Al- Baqarah

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."


Saturday, December 26, 2009

...kamp0ng girl~ v0L 3


“INN cepatlah pilihkan I baju mana yang cantik,” pinta Sophia. Dia tidak tahu mana satu yang ingin dibelinya memandangkan semua yang ada di situ begitu asing dengan seleranya selama ini.
“wah, lembutnya kain ni! Jahitannya pun halus,” Intan melahirkan rasa kagum sambil tangannya menyentuh baju-baju yang bergantungan di situ.
Sophia hanya tersenyum mendengar kata-kata Intan. Kalau kainnya tidak secantik ini, masakan mamanya mencadangkan agar dia ke sini.
“So yang mana you berkenan Inn?” soal Sophia lagi.
“semua cantik-cantik. Rambang mata Inn dibuatnya. Tapi Inn sukalah yang ni. Tanah putih, ada  bunga-bunga kecil warna merah hati, biru dan ungu. Nampak suci sangat!” puji Intan.
“ala Inn ni.. kalau yang tu sesuai untuk Inn,” balas Sophia. Dia akui memang cantik. Tapi kalau untuk dirinya seperti tidak sesuai. “Belilah untuk Inn? Dah lama I tengok you tak tukar baju baru”
Memang intan begitu tertarik dengan bau kurung tersebut. Tangannya segera mencapai tag harga. Rm399.90! intan menelan semula niatnya. Kalau ikutkan duit tajaan yang diterimanya, dia mampu untuk memiliki baju semahal itu tetapi apa yang mengusik fikirannya saat itu adalah dengan nilai yang sama dia boleh membeli beberapa pasang baju kurung biasa. Jadi mengapa perlu membazir duit?
“Intan? Apa yang you fikir ni? Betullah, I rasa baju ni memang sesuai untuk you,” kata Sophia lagi, diikuti dengan anggukkan jurujual yang sedari tadi setia mengekori mereka.
“err… baju ni cantik sangatlah kak, segan pula saya nak pakai,” intan berdalih lalu melangkah ke bahagian kurung sutera pula manakala Sophia dilihatnya sedang bercakap-cakap dengan jurujual tersebut. Tentang apa? Dia tidak pasti.
Akhirnya setelah hampir sejam barulah mereka beredar dari butik itu. sebelum pulang, Sophia membawa Intan bersiar-siar di sekitar KLCC. Dan seperti selalu, Intan begitu kaya dengan ekspresi kekagumannya terhadap apa yang menyinggah pada deria matanya. Sekali-sekali Sophia menahan rasa geli hati melihat gelagat Intan tetapi itulah yang membuatkan hatinya terhibur.
“jom Inn, kita makan dulu,” pelawa Sophia.
“makan kat mana kak?” soal intan pula.
“up to you. If you nak makan fast food, so kita pergilah somewhere like McD, KFC or pizza hut maybe? Or you nak makan berat, kita pergi makan dekat food court je la. semua ada kat situ,” kata Sophia.
“hmmm… ikut akak la. Inn tak kisah,”balas Intan.
“don’t worry Inn. I belanja,” kata sophia memahami resah di hati Intan. Pasti dia memikirkan tentang harga makanan.
“err.. tak payahlah kak. Kak belanja diri sendiri je,” balas Intan, menolak pelawaan Sophia.kalau ikutkan perutnya, dia masih kenyang lagi.
“ala, kalau ikut you, memang tak makanlah I,” kata Sophia pula. lalu tangan intan ditarik menuju ke restoran pizza hut.
Intan hanya menurut. Apabila ditanya Sophia, pernahkah dia makan di situ, Intan hanya menggeleng sambil tersengih. Mana ada restoran pizza hut di kampungnya.
“selamat datang.Berapa orang cik?” soal gadis yang menjadi penyambut pelayan di depan restoran pizza hut sambil tersenyum.
“dua,” jawab Sophia.
“sila ikut saya,” balas gadis itu pula. intan melihat nama di tag gadis itu. munirah.
Mereka dibawa ke satu meja. Hari ni pelanggan tidak ramai seperti selalu, mungkin kerana hari berkerja. Menu diberikan kepada mereka, Intan tidak ambil pusing. Matanya meliar memandang suasana di dalam restoran pizza hut. ada satu kaunter tempat di mana pizza dihidangkan. Ada satu kaunter, tempat menjelaskan bayaran. Dia lihat ada dua orang sedang beratur di situ. Munirah pula telah kembali ke posisi asalnya di pintu masuk restoran ini.
“welcome to pizza hut. Your order, miss?” soal seorang pelayan.
