Al- Baqarah

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."


Showing posts with label n0vEL. Show all posts
Showing posts with label n0vEL. Show all posts

Monday, July 18, 2011

euthanasia_bab 8

0 bunga-bunga cOmeL
BAB8
9 SEPTEMBER 2006
HOSPITAL SUNGAI PETANI (HSP)
 Untuk kesekian kalinya, dia terkulai lagi di katil hospital. Dia tatapi wajah-wajah bersih yang sentiasa memberi pengharapan walaupun pada dasarnya mereka sudah tahu yang dia sudah tidak punya peluang untuk kembali seperti biasa. Segala makan minumnya hanya mengharapkan ihsan tangan- tangan yang sudi membantu.
“Akak, makan sikit,” Ujar Aza, jururawat yang bertugas.
Bukan dia tidak mahu. Tapi kudrat yang ada, rasanya tidak lagi mampu menjamah rezeki Tuhan. Semua makanan yang dimakan akan tersembur semula. Hanya air mata yang mengalir perlahan tatkala menatap wajah-wajah insan tersayang disisinya. Dia tidak mampu bergerak walau seinci. Keadaannya seperti mayat hidup.
Dilihatnya lelaki yang sudah dia akui sebagai ayah bercakap-cakap dengan seorang doktor muda. Dr. Nadia. Dia membaca pada nama yang terdapat di dada wanita itu. Doktor itu kemudian berjalan ke arah Amilia. Dilemparkan senyuman yang sangat manis di mata Amilia. Hatinya terusik.
Kepada Amilia, Dr. Nadia menerangkan sejarah penyakitnya. Bagaimana dia boleh terlantar tidak bermaya seperti sekarang. Sekali lagi air matanya tumpah. Begitu sekali dugaan yang telah dia hadapi selama ini. Dia sudah tidak ingat semua kesengsaraan yang dihadapinya. Bagaimana sakit rasanya dia disuntik dengan cecair interferon untuk mengawal barah darah yang dihidapinya. Apatah lagi rawatan kemoterapi yang dilaluinya berkali-berkali sebelum ini setelah cecair interferon tidak membantu.
“Sakittt makk!!!” rintihnya berulang kali dengan juraian air mata setiap kali terasa bisanya rawatan kemoterapi. Sungguh menyakitkan. Dia hampir berputus asa.
“Sabar Ami. Ami kan kuat. Ingat ALLAH Ami. Ibu dan ayah sentiasa bersama Ami.” Suara sebak Mak Leha sayup-sayup melewati ke halwa pendengaran Amilia.
Aku kena kuat. Jangan menangis Leha. Aku harus kuat!
Mak Leha bertegas dengan dirinya. Ibu mana yang sanggup melihat anaknya sengsara sebegini.
‘Ya ALLAH, kurniakanlah kepadaku kekuatan untuk melalui saat-saat getir ini. Kau ampunkanlah dosa-dosaku andai aku pergi di saat ini. Ampunkanlah dosa hambamu yang lemah ini, ampunkan dosa kedua-dua orang tuaku. Tabahkanlah hatiku seperti mereka.’
Hanya doa mampu disisipkan di dalam hati. Sebaik sahaja selesai rawatan, dia terasa lemah. Sangat lemah. Benarlah sebagaimana yang didengarnya sebelum ini, rawatan  ini menyakitkan. Pandangannya berpinar-pinar dan perutnya terasa mual.
click continue reading..

Friday, July 8, 2011

kalau ade bunga, mesti da kumbangnya...

2 bunga-bunga cOmeL
assalamualaikum...

hari ni pulun update blog.hehe.. korg takkan kering gusi punyala weekend ni.. eh tapi aku ni mana pandai buat lawak..ok2... korg akan dpt update aku hari2 la weekend ni.hehe

ha..

ehsan google.
sekadar hiasan
aku ada buat cite baru..pasal seorang gadis yg selalu dikecewakan (bunyi macam aku je!), hehe..bukan aku, tp watak yang aku wujudkan..selalu sgt dikecewakan smpai dia sendiri dah tak pandai nk luahkan perasaan die, tak faham dengan kehendak hati die..
biasala kan..
kalau dah ade bunga, mesti ade kumbangnya.
kalau ade meja, mesti ade kakinya...
kalau ade heroin, mestilah ade heronya..

