2 tahun kemudian…
INTAN keluar dewan bersama ayahnya sambil tersenyum puas. Akhirnya segulung ijazah berjaya digengamnya. Dia mencari kelibat Julia di tengah-tengah orang ramai.
“Julia!!”
Dia berlari mendapatkan Julia yang berada tidak jauh dari situ. Mereka saling berpelukan dan mengucapkan tahniah kepada satu sama lain.
“mana cik abang kau?” Julia bertanya.
“dia tak datang. Ada hal penting katanya,” Intan membalas perlahan. Kecil hatinya bila Aidil langsung tidak ambil peduli dengan majlis konvokesyennya hari tu.
“alala…. Merajuklah ni ye?”
Intan hanya mencebikkan bibirnya. Memang dia merajuk. Mentang-mentanglah dah dapat green light dari ayahnya, sesuka hati Aidil sahaja nak sakitkan hatinya begini.
“eh, ni siapa pulak bawak anak ramai-ramai ni? Comelnya! Pakai gaun putih bawak bunga ros merah,” ujar Intan apabila terpandangkan sekumpulan kanak-kanak kecil yang sedang berjalan sambil membawa bunga.
Memang benar. Intan memandang sekeliling.
“yelah. jomlah, bukannya aku kenal pun. Menganggu laluan diorang je,” intan menarik tangan Julia supaya melangkah.
“budak-budak tu ikut kitalah!” kata-kata Julia membuatkan langkah Intan berhenti. Dia memandang ke belakang. Kanak-kanak itu semakin hampir lalu berhenti betul-betul di hadapan Intan. Mula-mula mereka beratur kemudian berpecah dan akhirnya membentuk ‘love’.
“siapa ni Julia? Aku dah malu dah ni! Semua orang tengah pandang,” bisik intan perlahan. Namun bila dipandang Julia disisinya, dia sudah tiada.
Intan gelabah. Suasana sunyi. Semua mata tertumpu ke arahnya.
Petikan gitar mula kedengaran. Dari celah-celah orang ramai, Aidil muncul bersama gitar di tangan.
Saying I love you
Is not the words I want to hear from you
It's not that I want youNot to say, but if you only knewHow easy it would be to show me how you feelMore than words is all you have to do to make it realThen you wouldn't have to say that you love meCos I'd already knowWhat would you do if my heart was torn in twoMore than words to show you feelThat your love for me is realWhat would you say if I took those words awayThen you couldn't make things newJust by saying I love youMore than wordsNow I've tried to talk to you and make you understandAll you have to do is close your eyesAnd just reach out your hands and touch meHold me close don't ever let me goMore than words is all I ever needed you to showThen you wouldn't have to say that you love meCos I'd already knowWhat would you do if my heart was torn in twoMore than words to show you feelThat your love for me is realWhat would you say if I took those words awayThen you couldn't make things newJust by saying I love youMore than words
Intan terasa seperti mahu menangis. Tidak sangka dia akan diraikan sebegitu indah. Tepukan gemuruh kedengaran memenuhi ruang itu.
Aidil menghampiri gadis kesayangannya. Air mata gadis itu dikesatnya perlahan.
“kenapa menangis ni sayang?”
“aidil cakap tak dapat datang…” Intan bersuara.
“hari ni kan hari penting untuk sayang. Mestilah Aidil datang untuk Inn,” balas aidil. Puas hati dengan apa yang dilakukannya hari ni. Sudah sebulan dia merancang semuanya. Segala perasaan negatif di tolak tepi. Dia mahukan hari ni hari paling indah dan sentiasa diingati oleh Intan.
Aidil melutut di depan Intan. Intan yang masih lagi terkejut dengan apa yang baru sahaja berlaku semakin gelabah.
“Aidil, bangunlah. Semua orang pandang tu,” ujar Intan sambil menarik tangan Aidil supaya bangun.
“sayang please… for this time.”
Intan mengalah.
Sejambak bunga mawar merah yang sedang kembang mekar dibawa oleh seorang kanak-kanak kepada Aidil.
“sayangku Putri, sudikah Putri jadi suri hidup AIdil?” soal Aidil penuh debaran. Orang ramai yang menjadi penonton setia, mula bersorak dan bercakap sesama sendiri.
“I will do the same thing for my mrs. Right! Tapi mesti lagi special daripada cara Taufik buat pada isteri dia”
Intan memandang Aidil yang sedang menanti jawapannya. Lelaki itu menunaikan janjinya. Lebih istimewa dari yang pernah dibuat taufik untuk sofia.
Perlahan-lahan Intan mengagguk. Selama ini, dia sentiasa menangguhkan jawapannya sehinggalah dia tamat belajar. Nah, sekarang segulung ijazah sudah diperolehnya. Apa lagi yang harus ditunggu? Terasa wajahnya panas seketika. Malu mengaku di depan orang ramai seperti itu.
Aidil terus bangun dan melompat kerana terlalu gembira. Hampir sahaja dipeluk gadis didepannya itu sebelum dia tersedar yang mereka masih lagi belum ada apa-apa ikatan. Dua tahun dia menunggu jawapan Intan. Dua tahun dia bersabar menunggu Intan tamat belajar.
Mata Intan mencari ayahnya. Dari satu sudut, dia melihat ayah dan paklongnya tersenyum sambil menggelengkan kepala.
“thank you sayang!” bisik AIdil di telinga Intan.
“ayah tengoklah. Tangan tu tak reti duduk diam,” balas intan. Tangannya segera ditarik dari genggaman Aidil. Aidil hanya tersengih.
