Al- Baqarah

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."


Sunday, February 28, 2010

.hantu park!

12 bunga-bunga cOmeL
salam..
hari ni ade pertandingan flor tercntik mengikut tema.. =p. s0 slepas berbincang ng bayk giler idea, lastly kit0rg c0me 0ut ng tema 'hantu park'..

xnak cte byk.. hee. aku tunjuk gmbar jelah.. enj0y~

hantu kaut.. 
pelak0n:saya
descripti0n:sebenarnye die cuba tangkap kaki 0rg yg penah buat baik ng die.. die nk ajak d0k sekali dalam rumah die r.. =p
 

 mumia
pelak0n:hani..
descripti0n:terlepas dr ngara mesir.. ade 0rg seludup bawak masuk msia. ni die tgh tgu 0rg mesir dtg  amek die balik r..

vampire p0le b0mba
pelak0n:jiah
descripti0n: beliau kecik2 lagi dah mati jatuh l0ngkang.. pastu bile besar nk jadi p0ntinak harum sundal malm. tp xde p0k0k. p0le b0mba p0n layan.
 
  

mak cik siah yang kematian babynyer
pelak0n:ain
descripti0n:m.cik siah trauma dan menjadi x berapa betul selepas kematian anaknya.err... jgn sape2 berani tgk anak die.nt kena kacau~.
  

hantu cina
pelak0n:alamak xtau name.hee
descripti0n:diterbangkan khas dr dlm cite hantu cina zaman d0lu2.. die l0mpat 2 3 kali dah kena tampal ng makcik r0biah.
  

mak cik r0biah n fl00r rep. 
(err... k0rg nampak x yg kt belakang nu??)
pelak0n: nad n ah yin
mak cik r0biah(suka2 hati aku je letak nama mak cik r0biah) menjadi  translat0r bahasa2 hantu yang digunakan sepanjang persembahan pendek kepada juri yg hadir. mak cik r0biah ni memang terbaek r.. aku yang dgr pun rasa psik0 k0t..
  

ni k0n0n makcik kira2 1...2...3...
haa...nila hantu sebenar yg nmpak kt belakang mak cik r0biah.die bergambar ng cik mumia.
pelak0n:tiqah.
descripti0n: die sepatutnya kira mcm cite hantu yg sll kte dgr kt asrama tu.. tp bile dah masuk dlm bilik die dah tak tahan nk gelak..haha. cet~
  

ju-0n c100
pelak0n:fatin
decripti0n:erk.... aku x sure la die ke p0ntianak ke yng mati jatuh l0ngkang masa kecik.haha.. nt aku tya mak cik r0biah..
  

hantu instant
pelak0n:eliza.
tiba2 muncul lg satu hantu bfre kt0rg tamatkan persembahan kit0rg.. JGAN KAC0 DIA!!
  

mumia ng pembalutnya!haha
dis is my rumate.. she's the 0ne yg balut2 hani jadi mumia.. real isn't it?=p
  

barisan hantu!
macam cacat je,haha.. muka dah berl0mpang2 sebab peluh.


gamabr satu fl00r xde plak dlm simpanan aku. my be next time aku akan upl0ad.=p

nway, tgk gmbar je x ckup. u guys shud be there n feel it! haha

'hantu park' by c100 
hakcipta terpelihara.. harap2 menang.. =p

Saturday, February 27, 2010

.nak k0rek.

2 bunga-bunga cOmeL

0it tina!! stdy ler!

xleh nk stdy la... =(

nape?

ntah. pening kepala.. serabut...

sebab?

xtau... im thinking 0f s0mething..

what?

hmm... susahnya bile kena buat pilihan..


huuu... dah2..amende aku nak merepek ni.. xtau la.. dah jadi x bet0l skrg,.. s0 many things in my mind..huu... 

sakitnye kepala...rasa nk k0rek2...

sometime i hate myself.. i hate d way i feel... i hate when i cant contr0l it.. coz it might hurt the 0ne i cared n i loved.. =(

Friday, February 26, 2010

...kamp0ng girl~ voL7

1 bunga-bunga cOmeL




“PUTRI..” Aidil ketawa sambil menyebut nama itu. ayah Intan yang bercerita tentang nama itu semasa dia melawatnya di hospital semalam. Dia masih ingat betapa garangnya wajah Intan memandangnya apabila dia memanggil gadis itu dengan nama Putri.


“siapa benarkan awak panggil nama Putri?” marah Intan.


“hai… cik puteri dah marah ke?hmmm.. aku tengok kau ni tak sesuai langsung dengan nama Putri. macam manalah nama itu boleh dipanggil pada kau ye?” soal Aidil sengaja mahu mengusik. Intan yang sedang menyiang ikan berhenti, lalu meletakkan pisau.


“awak ni kan… selalu buat saya naik angin tau! Selalu buat saya marah! Boleh tak sekali sekala awak diam, jangan cakap apa-apa?” pinta Intan. dia sudah bosan bergaduh dengan lelaki itu.


“dan jangan panggil saya putri lagi! Faham!”


“ak…”


“diam! Pergi duduk depan! Pergi ke sungai atau mana-mana yang tiada saya,” arah Intan. kemarahannya sudah sampai ke tahap maksima manakala kesabarannya hanya senipis bawang.




‘Intan..intan.. makin kau marah makin aku suka tengok kau. Tak sangka kau sangat bencikan nama itu. tapi kenapa Intan? ayah kau tak cakap apa-apa pun.’ Aidil bersoal jawab dalam hatinya. Dia masih lagi tersenyum seorang diri.


Selepas dimarahi Intan, dia terus ke sungai. Sudah hampir seminggu dia dan Sophia di rumah Intan. ayah Intan pun akan pulang esok. Mungkin sudah tiba masanya mereka pulang saja.


“Aidil, apa you buat seorang diri di sini?” sapaan Sophia mematikan lamunannya.


“saja lepak-lepak sini, you cari I ke?” soal Aidil kepada Sophia.


“lebih kurangla. Intan panggil makan. Lunch is ready.”


“you all makanlah dulu. nanti I balik.”


“hai, kenapa you all ni? Tadi Inn masam muka. Bila I kata, tunggu kejap I nak panggil you, dia pun suruh kita berdua makan dulu. sekarang bila dah jumpa you, you pun cakap benda yang sama,” soal Sophia. Wajah aidil kelihatan serba salah. “come on Aidil. you both bergaduh lagikan?”


Aidil hanya menjungkitkan bahunya tanda tidak tahu. Dia bangun lalu melangkah meninggalkan Sophia yang masih termangu-mangu.


“you kata nak makan?”


Serentak dengan ayat itu, Sophia bangun lalu mengekori Aidil.


“esok kita baliklah. Lagipun ayah intan keluar wad esok. Dah hampir seminggu kita bercuti kat sini. Umi I dah bising kat rumahlah Sophia. Actually I tak cakap pun kat dia yang I datang sini. Mesti dia tak kasi punya. I ni kan anak kesayangan dia,” kata Aidil lalu tersenyum bangga.


