Al- Baqarah

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."


Monday, October 12, 2009

... kamp0ng girl~ v0L 1


Hai, namaku Intan. Tapi mak aku panggil aku putri. kawan-kawan aku pula panggil aku Inn. Aku pernah tanya mak, kenapa panggil aku Putri. mak cakap, sebab dia suka dengan nama putri. tapi ayahku pula suka nama intan. Jadi mereka mendaftarkan nama aku sebagai Intan. Rindunya aku pada mak. Mak sudah meninggal dunia 5 tahun lalu. Ayah pula selalu sakit-sakit. Hanya aku menjaga ayah kerana aku anak tunggal. Kesian ayah, tapi kesian juga pada aku yang dilahirkan tunggal tanpa adik-beradik.

Aku gadis kampung yang tidak pernah terdedah pada sebarang gejala sosial. Aku gadis kampung yang tidak pernah terdedah pada budaya kota. Aku gadis kampung yang apabila aku bangun dari tidur di subuh hari, angin sejuk dan nyaman menerjah ke wajahku, memberi satu kedinginan yang tenang. Aku gadis kampung yang masa kecilku dihabiskan bersama teman-teman untuk mandi di sungai, panjat pokok rambutan di kebun ayah, main pondok-pondok di tengah-tengah sawah dan macam-macam lagi.

Kini gadis kampung ini sudah menjejakkan kaki ke kota. Kota yang penuh dengan bagunan pencakar langit. Kota yang dijalan-jalannya penuh dengan kenderaan yang bersesak-sesak. Malamnya dipenuhi pula dengan lampu-lampu neon kelab-kelab malam menggantikan dengan keindahan kampung yang disinari bebintang indah. Sudah seminggu dia di kota. Sudah seminggu dia cuba menyesuaikan diri di bandaraya Kuala Lumpur ini. kalau bukan kerana pelajarannya ditaja oleh MARA, tidak mungkin dia bisa menjejakkan kaki ke sini.

UNIKL, Kuala Lumpur.

Hatinya tidak segirang siswa-siswi yang datang bersama-samanya. Wajah mereka dihiasi tawa dan senyum. Manakala wajahnya pula suram, muram. Dia merindui kampung halamannya. Dia merindui ayahnya. Siapa yang menjaga ayah? Dan paling penting dia merindu Memek, Lembu peliharaan ayah yang menjadi tempat dia meluahkan perasaannya.

Minggu Orientasi yang baru berlalu hanya dipandang sepi. Tiada apa yang indah. Dan hari ini, hari pertama dia melangkahkan kaki kelas. Teman sebiliknya sudah bersiap. Sombong semacam. Malas dia mahu melayan gadis itu. pagi itu, demi mengingatkan cita-citanya, dia cuba membuang perasaan tidak selesanya. Kelas pertama hari itu mestilah dihadiri dengan penuh semangat.

“euuww.. apa kelas kau pakai baju kurung ni? Buruk semacam pula tu?” tegur Seri.

Intan memandang dia atas dan bawah. Pakaian gadis itu amat menyakitkan matanya. Baju merah ketat, daripada kulit barangkali. Tiada lengan pula. dan skirt pendek yang dipakainya hanya diparas lutut,berwarna hijau! kontra! memang kontra. Dipandang pula wajah Seri. Alis matanya, kelopak matanya, lipstik di bibirnya merah menyala. Sarat betul dirasakan warna-warna yang diconteng di wajah Seri itu.

Dalam hatinya ingin sahaja dia mengkritik pakaian yang dipakai oleh Seri. Cantik ke? Terus hilang seri pada wajah melayu Seri itu. di mana adab ketimurannya? Mungkinkah begini gadis kota? Malas mahu bertelingkah, dia meninggalkan seri yang termangu.

“ lipstick awak merah sangat. Tidak sesuai dengan pakaian awak yang terang-benderang,” sempat diluahkan kata-kata itu sebelum meneruskan langkah kakinya. Dia dapat mendengar suara Seri mengomel tentang kritikannya. Namun dia malas mahu mengambil pusing.

