Al- Baqarah

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."


Thursday, October 18, 2012

kelapa muda vs dia 7




Chap 7

Biskut kering bersama air teh o panas di atas meja, aku pandang lama. Air itu masih lagi berasap nipis.

Hai.... biskut kering pun biskut keringlah! Dah itu sahaja yang ada.

Minggu lepas, bukan main lagi aku mengutuk Si Ana bila dia bawa balik sebungkus biskut kering Hup Seng! Punyalah banyak makanan yang dia boleh beli kat pasaraya tu, biskut kering saja yang dibelinya.

Kata Ana, biskut ini untuk kecemasan. sebab mana tahu tiba-tiba satu hari, stok makanan kami habis dan masing-masing terlupa nak beli. Kalau lapar tengah malam macam-mana?

Betul juga! Macam sekarang. bila benda lain dah tak ada, biskut kering pun jadilah...

Fikiranku sempat lagi mengimbau kembali kejadian dalam feri semasa pulang dari Pulau Redang dua minggu lepas.


“KALAU kau berani, aku cabar kau kahwin dengan aku!!” jerit Riyat ketika kami sama-sama menikmati pandangan dari atas feri. bukan sama-sama sebenarnya. Dia yang mengekoriku selepas aku bangun meninggalkan tempat dudukku.

amboi...amboii... dia main cabar-cabar pulak! 

Aku memandang kiri dan kanan, mengharapkan agar tiada sesiapapun yang mendengarnya saat itu. memang benar, masing-masing sibuk bergambar dan berborak antara satu sama lain. semua yang bercakap pun menggunakan suara yang kuat kerana perlu melawan bunyi feri yang sangat kuat.

“agaknya, kau ni dah gila kot!”

Dia ingat kahwin ni benda boleh buat main ke? 

“aku serius Kirana,” balasnya. Matanya memandangku tepat. Untuk beberapa saat, aku melawan pandang dengannya kemudian aku meninggalkan dia untuk kembali ke tempat duduk kami. Nanti siapa yang nak jawab kalau tiba-tiba aku terjun dari feri ni?

Mujur tempat aku memang di tepi sekali dan bahagian belakang. Jadi bila aku rasa nak muntah tengok si Riyat, aku boleh pandang ke laut sambil melayan perasaan.

Hmm.. mana pula aku letak asam ni? aku menunduk mencari asam di dalam beg yang diletakkan di bawah.

“argh!” jerit Riyat bila mukanya terkena siku aku ketika aku bangun.

Fuh....kuss semangat!

Bila si riyat ni datang duduk sebelah aku??? Terkejut aku dibuatnya. Tadi tak nampak macam dia nak kejar aku pun.

“aku serius, Kirana!” katanya.

Ya, aku tahu! pertama, wajah seriusnya itu. kedua, sebab dia menyebut nama betulku. Ketiga, dia dah ulang 2 kali! Takkan dia nak main-mainkan?

“kenapa kau nak cabar aku kahwin dengan kau? Sedangkan kau pun tahu, aku takkan bantah cakap nenek! Apa motif cabaran kau tu Riyat? Kalau aku ni tak berdikari macam kau mahu, aku jadi jandalah?” soalku sinis.

“kau memang tak bantah cakap nenek, tapi aku tahu kau cuba lengahkan permintaan nenek kan?”

“kenapa kau nak kahwin dengan aku, Riyat? Aku ni dah memenuhi kriteria perempuan yang kau nak ke, hah?”

Dulu, dia yang beria tinggalkan aku. Aku manja sangatlah, tidak berdikari, dan terlalu bergantung pada dia! Bengang betullah aku dengan si Riyat ni tau. Dahlah comfort food aku ni mana ada kat tengah-tengah laut macam sekarang!

“usia mematangkan kita semua kiki. Masa dulu, kau dan aku masih muda.”

Itu jawapan dari dia.

“kau ingat perkahwinan ni satu eksperimen ke? aku mahukan perkahwinan yang berkekalan Riyat. Bukan separuh jalan.”

“percayalah cakap aku Kiki. Aku pun mahukan perkara yang sama. Aku cintakan kau Kiki.”


“MAKKKKK!!”

Aku mengurut dada. Terkejut beruk aku bila tiba-tiba ada saja Ana sedang duduk bertinggung mengadap aku  ketika aku mahu mencapai biskut.dahlah dengan bedak sejuk penuh di muka. Ya allah, lama-lama boleh tertanggal jantung aku kalau terkejut macam ni selalu!

“kau yang termenung jauh sangat. Aku datang sini pun kau tak sedar,” kata Ana.

“banyaklah kau! Cubalah panggil nama aku ke, bagi salam ke. ini tak, duduk kat bawah tu sambil merenung aku. Mahunya aku tak menjerit! Hantu tepung gomak manalah yang dok tenung aku!” marahku pada Ana.

Dia tersengih.

“kau bancuh air apa ni? nak sikit!” dia terus meneguk air teh o aku.

“eh, biskut cap hup seng ni pun ada!” sambungnya lagi sambil mencapai sekeping biskut lalu dimasukkan ke dalam mulutnya.

“dah biskut tu je yang ada...”

“aku tahu!” balasnya lalu ketawa.

“hoi, dah malam-malam ni. jangan mengilai boleh tak?”

“ala...”

“dahlah, kau duduk situ, makan sorang-sorang. Aku nak naik tidur. Nampak muka kau terus rasa mengantuk. Nanti jangan lupa basuh mug tu!” kataku sebelum mengangkat punggung dan berlalu dari situ.

“Ana... sekarang pukul 2.55. jangan lupa paranormal activity pukul 3pagi!” jeritku sebelum menutup pintu bilik.

“KIKI!!!!!”

Aku ketawa dalam bilik. Seronok menyakat Ana yang agak penakut tu!

bersambung....

0 bunga-bunga cOmeL:

CHEMISTRY without CATALYSIS, would be a SWORD without a HANDLE, a LIGHT without BRILLIANCE, a BELL without SOUND.

~love chemistry~

.giRLs DrEaM TEaM.

.giRLs DrEaM TEaM.

.wishlist.

tamat belajar
gaji pertama
konvo
external hard disk
amek lesen
S.E xperia vivaz
my first car
netbook
bola guli
VB team
DSLR
family holiday
Encik P
settle ptptn
...bahagia sampai ke syurga...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...