“you ni tau bergurau juga ye! Tapi kalau dengan intan tu garang semacam,”uajar Sophia.


“excuse me, we are talking about going back tomorrow okay! Not about that kampung girl,” balas Aidil pula.


“I tak kisah pun. Tapi I like staying here. Terasa aman, jauh dari sesak dan hiruk pikuk kota. Truely kampunglah!”


“I know. Tapi kita kan dah lama kat sini. Beban juga kepada Intan sebenarnya. nak layan kita. Besides, she don’t like me as well.”


“itu kata you. You mana tau yang dia tak suka you?” soalan itu sengaja ditanya Sophia untuk menjerat Aidil, sekaligus mengetahui rahsia hati lelaki itu.


“well, I ni kan suka cari pasal dengan dia. kita balik esok ya?” tanya Aidil lagi mengharapkan gadis yang sedang berjalan di sebelahnya itu tidak lagi mengubah topik.


Sophia akhirnya mengangguk sambil tersenyum penuh makna. Mahu tapi malu konon! Dia ketawa di dalam hati.


Keesokan harinya, haji Shukri menjemput adiknya yang sudah pun dibenarkan keluar dari wad. Intan hanya menanti di rumah bersama Sophia sementara Aidil mengikut haji Shukri. Masa yang ada digunakan untuk memasak hidangan tengah hari itu. pastinya hidangan yang istimewa kerana hari ini ayahnya pulang ke rumah dan dalam masa yang sama hidangan terakhir untuk Sophia dan Aidil yang akan kembali ke Kuala Lumpur.


“Intan you merajuk dengan Aidil ke?” soal Sophia berbisik ke telinga Intan. matanya sekilas memandang Mak Long Zabedah yang sedang menanak nasi.


Intan terkejut mendengar soalan Sophia. Ketara sangatkah wajahnya? Memang dia terasa hati dengan lelaki itu. sesuka hati sahaja memanggilnya Putri sedangkan nama itu sudah terkubur bersama arwah ibunya dulu. memanggilnya dengan nama itu membuatkan dia kembali teringat kepada arwah ibunya. Bukan mahu dipujuk tapi sekurang-kurangnya mintalah maaf. Tetapi yang terjadi hanyalah suasana sepi antara mereka berdua. Tiada langsung patah perkataan yang keluar dari mulut aidil untuknya. Mungkin kerana marahnya petang semalam yang menyuruh supaya Aidil diam.


“kenapa pula inn nak merajuk dengan dia kak?” intan tidak menjawab sebaliknya menyoal semula Sophia yang sedang memotong betik muda untuk dibuat ulam.


“tanya kita pula. inn suka dia ya?” masih lagi berbisik.


“kak, siapalah Inn ni kak, nak suka dia? dia tak pandang pun budak kampung macam Inn ni,” balas Intan. lirih sahaja suaranya. Dengan rupa Aidil yang sedap mata memandang, dengan kereta dan kekayaan yang dimiliki keluarganya,dengan ijazah yang sedang diusahakannya, siapa yang tidak suka? Gadis mana yang tidak terbayang-bayangkan dirinya? Gadis mana?


Tetapi bagi Intan, bukan itu semua yang menjadi ukuran. Dia tidak pandang harta kekayaan, dia tidak pandng pada kemewahan. Cukuplah sekadar mencintainya sepenuh hati, memahaminya dan menyayangi ayahnya seperti mana dia. Aidil hanya memenuhi satu sahaja criteria itu. satu sahaja! tegas Intan walaupun dalam diam dia mula mengagumi lelaki itu. lelaki itu dilihatnya pandai mengambil hati orang tua terutama sekali ayahnya.


“Aidil tu lurus orangnya Intan dan dia main lepas cakap aje. Janganlah ambil hati sangat,” pujuk Sophia. Intan hanya tersengih. Beria-ria memujuknya pula.


“apa yang kamu berbisik-bisik ni?” soalan dari mak long mematikan perbualan antara mereka. Kedua-duanya memandang wajah wanita yang sudah berusia 50-an itu.


“tak ada apa-apa mak long. Ni kak Sophia ni, dia teringat pak we dia dekat KL nun,” balas Intan berseloroh. Akibatnya, satu cubitan hinggap di lengannya.


“I pula. Intan ni mak long mahu tapi malu pula,” ujar Sophia pula. ayat yang sama jualah yang digunakan kepada AIdil semalam.


Hajah Zabedah pada mulanya tidak memahami apa yang diperkatakan oleh Sophia namun beberapa saat selepas itu, dia tersenyum lebar. Andai betul sangkaannya, dia tiada halangan.


“berapa umur Aidil tu ya Sophia? Mak long tengok dia baik je bercakap dengan orang tua. Pula tu, pandai melayan ayah intan dan pak long kamu.


“apa ni mak long. Tanya-tanya pasal AIdil pula,”marah Intan manja. Malu apabila mak longnya mula bertanya tentang Aidil.


“yang kamu nak malu-malu ni kenapa pula. tengok muka dia Sophia. Dah merah-merah. Agaknya betullah sangkaan mak long ni,” galak betul mak longnya mengenakan dia. Sophia pun apa lagi, sukalah ada yang sekepala.


“umur aidil sama dengan saya mak long, 23 tahun. Rasanya masih solo,” balas Sophia lalu ketawa.


Selepas itu intan tidak tahu apa yang diborakkan oleh mereka kerana dia keluar ke kebun mengutip pucuk pegaga. Malas dia mahu mendengar celoteh yang mustahil-mustahil belaka. Tapi yang pasti, sebaik sahaja dia menutup daun pintu, kedengaran ketawa mereka memecah ruang dapur. Sukalah tu bila dia mengalah begitu.


Pucuk pegaga yang dikutipnya diletakkan di dalam bakul yang dibawa. Dia duduk bertenggek di atas tunggul kayu berdekatan batas sayur. Sayur sawi yang ditanam ayahnya sudah hampir boleh dikutip. Begitu juga dengan ubi keledek dan kobis. Lobak merah dan lobak putih baru mengeluarkan bunga. Sayur-sayur itu ditanam untuk keperluan mereka sahaja. saja mengisi masa lapang. Ada lagi sebidang tanah di hujung kampung,tanah milik ayahnya yang dipenuhi dengan tanaman buah-buahan bermusim. Cukuplah rezeki yang dapat setiap kali musim buah-buahan digunakan untuk menampung kos hidup mereka.


Penat bertenggek di situ, intan berjalan menuju ke sungai pula. entah mengapa, dia ingin melayan perasaannya sebentar. Rasa berdebar diusik Sophia dan ibu saudaranya membuatkan dia tidak selesa untuk kembali ke dapur itu semula. Mujurlah dia sudah siap memasak lauk-pauk tadi.




“Hai Intan, termenung jauh nampak! Rindu aku ke?” sapaan Daud yang tiba-tiba berada disebelahnya mengejutkan Intan. bila masa pula anak Tok Penghulu ni ada kat sini?