Dia menuju ke cafeteria. Perut yang kosong seolah-olah minta diisi. Setelah membayar harga untuk sepinggan bihun goreng dan sekotak air susu segar, matanya melilau mencari tempat kosong. Saat itu barulah dia perasan, banyak mata yang asyik memandangnya seolah-olah melihat sesuatu yang aneh. Sekilas dipandang wajahnya di cermin sinki yang betul-betul berada disisinya.

Tudungnya okay, tidak pula senget. Nak kata make-up macam hantu, dia hanya bersolek ringkas. Cukup sekadar bedak asas dan lipstick yang tidak ketara pun warnanya. Bila matanya terpandangkan baju kurung yang dipakainya, barulah dia sedar. Itulah yang dipandang oleh mata-mata asing di sini dari tadi. Dia tersenyum. rupa-rupanya baju ini yang mencuit-cuit hati mereka supaya ketawa dan tersengih penuh makna.
Dia melangkah pada satu meja dengan penuh yakin. Tidak dihiraukan pandangan mata-mata asing di sekelilingnya. Dia hanya mahu bersarapan dan seterusnya melangkah ke kelas. Itu sahaja!

“boleh aku duduk sini?” soal seorang pemuda tatkala Intan sedang khusyuk menjamah sarapan paginya.
“owh, duduklah! Saya pun dah nak habis,” balas Intan.
“kalau kau tak kasi pun, aku memang akan duduk sini. Sebab semua tempat dah penuh,” kata pemuda itu pula lalu dia ketawa.
“nama aku Taufik. Siapa nama kau?”
“Intan,” jawab Intan pendek. Malas mahu dilayan lelaki itu. dia segera menghabiskan sarapannya, tidak mahu berlama-lamaan dengan di situ.
“hai Fik. You sarapan tak tunggu I pun…” sapaan dari seorang gadis mengejutkan Intan. Girlfriend Taufik barangkali. Detik hati Intan.
“owh Sophi.. dudukla. I baru je mula makan. Kenalkan ini intan. Intan ini Sophia. Buah hati pengarang jantung aku.” balas Taufik lalu memperkenalkan dua orang gadis itu kepada satu sama lain.
“hai Sophi. Selamat berkenalan. Duduklah. Saya dah sudah makan,” kata Intan lalu bangun meninggalkan mereka.
Taufik memndang intan yang semakin menjauh. Dia kagum dengan gadis itu. bukan senang nak tengok pelajar siswi di sini memakai baju kurung ke kelas termasuklah buah hatinya sendiri. Setelah hampir 4 tahun mereka bersama, belum pernah sekali pun dia melihat Sophia memakai baju kurung.
“hei sayang.. apa yang you fikir? Termenung jauh nampak!” tepukan lembut di bahu Taufik mengejutkan dia dari lamunan.
“sayang, I teringin tengok you pakai baju kurung,” balas Taufik tiba-tiba.
“kenapa tiba-tiba ni Fik?”soal Sophia sambil ketawa.
“betul you nak tau kenapa Sophi?” Sophia mengangguk.
“I suka tengok Intan pakai baju kurung. Nampak dia ayu sangat,” balas Taufik sambil fikirannya membayangkan Intan.
“ouch!! Sakitlah sayang. I guraulah. Tapi betullah, cantik sangat bila gadis macam you ni pakai baju kurung,”sambung Taufik lagi sebelum Sophia memikirkan yang bukan-bukan.
“you tak rasa ke dia macam kampung je pakai macam tu? Macam nak pergi makan kenduri kahwin,” soal Sophia. Dia sedikit cemburu apabila lelaki itu memuji perempuan lain di depannya. Siapa yang tidak cemburu?
“hmm.. memangla perempuan selalu pakai baju kurung ke kenduri kahwin. Tapi tu sebab you all yang nak macam tu. Pakai baju kurung ke kelas is ok apa?macam Intan tu. Sweet je I tengok dia,” sekali lagi Taufik memuji Intan tanpa sedar. Balasan yang dia dapat tentulah cubitan dari Sophia.
“amboi you ni, dah berkenan dekat si Intan tu ke? Mentang-mentanglah dia pakai baju kurung. Cantiklah, ayulah, manislah… menyampah I!” balas Sophia. Lelaki itu tidak habis-habis memuji perempuan tadi.
“eh, mana ada sayang! I sayang you tau. You cantik. I tak kisah you pakai apa tapi janganlah sampai mencucuk mata I ni,” kata Taufik sambil tersengih. Jarinya dihalakan ke matanya sendiri. Dia cintakan gadis di depannya ini. Betul! Dia tidak tipu.
Sophia tersipu-sipu malu mendengar pujian dari Taufik.
“jomlah. Class I dah nak mula,” Sophia menukar topik. Dia juga sangat cintakan Taufik. Dia sanggup lakukan apa saja demi taufik.
Mereka berdua bangun lalu meninggalkan café dan melangkah menuju ke dewan kuliah. Taufik sudahpun berada di tahun akhir, begitu juga dengan Sophia. Mengikut perancangan mereka dan keluarga selepas sahaja tamat pengajian, mereka akan ditunangkan.
----
Intan pulang terus ke bilik selepas kelasnya petang itu tamat. Walaupun kelas seharian, namun dia masih lagi bertenaga. Tetapi tidak Seri. Dia sudahpun terbujur di atas katil. Siap berdengkur lagi. Penat sangatlah agaknya tu. Intan tidak menghiraukan temannya yang terbongkang tidur. Dia lantas mencapai tuala lalu ke bilik air untuk mandi dan membasuh pakaian yang dipakainya tadi.