well.. macam typical love story jugak... tp dalam ni aku terapkan juga unsur2 islamik, kekeluargaan  selain cinta dan kasih sayang...

klik pada gambar untuk baca.

alamak tak pandai la nk summarize sbb penghujungnya belum ada lagi..
skrg da 120 pages.. same amount of pages to go...takut jugak kalau berhenti stgh jalan macam nuriz aufa. tak bersambung2...
haa...bg yg mengikuti nuriz aufa, (yg juga gadis yg sll kecewa), dorg dua ni, watak yg berbeza, yg baru ni lebih independent, ceria...n untuk cerita baru tu jugak, aku guna pendekatan penceritaan dr sudut heroin tu sendiri..

korg doa2 la aku berjaya ade nvel sendiri kt pasaran ok?

nt aku update lagi kandungan novel aku ni...

Friday, March 11, 2011

review: interLOK (4)

0 bunga-bunga cOmeL


bab 4-interl0k.
bersekutu bertambah mutu
-lambang negara

bab ni mula dgn cite psal maniam yg dah pun berusia 50 tahun (aku bajet je). die pun dah jadi tandil kt ladang tmpat die keje dlu tu. n die pun xpernah jumpa anak die.


satu malam ni, ade s0rg pemuda melayu dtg. die nak mintak keje. maniam ckpla kt sni xde 0rg mlayu keje lagi. (ni ladang yg sama tp fasa 2. fasa 1 yg masa awal2 die masuk tu byk la melayu sbb musa tu la perintisnya). 


maniam tanyala mamat tu dr kampung mana. die pun ckplah kampung nyiur c0nd0ng.


hah!


actually kg mamat ni mengingatkan maniam pada kg kawan yg pernah die t0l0ng dlu-musa.


die pun tyala, kenal tak musa.


0k. maunya tak kenal. mamat tu SEMAN ok. bapak die la musa yg pernah jd kawan maniam dlu tu.


maniam ni tak lupa jasa musa msa selamatkan die dlu.


dipendekkan cite, seman dpt keje kt situ. n die pun pindah lah ke ladang tu dgn mak die.


tu yang tiba2 seman n mak die hilang masa dlm bab 1 dlu. d0rg pindah ke ldang ni la.


seterusnya bahagian 2 dlm bab ini, cite pasal yew seng.anak cing huat.kan dalam bab 2 dlu dulu, anak die keluar rumah pagi2 kan. kat sni la bersambngnya cite tu.


klik continue reading untuk baca seterusnya..

Thursday, March 10, 2011

review: interLOK (2)

2 bunga-bunga cOmeL
review interlok part (1)

bab dua: keluarga cing huat

kalau tak berwang, kemana pergi terbuang
-pepatah cina


tung san, china
kisah ini bermula dgn kisah keluarga cina di  sebuah kampung yg mengusahakan padi tp asyik tak menjadi (di china). family cing huat nilah. tp masa ni cing huat masih lg budak. mula2 kim lock-bapak cing huat, putuskan yg die, isteri n cing huat akan pindah kees0kkannya, tiba2 ada se0rang kenalan kim l0ck (paman k0k leng)ni baru balik dr merantau. n kaya raya. pakai bju cntik.


di pendekkan cite,  kim l0ck ng cing huat ni ikut paman tu g merantau ke tanah melayu. bini kum l0ck tu stay kt kg.paman tu sebenarnya kumpulkan 0rg2 kampung yg nak merantau. die yg tlg bayarkan tambang. nt bile da dpt duit keje, d0rg kena bayar balik pd paman. tp sebenarnya paman tu tipu. tiket naik t0ngkang murah je. tp die sengaja cas mahal.


s0 bermulalah perjalanan cing huat n bapak die naik t0ngkang yg  berhari2. belum lg kena berhimpit2, muntah sbb mabuk laut.masa digambarkan keadaan naek t0ngkang tu mmg teruk lah..


klik continue reading untuk baca seterusnya..