“apa dekat-dekat ni Daud. Pergilah sana! Tak boleh tengok orang senang. Nak kacau saja,” kata Intan bingkas bangun dari duduknya di atas batu tadi. Niat di hati ingin melayan perasaan dengan kedinginan air sungai itu tidak kesampaian apabila tiba-tiba Daud muncul di sebelahnya. Sangat hampir, sehingga intan dapat mencium bau kurang enak dari lelaki itu. rokoklah tu!


“Intan.. intan..penat aku tunggu kau balik, tapi kali ni kau balik dengan kawan ye?” soal Daud lalu menghampiri Intan yang sudah melangkah jauh darinya.


Melihat kemaraan Daud, Intan melangkah lagi. Air sudah ke paras lutut, membasahi kain batik yang dipakainya.


“Daud, baliklah. Apa kau buat ni? Aku tak nak mandi sungai,” rayu Intan.


“aku nak berborak dengan kaulah Intan. dah lama kan kita tak pernah sembang. Kita kan kawan.” Nada Daud membuatkan Intan semakin naik rimas. Sudahlah dengan Aidil, dia sudah punya masalah. Dan sekarang masalah lain pula datang?


“kita tak pernah berkawan lagi sejak kau cari pasal dengan aku dan kawan-kawan aku dulu. dahlah Daud. Baliklah. Aku sejuk ni,” rayu Intan tapi bernada tegas. Air sudah sampai ke pahanya. Mujurlah dia terlintas untuk mengambil seluar panjang di ampaian tadi dan menyarungnya sebelum ke sungai. Sekurang- kurangnya kakinya tidak terdedah kerana kain batiknya sudah kembang di permukaan air.


“intan?” suara itu kedengaran. Daud mengalihkan pandangannya pada arah datangnya suara itu. tanpa melengahkan masa, Intan membuka langkah silatnya dan menumbuk Daud sekuat hati sehingga lelaki itu jatuh ke dalam sungai. Kemudian gadis itu melompat naik ke atas tebing.


Aidil yang memerhatikan adegan sebabak itu ternganga. Tidak di sangka gadis berbaju kurung itu tahu bersilat dan berjaya menjatuhkan lelaki lebih berat dari dirinya sendiri. Sedikit sebanyak Aidil semakin kagum dengan gadis kampung itu.


“Daud, aku dah cakap suruh kau balik kan? Kau degil. Sekarang baliklah. Jangan kacau aku lagi!” kata Intan lalu meninggalkan Aidil yang masih lagi terkedu dan Daud yang sudah terduduk di dalam air.


“Intan wait!” panggil Aidil. Intan mempercepatkan langkahnya. Tidak mahu mengadap Aidil dengan keadaan dirinya yang basah begitu.


“Putri!” panggilan itu membuatkan langkah Intan kaku. Aidil masih tidak serik! niat di hatinya untuk memaafkan lelaki itu di tarik balik.


“berapa kali saya..” kata-kata Intan terhenti di situ apabila wajah Aidil betul-betul di hadapannya. Pantas Intan memusingkan tubuhnya kembali. Dadanya berdebar. sejak bila pula dia berada betul-betul di belakang aku? desis hati Intan.


“sorry… I didn’t mean it. I call you Intan, but you didn’t respond to me,” jelas Aidil menunjukkan riak wajah bersalah kepada Intan walaupun gadis itu membelakanginya. Sejak mengetahui cerita sebenar dari ayah Intan mengenai nama itu sewaktu perjalanan pulang dari hospital tadi, Aidil dihambat rasa menyesal dengan kelantangannya sebelum ini.


Intan hanya berdiam diri. Tidak tahu apa lagi yang mahu diperkatakannya.


“I don’t know that you have skills in martial art,” ujar Aidil ikhlas. Namun dari respon Intan dia tahu yang gadis itu masih menilai kata-katanya sama ada pujian atau ejekan seperti selalu. memahami perasaan intan saat itu, aidil menambah, “it’s a compliment my dear.”


“saya tak fahamlah awak ni Aidil. apa awak nak sebenarnya? sekejap awak marah saya, kutuk saya. Masa lain pula awak baik-baik pula dengan saya. Sekarang ni awak puji saya pula? kenapa?” luah Intan setelah lama berdiam diri.


“nothing. Cuma aku kagum. Tak sangka gadis kampung macam kau ni, duduk rumah pakai kain batik, 24 jam pakai tudung, tapi pandai silat!”


Intan membulatkan matanya memandang Aidil. Dalam pujian lelaki itu terkandung juga unsur-unsur ejekan untuknya. Apa salah dia? apa salah dia tinggal di kampung? Apa salah dia di mata lelaki itu? apa salah dia andai dia memakai kain batik dan bertudung, selagi dia menutup aurat, apa salahnya? mata Intan bergenang. Segera dilarikan wajahnya. dia tidak mahu menunjukkan kelemahannya di depan AIdil. aidil tidak akan faham. Dia anak orang kaya yang tak pernah hidup susah.


Aidil bukan buta. Dia nampak mata gadis itu bergenang. Dia bersalah lagikah? Apa yang dia buat hanyalah menyatakan rasa kagumnya pada gadis itu. Aidil mengeluh lagi.


“eh Intan, Aidil kenapa tak masuk? Intan kenapa basah ni?” soal Pak long. Intan tidak menjawab sebaliknya berlari ke pintu belakang.


“mak long suruh Aidil panggil Intan kat kebun tadi, tapi intan tak ada. jadi Aidil cuba cari dia dekat sungai. Memang intan ada di sungai. Tapi masa aidil sampai Intan dah ada kat tengah sungai. Lepas itu ada seorang lelaki macam tengah kacau dia aje. Daud kot namanya,” jelas Aidil sambil memanjat tangga rumah itu.


“oh, daud tu memang suka kacau Intan. tapi Pak cik tak risau lah sangat. Intan tu pandai bersilat. Kalau setakat orang macam Daud tu Insyaallah selamat intan tu” jawab encik Shukri, memuji anaknya.


“mana dia belajar pakcik?”


“kalau kamu nak tahu, adik pak long ni guru silat dulu. budak Daud tu pun belajar sama, tapi sekerat jalan.” sampuk haji Shukri. Aidil terangguk-angguk.


Aidil sempat menjeling Intan yang kebasahan saat gadis itu berlari memasuki biliknya. Sekali lagi dia perasan gadis itu mengesat matanya. Menangis tapi tak nak tunjuk! Tough little kampung girl. Bisik hati Aidil, semakin mengagumi gadis itu.


Selepas menukar pakaian, Intan keluar dari biliknya lalu menyalami Encik Shukri kemudian berlalu ke dapur. Encik Syafik memandang anaknya. Terpancar riak sedih di wajah bujur milik Intan. dia tertanya-tanya kenapa.


Mata Aidil mengekori tubuh Intan yang melangkah ke dapur. Lama matanya memandang ke arah itu, cuba mencerna apa yang sedang menjadi rahsia hatinya. Sedar-sedar sahaja ada dua pasang mata lain sedang merenungnya penuh makna.