Dulu kalau di rumah, dia pasti membawa baju-baju yang ingin dibasuhnya ke sungai di belakang rumah.dia suka membsuh di situ. Angin pagi di sungai itu sungguh nyaman. Air sungainya pula sejuk dan dingin. Kicauan unggas dan burung-burung di pagi hari seolah-olah mengejutkan manusia yang sedang lena diulit mimpi. tapi yang paling tidak disukainya adalah diganggu oleh kutu-kutu rayau kampungnya jika dia membasuh di sungai itu di sebelah petang.

Imbas kembali

Satu petang yang hening, 2 tahun lalu…

Aku bernyanyi-nyanyi kecil sambil tanganku ligat mencuci pakaian aku dan ayah. Hari ni selepas pulang dari sekolah, aku menyiapkan makanan untuk makan tengah hari. Tiada apa-apa melainkan ikan kering, telur masak kicap dan juga bersayurkan ulam-ulaman segar yang kupetik di kebun di tepi rumahku. Tapi yang istimewa hari ini, ada betik muda. Juga aku jadikan ulam untuk santapan aku dan ayah.

Selepas makan tengah hari, aku bergegas ke rumah Noni untuk menyiapkan kerja sekolahku. Maklumlah STPM tak lama lagi. Jadi aku harus tekun berusaha. Kemudian aku ke kedai Ah Seng. Barang-barang dapur banyak yang sudah habis. Ayah telah berikan aku beberapa note RM10 untuk aku beli apa yang patut.

Usai membeli-belah aku pulang ke rumah. Kebetulan azan asar berkumandang. Jadi aku menunaikan solat terlebih dahulu sebelum aku membawa Memek ke padang untuk meragut rumput. Kasihan dia. pasti kelaparan hari ni kerana rumput-rumput di sekitar rumahku sudah digantikan dengan rumput-rumput carpet. Pasti ayah marah jikalau memek menyetuh rumput hiasan itu.

Dan sekarang, barulah aku berkesempatan mencuci pakaian. Walaupun matahari baru sahaja condong ke arah barat, namun suasana di sungai itu sudah seperti jam 6 petang. Redup, nyaman dan yang paling penting: air sungai yang mengalir ini masih dapat membuatkan aku menggigil kesejukan.

Tuailah padi antara masak…
Esok jangan layu-layuan…
Intai kami antara nampak…
Esok jangan rindu-rind…

“hai cik Intan. Sedap suara! Boleh masuk akademi Fantasia…” sampuk Daud lalu di sambut dengan gelak ketawa kawan-kawannya. Gitar buruk di sisi Daud di petik.
“ha, nyanyilah intan. Abang Daud dah main tu!” kata salah seorang dari mereka.
“dahlah! Malas aku nak layan kau orang. Lebih baik aku balik!” kataku pada mereka lalu bangun dan membawa pakaian yang telah dibasuh. Mujurlah sempat aku habiskan kesemuanya. Mereka hanya ketawa. Apa yang lucunya, aku tidak tahu. Tapi lama-lama aku tersengih. menyanyi lagi di tengah-tengah sungai begini. Mujur manusia yang datang kacau. Kalau yang tak nampak, bagaimana???