Wednesday, March 9, 2011

review: interLOK (1)

4 bunga-bunga cOmeL
assalamualaikum...


entry kali ini khas aku dedikasikan untuk sahabat2 aku dan mereka yang meminati cerita interlok..


buku interlok ni terbahagi kepada 4 bab.


pertama: kisah keluarga seman
kedua: kisah keluar chin huat
ketiga:kisah keluarga maniam
keempat:interlok


secara ringkasnya, 3 bab yang pertama menceritakan ttg keluarga masing2 dan akhirnya kesemua watak yang pernah wujud dalam 3 bab pertama ini (kecuali yg dah mati) diwujudkan semula dlm bab yg ke4. kiranya semua pertembungan watak berlaku kat sni..sebab musabab apa yang terjadi, bakal terjadi,diceritakan dlm bab ke4.


inilah yg menyebabkan aku rasa menariknya plot buku ini.


pertama:keluarga seman
biar lambat asal selamat
takkan lari gunung dikejar
-peribahasa melayu.


kg nyiur c0nd0ng.
bab ini mengisahkan ttg keluarga seman. seorang anak muda yang hidup merempat lepas ayahnya, pak musa meninggal dunia. jadi seman ni tinggallah dgn mak die, mak limah.. pak musa ni, masa die nazak, die ada bgtau seman yg harta dorg ada sekrg(tapak rumah, sawah, tanah lain) bukannya dorg punya.


klik c0ntinue reading untuk baca seterusnya

Monday, March 7, 2011

j0m baca interlok.

6 bunga-bunga cOmeL
assalamualaikum..

stelah sekian lama aku mengidam nk bce. akhirnya!!!

abehlah.. hari ni aku tidur berteman interlok la.hahaha.. dah xsabar nk tgu part keluarga maniam. nk tgk sket tang  mana yang huru hara sgt tu. ish.

oke. nt aku update pasal interlok. =p

p/s: mesti tanda paper seblum cuti. jd leh balik dgn aman n habiskan masa ng family n frames yg kiut miut. hihi

Saturday, January 29, 2011

euthanasia_bab 7

0 bunga-bunga cOmeL
1 FEBRUARI 2008

KOLEJ KEDIAMAN SULTANAH BAHIYAH
Cuti pertengahan semester pun bermula. Ramai yang sudah berangkat pulang ke kampung. Tetapi tidak bagi aku dan juga ahli-ahli keluarga KKAAXI. Lagi dua hari projek kesayanganku ini akan berlangsung. Berdebar-debar hatiku hanya Tuhan yang tahu. Syukurlah di saat projekku bermula, rezeki datang mencurah-curah.
“Hasri, kau baca apa tu”, soalku pada Hasri yang kulihat kusyuk membaca sesuatu di satu sudut dalam BSG.

Sunday, January 23, 2011

euthanasia_bab 5

0 bunga-bunga cOmeL
BAB 5
26 JANUARI 2008

SEKOLAH KEBANGSAAN BANGSAR
 Pagi ini aku bangun awal daripada biasa. Hari ini merupakan hari yang penting buat aku kerana pada hari ini akan berlangsungnya program Smart Plan yang dianjurkan di bawah projek aku iaitu Kem Kecemerlangan Akedemik & Akhlak XI atau singkatannya KKAAXI.  Aku sebagai pemantau mestilah memastikan yang program ini berjalan dengan lancarnya. Sebolehnya tanpa cacat-cela. Pengarah program ini,  Mohammad Aiman B. Roslan aku pilih berdasarkan saranan Asrul, presiden kolej aku dan merangkap ex-officio projek mega kolejku ini.

Saturday, January 15, 2011

euthanasia_bab 4

2 bunga-bunga cOmeL
BAB 4
15 MEI 2006
BATU HAMPAR, KEDAH
Ditadirkan Allah, kesihatannya semakin baik. Setelah dua bulan berada di hospital, rumah keduanya, akhirnya dia dibenarkan pulang. Rasa gembira sudah tidak dapat disembunyikan lagi. Dari semalam, dia sudah mengemas apa yang patut kerana keesokkan paginya suaminya akan datang menjemput. Malangnya  Shamsul, suaminya tidak dapat datang. Katanya out station. Kecewa sudah rasa di hati. Apa boleh buat. Akhirnya terpaksalah dia tunggu sehingga jam 5.00 petang baru abangnya yang  sulung, Johan, datang menjemput.
“Ami, mari ke depan nak. Mak Lang datang ni,” suara ibunya memecahkan lamunan yang menusuk di hati.
“Ye, ibu! Kejap.” Balasnya pendek lalu membetulkan kain batiknya yang hampir terlondeh. Kakinya yang tempang akibat penyakitnya membuatkan perjalanan yang pendek terasa amat sukar. Apatah lagi kini dia perlu bertongkat ke mana-mana sahaja.
“ Hah, Ami! Hidup lagi kamu ye.” Tersentap hatinya apabila disapa begitu. Ingin aku mati cepatkah?