“TERIMA kasih Aidil, Sophia tolong jaga anak pak cik,” Ujar encik Shukri ketika menghantar Aidil dan Sophia. Intan hanya memandang dari atas tangga. kalau ikutkan hati, dia ingin memerap di dalam bilik sahaja. tetapi mengingatkan yang Sophia ada bersama, dia keluar juga menghantar mereka.


“intan, marilah turun sini. Yang duduk dekat tangga tu kenapa?” soal mak long. Semua mata tertumpu kepada Intan. tanpa dapat mengelak, dia menuruni tangga lalu berdiri di sebelah Mak Longnya. “sedih sebab dia dah nak balik ke?” usik Hajjah Zabedah berbisik ke telinga Intan. intan pantas menggelengkan kepala.


Sophia memeluk Intan. dia tahu gadis itu menangis tadi. “Sabar ya Inn,” pujuk Sophia perlahan.


“Inn tak ada apa-apalah kak. Terima kasih sebab temankan intan. sampaikan salam dan ucapkan terima kasih pada Aidil juga bagi pihak Inn ye kak,” balas Intan. lama mereka berpelukan.


Aidil hanya memandang intan dan Sophia berpelukan. Dari tadi dia memandang Intan mengharapkan gadis itu turut memandangnya namun hampa. Mungkin dia masih marah, fikir Aidil.


“Sophia jom,” Aidill bersuara. “ kami balik dulu, pak cik, pak long, mak long, Intan.” nama Intan di sebut perlahan tetapi dia tahu gadis itu mendengarnya.


Intan hanya mengangguk tetapi wajahnya langsung tidak sudi memandang lelaki itu. apabila kereta Aidil sudahpun hilang dari pandangan, barulah dia tersedar yang dia telah terlepas peluang untuk menatap wajah lelaki itu buat kali terakhir sebelum semester akan datang bermula semula.

Thursday, February 25, 2010

.santau.

0 bunga-bunga cOmeL
salam...

nk update jugak bl0g wal0pun xtau nk tulis ape sebenarnya..
bermula dgn s0alan ini: hmmm.. ape yg menarik hari ni yer??

jawapannya::::: ade test hari ni n disebabkan test tu mood hilang sepanjang hari. balik bilik layan cte santau. n0t bad..

haaa.... bercerita pasal cite santau ni.. (dah dpt mende ape dah nk merepek)

>> aku bleh rek0men k0rang tgk la pada sape2 yg bel0m tgk. wal0pun mcm tipikal tp pada aku susunan jalan cerita die membuatkan aku berdebar2 (ofc0sla kan dah cite seram namanye) n tertanya2 sape yg menyantau sebenarnya...

>>macam yg abah aku selalu ckp "cite hantu la paling sket k0snye", pelak0n pun biasanye x ramai.. same la jugak dlm filem ni. tp watak lisdawati mcm xbape kena sket... die jadi isteri kepada s0rg-aku xtau la nk ckp b0m0h ke ape ustaz ke- gaya die mcm separuh2 jer..ade satu scene yg tiba2 lisdawati ni  jdi pembantu laki die tu bace2  untuk halau jin yg dah rasuk bini esma daniel..kat situ nampak canggung sket r sbbnye lisdawati xpakai tudung. mcm pelik la sebut ayat2 suci untuk halau makhluk2 halus kan .. hmm.. maksud aku kan lebih manis kalau pakai tudung, nmpak la lebih meyakinkan sket...

>>scene yg agak memeremangkan bulu r0ma aku:scene dlm kete nk bawak bni-yg kena rasuk tu g jumpa b0m0h yg lg hebat la k0n0nnya.. memang jadik!k0rang patut tgk... n lastly masa ustaz tu nk halau jin tu keluar..tp yg jd ralatnya masa isma daniel tu angkat bini die-dgn lisdawati n laki die terpekik2 suruh cepat, xde plak 0rg dlm surau tu perasan. bila dah sampai dlm, ramai la plak 0rg yg ade.. hmmm...(mungkin d0rg baru lepas solat jemaah kot)

heee... 

kesimpulannya:
kal0 ikut genre cite seram ni aku kasi 4 bintang r.. =p

kesimpulan ke2:
santau ni sememangnya wujud dlm msyrakat melayu.. selalunya sbb hasad dengki, iri hati atau pun dendam...jadi same2 la kite jaga diri dan keluarga... n sentiasa dekatkan dri pada Allah.. salah satu pengajaran yg aku dpt dr cite tu, yg paling terkesan sekali: bace bismillah sebelum makan pape n buat pape.. pendek kata aku nak ingtkan diri aku n kawan2 sume sentiasa basahkan lidah dengan kalimah2 Allah..sem0ga kita terlindung dr kejahatan yang nyata dan yang tersembunyi.
wallahualam...

Tuesday, February 23, 2010

.tq encik!

2 bunga-bunga cOmeL
alhamdulillah...
satu perkara yang menyerabutkan kepala aku sudah pun abes. 

ptg td ade presentati0n tp dlm bentuk discusi0n n syukur menjadi seperti yg aku rancangkan wal0pun ade beberapa perkara yang b0leh diimpr0ve. aku rasa jadi fasi byk bantu diri aku sendiri nk devel0p c0nfident n gain m0re expriences... at least td aku dah praktikkan beberapa perkara yg aku sll wt dlm ldk..hee ..berjaya! tp mende yg paling aku lekat dlm kepala aku: kalau nk pakai idea 0rg, make sure paham. kalau rasa xpaham n xdpt nk paham, jgn letak dlm slide. =p dah terlintas dlm kepala aku dah nk delete tp x terdelete jugak.ish2... tp  yg bagusnye Dr.Tee dah betulkan n explain yg x sure 2. s0 at least dpt input lebih. kal0 nk tgu aku tya tu ntah bile la kan.. heee

0k. selingan tamat.

sebenarnya aku nak ceritakan hal ini:

pagi td masa nk lintas jalan,sambil2 p0sing ala2 m0del tak laku kt tv-kereta time tu mmg x hengat la byk. sume nk g keje, nk g kelas- (hmm.. mcm yg 0rg tu ckp: ingt awk je nk balik makan 0r ingt awk je yg nak g kelas. =p)muka aku time tu dah macam tertelan cabai berketul2 dah... tiba2 ade s0rg encik yg bawak kereta-xperasan-apa-namanya berhenti. berhenti wei! padahal die time tu speeding la jugak. aku agak terkedu di tepi jalan tu-masih lg dgn gaya m0del xlaku kt tv.tergamam sekejap sebelum aku lintas jalan tu dgn berlari-lari anak. hahaha.. x sangka plak die benti kan.. time kasih pada encik kereta-xperasan-apa-namanya kerana memberikan aku laluan di kala kereta2 lain dgn kurang hati perut bawak kete laju...huuu... jadi aku dgn selamatnya smpai ke kelas ge0l0gi 5 minit lebih awal.. bangga2!! =p

kesimpulannya: lain kali kena pg ikut belakang lib. kurg jalan yg perlu di lintas..huu

.hmmm...

2 bunga-bunga cOmeL
....bila sesuatu itu tidak sempurna, sampai ke dalam mimpi aku akan memikirkannya...


