Jogging day 19
“abang bangunlah. Weekend je nak mengular.weekend je nak mengular..”
“adik nak apa? Membebel macam mama pagi-pagi ni!”
“adik nak ajak abang joggingla!”
“malas!”
“jomlah abang. Kata nak cari jodoh...”
Berjaya jugak mengajak kekandaku berjogging pagi ni.bersemangat betul dia. Sampai ke stadium diajaknya aku berjogging.
“hah!mana Marlini anak auntie Farhana? Instructor yoga konon.... nandini adalah!”
“adik sebut nandini apa! Abang yang dengar marlini,” balasku lalu ketawa.
“banyaklah kau punya Nandini. Dahlah, jom rehat dulu. Abang dah semput.”
“cucuk-cucuk langit tak semput pulak?” ujarku perlahan. Bilalah abang mahu berubah..
“kau ni mulut tu memang laser! Patutlah sampai sekarang tak ada boyfriend!” balas abang lalu ketawa.
Aku menumbuk bahu kirinya. Dia membalas. Aku pun, balaslah balik.
“assalamualaikum...” suara itu menghentikan tingkah laku kami.
Aku yang memegang tangan abang saat itu terus melepaskannya.
“Kau ni siapa? Aku boyfriend dia!”
Aku menelan air liur. Apahal pula mamat ni?????sejak bila aku berboyfriendkan dia????
bersambung...
0 bunga-bunga cOmeL:
Post a Comment