Al- Baqarah

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."


Tuesday, June 2, 2009

umi khadijah (part 2)


Sudah lama rasanya aku tidak menjejakkan kaki ke MPH. Lebih sebulan lalu, kes Hafez dan dua minggu kebelakangan ini aku terlalu sibuk ke sana ke mari berjumpa dengan pelanggan pula. sejak peristiwa di rumahku dulu, aku sudah tidak mendengar sebarang berita langsung tentang Hafez dan anaknya Aqilla.

Sedang aku asyik melayani sebuah novel, Plain Jane, yang kukira lain sedikit jalan penceritaannya, datang seorang kanak-kanak kepadaku.

Hi auntie! How are you?” soal si kecil itu. comel benar suaranya bertanyakan itu ini kepadaku.
Apabila ditanya dengan siapa dia ke sini, senyumnya sampai ke telinga.
I come here with mama,” balasnya.
Oh, datang dengan mama mestilah datang dengan papa sekali. Hari ni hujung minggu. Takkanlah dia tak keluar dengan keluarga tersayang.
mom…!” tiba-tiba Aqilla berlari ke arah seorang wanita. Memang cantik wanita itu. jelas sekali dia bukan berasal dari sini, tapi pakaiannya memang bercirikan melayu. Kalah wanita melayu yang perasan minah salleh.
Mom that’s auntie Umi,” aku terdengar suara comel Aqilla memperkenalkan aku kepada ibunya.

Aku bangun lalu menghampiri mereka, tidak mahu dikatakan sombong. Selangkah lagi aku hampir tiba kepada mereka, kedengaran suara Hafez memanggil Aqilla. Saat itu, pandangan mata kami sudah bersatu. Aku mengalihkan pandangan. Apa kata isterinya pula nanti. Benarlah sangkaan hatiku tadi. Memang dia di sini.

“Lina, kenalkan ini adik kawan abang. Namanya Umi,” Hafez memperkenalkan diriku pada isterinya itu.
“jadi inilah, umi yang abang dan Aqilla ceritakan tu?” soalnya pada Hafez dengan bahasa melayu yang fasih. kulihat Hafez mengangguk. hai… kenapa aku pula yang menjadi bahan bualan antara mereka.
we are going to have lunch, why not if you come and join us,” pelawa Hafez padaku.
no abang! We are ok here. In fact, Lina nak bawa Aqilla pergi jumpa doktor kejap. So just two of you,” kata Lina. Gembira semacam pula dia.
I don’t think that’s the good idea. I nak stay lagi kat sini,” balas aku menolak tanpa sesiapa pun berkecil hati.
come onlah Umi, kenapa you selalu sangat tolak pelawaan I?” pujuk Hafez.

Aku memandang lelaki itu. matanya kelihatan begitu mengharap. Hatiku terasa serba-salah antara meneruskan prinsipku atau keluar bersamanya.

“yelah. I bayar ni dulu,” akhirnya aku menyatakan keputusanku.
Novel Plain Jane yang belum sempat aku tamatkan pembacaannya, aku bawa ke kaunter pembayaran.
“ Lina, are you sure?” soal Hafez sekali lagi sebelum meninggalkan isterinya.

Aku lihat Lina mengangguk. senyuman manis menghiasi wajahnya. Rasa bersalah menghantui sanubariku. Benarkah tindakanku ini? keluar dengan suami orang? Tetapi isterinya sendiri yang memberi izin. Malah kulihat matanya, senyumnya kelihatan berseri-seri. Jangan-jangan aku calon madunya. Oh tidak!!

“you fikir apa Umi?” Hafez tiba-tiba menyoal aku. Aku hanya menggeleng. Bimbang dia berkecil hati pula jika aku berterus- terang.
“Umi, you nak tahu tak? You dah salah faham. Lina…” kata-katanya terhenti apabila telefon bimbitku berbunyi.
“sebentar ya. I jawab call dulu,”kataku padanya.
“siapa tadi?”soalnya sebaik sahaja aku menamatkan panggilan.
“mama, dia minta tolong beli barang dapur sikit sebelum I balik nanti,”jawabku jujur.
“ok, nanti I temankan you,” katanya pula.
“eh, tak perlu susah-susah. I boleh buat sendiri,” balasku.
“cuba sekali-sekali you terima pertolongan I?” katanya hampa.
“ha, apa yang you nak cakap tadi?” soalku menukar topik. Malas mahu bergaduh dengannya.
“emmm… nothing important. I pun dah lupa,”balas Hafez lalu tersenyum. aku hanya mengangguk. senyumannya mengingatkan aku pada seseorang. Seseorang yang telah lama meninggalkan aku.

Kami makan tengah hari di secret receipy. Dia yang beria-ria ingin makan di situ. Aku menurut sahaja langkah kakinya.
“umi, kenapa Umi belum kahwin?” soal dia tiba-tiba.
“belum sampai seru agaknya. Nanti bila dah tiba hari tu, I jemput you ok?” balasku lalu tersenyum.
“you mesti suka tengok orang bersanding kan?” soalnya lagi.
“kenapa you cakap macam tu?”
“sebab you kan suka keindahan-keindahan ni. Ingat tak masa you cerita pada I tentang persandingan abang you? You look so excited my dear..” jawabnya lalu ketawa. Aku turut ketawa.
“macam yang you cakap. Tapi tak adalah I selalu pergi kenduri kahwin tengok orang bersanding. I pun ada banyak kerja.tapi bila kawan-kawan I jemput ke kenduri dia orang, I takkan lepaskan peluang,” jelasku lalu tersenyum lebar. Benar, aku jarang sekali tidak menghadiri kenduri teman-temanku.
“ok, kalau macam tu, I nak ajak you temankan I ke kenduri kawan I boleh? Kenduri kahwin dia dalam adat istiadat tentera. Please….” Pujuk Hafez.
“hah, kenapa pula ajak I. Lina dan Aqilla kan ada?” balasku. Sungguh aku teringin pergi bersamanya, tetapi statusnya itu…
“umi sayang…. Sampai bila you nak salah faham ni?”
“hei, don’t ever call me sayang ok! you tu dah ada wife!”
“tau tak dari dulu, I gilakan you!”
“merepek! Berhenti ckap pasal ni! Kalau tak I balik. Menyesal I keluar makan dengan you,”
“ok..ok.. I’m sorry. We talk about anything else,” pujuknya.