Wednesday, January 12, 2011

euthanasia_bab 3

0 bunga-bunga cOmeL
18 JANUARI 2008
KUALA LUMPUR

Aku menghantar Fad ke puduraya. Tiada apa yang menarik di sepanjang perjalanan kami ketika menaiki PUTRA LRT untuk ke Masjid Jamek dan terpaksa bersesak-sesak dengan lautan manusia. Masakan tidak. Pukul 1.00 petang, pastinya warga-warga kota yang berkerja keluar mengisi perut.
Aku megesat peluh yang menuruni dahiku. Air-cond bagaikan tidak terasa. Oh, bilakah perjalanan ini akan berakhir? Di satu sudut, aku lihat Fad terperosok di sebalik lelaki berkemeja hijau. Hmm.. Hensom juga. Aku tersengih kepada Fad. Dia hanya membalas dengan memek muka yang kecewa. Sabarlah! Ucapku kepadanya. Walaupun tidak sekuat mana namun aku harap dia dapat memahaminya.
“Kau ni kenapa Fad? Dari tadi mencuka je.” Soalku apabila keadaan mengizinkan. Baru sebentar tadi kami turun dari perut PUTRA LRT. Terasa sedikit lega.

Thursday, January 6, 2011

euthanasia_bab 2

0 bunga-bunga cOmeL
BAB 2
BATU HAMPAR, KEDAH
13 MAC 2006
Dia menahan air mata. Ke manakah suaminya di kala dirinya memerlukan dorongan serta bantuan? Beginikah nasibnya setelah dia hilang upaya? Sungguh bukan ini yang dipintanya. Siapa yang mahukan kesakitan? Siapa yang mahukan kecacatan?

“Hasil ujian dari Lumbar Puncture yang kita buat sebulan yang lalu, mengesahkan awak mengidap Acute Intermittent Porphyria (AIP) iaitu sejenis penyakit yang disebabkan oleh keadaan kurang normal dalam pembentukan hemepigment. Atau dari segi perubatan, kita katakan sebagai a group of inherited disorder involving abnormalities in the production of hemepigment.”
“Saya kurang faham doktor. Acute Inter...”
Acute Intermittent Porphyria,” Dr. Nadia menyambung ayat Amilia. Dia faham tentu susah bagi Amilia untuk menyebut penyakit yang dihidapinya hanya dengan sekali dengar. Sewaktu menuntut dulu dia sendiri pun berbelit lidah untuk menyebut perkataan-perkataan perubatan yang dipelajarinya.
“Apa-apa jelah doktor.” Balas Amilia acuh tak acuh.
“Saya harap awak dapat bersabar dengan apa yang bakal awak dengar. Begini, awak sekarang menghadapi masalah dengan hemoglobin yang membentuk sel darah merah. Ia terjadi apabila darah di dalam badan kita kekurangan sejenis enzim yang dibentuk oleh hemoglobin yang akhirnya mengganggu sisitem saraf di dalam badan.”
Amilia terpaku mendengar penjelasan dari doktor itu. Melihatkan pandangan sayu doktor muda itu saja sudah cukup membuatkan dia rasa sangat terharu. Dirasakan punah sudah dunianya. Dirasakan hancur luluh batinnya, apalah dayanya melawan takdir yang Maha Esa.