...sese0rang yg paling dekat dgn kte b0leh jadi yang paling jauh dgn kte...

argh....

 *hiasan*
aku agak tertekan saat ini..

hmm... adat belajar...

dats it..

papai~

**updates:  sgt nebes untuk presentati0n ptg ni.. kena relax s0 that x gelabah cm slalu..huuu~

Monday, February 22, 2010

sELipaRku PUTUS lagi.

4 bunga-bunga cOmeL
salam..

selipar putus yg ketiga untuk dalam masa tahun ke 4 kt um nih...huuuu

pertama:selipar ikan.
kegunaan:jadi selipar t0ilet
usia:dr first year aku pakai k..bile bercuti pjg, die pun bercuti pjg sbb aku akan simpan die sekali dlm baldi aku n tinggalkan kt st0r. ..jap..err..aku xsure aku pakai tu dr first year 0r mtrix....

kedua: selipar fav warna biru putih
kegunaan: keluar g jalan2, blik kedah, g lecture petang, ke mana sahaja kecuali t0ilet.
usia: setahun jagung k0t.. huuu.. aku rasa xsampai setahun lagi.. =(

ketiga:selipar jusc0 rm2.90 yg sedap (sekarang punye keras!)
kegunaan:selipar jalan yg kemudiannya jd selipar t0ilet sbb selipar ikan tu dah putus. 
usia: aku pun dah lupa. 3rd year k0t aku beli..huuu..tp k0mpem lebih dr setahun r.
*hiasan*

sadisnyer... bile seliparku putus lg.. dulu aku asyik beli selipar je sampai tak terpakai. skrg ni sume dah putus..huhuu.. nasib baik yg pink ni masih el0k. kal0 putus jugak xtau la!huhuu.. aku baru je beli.. xsampai sebulan lg.. 

kenapa xder selipar yg tahan lame??
k0rg perasan x, xde pun iklan yg buat "belilah selipar ini. tahan selma-lamanye!"
kalau ader macam ni, alamatnye bankrap la seluruh industri selipar di dunia..sebb tu lah d0rg buat iklan "belilah selipar  ini. tahan lebih lama!" hmmmmm....

k0nlusinye: kalau beli selipar yg harga x sampai seratus jgn berangan la tahan 5 6 tahun.

tapi:kenapa selipar aku yg 19.90 lebih cepat putus dr yg harga 2.90?
atau mungkin k0nklusinye:belilah selipar murah! =p

xksah murah mana pun harga. kalau ade selipar rm 1 yg sedap macam selipar pink 0r selipar biru-putih aku tu, k0mpem aku beli!

kesimpulannya: membelilah ikut budget dan kperluan..

adi0s...



Sunday, February 21, 2010

.new lay0ut.

2 bunga-bunga cOmeL
salam.. 
selamat kembali.. =p

kali ni ni disebabkan keb0sanan kt bilik n k0mpem2 la aku malas nk stdy kan, s0 aku pun dgn tersangat gatal tangan menukar lay0ut aku nih.. huhu.. tp semacam je aku tgk..huuu...

ape pendapat k0rg??

shud i or shud n0t i change it t0 my last lay0ut....(malangnya aku lupa nk snip gmbar lay0ut lame. harap2 k0rg masih ingt.. yg pink2 sket.)

sekian time kasih,. =p

Monday, February 15, 2010

.stuck in here...

0 bunga-bunga cOmeL
salam..
d0nt kn0w wut t0 do. stucking in here (c0llege) till tonite..  tiket bas g0ing t0 sungai petani dah s0ld 0ut!huhu..sgt sadis.

hmmm..bukan xde mende yg nak buat.. tp melihatkan baju yang masih belum berlipat, yg masih belum terbasuh, bilik yg agak bersepah, serabut aku jadinye.. nilah jadinye bile MALAS

kite yg suruh2 adik2 jgn malas, tp kte sendiri yg malas sebenarnye.. hmmm lagi..

antara sebab musabab aku masih lagi di sini wal0pun sepatutnya dari hari jumaat lg aku dah bersenang lenang bersama keluarga tercinta di kampung, adalah kerana (skema plak) aku j0in pr0gram zakat baru2 ni. jadi fasi. last weekend la.so smlm(ahad) baru habis. balik, terus g pudu dgn die. niat di hati nk balik ahad malam or isnin pagi, sekali tiket dah s0ld out. nk cuba bas lain, aku xberani la plak.huhu..yg ade, ahad k0l 5.(sedangkan time aku beli tu dah pukul 4 lebih) n isnin malam. balik ptg tu jugak bukanlah termasuk dalm perancangan aku. sbb barang2 sume kt klej. lapt0p dll. pling pntg tu laptp. buat nye ade 0rg guna bilik time cuti ni. x ke naya?? sedangkan tali kad matrik um aku yg ade atas meja pun kena curik, apatah lagi laptop wal0pun aku letak dalam almari.. x sanggup aku bayangkan ape yg jadi, kalau laptp aku hilang..huhu...baju yg aku basuh hari jumaat(yang mash l0m lipat lg tu) dok tergantung lg. sbb by the time aku gerak untuk ke kem tu, baju aku l0m kering sepenuhnya lagi..huhuh

tu jelah k0t...hahaha.. aku bel0m ckup mood lagi nak cite pasal kem yg aku j0in tu..hee. mybe next time k0t.

nway, happy chinese new year n happy h0lidays,..=p

Friday, February 12, 2010

.in Luv....?

9 bunga-bunga cOmeL
salam...


haha.. sje menggedix nk letak mende ni.. tah angin m0nsun mana dtg.haha..


erk... ni khas untuk die! ewah...hahhaaha


Love Myspace Comments
MyNiceProfile.com

oh yeah! memang ade sese0rg yg c0me 0ut in my mind at dis m0ment...


am i falling in luv? dats d questi0n dat 0nly me can answer it..


im happy with him...
he makes me 'smile' again  using his way...
he makes me feel s0mething dat i d0nt kn0w what....
mybe dis is just a beginning.. but i h0pe it will remain f0rever....


dear ....
thanx f0r dis w0nderful feeling... 
semoga ada tertulis yang baik2 untuk kita....


hee...pergh..jiwang si0t!! hahaha

Wednesday, February 10, 2010

...kamp0ng girl~ v0L 6

0 bunga-bunga cOmeL
“oh, pak long, mak long! Masuklah. Inn baru je sampai,” pelawa Intan pada haji Shukri dan isterinya, Zabedah. Mereka berdua menapak masuk ke dalam rumah.
“lepas kamu telefon tadi, terus kami balik dari hospital. Lagipun hanya seorang pelawat saja yang dibenarkan menemani ayah kamu tu. Jadi kami suruh Abang Man kamu tinggal di sana. Bersabarlah ye Intan. ayah kamu dah stabil sekarang. Baru tadi kami selesaikan urusan pendaftaran dan sebagainya di bahagian kecemasan. Esok pagi saja kamu lawat ayah kamu tu,” ujar haji Shukri memahami gelodak perasaan Intan. intan hanya mengangguk. tadi semasa intan menghubungi mereka, dia disuruh pulang ke rumah dahulu.
“kenalkan ini aidil dan Kak Sophia. Teman sekampus dengan Inn,” kata Intan kepada kedua iba bapa saudaranya. Sophia dan Aidil bangun menyalami mereka. “akak, Aidil, pak long dan mak Long duduklah dulu. saya nak ke dapur, buatkan air.”
“ish, kamu ni. Baru je sampai. Biarlah mak long yang buat air. Kamu pergi kemas bilik untuk kawan kamu.
“baiklah mak long,” akur intan ketika Mak longnya sudah melangkah ke dapur.
“err.. biar I tolong you Inn,” kata Sophia. Intan hanya mengangguk. saat ini fikirannya melayang mengenangkan ayahnya yang sedang terlantar di hospital.

