dia nak ikut,” Neya membela dirinya.

Haikal ketawa.

“kau suka dia tak? Apa salahnya kalau kau suka dia pun? dia nampak macam lelaki yang baik-baik saja.”

Neya terdiam. Aqil memang baik. Hensem, malah lebih hensem berganda dari Amat. Tetapi Amat juga yang tetap dirinduinya dalam diam. Apalah yang ada dengan Amat tu? dahlah tak hensem, menyakitkan hati pula tu!

“aku suka dia. tapi aku masih  lagi suka Amat. Dahlah malas aku nak cakap pasal lelaki ni. buang masa je!” marah Neya lalu langkahnya dipercepatkan.

Haikal mengejar Neya, “hoi, aku ni lelaki juga tau!”

“aku tak cakap pun kau pondan,” neya membalas lalu ketawa.

“perempuan ni kan... Nasib bak aku lelaki budiman!” Haikal mendengus lalu melangkah laju mengejar sahabatnya itu.


bersambung...

0 bunga-bunga cOmeL:

CHEMISTRY without CATALYSIS, would be a SWORD without a HANDLE, a LIGHT without BRILLIANCE, a BELL without SOUND.

~love chemistry~

.giRLs DrEaM TEaM.

.giRLs DrEaM TEaM.

.wishlist.

tamat belajar
gaji pertama
konvo
external hard disk
amek lesen
S.E xperia vivaz
my first car
netbook
bola guli
VB team
DSLR
family holiday
Encik P
settle ptptn
...bahagia sampai ke syurga...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...