“Ami, hari ni nampak sihat sikit.” Suara Mak Leha mengejutkan lamunan Amilia.
Amilia tersenyum. Terasa senyumnya begitu tawar.
Ibu… maafkan Ami, selalu menyusahkan ibu dan ayah.
“Hei, jangan nangis. Nanti ibu sedih. Ami nak tengok ibu sedih?”
Amilia menggeleng lemah. Mak Leha sayu melihat keadaan anaknya. Dengan usianya dan kesihatannya yang kadang-kadang uzur membataskan pergerakkannya. Apatah lagi melawat Amilia ketika di tahan di wad Hospital Sungai Petani untuk rawatan seterusnya. Hanya picisan doa siang dan malam yang dikirimnya dari jauh untuk anak tersayang.
Maafkan ibu, nak. Ibu tak mampu menjaga kau selalu.
 Kini air matanya pula yang merembes membasahi pipi tuanya. Pantas di kesat air matanya supaya tidak dilihat anaknya.
“Mana abang Sham, ibu?” soalnya sayu.
“Dia sibuk kerja barangkali.” Balas Mak Leha tetapi melarikan pandangan matanya daripada diterjah Amilia.
Dalam hatinya bertambah rasa kecewa. Sibuk kerja apanya kalau asyik berkepit dengan perempuan 24 jam. Geram di hati hanya Tuhan yang tahu. Benci!!! Benci!!!
“Ibu, sakit ibu!!” Dia mengerang. Tekanan perasaan yang dihadapinya membuatkan dia diserang sakit itu lagi. Katilnya bergoyang menahan gigilan badannya.
“Ibu tolong Ami, ibu.. Argghhh…” Amilia merintih lagi. Bercucuran air mata ibunya.
“Bang, Ami bang!” Mak Leha menjerit memberitahu suaminya, Pak Awang
“Angah call ambulans cepat!” Pak Awang segera mengarah anak lelakinya. Mereka sama-sama berlari mendapatkan Amilia yang berada di dalam bilik.
Dia melihat kedua orang tuanya kalut. Begitu jua Angahnya. Perasaan sedih segera hinggap di hatinya. Namun tidak sesekali sakitnya hilang. Allah.. Dia menyebut kalimah itu di dalam hati. Adakah masaku dah tiba? Tiba-tiba pandangannya gelap. Tiada lagi kedengarann suara ibu dan ayahnya mahupun angah.

HOSPITAL SUNGAI PETANI (HSP)

Sudah seminggu dia dimasukkan ke wad semula. Kejadian yang terjadi seminggu yang lalu masih segar di ingatannya. Kesakitan yang maha hebat ketika cecair infereon menjelajah ke seluruh urat sarafnya. Kerana tertekan dengan perangai suaminya, dia diserang lagi. Serangan yang bisa melemahkan seluruh sisa kekuatan yang ada. Dia sedih mengenangkan nasib sendiri.
“Kak Ami, kenapa ni? Masam je wajahnya. Dah tak cantik dah.” Usik seorang jururawat, Aza. Dia sedih melihat keadaan Amilia. Tapi apa yang dapat dia lakukan. Sekadar membantu apa yang patut. Malah dia gembira dapat melakukan semua itu. Menyuapkan makanan, membawa Amilia ke tandas, membantunya membuang air kecil ataupun besar. Tidak pernah dia merungut kerana itu tugasnya.
“Tak ada apa- apa,” balas Amilia malas. Bukan tidah mahu dilayan jururawat yang selama ini membantunya itu, tetapi dia penat, penat dengan keadaan dirinya sendiri.
“Ala tipulah Kak Ami. Hah, nanti datang Kak Ema si badan besar tu baru Kak Ami tau,” katanya berbaur ugutan. Amilia akhirnya tergelak lucu dengan gurauan Aza itu.
“Ha.. kan manis tersenyum,” puji Aza pula. Sengaja mahu  mengambil hati Amilia yang lara.
“Banyaklah Aza punya cantik. Kak Ami cacat macam ni pun  Aza cakap cantik,” Amilia ketawa lagi.
“Betullah Aza cakap. Untung suami akak,” balas Aza lalu tanpa menyedari yang kata- katanya bagai sembilu yang mencarikkan lagi luka di hati Amilia.
“Kalau suami tak ada perasaan, tak ada gunanya.”
“Ops.. Kak! Aza minta maaf. Aza terlepas. Maafkan Aza, kak.” Jururawat muda itu segera memohon maaf di atas keterlanjurannya. Tersengih-sengih dia di hadapan Amilia yang akhirnya mengangguk sambil tersenyum.





Sunday, January 2, 2011

promo euthanasia...