Dia masih ingat kenangan itu. sejak kejadian itu dia tidak lagi menyanyi ketika membasuh baju di sungai. Tambahan pula, geng Daud sentiasa mahu mengacaunya. Mereka akan melepak-lepak ditebing sungai itu sehingga ke malam. Atau pun mereka akan duduk-duduk membuang masa di kedai kopi Pak Mat. Tidak dinafikan dulu, ketika mereka masih kecil,dia, Daud dan juga kawan-kawan mereka sentiasa bermain bersama. Mandi sungai bersama, berkebun bersama, bermain tuju selipar bersama dan macam-macam lagi. Apabila meningkat dewasa, perangai Daud berubah. Dia menyombong dan Intan serta kawan-kawan perempuannya selalu terasa hati. Ditambah pula dia harus menjaga adabnya sebagai gadis melayu. Takkanlah masih terjun tiruk ketika mandi sungai? Takkanlah masih panjat pokok rambutan yang tidak kurang hebat tingginya itu?

“Intan, banyak lagi ke baju? Aku nak guna pula tempat basuh baju ni,” pertanyaan dari teman setingkat dengannya,Julia mengembalikan dia kea lam nyata. Jauh benar Intan mengalamun.
“Ini last. Kejap ye,” balas Intan.
“kau lambat habis kelas ke hari ni?”
“ aah. Pukul 5 baru habis. Hari isnin memang penuh sikit jadual waktu aku. kelas kau hari ni habis pukul berapa?”
“tengah hari tadi dah habis. Lepas tu aku keluar dengan teman lelaki aku,” balas Julia dengan soalan yang diajukan Intan.

Intan hanya tersenyum. dalam hatinya tertanya-tanya, usia semuda ini mestikah berpacaran? Yang dia tahu, dikahwinkan awal oleh ibu-bapa adalah. Macam mak dan ayahnya dulu. emaknya baru berusia 16 tahun ketika berkahwin dengan ayah. Manakala ayah pula usianya 10 tahun lebih tua dari emak.bila difikirkan balik, dia sendiri hairan. Ibunya telah berkahwin lama dulu, tetapi kenapa dia tidak punya adik-beradik lain. Merancang barangkali?

Sebulan telah berlalu. Intan masih lagi sama. Berbaju kurung ke kelas menjadi rutin hariannya. Tiada lagi mata-mata yang memandang serong pada pakaiannya. Dia juga rapat dengan Taufik, Sophia dan kawan-kawan mereka. Dia sendiri tidak menyangka akan bergaul dengan mereka. Tambahan pula sebahagian daripada mereka merupakan pelajar tahun akhir. Masih segar di ingatannya insiden yang menjadikn mereka rapat.

“Fik, tulah perempuan yang kau cakap tu ya?” soal Edy, teman Taufik. Sophia, Johan dan Ros memandang ke arah yang ditunjukkan Edy. Begitu juga Taufik. Taufik mengangguk.
“ You cerita pada diaorang ya Fik?”tanya Sophia kepada Taufik. Dia menarik muka masam. Mesti dipuji-puji melambung perempuan yang bernama Intan itu. sedangkan di depan dia sendiri, lelaki itu berani memuji Intan.
“I cerita dia pakai baju kurung jelah sayang,” balas taufik, memahami maksud pertanyaan buah hatinya.
“siapa nama dia?” tanya Ros. Memang manis gadis itu. detik hatinya.
“INTANN!!” jerit taufik memnggil gadis itu ke meja mereka.

Intan yang ketika itu sedang mencari meja untuk makan terpinga-pinga mendengar ada orang memanggil namanya. Dia mencari-cari dari mana datangnya suara itu. seketika kemudian dia ternampak sekumpulan pelajar melambai-lambai tangan ke arahnya.
Mereka lambai aku ke? Soalnya di dalam hati. Dia memandang ke belakang, takut-takut lambaian itu bukan untuknya.