“AKAK, ayah Inn….”suaranya lirih sebaik sahaja keluar dari panggung. Sudah lama dia menahan sebak di dada. Sophia terkejut dengan tangisan Intan yang tiba-tiba. Gadis itu tiba-tiba memegang tangannya. Orang ramai yang keluar dari panggung sesekali memandang mereka.
“kenapa ni Inn?” tanya Sophia sambil menenangkan gadis itu.
“jom, keluar dari sini dulu,”ujar taufik.
Setelah berada di satu sudut yang lebih selesa, intan menceritakan apa yang terjadi. Dia telah mendapat panggilan telefon dari pak longnya yang mengatakan ayahnya terlantar di hospital kerana kemalangan.
“bila pak long kau telefon?” soal Taufik. Mereka yang lain hanya memasang telinga.
“aku tahu. Masa kau tiba-tiba berdiri tadi kan?” teka Aidil. intan mengangguk walaupun egonya melarang mengiyakan pernyataan yang keluar dari mulut Aidil.
“Inn, it was 20 minutes ago! Why didn’t you tell us earlier?” tanya Sophia pula. nadanya sedikit marah.
“Inn tak sampai hati…”
“kau sanggup biar ayah kau sakit daripada beritahu kitorang?” duga Aidil. geram pula dengan sikap yang ditunjukkan intan. mana boleh dia lambat-lambatkan perkara-perkara begitu.
“sudahlah. Sekarang bukannya masa nak bergaduh,”kata Taufik mengurangkan ketegangan yang muncul di antara mereka.
Intan kembali menangis. Menyesal dengan apa yang terjadi. Julia dan Sophia menenangkan intan. diusap belakang gadis berbaju kurung itu.
“kaulah tolong hantar dia Aidil. seriously, kalau aku ni baru sekali mungkir janji dengan mama aku, aku tak kisah hantar Intan balik,”pujuk Taufik.pening dia memikirkan hal itu. Sophia sudah bersetuju menemani Intan pulang ke kampung. Tapi takkanlah dia hanya membiarkan Sophia memandu seorang diri pula. Johan dan Rose sudah menempah tiket pulang ke sabah esok. Esok juga Edi perlu melapor diri di tempat dia melakukan latihan industri.
“tapi aku…”
“kalau Julia pergi pun, aku tetap tak berharap dengan mereka. Sekarang dah tengah malam. Boleh ya Aidil?”
Akhirnya Aidil setuju walaupun berat hatinya mahu menghantar Intan pulang ke kampung. Intan pula setelah diberitahu yang dia akan dihantar pulang oleh Aidil pada mulanya menolak habis-habisan. Dia tidak mahu berhutang budi dengan lelaki itu.
“kau ni! Cubalah sekali-sekala kau dengar cakap kitorang sikit. Kau ingat nak sangat ke aku hantar kau? Cuba hargai sikit apa yang orang buat untuk kau!” marah Aidil kepada Intan. malas mahu difikir perasaan gadis itu lagi. Dia tahu, pasti sengketa lama membuatkan Intan berhati-hati dengannya.
Demi mendengar apa yang dibicarakan oleh Aidil, hati Intan tersentap. Sampai macam tu sekali Aidil memarahinya. Apa salah dia pada lelaki itu? tiba-tiba ingatannya mengenang ayah yang masih di dalam ICU. Ayah! Ya, kerana ayah Intan bersetuju!

INTAN kembali ke alam realiti. Lincah tangannya memasang cadar dan menukar sarung bantal yang baru.Di sebalik dinding kayu yang memisahkan ruang tamu dan bilik yang sedang dikemasnya itu, kedengaran Aidil berborak dengan Haji Shukri. 
“akak, pergilah dulu tukar baju di bilik Inn,” ujar Intan. dia faham, tentu Sophia keletihan. Dia sendiri turut berasa letih. Sophia mengangguk lalu Intan menunjukkaan biliknya kepada Sophia.
Selepas itu intan ke dapur. Hajat di hati ingin menolong mak longnya apa yang patut tetapi sebaik sahaja dia ke dapur, semuanya telah siap.
“bawak biskut tu ke depan Inn. mana tahu kawan kamu tu lapar,” ujar hjh. Zabedah kepada anak saudaranya.
“err… mak long kejap.”
“ada apa intan?”
“hmm.. mak long dan pak long tinggal di sini ya. Nanti apa kata orang kampung pula tengok Intan bawak balik kawan lelaki,” kata Intan perlahan. mak longnya mengangguk.

“AWAK tidur bilik ni. sebelah ni bilik mak long dengan pak long. Ini bilik saya. Dan kalau awak nak pergi tandas, ada dekat dapur,” kata intan sambil menunjukkan bilik-bilik yang dimaksudkannya. Aidil pula hanya mengangguk. 4 jam memandu membuatkan dia ingin tidur sekarang.
“err.. Aidil. terima kasih!” ucap Intan lagi sebelum lelaki itu masuk ke biliknya. Aidil tidak menjawab sebaliknya terus menutup pintu.
Intan terkelu.Aku salah ucapankah? atau dia tidak dengar? atau dia masih marah dengan aku? atau… eh, kenapa aku mesti fikir pasalnya?
Intan meninggalkan bilik itu lalu melangkah ke ruang tamu.
“pak long, bagaimana ayah boleh kemalangan?” soal Intan. tadi dia tidak sempat bertanya dengan pak longnya. Haji Shukri dan isterinya saling berpandangan.
“intan, esok sajalah kita berborak pasal ini. kamu tu dah penat. Pergilah tidur. Sudah pukul 4 pun. Esok pagi-pagi kita ke hospital,” balas haji Shukri.
“kalau macam tu, baiklah. Pak long dan mak long tidur bilik ayah ye,” kata Intan lalu bangun dan mengangkat dulang berisi cawan-cawan kosong kecuali satu sahaja yang dilihatnya air tidak terusik. Sophia sudah nyenyak tidur ketika dia masuk ke bilik ingin menjemput gadis itu minum.
Tiba-tiba  dia teringat sesuatu.
“err.. pak long, memek mana?”
“kamu ni… malam-malam macam ni sempat lagi teringat pada lembu kamu tu ye?” pak long ketawa. “ memek ada kt bawah rumah nilah. Dekat tempat dia. esok aje kamu jenguk memek tu. Jangan risau, pak long tengok, memek tu sihat aje, makin gemuk ada lah.”
Intan tersenyum senang hati. Setelah mengemas dapur, dia terus ke bilik. matanya tiba-tba diserang rasa mengantuk yang amat sangat.