3 bunga-bunga cOmeL
'Daripada Kau aku datang, kepada Kau jua aku kembali…
Wajahnya tenang, lembut, seolah-olah sedang tersenyum. Pergilah seorang wanita yang selama ini begitu kuat dalam menghadapi semua dugaan ke atasnya.'


assalamualaikum..


spt yg aku telah janjikan. dgn sukacitanya aku nak memperkenalkan 'euthanasia' pada korg. hasil karya novel aku yang pertama yg berjaya aku tamatkan.haha sebenarnya aku xpernah berniat pun nk publish kt blog aku ni atas sebab2 tertentu.dan untuk pengetahuan krg jugak, novel ni dah berusia lebih dari 2 tahun.


euthanasia..


mengisahkan sekumpulan menjalankan pelajar yang menjalankan kajian ttg tajuk forum kumpulan mereka dan seorang wanita malang yang menghidap penyakit yg hampir tiada peluang sembuh. pertembungan 2 kisah yang berlatarbelakang masa dan tempat yg berbeza ini hanya kerana satu perkara iaitu 'euthanasia'.


euthanasia berjaya dihasilkan sbb minat menulis aku yg mendalam. actually ni  adalah hasil assignment untuk c0urse penulisan novel. 


originality aku akui bukan 100%..nama pun esemen.hihi..


ni lah satu2nya cerita yg aku tulis, yg bukan 100% idea dtg dr kepala aku.hii.. time kasih pda sebuah novel ini, yg mengilhamkan aku watak sakit xde harapan sembuh ni. certain statement mmg aku amek dr n0vel tu. tmabh2 yg medical statement. ampun2..aku tau salah.huuu.. sbb tu jugalah aku xnk publish kt mana2...


jadi 0riginality:70%




disebabkan aku teruja nk hasilkan sebuah nvel. jd aku dgn bijaknya meletakkan nama aku sebagai heroin dlm cite ni.cewah!hahaha..xdela heroin mane. tp watak utama. ni jugak salah satu sbb nape aku xm0 publish. aku pun kdg2 rasa geli nk bace. ade ke letak nama sendiri!hahahaha


jadi kisah benar:40%


selebihnya k0rg nilailah sendiri...mmg ade byk part yg aku patut impr0ve.yg penting ni memang kisah cinta yg luar biasa. semoga k0rg terhibur n dpt pengajaran drpdnya. =p 

Wednesday, December 1, 2010

dari seorang skateboarder-versus by hlovate

3 bunga-bunga cOmeL
as salam...


buat pertama kalinya aku membaca sebuah karya dari penulis bernama Hlovate... sebelum ni jangankan kata xpernah baca,(malu untuk aku katakan) nama dia pun aku tak pernah dgr.huu... sampailah jiah,ex-floormate aku bercerita pasal aA + bB lebih setengah tahun lalu.. lepas tu  terbaca plak pada salah satu blog kawan aku.. im getting more familiar to Hlovate..


nak dipendekkan cite, aku pinjam novel bertajuk 'versus' dr jiah, karya hlovate...


i was so surprised!


sangat best..



"Please, Minn. Bukak tingkap bilik you."
"Huh?"
"I'm freezing right outside your window. On the roof." Minn tegak dari baringnya, telefon bimbit masih di tangan.
"You what?"
"No kidding. Please..." balas Ashraff Omar.
Mata Minn menala ke tingkap yang ditutupi langsir. Putus fius ke apa mamat ni.
"Enough of your tricks, AO."
"Minn, I'm dead serious."


daripada seorang skateboarder yg social, kaki clubbing, kepada seorang-yang boleh aku katakan- muslim muslimah sejati.
daripada show2 skateboard ke masjid dan majlis2 agama...
kisah cinta yg sungguh indah kerana cinta mereka kerana Allah...


Hlovate bukan dtg dgn tngan kosong bila terbitkan versus...
byk hadis dan terjemahan ayat Al-Quran diselitkan sesuai dengan jalan penceritaan yg cuba beliau ketengahkan...


sgt indah...


aku cadangkan korang baca novel ni.. selami cinta yang sebenar-benarnya...mmmm...


--tamat versi pendek----
(maafla versi pendek pun panjang je hihi)
nak lagi... click continue... =p

Saturday, October 9, 2010

...inspiration.i need it..