Semua sedang kyusuk menjamah makanan atau sedang rancak berborak. Jadi?

Intann!!

Eh, Taufik! Sophia pun ada!

Kali ini dia yakin. Memang merekalah yang memanggilnya dari tadi. Nasi putih berlaukkan sambal ikan talang dan bersayurkan ulam-ulaman yang dipegangnya dibawa bersama. Mujur juga ada ulam-ulaman, jika tidak, sudah pasti makannya tidak kenyang. Ulam-ulam di sini pun kena bayar. Kalau di rumahnya, petik sahaja sudah penuh semeja makan.

“duduk sini,” kata Taufik merujuk kepada meja mereka.
Intan hanya menurut sahaja. apa yang difikirkannya hanyalah ruang untuk dia makan.
“you makan apa tu?” tiba-tiba Ros bertanya. mukanya menggambarkan rasa yang menjengkelkan. sekilas mata Intan memandang spaghetti bolognese yang berada di depan Ros.




--to be continue

.

16 bunga-bunga cOmeL:

Anonymous said... [reply to comment]

kak put3 besh kampOng girl...
nak next eps....

-m3- said... [reply to comment]

keep on writing...=)

~terataibungaindah~ said... [reply to comment]

anomym: hee.. sabar..tgh kesibukan skrg

-m3- tq =p

pelaholic said... [reply to comment]

hahaha...last mesti dia kawin ngan taufik tu kan??hehhee...

soalan:ko dulu main baling selipar tak??
ko dulu ada bela lembu tak??
ko dulu duk kat area sawah tak???

kalu sume jawapan ni ya:sah la ko nga minat mamat bernama taufik skg...hahahahaha

~terataibungaindah~ said... [reply to comment]

x pun..aku reka la sume ni..haha..belkang umah aku manade sungai..

kte tgk betul ke x prediction k0..haha

pelaholic said... [reply to comment]

ko tak jawab pasal nama taufik tu...hahahah...mgkn ke prediction aku pasal taufik tu betul??hahahaha

lalalala~~~

~terataibungaindah~ said... [reply to comment]

ala k0 ni.. kang aku letak nama ko, xknla maksudnye aku tgh suke ko kot?? hahaha

ezzat said... [reply to comment]

wawawa...kak tina sgt rajin mengarang
sepatutnya menjadi penulis novel
n gune nama pena terataibungaindah
hoho

neway, sy lom bace agi ini...ada mase sy bace~

~terataibungaindah~ said... [reply to comment]

xde nye rajin sgt E..satu part tu maunya sebulan lebey nak siap...heee

**nwy kalau wt n0vel nt, nk guna nama atieputri.. s0 kalau jumpa tu, eli la ey.. =p

-yen- said... [reply to comment]

hurm..hope watak sophia tu x la jahat...kalo x, sgt cliche.....
truskan k.tina.... chaiyok....

~terataibungaindah~ said... [reply to comment]

yes.. im thinking 0f s0mthing else actually.. s0phi tu xjahat.. well just wait and read.. =p

pelaholic said... [reply to comment]

ko nak letak nama aku ke??ehe...*malu2~~~....

~terataibungaindah~ said... [reply to comment]

kalau aku nk guna nama k0, aku wt k0 ni 00rg jahat.. penyangak ke?haha

echizens said... [reply to comment]

huhu..suke nma lmbu 2..memek..=p

~terataibungaindah~ said... [reply to comment]

tiba2 muncuk dlm kepala nama memek tu.. hee

pawana merindu said... [reply to comment]

teruskan menulis wahai sahabat!!

CHEMISTRY without CATALYSIS, would be a SWORD without a HANDLE, a LIGHT without BRILLIANCE, a BELL without SOUND.

~love chemistry~

.giRLs DrEaM TEaM.

.giRLs DrEaM TEaM.

.wishlist.

tamat belajar
gaji pertama
konvo
external hard disk
amek lesen
S.E xperia vivaz
my first car
netbook
bola guli
VB team
DSLR
family holiday
Encik P
settle ptptn
...bahagia sampai ke syurga...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...