“you nak apa Inn?”
“saya ikut akak jelah,”balas Intan sambil tersengih.
“kalau macam tu, let have a large chicken Hawaiian  pizza. Is coke ok with you Inn?” soal Sophia. Intan hanya mengangguk.
“ok. so one  large chicken Hawaiian pizza with coke. For two right?” soal pelayan itu setelah mengulangi apa yang dipesan oleh Sophia. Sophia mengangguk.
Sophia dan intan berborak-borak sementara menanti pizza sampai. Sekali-sekali mereka ketawa berkongsi kisah lucu masing-masing.
“ni kalau I tinggalkan you kat sini, mesti you sesat kan?” tanya Sophia lalu ketawa.
“kalau saya sesat, saya cari parking la kak. Apa lagi nak buat? Kalau tak tau jalan, terpaksa tanya orang. Yela, orang cakap kalau malu bertanya sesat jalan. Ni kalau dah sesat tapi tak reti nak bertanya, tak taulah nak cakap apa lagi,” balas Intan. Dia ketawa. Memang betul pun kalau ditinggalkan Sophia, dia mesti sesat dalam KLCC ni.
Pizza yang dipesan tiba selepas beberapa minit. intan makan dengan penuh berselera sekali. Sekali-sekali tukar menu, bagus juga. Dia tidak pernah merasa makanan lain selain yang bisa didapati di kampungnya.
“terima kasih kak untuk hari ni,” kata Intan ketika mereka sedang menjamu selera.
Sophia mengangkat keningnya, “untuk apa?” soal Sophia pula.
“untuk bawa saya jalan-jalan di KLCC ni dan belanja saya makan pizza hut sampai buncit! Akak lah ni. Ada ke suruh saya habiskan. 4 slices saya makan, sangat kenyang,” jawab Intan sambil ketawa. Begitu juga Sophia. Dia ketawa selepas mendengar ayat terakhir dari Intan.
“ ini hadiah untuk Inn sebab temankan I shopping.”
Mereka beredar sejurus selepas menjelaskan bayaran. Intan mengusap perutnya yang sudah dirasakan buncit. Dia tersengih. Hatinya lapang benar hari ni. Dia menyanyi-nyanyi perlahan, hanya dia sahaja yang mendengarnya. Sementara Sophia pula senyum melihat kegembiraan Intan. Beg-beg pakaian di tangannya di peluk ke dada. Dia juga turut gembira sebenarnya. Akhirnya hasratnya untuk memiliki baju kurung tercapai.
“aduh!” tiba-tiba Intan mengaduh. Lelaki yang melaanggarnya membuat dia tidak stabil dan hampir sahaja jatuh. Mujur sempat dicapai tangan Sophia.
“hei, buta ke mata tu?” intan disergah pula sebelum dia sempat berdiri dengan betul lagi.
“you yang langgar dia ok!”balas Sophia. Sakit hatinya melihat perangai lelaki itu. sudahlah dia yang merempuh Intan, jangan kata nak minta maaf, dimarahi Intan pula.
“huh!” balasnya lalu berlalu meninggalkan mereka.
“hei..”
“ala kak, biarlah dia. sikit aje ni,”pintas Intan.
“you ni kan… janganlah baik sangat. I pula yang geram. Hish..”
Intan hanya ketawa. Baik sangatkah dia?
“kak, intan macam pernah tengok je dia tu,” kata intan ketika mereka masuk ke dalam lift.
“well, he looks familiar to me too,” balas Sophia. “dahlah Inn, sakit hati je cakap pasal  dia.”
Saat itu mereka sama-sama terdiam apabila kereta lelaki itu melewati mereka. Intan dan Sophia memandang sesama sendiri. Bulat mata Sophia apabila lelaki itu menjelirkan lidahnya kepada mereka.
“so childish! Harap kereta aje cantik.”marah Sophia.
Namun akhirnya mereka sama-sama ketawa.
-----
Keesokan harinya, intan ke kelas seperti biasa. Seri masih lagi enak melayani tidurnya saat Intan bersiap-siap mahu ke kelas. Pagi itu dia ke kelas bersama dengan Julia. Julia kini turut menjadi teman baiknya. Mereka berborak-borak di sepanjang perjalanan mereka ke kelas. Intan turut menceritakan perihal dia ke KLCC petang semalam. 
“eh, kenapa pintu ni susah pula nak tolak?” tanya Intan pada Julia saat dia menolak pintu dewan kuliah itu.
“pintu ni kan memang berat. Kau tolaklah kuat sikit,” balas Julia.
Intan tidak tunggu lama. Dia mengumpulkan tenaganya dan menolak pintu itu sekuat mungkin.
“aduh!” intan terkejut apabila ada suara orang mengaduh.