2 bunga-bunga cOmeL
salam...


she inspires me.... =)




hai... time kasih lah adila.hihi tpi yang sedihnya aku xdpt menjejaki siapa adila ni. die xde tinggalkan link die. 


well.. dis new chap of nuriz aufa, i dedicate special for you.hihi.. and for all my readers who are waiting the next chap for this long (almost a year), if any. =p


xdela panjang mana... as i said to adila, nothing inspires me to continue this story. and i almost forget about it.. luckily td, terasa mcam nak jenguk nuriz aufa and i noticed there is a comment (as i snipped above).thanx adila. =)


 pernah lah jugak aku terfikir nak delete je blog tu. sebab dah berhabuk-habuk, tak update. apatah lagi memang untuk novel tu je. memang tak terupdate langsung la.. huuu~  nasib baiklah ade s0meone yang suruh aku biar je dulu. tp jangan delete. sayang, katanya... 


well..ni lah buah tangan aku setelah hampir setahun tak bersambung... enjoy it~ =p


sekain terima kasih..

Monday, September 20, 2010

Lafazkan kalimah cintamu...

0 bunga-bunga cOmeL

salam

tajuk jiwang!haha.. tu tajuk n0vel k.. btw, dis is my 3rd entry f0r today. smngt nye!hahaha

well.. ni c0py  paste je. aku dah tulis siap2 kt umah masa bosan2..

so ape cite ttg novel ni??

Friday, November 20, 2009

sekali2 layan n0vel~

4 bunga-bunga cOmeL
hari ni hari ke2 selepas aku merdeka dari kertas2 s0alan exam...


pagi2, aku sudah turun ke c0urt v0lley. sepatutnya ade selecti0n f0r girls team. tp 0rg yg turun pun same je.. nk berlatih digging, guy pun ramai. sian plak d0rg da turun tp xdpt men..then aku pk, xpe r. f0r the first time tgk team w0rk n indivual skill. s0 td pagi after tw0 games mix then we pr0ceed t0 girl vs guy. byk lagi improvement yg kena buat.. yes. 0f c0s! 


thanx to kak azma yang sudi berk0ngsi pengalaman n te0ri die pasal v0lley selama ni.. byk gak aku belajar dr die.. tahnx sis.


berbalik kepada cite aku hari ni.. after balik men v0ley, da penat x hengat da! + ng lapar nye xbekfes.(semenjak aku d0k kt 2nd ni ade jadual perut aku perlu diisi. kal0 lmbat mula menggigil..ish2) layan anime yakitate-jiah punya. buat2 r0ti. ape lagi, menaikkan nafsu makn aku..hmmm...tp bersabar jelah sampai lunch tiba.


after lunch aku pun berp0ya2 ng lappy tercinta aku, pastu..entah..tertd0 k0t..


jam pukul 5. cuaca cerah.. tp entah nape, malas plak nk turun main. then aku pun kemas bilik. **rajinnye.. =p


tp yang paling best sekali. dah lama aku tak wt mende ni: bace n0vel!! 


credit to ain.. aku pinjam nvel yg baru die beli.. hee.. thanx.. serius..best gile n0vel tu ain. x rugi beli.. memang aku terbang sekali sekala r.. sekali2 tu rasa berdebar-debar.. seperti biasa Aisha s0fea memang sll wt aku jd her0in dlm nvel die..**ni mesti kena kutuk jiwang nih!haha* 


yang sebenarnya... karya aisya s0fea..
best. aku rek0men k0rg tuk beli n baca. at least bace r. hmm.. untuk sape2 yg suka malay luv st0ry r.. xnk cte byk.. nt x  surprise la kan.. hee..
CHEMISTRY without CATALYSIS, would be a SWORD without a HANDLE, a LIGHT without BRILLIANCE, a BELL without SOUND.

~love chemistry~

.giRLs DrEaM TEaM.

.giRLs DrEaM TEaM.

.wishlist.

tamat belajar
gaji pertama
konvo
external hard disk
amek lesen
S.E xperia vivaz
my first car
netbook
bola guli
VB team
DSLR
family holiday
Encik P
settle ptptn
...bahagia sampai ke syurga...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...