CHAP 6
Aku memandang jauh ke tengah laut. Tak pasal-pasal dengan
aku sekali terdampar kat sini. Nak eratkan sillaturrahimlah konon. Erat apanya,
aku ditinggalkan terkontang-kanting kat sini, sedangkan dia enjoy dengan kawan-kawan dia. macam
manalah nenek boleh benarkan aku ikut si Riyat ni datang bercuti dengan
kawan-kawan dia.
masalahnya, kawan-kawannya semua datang berpasangan dan yang
paling peting SUDAH BERKAHWIN! Aku dengan dia ni? dah tu bukan senang nak buat
kawan. Yang isteri-isteri semua nak berkepit dengan suami. Habis, aku ni? takkan nak berkepit dengan Riyat? hish... tak
berkenan betul aku!
Eh, kenapa aku rasa macam kaki dah tak jejak pasir ni?
Dan saat itu barulah aku sedar! Aku dah kat tengah laut!
Mulalah cemas tak tentu pasal. Nenek, tolong!!
Air laut dah tak tahu berapa gelen aku telan. Sedar-sedar aje, aku rasa macam ada tangan
yang sedang memaut aku. Riyat! Dalam kekalutan itu, sempat juga aku
menepis-nepis tubuh Riyat. Tidak sudi
disentuhnya. Tahu-tahu aje, aku rasa pedih kat pipi dan kemudian semuanya jadi
kelam.
“KIKI bangun kiki. Jangan takutkan aku macam
ni!”
Suara itu kedengaran lagi. aku kat mana ni? kenapa gelap
sahaja? Aku dah mati lemas ke?
“kirana, jangan buat macam ni kat aku...”
Terasa macam pipiku ditampar-tampar. Nak marah, suaraku tak
terkeluar. tiba-tiba ada satu rasa membuak-buak di dalam dada aku.
Uhuk...uhuk!!!
Bila aku buka mata, Riyat sedang berada ditepi aku. Begitu
dekat dengan wajahku.
Dia nak buat CPR ke ni? tanpa menunggu lama, aku terus
menolak tubuhnya sekuat hati!
Aku muntah lagi, mengeluarkan air laut yang banyak tertelan
tadi. Orang-orang yang mengerumuni aku sudah mula beredar.
“kenapa dengan kau ni hah?” Riyat memarahi aku bila hanya
tinggal kami berdua sahaja di situ. dia terduduk keletihan di sebelahku.
Wajahnya garang. Ini pertama kali aku takut mahu melawan pandang dengannya.
“kalau kau mati lemas, aku nak jawab apa pada nenek? Kau
ingat, aku nak sangat kau ada kat sini?”
Aku diam lagi. tidak terlintas di hatiku mahu bergaduh
dengannya kerana aku tahu, ia memang salah aku.
“Kiki! Aku tanya ni! kau ni memang degil kan? dah tahu tak
reti berenang, yang pergi sampai ke tengah laut tu kenapa? Suka sangat
menyusahkan orang!Mak bapak kau tak ajar ke!”
“RIYAT!!”
Saat itu, mataku sudah bergenang. Riyat terus diam membisu,
mungkin sudah menyedari yang dia telah terlepas cakap.
“aku nak ingatkan kau kalau kau dah lupa: mak bapak aku dah
mati masa aku belum sempat kenal ABC lagi! kau boleh kutuk aku apa sahaja
selain mereka!” jelasku tegas. Bergetar suaraku menahan marah.
Bila merasakan yang aku sudah mampu berdiri sendiri, tanpa
menunggu lama aku terus meninggalkan RIyat. Aku berlari pulang ke chalet. Beg
pakaian, aku kemas segera. Tidak guna lagi aku berada di sini, apatah lagi dia
sendiri tidak mahu aku ada.
Air mata yang mengalir laju, aku biarkan sahaja.
“Kiki, bukak pintu ni!” aku terdengar jeritan RIyat dari
balik pintu. Pintu itu aku pandang sekilas sebelum kembali meneruskan kerjaku.
Air mata, aku kesat kasar. dekat mana tisu entah! Masa-masa ni jugalah dia nak
main aci sembunyi dengan aku.
“Kiki, aku minta maaf!”
Ungkapan itu membuatkan tanganku berhenti berkemas. Ungkapan
maaf pertama dari Riyat selama kami kenal!
“kau nak ke mana kiki?” soal Riyat kalut bila aku membuka
pintu bersama beg pakaian yang sudah siap dikemas.
“aku nak balik!” itu jawapan aku. Memang aku nak balik pun.
pertama, pulang ke rumah nenek kerana keretaku ada di sana. Kedua, terus balik KL
selepas itu!
“kita balik sama-sama.”
“tak payah. Aku balik sendiri. Kau tak payah risau pasal
aku. Aku tak nak menyusahkan kau, aku tak nak juga berada kat sini.”
“Kiki, please...”
“NO! Aku memang tak tahu berenang. Tapi aku rasa black belt
aku akan berguna kalau orang kacau aku. So
please, excuse me!”
Tangannya yang menghalang laluan aku, aku tepis sekuat hati.
Hampir terjatuh dia. lantaklah, aku peduli apa!
Kebetulan shuttle van
datang tepat pada waktunya. Aku terus meloloskan diri ke dalam van itu.
“kejap ye cik, ada olang suruh saya tunggu!”
Aduh, apa lagi apek ni! tunggu orang pula. buatnya si Riyat
tu datang tarik aku, macam mana?
Seperti yang aku sangka-sangka wajah Riyat menjengah di
cermin tingkap van itu. dia menarik pintu dari luar, aku pula menahannya dari
dalam.
“aiya adik manis! Dia pun pelanggan saya. Jangan ini macamlah!”
teguran dari apek itu membuatkan tindakanku terhenti.
“aku tak nak turun,” kataku bila Riyat membuka pintu van.
“siapa suruh kau turun. Aku nak naik. Nak ikut kau balik!”
jawab Riyat.
“amoi, laki manyak hensem macam dia pujuk sama lu, takkan lu
mau marah lagi. kasi canlah!” sampuk apek itu lagi sebelum dia meneruskan
perjalanan ke jeti. Kemudian dia tersengih.
Apek ni, tadi bukan main lagi dia bersopan denganku. Siap
bercik-cik. Sekarang amoi-lu pula.
“dia datang bulanlah tauke! Sebab tu marah semacam!” balas
Riyat lalu ketawa.
Aku menjeling Riyat di sebelahku. Langsung tidak rasa
bersalah. Boleh pula dia bergurau-senda dengan apek van ni. entah apa mereka
berdua berborak selepas itu, aku sudah tidak ambil pusing. Lantak engkaulah
Riyat!
bersambung...
0 bunga-bunga cOmeL:
Post a Comment