“alamak, maaf-maaf. Saya tak sengaja,” kata Intan sebaik sahaja melihat lelaki yang mengaduh tadi jatuh terduduk.
“kau ni buta ke apa? Tak nampak ke aku nak keluar ni!” balas lelaki itu. Intan hanya diam. Memang salah dia.
“kau ingat dengan minta maaf tu boleh hilang ke sakit aku jatuh ni?” marah lelaki itu lagi. Cermin mata hitamnya ditanggalkan.
Intan terkejut! Dia lelaki yang sama yang melanggarnya semalam. Aku dilanggar, aku kena marah. Hari ni kau kena langgar, aku minta maaf pun aku juga yang kena marah! Intan mengumam di dalam hati. Matanya sempat menjeling ke meja pensyarah. Masih kosong. Dr. Anuar masih belum masuk.
“yang awak tu pakai cermin mata hitam dalam DK ni siapa suruh? Ni pintu masuk ok! pintu keluar sebelah sana.”
“aku peduli apa, masuk ke keluar ke. Yang penting ni jalan aku.” balas lelaki itu tidak mengalah.
“oh, jalan awak? Ada tulis nama awak? Ada ke? ” intan turut sama tidak mahu mengalah.
“intan dah la tu. Semua orang pandang tu,” pujuk Julia. Matanya meliar pada padangan-pandangan sinis yang dilemparkan pada mereka. Ada yang ketawa.ada yang tersenyum-senyum. Intan tidak peduli dengan pandangan-pandangan itu. lelaki ini harus di ajar.
“bukan salah aku,” kata intan pada Julia. Sengaja dikuatkan ayatnya agar lelaki itu dengar apa yang dikatakannya.
“kau ni!” lelaki itu sudah mengangkat jari telunjuknya ke muka Intan.
“apa?apa? awak ingat telunjuk awak tu buat saya takut ke? Dia langgar orang, dia marah. Minta maaf pun tidak. Orang langgar dia, dia juga yang naik angin!”
“Aidil, Intan, apa yang kamu bising-bising ni?” suara Dr. Anuar mengejutkan mereka. Intan terdiam. Begitu juga lelaki yang dipanggil Aidil oleh Dr. Anuar. Wajahnya menggambarkan rasa tidak puas hati. Sudahlah tesisnya ada masalah, ni masalah datang lagi. Mana dia tak naik angin.
“nothing sir,” serentak Intan dan Aidil bersuara.
“Aidil, i heard you have an appointment with Dr. Anis? You better go now. She’s waiting for you,”kata Dr. Anuar. Dalam diam dia ingin menyuruh Aidil keluar supaya perbalahan itu dapat dihentikan dan dia boleh memulakan kelasnya.
“and you intan, better get your seat. I will start the class soon,” katanya pada Intan pula.
“sorry sir, and you too,  I’m sorry,” dengusnya kasar  sambil matanya memandang Aidil lalu tangannya menarik tangan Julia meninggalkan mereka di situ.
----
Memalukan betul apabila dia mengingati saat  pergaduhan dia dengan lelaki yang bernama Aidil di dewan kuliah tadi. Entah mengapa, ego lelaki itu turut mengheretnya melayani egonya pula. lantas perbalahan yang sepatutnya tidak terjadi sebaliknya menjadi sangat lama.
“hai Inn, kenapa termenung-termenung ni?” Sapa Taufik ketika melihat Intan keseorangan di cafeteria itu.
“oh, taufik, kak sophia! Dudukla,” balas Intan.
“you ni, dengan taufik you tak panggil abang pula,” tanya sophia tidak puas hati. Mereka berdua mengambil tempat duduk di tempat Intan.
“dia tak kasi panggil abanglah kak. Lagipun dia bahasakan kau-aku aje dengan Inn ni,”jawab Inn sambil tersengih. Taufik pula hanya tersenyum mendengar jawapan Intan. Memang benar dia tidak mahu intan memanggilnya abang. Tak rocklah!
“ada-ada je you ni. Mana Julia?” soal Sophia lagi.
“dia ada kelas.”
“intan, aku dengar tadi kau gaduh dengan Aidil ye?”
Intan yang sedang minum air, terus tersedak. Wajahnya menggambarkan rasa terkejut. Bagaimana taufik tahu? Kalau taufik tahu tentu Sophia juga tahu. Tentunya teman-teman mereka yang lain juga tahu.
“betullah tu sayang. Kalau tak, takkanlah sampai tersedak,” balas Sophia sambil tersenyum.
“ye. Tapi dia yang salah. Pintu masuk yang dia nak keluar siapa suruh. Lepas tu bila Inn minta maaf, dia nak marah-marah lagi. Mana Inn tak bengang kak. Akak tau tak, dia jugaklah yang langgar Inn semalam masa kita nak balik tu,” jelas Intan.