DUA TAHUN SEBELUMNYA….
“dia cakap apa?” Taufik menyoal temannya itu. Ketika didatangi Aidil, wajah lelaki itu kusut. Penuh kesedihan. Aidil menceritakn semua yang terjadi.
“penat je aku cakap penuh romantik. Kau taulah aku ni macam mana. Laser!”
“yalah. Aku tau kau macam mana. Aku tanya dia jawab apa?”
“Inn masih ada ayah,” ajuk Aidil dengan lagak Intan.
“jadi?”
“yelah, dia cakap macam tu je,” aidil mengeluh.
Taufik memandang Aidil dengan wajah yang tidak percaya. Biar betul budak ni. Takkanlah dia jawab macam tu pun nak kecewa sampai macam ni sekali.
“kau tau tak apa yang dia maksudkan?” soal taufik.
“taulah. Dia ada ayah lagi. So what?” Aidil membentak. Geram dengan sikap Taufik yang seolah-olah sedang mempermainkan dia.
Aidil menggelengkan kepalanya. Dia ketawa. Makin lama makin kuat.
“she meant yes dude!YES!” balas taufik lalu mentertawakan Aidil lagi. Aidil yang terpinga-pinga pada mulanya akhirnya mengangguk-angguk memahami kata-kata temannya.
HARI itu merupakan hari yang paling gembira dalam hidup Aidil apabila dia mengetahui segalanya. Dia sangkakan yang Intan masih tidak memaafkan dia. Rupa-rupanya maksud gadis itu, masuk meminang. Ikut adat.
“kampung betul!” kata Aidil tiba-tiba.
“apa?” Intan disebelahnya memandang dengan penuh tanda tanya. Walaupun cukup perlahan namun tetap singgah ditelinganya.
“tak ada apa-apa. Just remembered something darling,” balas Aidil sambil tersenyum.
“kutuk Inn lah tu kan?” intan mula menjauhkan diri. Alergi betul dia dengan perkataan yang satu itu.
“sayang, who ever you are, it will never change my feeling towards you!” ucap Aidil mengharapkan agar gadis itu faham.
Lama-lama intan tersenyum…
“sepatutnya dah lama inn panggil macam ni pada awak. Mmm…” intan berhenti seketika. Memikirkan sama ada dia perlu mengucapkannya atau pun tidak.
“panggil apa sayang?” AIdil menyoal. Kerutan di dahinya jelas kelihatan menandakan yang dia tidak faham.
“panggil.. err… panggil abang,” ucap Intan perlahan.
Aidil tersenyum.
“panggil apa?” AIdil berhenti melangkah. Intan memandang Aiidil. Mustahil lelaki itu tidak mendengarnya.
“panggil abanglah! kan aidil lg tua,” balas Intan lalu berlari meninggalkan Aidil.
Aidil ketawa riang. Gembira hatinya hari itu. Tak lama lagi mereka akan berumah tangga dan hidupnya akan lengkap dengan kehadiran Intan. Dan sudah semestinya dia akan menuntut semula janji taufik padanya.
“kau jangan cakap besar Aidil. tiba-tiba nanti kau kahwin dengan dia macam mana? tapi kalau kau kahwin dengan dia, aku sponsor bulan madu korang,”
Aidil tersenyum riang. Kopaklah kau sahabat. Aku nak demand banyak-banyak sikit.
Intan mencari kelibat Aidil apabila ditanya oleh ayahnya, “tu ayah! Tengah senyum sorang-sorang. Entah dekat mana putus wayar dia tu ayah.”
Ayah intan ketawa begitu juga dengan haji shukri.
“yang putus wayar itulah juga yang kamu sayang kan?”
Wajah intan memerah saat diusik ayahnya. Namun dia gembira apabila Aidil diterima baik oleh keluarga. Dia bahagia. Benar-benar bahagia.
Terima kasih Allah atas kurnianmu ini…
tinta penulis: semoga anda semua terhibur dan mengambil pengajaran sewajarnya.hihi... sebarang k0men sgt lah dialu2kan.. ;p
lots of loves,
-atieput3-
4 bunga-bunga cOmeL:
*lama giler baru dpt komen post nih, haha..
best giler~!
especially scene romantik bwk gitar tu~
aritu baca post nih dlm tren otw p keje, siap terbayang lg scene nih, nasib baik xterlepas stesen, haha~~
anyway, congratz~!
bila nk publish?
:)
@aZwaN mUsLiM haaha...r0mantik kan? tp kalau in real life cm malu nak mampus je. ade ke laki yg sanggup wt cmtu?ade ker??
come on incik azwan. be the first!haha.. k0nv0 taun ni lambat.masih sempat lg nak belajar maen gitar n pilih lagu untuk si dia.hahahah!
haha, actually ada je sanggup wt cmtu, tp xbnyk la yg sanggup, mostly cm malu2, ye la, adat melayu kn bnyk malunyer..hehe, tu la psl, cm kena je kn, konvo pun blom lg, bole2, nk amik kelas gitar la lepas nih, hehe...
tu la tiena, nape x wt dia pakai kompang ke, kn lg sng~ :P
@aZwaN mUsLiMala si aidil tu k0mpem2 la tak reti nak maen k0mpang.hahah
hmm.. wt k0mpang r!xyah belaja gitar da. die kuar je dr dtc tu terus balun k0mpang. bdk2 2nd kn rmai.haha
Post a Comment