Al- Baqarah

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."


Thursday, January 6, 2011

euthanasia_bab 2


BAB 2
BATU HAMPAR, KEDAH
13 MAC 2006
Dia menahan air mata. Ke manakah suaminya di kala dirinya memerlukan dorongan serta bantuan? Beginikah nasibnya setelah dia hilang upaya? Sungguh bukan ini yang dipintanya. Siapa yang mahukan kesakitan? Siapa yang mahukan kecacatan?

“Hasil ujian dari Lumbar Puncture yang kita buat sebulan yang lalu, mengesahkan awak mengidap Acute Intermittent Porphyria (AIP) iaitu sejenis penyakit yang disebabkan oleh keadaan kurang normal dalam pembentukan hemepigment. Atau dari segi perubatan, kita katakan sebagai a group of inherited disorder involving abnormalities in the production of hemepigment.”
“Saya kurang faham doktor. Acute Inter...”
Acute Intermittent Porphyria,” Dr. Nadia menyambung ayat Amilia. Dia faham tentu susah bagi Amilia untuk menyebut penyakit yang dihidapinya hanya dengan sekali dengar. Sewaktu menuntut dulu dia sendiri pun berbelit lidah untuk menyebut perkataan-perkataan perubatan yang dipelajarinya.
“Apa-apa jelah doktor.” Balas Amilia acuh tak acuh.
“Saya harap awak dapat bersabar dengan apa yang bakal awak dengar. Begini, awak sekarang menghadapi masalah dengan hemoglobin yang membentuk sel darah merah. Ia terjadi apabila darah di dalam badan kita kekurangan sejenis enzim yang dibentuk oleh hemoglobin yang akhirnya mengganggu sisitem saraf di dalam badan.”
Amilia terpaku mendengar penjelasan dari doktor itu. Melihatkan pandangan sayu doktor muda itu saja sudah cukup membuatkan dia rasa sangat terharu. Dirasakan punah sudah dunianya. Dirasakan hancur luluh batinnya, apalah dayanya melawan takdir yang Maha Esa.

“Ami, hari ni nampak sihat sikit.” Suara Mak Leha mengejutkan lamunan Amilia.
Amilia tersenyum. Terasa senyumnya begitu tawar.
Ibu… maafkan Ami, selalu menyusahkan ibu dan ayah.
“Hei, jangan nangis. Nanti ibu sedih. Ami nak tengok ibu sedih?”
Amilia menggeleng lemah. Mak Leha sayu melihat keadaan anaknya. Dengan usianya dan kesihatannya yang kadang-kadang uzur membataskan pergerakkannya. Apatah lagi melawat Amilia ketika di tahan di wad Hospital Sungai Petani untuk rawatan seterusnya. Hanya picisan doa siang dan malam yang dikirimnya dari jauh untuk anak tersayang.
Maafkan ibu, nak. Ibu tak mampu menjaga kau selalu.
 Kini air matanya pula yang merembes membasahi pipi tuanya. Pantas di kesat air matanya supaya tidak dilihat anaknya.
“Mana abang Sham, ibu?” soalnya sayu.
“Dia sibuk kerja barangkali.” Balas Mak Leha tetapi melarikan pandangan matanya daripada diterjah Amilia.
Dalam hatinya bertambah rasa kecewa. Sibuk kerja apanya kalau asyik berkepit dengan perempuan 24 jam. Geram di hati hanya Tuhan yang tahu. Benci!!! Benci!!!
“Ibu, sakit ibu!!” Dia mengerang. Tekanan perasaan yang dihadapinya membuatkan dia diserang sakit itu lagi. Katilnya bergoyang menahan gigilan badannya.
“Ibu tolong Ami, ibu.. Argghhh…” Amilia merintih lagi. Bercucuran air mata ibunya.
“Bang, Ami bang!” Mak Leha menjerit memberitahu suaminya, Pak Awang
“Angah call ambulans cepat!” Pak Awang segera mengarah anak lelakinya. Mereka sama-sama berlari mendapatkan Amilia yang berada di dalam bilik.
Dia melihat kedua orang tuanya kalut. Begitu jua Angahnya. Perasaan sedih segera hinggap di hatinya. Namun tidak sesekali sakitnya hilang. Allah.. Dia menyebut kalimah itu di dalam hati. Adakah masaku dah tiba? Tiba-tiba pandangannya gelap. Tiada lagi kedengarann suara ibu dan ayahnya mahupun angah.

HOSPITAL SUNGAI PETANI (HSP)

Sudah seminggu dia dimasukkan ke wad semula. Kejadian yang terjadi seminggu yang lalu masih segar di ingatannya. Kesakitan yang maha hebat ketika cecair infereon menjelajah ke seluruh urat sarafnya. Kerana tertekan dengan perangai suaminya, dia diserang lagi. Serangan yang bisa melemahkan seluruh sisa kekuatan yang ada. Dia sedih mengenangkan nasib sendiri.
“Kak Ami, kenapa ni? Masam je wajahnya. Dah tak cantik dah.” Usik seorang jururawat, Aza. Dia sedih melihat keadaan Amilia. Tapi apa yang dapat dia lakukan. Sekadar membantu apa yang patut. Malah dia gembira dapat melakukan semua itu. Menyuapkan makanan, membawa Amilia ke tandas, membantunya membuang air kecil ataupun besar. Tidak pernah dia merungut kerana itu tugasnya.
“Tak ada apa- apa,” balas Amilia malas. Bukan tidah mahu dilayan jururawat yang selama ini membantunya itu, tetapi dia penat, penat dengan keadaan dirinya sendiri.
“Ala tipulah Kak Ami. Hah, nanti datang Kak Ema si badan besar tu baru Kak Ami tau,” katanya berbaur ugutan. Amilia akhirnya tergelak lucu dengan gurauan Aza itu.
“Ha.. kan manis tersenyum,” puji Aza pula. Sengaja mahu  mengambil hati Amilia yang lara.
“Banyaklah Aza punya cantik. Kak Ami cacat macam ni pun  Aza cakap cantik,” Amilia ketawa lagi.
“Betullah Aza cakap. Untung suami akak,” balas Aza lalu tanpa menyedari yang kata- katanya bagai sembilu yang mencarikkan lagi luka di hati Amilia.
“Kalau suami tak ada perasaan, tak ada gunanya.”
“Ops.. Kak! Aza minta maaf. Aza terlepas. Maafkan Aza, kak.” Jururawat muda itu segera memohon maaf di atas keterlanjurannya. Tersengih-sengih dia di hadapan Amilia yang akhirnya mengangguk sambil tersenyum.





0 bunga-bunga cOmeL:

CHEMISTRY without CATALYSIS, would be a SWORD without a HANDLE, a LIGHT without BRILLIANCE, a BELL without SOUND.

~love chemistry~

.giRLs DrEaM TEaM.

.giRLs DrEaM TEaM.

.wishlist.

tamat belajar
gaji pertama
konvo
external hard disk
amek lesen
S.E xperia vivaz
my first car
netbook
bola guli
VB team
DSLR
family holiday
Encik P
settle ptptn
...bahagia sampai ke syurga...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...