“I tau. Lepas balik tu, I tanya taufik. Dia memang belajar sini. Pelajar tahun akhir tapi course tak sama dengan kita orang and I tak rapat sangat dan dah lama tak jumpa dengan dia. Taufik kenallah dia .sebab tulah I tak berapa kenal dia cuma rasa macam familiar je.”
“macam mana akak dan Taufik tahu?”
“tadi kitaorang jumpa Dr. Anis pasal tesis. Dia pun ada. aku tengok muka dia macam nak telan orang je, aku pun tanyalah kenapa.”
Intan hanya mendengar apa yang diceritakan oleh taufik sambil mengangguk-angguk.
“dia tu baik sebenarnya intan. Cuma ada masalah dengan tesis dia lately ni. Tu yang angin semacam tu,” jelas Taufik. Intan mencebikkan bibirnya. Sebab mahu menyokong Aidil? dia tidak ambil pusing. Biarlah apa yang ingin diperkatakan Taufik tentang Aidil. dia sudah punya persepsi buruk tentang lelaki itu. Selagi Aidil tidak memohon maaf, jangan harap dia ingin berbaik-baik dengannya.
“err.. subjek dr.anuar susah tak? Nanti exam Inn mula dengan paper dia,” intan menukar tajuk perbualan mereka.
“Dr.Anuar? subjek apa ya sayang?” Sophia bertanya kepada Taufik pula.
“ODE ke? Ordinary differential Equation?”
Intan mengangguk.
“well, kalau ODE kau kenalah study banyak sikit. I mean, do a lot of exercises and past year. insyaAllah, you can score,” jelas Taufik diikuti dengan anggukan dari Sophia. Taufik bangun. perutnya sudah berkeroncong. Dia mahu mencari sesuatu untuk dimakan.
“dekat mana nak cari past year?” soal Intan lagi. Dia lupa tentang soalan-soalan tahun lepas.
“dekat library pun ada. or you can download from our official website. Ada juga. I punya ODE dah sedekah pada orang. Dah tak ingat dah siapa. You ada, Fik?” soal Sophia pada Taufik sebaik sahaja Taufik datang semula kepada mereka dengan dua pinggan nasi ayam di tangan.
“ada apa sayang? Ni nasi ayam untuk you. You nak air apa?” soal Taufik pada Sophia.
“pasal past year ODE, you ada tak?”
Taufik menggeleng.
“nak air apa?” soal Taufik lagi.
“I ada beli air ni tadi. Nescafe untuk you, nah!” kata Sophia, menjawab pertanyaan Taufik lalu menyerahkan air tin Nescafe untuknya. Taufik menyambutnya. Mereka berbalas-balas senyuman.
Intan hanya tersenyum memandang gelagat mereka berdua. Sangat memahami antara satu sama lain. Alangkah bahagianya dia, jika dia dan pasangannya juga seperti mereka.
Intan, sekarang bukan masanya untuk bercinta! Dia mengingatkan diri sendiri. Namun senyuman itu tidak mampu dia hapuskan. Biarlah, itu lumrah manusia. Merasai kebahagiaan, mempunyai anganan untuk hidup bersama orang yang dicintai.
“kau ni kenapa senyum-senyum ni?” soalan Taufik yang tiba-tiba mematikan senyuman Intan.
“tak ada apa-apa,” balasnya. Namun sekali lagi dia tidak dapat menyembunyikan senyum di wajahnya.
“sayang, tu Aidil kan?” sOphia bersuara. Sudu di tangannya diletakkan di pinggan. Air milo dicapai lalu dihirup seteguk.
Taufik mengangguk. intan pantas melontarkan pandangannya ke arah yang sedang dilihat oleh Taufik dan Sophia. Ya, memang Aidil si kacamata hitam itu!
“AIDIL!!!”laungan Taufik menambahkan riak cemas diwajah Intan. Dia segera menghabiskan nasi kerabunya.
“you ni, kenapa panggil Aidil? Tengok Intan dah gelabah,” bisik Sophia ke telinga taufik. Walaupun perlahan Intan masih lagi dapat mendengarnya.
“alamak, tapi I nak tanya dia pasal tesislah sayang,” balas Taufik. Dia menepuk dahinya sendiri.  Salahnya kerana terlupa tentang perbalahan intan dan aidil pagi tadi. Tetapi sudah terlambat apabila Aidil sudah menghampiri mereka.
Intan segera bangun sebelum egonya bermaharajalela semula.
“hei budak kampung!” panggil Aidil dengan nada yang amat menjengkelkan sekali.
Intan berhenti melangkah. Panggilan itu membuatkan hatinya panas.  Belum ada yang pernah memanggilnya begitu.
“kau….!”

