Al- Baqarah

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."


Monday, September 19, 2011

spike aku lagi kencanglah! #1


10 tahun sebelumnya...

Neya melangkah longlai tanpa arah tujuan di kawasan perumahan yang baru sahaja seminggu menjadi penempatan baru untuk dia dan keluarga. Seharian di rumah tanpa sebarang aktiviti membuatkan dia bosan. Mama sudah mula sibuk dengan tugas di tempat kerja barunya. Begitu juga papa. Kakaknya pula hanya memerap di dalam bilik seperti selalu. Yang tinggal hanya dia dan bibik. Nak sembang apa dengan bibik? Seperti ayam dan itik. Entah macam mana mama boleh ambil orang Filipina jadi pembantu rumah. Dia mengomel di dalam hati.

Langkahnya terhenti.

“Eh, ada orang main bola tampar!”

Neya mengukir senyuman lebar. Hatinya berbunga-bunga. Sudah seminggu lebih jugalah dia tidak menyentuh langsung bola itu. Terlalu sibuk dengan perpindahan sekolahnya.

Gelanggang bola tampar itu diperhatikan penuh minat. semua lelaki? Mana perempuan? Ah, aku tak peduli, aku nak main jugak!

Neya bertekad di dalam hati. Lagipun dulu bukan dia tak pernah main bola tampar dengan lelaki. Bila tiba waktu petang, dia dan teman-temannya akan berkumpul di rumahnya untuk bermain bola tampar.  Gelanggang itulah yang membuatkan dia sayang untuk meninggalkan rumah itu.

Kakinya melangkah masuk ke dalam gelanggang.

Permainan terhenti. Semua memandang Neya dengan penuh tanda tanya. Tak pernah ada seorang gadis pun yang pernah masuk ke gelanggang ini.

let see who we have here...” Najib bersuara lalu mendekati gadis yang tiba-tiba sahaja masuk ke kawasan gelanggang mereka. Teman-temannya yang lain ketawa.

“err... saya nak tumpang main boleh?” Neya bersuara takut-takut.

 “kau ni biar betul?”

“betullah! apa yang tak betulnya?” Neya menjawab berani.

Terbeliak mata Najib mendengar jawapan penuh yakin dari gadis itu.

“bagi jelah dia main. Kan kita tak cukup seorang lagi ni,” Haikal menjawab.

“kau tau digging tak?” soalan Najib membuatkan Neya tersenyum. Libero pun aku pernah jadilah! Jawapan itu hanya terucap di dalam hatinya. Di depan lelaki itu, dia hanya mengangguk.

“jom-jom. Aku dah bosan je dari tadi warm up ni,” faizal mencelah
.
Permainan dimulakan. Hati Neya berbunga-bunga di dalam hati. Bahagianya aku hari ni sebab dapat main!

            10 minit berlalu! Satu bola pun tak sampai ke tangannya. Bila kedudukannya di tempat spiker, dia tidak diberi peluang mengambilnya. Bila datang bola ke kawasannya, dicuri oleh teammatenya sendiri. Main apa macam ni! Neya bengang.

            Kau orang ingat aku tak reti main. Buli aku dalam court. Tengoklah sekarang, turn aku serve pun kau orang gelak-gelak.

            Sekarang terimalah penangan serve putar cik Neya!

            Gedebuk!

            Bola itu betul-betul terkena di kepala Najib.

            Semua yang menyaksikan adegan itu ketawa. najib menggosok- gosok kepalanya.

            “tolong jangan buli aku. Aku memang tau main. Kalau tak, takkan aku berani datang sini,” Neya bersuara tegas.

            “okay...okay.. kita mula 0-0 balik. Sekarang main betul-betul. Kau biasa main position apa?” soal Haikal yang rasa bersalah kerana berkali-kali mencuri bola Neya. Mana dia tahu perempuan tu pandai main!

spiker!” jawab Neya yakin.

“jay, kau spiker dengan budak ni...”

“nama aku Neya..”

“sorry. Jay, kau first spiker. Neya kau second spiker. Bob kau cover belakang. Aku setter, Afiq jaga tengah dan kau, acap second server. Okey, team kita orang dah ready!”

“kita orang dari tadi dah ready!”  jawab Najib dengan muka bangga. Neya dipandang sinis.

Permainan dimulakan sekali lagi. Neya memulakan servisnya. Kali ini dia menggunakan servis biasa.

“hmm...Tajam dan cantik!” pujian itu membuatkan permainan terhenti.

Semua mata tertumpu pada arah datangnya suara itu.

bro! Where have you been? Lembablah kau ni!” Najib menegur Amat, teman mereka yang baru sampai.

“aku baru lambat sikit, kau orang dah cari pengganti? Perempuan pula tu. Desperate betul korang ni!” Amat ketawa.

“dia datang offer dirilah,” Jay menjawab sinis lalu memandang ke arah Neya.

“kau jangan main-main. Servis kencang beb!” haikal membela Neya.

“tahu tak apa. Tersungkur Najib tadi!” bob menyampuk. Mereka semua ketawa.

“kena kepala je, tak sampai jatuh okay!” najib membela dirinya semula.

“dah. pergi main. Aku nak tengok sikit hebat ke tak budak perempuan tu!” balas Amat, sinis sekali.

Neya mengetap gigi. Kurang asam betul memat ni! Berlagak! Tunjuk sikit! I tak takut! Jeritnya dalam hati.

“err... kau mainlah dulu Amat. Kepala aku pening-pening lagi ni,” Najib menyuruh Amat menggantikannya.

Amat masuk dengan muka bangga. Dia adalah pemain yang handal di antara teman-temannya. Apabila mendengar pujian lahir dari mulut Haikal dan Bob, dia rasa tercabar.

Neya menarik muka masam. Menyampah dengan perangai sombong lelaki itu. Tak padan dengan muka pecah!

“Kau tunggu apa? Cepatla mula!” Amat memberi arahan.

Neya membuat hantaran pertama. Bola itu disambut baik oleh faizal lalu diangkat tinggi dan dispike oleh Amat sebagai pengakhirannya. Hantaran Neya mati. Servis bertukar tangan.

Bob menyambut hantaran dari pasukan lawan mereka lalu diangkat oleh Haikal dan di spike oleh Jay. Malangnya spike itu berjaya ditepis masuk.

Servis diteruskan. Neya berjaya menyambut bola spike dari Amat lalu diangkat oleh Haikal dan dimatikan.

“mana aci main tip-tip ni!” Faizal meriuhkan suasana.

“nasiblah. Aci kat india!” Haikal ketawa.

Neya tersenyum puas. Servis bertukar tangan. Berkali-kali dia menyelamatkan bola spike dari Amat.

“Kau memang hebatlah Neya! Give me five!” Bob mengangkat tangannya.

Neya hanya tersengih. Mana boleh give me five! Bob yang faham dengan sengihan Neya turut tersenyum.

“Neya watch out!”


bersambung....

4 bunga-bunga cOmeL:

CHEMISTRY without CATALYSIS, would be a SWORD without a HANDLE, a LIGHT without BRILLIANCE, a BELL without SOUND.

~love chemistry~

.giRLs DrEaM TEaM.

.giRLs DrEaM TEaM.

.wishlist.

tamat belajar
gaji pertama
konvo
external hard disk
amek lesen
S.E xperia vivaz
my first car
netbook
bola guli
VB team
DSLR
family holiday
Encik P
settle ptptn
...bahagia sampai ke syurga...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...