Al- Baqarah

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."


Thursday, April 5, 2012

spike aku masih kencang OK! 2


Chap 2

“hai Neya! sorang aje ke?”

Neya memandang Aqil. Dia ni tak nampak ke memang ada aku je yang tengah makan kat meja ni? Hai, biasalah Melayu memang macam tu. namanya bertegur sapa!

“aah,”jawab Neya malas.

“may I join you?” beria-ria Aqil menyoal.

Neya memandang ke sekeliling. Meja lain masih banyak lagi kosong. Malah, ada satu meja yang memang di penuhi oleh teman-teman Aqil. Kenapa kat sini juga dia nak makan?

“duduklah,” Neya menjawab, tidak seiring dengan suara hatinya.

Aqil duduk di hadapan Neya. langkah pertama, berjaya! Dia tersenyum. Bukanlah susah sangat nak tackle si Neya ni. nampak macam kerek tapi okay je.

Aduh! Yang ditenung-tenung aku kenapa pula Aqil ni? takkan dah tergoda dengan aku kot? Pertama kali jumpa aku dulu, bukan main sombong lagi. Jangan kata nak duduk semeja, nak pandang pun tak lalu.

“err.. i really have to go,” elak Neya, tiba-tiba datang aura menyampah dengan Aqil.

“laa... i baru je duduk kan?”

Telefon Neya berdering minta diangkat.

“Neya, Amat kt hospital ni!” suara Haikal mematikan tindakan Neya. tiba-tiba terasa lututnya goyah. Kerusi itu diduduknya semula.

Aqil pelik melihat keadaan Neya, tiba-tiba pucat!

“are you okay Neya?” Aqil menyoal neya.

“teruk ke?” soal Neya kepada Haikal sementara itu, sempat juga dia mengangguk-angguk sebagai jawapan kepada soalan Aqil.

Beberapa saat kemudian, Neya menamatkan panggilan. Aqil dipandangnya lama. Aduh, macam mana boleh kemalangan pula Amat ni!

“Neya??”


“Amat,” macamlah Si Aqil ni kenal dengan Amat kalau aku sebut nama dia, Neya berjeda sebelum disambung semula ayatnya yang tergantung,”... err kawan saya kemalangan. dekat HUKM sekarang. Saya gerak dululah,” kata Neya kelam-kabut.

are you sure, you can drive right now? I boleh hantar you ke sana, if  you don’t mind,” pelawaan Aqil membuatkan Neya berfikir sejenak.

Hmmm... menarik juga tu sebab jangan katakan boleh memandu, kereta pun dia tak ada!

“awak tak ada kelas ke? menyusahkan aje,” soal Neya pula.

“kelas memang dah tak ada dan tentulah tak menyusahkan. Kalau tak, saya mesti takkan offer kan,” jawab Aqil sambil berseleroh.


Mereka berdua bergegas meninggalkan cafeteria lalu menuju ke Satria neo milik Aqil. Neya berdoa dalam hati semoga tiada apa-apa teruk berlaku pada Amat. Dalam masa yang sama dia juga berdoa semoga tujuan Aqil ni tak ada udang di sebalik batu. Buatnya di bawa Neya entah ke mana-mana, tak ke naya?

Beberapa minit kemudian, mereka tiba di perkarangan hospital. Sempat juga Neya bertanya kepada Aqil sama ada mahu menunggu dia atau sebaliknya. Namun jawapan dari Aqil yang mahu menemaninya sedikit menggusarkan jiwa Neya. apa pula kata teman-temannya nanti dan paling penting apa pulakata Amat nanti?


“AMAT!!”

Langkah Neya terhenti. Siapa pula perempuan di sisi Amat. Malah sedang bertepuk-tampar dan ketawa macam dunia ni mereka yang punya. Ni sakit ke tak sakit ni? Aqil yang berjalan di belakang Neya hampir-hampir terlanggar gadis itu yang tiba-tiba berhenti mengejut selepas membuka pintu wad.

“Neya...” Amat bersuara perlahan. Tangan Dina dilepaskan kalut.

“haikal cakap kau kemalangan masa nak balik sini. Mana Haikal?” soal Neya tegas. Perasaan kecewanya disimpan kemas-kemas di dalam hati.

“err.. aku kemalangan sikit sahaja. Tak teruk pun. Tapi mama aku beria-ria suruh aku stay dalam wad ni sebab nak buat x-ray kejap lagi. haikal belum sampai,” balas Amat. Lelaki di samping Neya dipandang sekilas.