3 bunga-bunga cOmeL:

-m3- said... [reply to comment]

drama2...hehe
clap clap!

pelaholic said... [reply to comment]

ko ni saje je nak lambatkan novel...kasi la habis terus...

n wait...nak bg correction skit...pasal kat kedai pizza...1st ko ckp,inn tak penah makan pizza,tak penah g kedai pizza...tapi lepas tu ko ckp,kedai pizza tak se busy/sesibuk/seramai sebelum2 ni kerana hari keje...camne dia tahu sebelum ni ramai org kat kedai pizza?just a correction...ko kan nak wat novel...so aku perbetulkan skit...minor error...hehehe...beware...:P

best gak citer ko ni...cepat2 habiskan...

ATIE said... [reply to comment]

m3: tq..hee
pelah: disebabkan k0 da ckp aku pun cek balik... n ayat tu narrator. n narrator bukan 'aku' maksudnya bukan si intan tu la. tp xpe... mungkin time aku wt tu nampak cm aku x perasan ayat tu dah jd ayat dr perspektif intan,.. hee.. thanx for ur attention..

cte ni pjg lagi wei.. aku terbuat pnjg.. hee

CHEMISTRY without CATALYSIS, would be a SWORD without a HANDLE, a LIGHT without BRILLIANCE, a BELL without SOUND.

~love chemistry~

.giRLs DrEaM TEaM.

.giRLs DrEaM TEaM.

.wishlist.

tamat belajar
gaji pertama
konvo
external hard disk
amek lesen
S.E xperia vivaz
my first car
netbook
bola guli
VB team
DSLR
family holiday
Encik P
settle ptptn
...bahagia sampai ke syurga...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...