SUDAH tiga hari ayah intan terlantar di hospital. Sophia dan Aidil masih lagi menemani Intan di kampung. Entah mengapa rasa berat di hati Sophia untuk meninggalkan Intan seorang diri. Tambahan pula layanan dari kedua ibu bapa saudara Intan juga sangat baik. Sophia jarang sekali dapat bermesra dengan saudara maranya. Semuanya sibuk mencari harta. Andai satu hari nanti berlaku sesuatu pada kedua orang tuanya, adakah saudara-maranya sudi menolong dia sekeluarga? Sophia mengeluh, membuang prasangka yang tidak-tidak.
“kenapa ni kak? Termenung panjang saja? teringatkan buah hati ke?” soal Intan. tadi dilihatnya Sophia begitu gembira sekali bila ingin dibawanya ke sungai. Katanya dah lama dia tidak mandi sungai. Sekarang, bila dah sampai termenung pula!
“tak ada apa-apa Inn,” balas Sophia lalu tersenyum. angin petang yang bertiup sepoi-sepoi bahasa, terasa begitu nyaman sekali.
“Akak kata nak mandi, tunggu apa lagi? Silalah,” ujar Intan lalu tersengih.
“nantilah. Main-main air dulu. macam-mana ayah Inn hari ni?” soal Sophia.
Intan tersenyum. Ayahnya sudah semakin pulih. Cuma tinggal luka-luka di tangan dan badan yang perlu dijaga. Pagi tadi, hanya dia dan Aidil sahaja ke hospital. Sophia ingin berehat-rehat di  rumah. Manakala pak long dan mak longnya pulang ke rumah mereka sebentar. Mujurlah Aidil akhir-akhir ini tidaklah segarang dulu. Cuma kadangkala kata-katanya pedas macam cili. Kalau tak makan cili pun, boleh rasa pedasnya. Tapi bila berdepan dengan ayah Intan, Aidil seolah-olah berdepan dengan ayahnya sendiri. Itu yang membuatkan intan kagum.

“Aidil dah lama ke kenal anak pak cik ni?” soal encik Syafik, ayah intan.
Intan memandang ayahnya. ‘Apa kena pula ayah ni? Dah jatuh hati ke dengan si aidil ni? Depan ayah je dia baik, depan Inn laser tak terkata! Kalaulah ayah tahu apa yang Aidil ni kutuk Inn, pasti ayah marah.’ Detik hati Intan.
“baru je kenal Inn ni pak cik. Kawan-kawan saya yang lain yang dah lama kenal dia. saya baru je balik ke UNIKL tu sebab sebelum ni, saya dekat UKM, ada twinning program,” jelas Aidil menjawab pertanyaan ayah intan sekaligus menjawab persoalan yang berlegar-legar di minda Intan selama ini.
‘ooo…patutlah! sejak aku jumpa kali pertama di kampus, hari-hari aku nampak dia pula di café sedangkan sebelum itu aku tak pernah nampak dia. Rupa-rupanya dia baru balik dari twinning program. Tapi kenapa di pertengahan semester pula? Ah, mengapa perlu aku mengerah otak mencari jawapan yang tiada kaitan dengan aku!’ intan bersoal jawab dengan hatinya.
“yang kamu tu Intan, apa halnya terkumat-kamit aje ayah tengok?” sapaan ayah Intan membuatkan dia terkejut.
“ha?”
 Aidil tersenyum sinis ke arah Intan.“dia memang selalu macam tu kat sana pak cik,” kata Aidil mahu mengenakan gadis itu.
“mana ada. aidil tu mengadakan cerita saja ayah,” intan membela diri.
“intan..intan.. dari dulu perangai kamu tu tak pernah berubah,”kata-kata ayah Intan mengundang tawa dari aidil seolah-olah mengejek, ‘kau dah kalah intan.’
Hampir sejam lebih mereka di situ, mereka mengundur diri. Kasihan pula Sophia di rumah keseorangan, fikir Intan. 
“amboi-amboi bukan main sedap lagi kau ketawakan aku ya sepet!” kata Intan sebaik sahaja berada di dalam kereta.
“kau panggil aku apa budak kampung?” soal AIdil semula. Pandangannya tertumpu pada Intan sekarang. Enjin masih belum dihidupkan. Hatinya panas. Sudahlah aku menghantar kau pulang, kereta aku pun kau tumpang, ada hati lagi nak mengata aku.
“aku panggil kau S.E.P.E.T. sepet!” ulang intan. siap di eja lagi perkataan sepet.
“kau ni, memang tak mengenang budilah intan. aku hantar kau pulang, aku tumpangkan kau ke hospital, ini yang kau balas pada aku?” soal AIdil lagi. Diluahkan juga kata hatinya sebentar tadi. Bukan dia tidak ikhlas, tetapi gadis di sebelahnya ini betul-betul menggugat kesabarannya.
Intan merenung aidil, mencerakinkan maksud di sebalik ayat yang baru dikeluarkan lelaki itu. dia hanya ingin bergurau, tidak sangka pula yang Aidil akan terasa hati.
“aku bergurau.”
“aku tak suka bergurau. Dan aku tak suka kau panggil aku sepet.”
“tapi kau panggil aku budak kampung.”
“aku suka.”
“tapi aku tak suka.”
“aku peduli apa kau suka atau tidak. Kau memang dari kampung kan?”
“kalau begitu aku panggil kau sepet. Sebab kau memang sepet!”
“aku kata aku tak suka!”
“kenapa aku kena kisah sama ada kau suka atau tidak?”
“budak kampung!kau memang sengaja nak cari pasal!”
“kau yang cari pasal sepet!”
“keluar!”
“keluar?”
Saat itu barulah Intan sedar yang dia terlalu berani bermain kata dengan lelaki itu. sesaat dia memandang tepat ke mata Aidil, cuba mencari kebenaran kata yang berupa arahan itu. mana tahu dia hanya bergurau. Namun riak wajah Aidil langsung tiada tanda-tanda gurauan di mata Intan.
Intan membuka pintu kereta lalu mengambil beg sandang lusuh miliknya dan melangkah keluar dari kereta itu. dan beberapa saat kemudian kereta itu meluncur laju, meninggalkan intan di tepi jalan.
“oh, memang dia maksudkannya! Hmm… dah nasib badan. Ada orang baik, kau cari pasal Intan oi! Nasib baik tempat kau sendiri. Tapi di sini susah nak dapat teksi atau bas. Hari jumaat pula tu! Nasib kaulah intan, berjanggut menunggu di sini!” intan bercakap sendirian.
Nasi sudah jadi bubur. Tapi bukan semuanya salah dia! intan berdesis. Aidil juga tidak mahu mengalah. dia mahu panggil aku budak kampung, tapi aku tak boleh panggil dia sepet. Mana adil!