Haikal ni pun satu! Tadi bercerita kat aku bukan main cemas lagi tapi dia pun belum sampai. Sudahlah tu, tertengok pula drama sebabak yang sepatutnya tak terjadi! Amat ni memang!!!

“kalau sikit aje, aku balik dululah,”ujar Neya. nada merajuk sudah semakin kedengaran.

Aqil perasan nada keruh Neya.  steady boyfriend  dia kot? Sebab tu tadi bergegas nak datang, alih-alih tengok pakwe sendiri dengan perempuan lain, siapa tak sakit hati! Kalau dia pun, dia sakit hati!

“neya, we have to talk. Alone,” kata Amat seraya memandang ke arah Neya kemudian Dina dan lelaki yang belum sempat dia kenali.

“I tunggu kat luar,” kata Aqil segera faham dengan pandangan Amat untuknya. Dina pun turut bangun menyertai Aqil. Sempat juga mereka berbalas senyuman.

“siapa dia Neya?” itu soalan pertama Amat untuk Neya setelah mereka bersendirian.

“oh, siapa dia Neya?” neya mengulang sinis pertanyaan Amat.

“aku tanya kau soalan kan?”

“aku yang patut tanya kau siapa ‘dia’ Amat? Setidak-tidaknya aku taklah pegang-pegang tangan macam tu!” balas Neya geram. Perkataan ‘dia’ yang merujuk pada Dina sengaja dia tekankan. Apa nak dihairankan, dia dan Amat memang begitu. Macam anjing dengan kucing tapi tetap sayang. Tapi sekarang dia jadi ragu-ragu dengan ‘sayang’ itu.

Amat terdiam.

“dan sekarang kenapa kau diam? Kalau tak silap aku, dia tu main bola tampar kan? Player UTM sama macam kau kan?”

Amat diam lagi.

“jadi sebab tu kau tak bagi aku main? Kau memang keji Amat! Sia-sia saja aku lupakan volleyball kerana permintaan bodoh kau tu. aduh, menyesal gila aku give it up untuk lelaki useless macam kau,” luah hati Neya. itulah yang dia rasakan sekarang ini. ingat senang ke dia nak tolak offer yang datang padanya. Nak mewakili universiti dalam sukan ini memang salah satu impiannya. Semuanya dilupakan demi perasaannya yang konon-konon cinta itu!

“aku...”

“perangai kau memang tak pernah berubah, suka nak menyakitkan hati aku dari dulu sampailah sekarang.”

“aku tak tahu macam mana aku boleh suka Dina. Dia baik, lemah –lembut, manja....”

Neya hampir menangis di depan Amat. Apa kurangnya aku? neya menyoal dirinya sendiri. memanglah dia sedikit kasar tapi bukan itu kah yang Amat sukakan dulu dan mereka menjadi rapat pun kerana saling bergaduh. Masing-masing berebut menyatakan spike siapa yang lagi kencang. Selepas Neya tamat tingkatan 5, Amat meluahkan perasaan cintanya itu.

Tiba-tiba pintu dibuka dari luar, Haikal dan Jay menjengah masuk beserta dengan senyuman. Namun bila melihatkan ketegangan antara Amat dan Neya mereka saling berpandangan.

“aku dah nak balik,” kata Neya perlahan pada Haikal dan Jay.

“kau balik dengan siapa ni? jom, aku hantar,” pelawa Haikal, memandang tepat ke wajah Neya. gadis itu sedang menyembunyikan sesuatu.

“kau kan baru sampai. Aku balik dengan kawan aku kat luar,” jawab Neya.

“oh, siapa? Dina yang ada kat luar tu?” soal Jay pula. memang tadi dia dan haikal sempat menyapa  Aqil dan Dina yang sedang menunggu di luar wad Amat.

“aku gerak dulu,” balas Neya yang mengambil keputusan untuk tidak menjawab pertanyaan Jay.


bersambung

0 bunga-bunga cOmeL:

CHEMISTRY without CATALYSIS, would be a SWORD without a HANDLE, a LIGHT without BRILLIANCE, a BELL without SOUND.

~love chemistry~

.giRLs DrEaM TEaM.

.giRLs DrEaM TEaM.

.wishlist.

tamat belajar
gaji pertama
konvo
external hard disk
amek lesen
S.E xperia vivaz
my first car
netbook
bola guli
VB team
DSLR
family holiday
Encik P
settle ptptn
...bahagia sampai ke syurga...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...