“AIDIL, mana Intan?” soal Sophia apabila tidak melihat kelibat Intan bersama.
“aku tinggalkan dia di tepi jalan,” jawab AIdil dengan riak muka tidak bersalah.
“kenapa pula?”
“kau tanya dia sendiri! Aku nak pergi mandi, nak solat jumaat.”
“di tepi jalan mana you tinggalkan dia?” soal Sophia lagi apabila melihat lelaki itu buat tidak tahu sahaja malah langkahnya sudah menaiki tangga.
“dekat hospital,” jawab aidil bersahaja.
“aidil! you ni kan!! Hari ni kan hari jumaat. You lupa ke yang Intan cakap pagi tadi kalau hari jumaat, susah nak dapatkan public transport.”
Langkah aidil terhenti. Baru dia teringat perbualan mereka pagi tadi. Memang intan ada menyebut tentang hal itu, dan dia yang sukarela mahu menumpangkan Intan.
“hmm.. kejap lagilah pergi ambil dia. dah lewat ni. I nak mandi kejap. Kemudian pergi masjid, and you are coming with me. lepas hantar I, you pergilah ambil si intan tu.”kata Aidil lalu meninggalkan Sophia.
Mujur Sophia masih mengingati jalan ke hospital, kalau tidak memang kena tunggu Aidil baliklah jawabnya. 30 minit dia memandu, dia nampak kelibat Intan di tepi jalan. Sekejap intan berdiri, sekejap duduk, mungkin penat menunggu, desis hati Sophia.

Intan memerah otak mencari jalan bagaimana mahu pulang. Sudah lebih sejam dia menunggu, kelibat teksi langsung tiada apatah lagi bas. Jam di tangan dipandang sekilas, sudah pukul 2 petang. Tiba-tiba sebuah kereta berhenti betul-betul di hadapannya. Aidil?
“bagi pula si sepet tu pinjamkan girlfriend kesayangan dia ni kak?” itu kata pertama yang terluah dari mulut intan apabila memasuki fair lady kepunyaan Aidil.
“menanahlah juga telinga I ni dia bersyarah Intan. memang dia sayang sangat dengan kereta ni tapi dia lagi sayang you kot,”balas Sophia sambil tersengih. Intan ketawa. Sayang aku?
“kenapa sayang Intan pula? jumpa intan je naik angin si sepet tu. Bukan reti nak senyum dekat Intan, asyik marah adalah. Garang macam singa!”luah Intan.
“dia yang suruh jemput Inn, well walaupun dengan nada yang bersahaja tapi I tau dia risau juga bila ingatkan you yang tunggu sorang-sorang kat tengah pekan ni. Jadi lepas hantar dia ke masjid, dia yang suruh I jemput you,” terang Sophia.
“jadi lepas ni kena jemput dialah ye?” soal Intan.
“yelah. Rasanya sempat kot. Around 2.30 kita sampai kampung you kan?”
Tetapi sehingga pukul 3 lebih, mereka tunggu di luar perkarangan masjid Kampung Lama, kelibat Aidil tidak juga muncul. Sehinggalah orang yang terakhir pulang, Aidil tetap tiada. Intan melihat jam di tangannya lagi. Memang mereka tiba agak lewat untuk menjemput Aidil, tetapi bukannya  mereka sengaja. Dalam perjalanan pulang tadi, sudah banyak masjid yang selesai menunaikan solat jumaat, jadi pergerakan kereta menjadi perlahan
“akak, kita nak tunggu ke nak balik? Inn pun belum solat lagi ni?” soal Intan. kalau mahu tunggu lagi, dia ingin bersolat di dalam masjid saja.
“kita baliklah. Mungkin Aidil sudah pulang agaknya,” jawab Sophia.
Memang seperti yang disangkakan oleh Sophia. Sebaik sahaja sampai di rumah, kelihatan Aidil sedang bersembang-sembang dengan haji Shukri di beranda. Intan memandang Sophia, mengapa mereka tidak masuk? Pintu rumah juga tertutup rapat.
“akak, kunci pada siapa?” soal Intan dan Sophia hanya tersengih. Maknanya Aidil terkunci di luar. Sebab itu mereka berbual-bual di beranda.
“ha kamu ni Inn, pergi ke mana lama sangat? Kesian si Aidil ni tak boleh masuk rumah. Pak long ajak dia ke rumah pak long, dia tak nak?”
“kami tunggu Aidil dekat masjid. Tak tau pula yang dia dah balik,” jawab Intan.
“I tak bawak handphone,” ujar Aidil sambil menghantar kata maaf melalui pandangan matanya kepada mereka.
“jomlah masuk dulu pak long, aidil,” jemputnya sopan sambil tangannya membuka pintu.
Aidil hanya menjeling intan  sekilas. Tahu pula dia bersopan santun dengan aku!
“tak apalah Inn, pak long nak balik rumah dulu. Mak long kamu tu katanya nak ke rumah tok Besut  petang nanti. Kamu jaga diri elok-elok ye. Malam karang, pak long datang sini.” pesan pak long. Intan mengangguk memahami maksud pesanan bapa saudaranya.
“kirim salam pada tok besut ye pak long. Nanti bila ayah dah sembuh, Inn ajak ayah melawat dia,” kata Intan.
Intan hanya tercegat di pintu rumahnya sehingga kelibat pak longnya hilang. Kemudian dia menapak masuk ke rumah, diikuti Aidil dan Sophia.
“akak dah makan belum?” soal intan kepada Sophia.
“I tunggu you tadi. Tak best pula nak makan seorang diri,” balas Sophia.
“Aidil pun belum makan kan?” soal Intan kepada Aidil yang sedang duduk di sofa. Matanya terpejam.
Aidil tidak bersuara sebaliknya hanya mengangguk.
“inn pergilah solat. I bancuh air dulu, nanti boleh makan sama-sama.” Ujar Sophia lalu meninggalkan Aidil dan Intan di ruang tamu. Dia faham ada perselisihan faham antara mereka. Melihat cara intan memandang Aidil tadi, dia tahu intan sedang menyimpan rasa bersalah.
“Aidil, saya minta maaf,” ucap intan perlahan. dia tahu lelaki itu tidak tidur.
“kenapa kau nak minta maaf pula?” soal Aidil dalam keadaan matanya yang masih terpejam. Lama dia menunggu jawapan dari gadis itu, tapi tiada kedengaran suara lembut di telinganya. Tatkala dia membuka matanya, Intan sudah tiada di situ. Aidil mengeluh.

bersambung...
CHEMISTRY without CATALYSIS, would be a SWORD without a HANDLE, a LIGHT without BRILLIANCE, a BELL without SOUND.

~love chemistry~

.giRLs DrEaM TEaM.

.giRLs DrEaM TEaM.

.wishlist.

tamat belajar
gaji pertama
konvo
external hard disk
amek lesen
S.E xperia vivaz
my first car
netbook
bola guli
VB team
DSLR
family holiday
Encik P
settle ptptn
...bahagia sampai ke syurga...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...