Aku segera pulang ke rumah selepas membeli barangan yang dipesan mama. Sepanjang perjalanan pulang, aku hanya berdiam diri. Hafez hanya menghantarku melalui pandangan matanya saat keretaku meninggalkan kawasan parking Midvalley.

“kenapa anak mama ni bermuram durja aje ni?” soal mama, menghentikan lamunanku.
“tak ada apa-apa mama. Tadi jumpa Hafez anak beranak dekat MPH. and then dia ajak lunch. Sudahlah bini dia ada sama, Umi malaslah nak ikut. Tapi mama tau tak, isteri dia kasi je Umi ni keluar dengan Hafez,” ceritaku pada mama.
“then what’s the problem?” aku sedikit terkejut bila mama bertanyakan soalan itu.
“mama… he’s married!” balasku tidak mahu mengalah. Mama ketawa.
“ada ke dia cakap dia dah kahwin?”

Aku menggeleng. Senyum mama melebar. Apa makna senyum itu? Nanti...! Tiada seorang pun yang cakap dia tu dah kahwin. In fact, aku sahaja yang menelah sebegitu.
are you hiding something from me?”soalku pada mama. Mama tersenyum lagi.
you better ask him Umi,”balas Umi.

Aku terus naik ke bilik. ada sesuatu yang ingin aku tanyakan pada lelaki itu. sampai hati dia berahsia denganku. Mungkin juga aku yang bersalah, dia sudah beberapa kali ingin berterus terang dengan aku. malah baru tadi dia cakap sampai bila aku perlu salah faham?

Namanya di dalam contact listku segera aku klik. Saat-saat yang berlalu sementara menanti dia menyambut panggilanku menyesakkan ruang dada. berdebar-debar jantungku menanti jawapan dari bibirnya sendiri.

Panggilan pertama, tidak berjawab. Begitu juga panggilan kedua dan ketiga. Namun apabila yang kelima juga tidak berjawab, aku menghantar sms kepadanya. barangkali dia tengah sibuk sekarang.

Malam sudah melabuhkan tirainya. Bintang-bintang dan sinar bulan sudah menghiasi dada langit yang kelam. Bunyi-bunyi kenderaan yang bersimpang siur siang tadi sudah berkurang. Mereka juga tahu pulang. Abang juga sudah pulang dari jamuan makan malam tahunan tempat dia bekerja. Si kecil Aiman sudah lama dibuai mimpi. Namun aku masih setia menanti di sisi telefon bimbitku.

“jangan hubungi saya lagi!” teringat kata-kataku padanya siang tadi sebelum keretaku memecut meninggalkan dia.

Tiba-tiba telefonku berdering.nama Hafez di skrin membuatkan dadaku berdebar-debar. Lambat-lambat aku menyusun kata.

hello, is that you umi?” soal suara itu. yang aku pasti itu bukan suara Hafez.
yes. Siapa tu?” soalku pula.
“I Amir, adik Hafez. hafez dekat HKL sekarang. Dia accident. Mungkin you patut datang. Sorry I’ve read your message,” katanya dan merujuk pula mesej yang aku hantar pada Hafez tadi. Ah, malunya!
it’s ok. I think you better come here,” suara itu kedengaran lagi. Mungkin kerana aku terlalu lama berdiam diri.

Sebaik sahaja bertanya butiran yang perlu,dia menamatkan panggilan. Tatkala itu jugalah, pintu bilikku diketuk kuat. Aku bangun lalu menapak ke pintu. Aku yang masih terkejut ini bertambah terkejut melihat muka abang terpacul di depan pintu bilikku.

“abang, Hafez…” kataku perlahan. Entah mengapa tiba-tiba kejadian petang tadi menerjah ke ruang mindaku lalu meniupkan rasa bersalah yang tidak terkira. Bagaimana kalau hal itu yang mengganggu fikirannya hingga dia terlibat dalam kemalangan.
“abang pun baru dapat panggilan adiknya. Umi nak ikut tak?” soal abang padaku.
“Umi… Umi.. tak tahu…” balasku gugup. Lemah rasanya kaki aku saat itu. ai mataku mula bergenang.
“dah..dah.. pergi siap! Abang tunggu bawah,” arah abang. Aku turuti jua akhirnya.

Tidak sampai 20 minit kemudian, kami sudah tiba di sana. Kak Ann tidak turut sama kerana bimbang meninggalkan Aiman. Mama dan papa pula hanya menanti berita dari kami berdua. Aku masih lagi kaku di dalam kereta sehinggalah abang datang membukakan pintu kereta untukku.

Sebaik sahaja kami tiba di bahagian kecemasan,aku lihat abang melambai-lambai ke arah seorang lelaki.

“Umi, kenalkan ini Amir. And the lady besides him is Lina. Amir’s wife,” kata-kata abang menjawab segala persoalan yang bersimpang-siur di mindaku sejak dari petang lagi.
I thought u are …” kataku terhenti di situ.
“mari, ada sesuatu yang saya nak beritahu awak,” kata Lina pula lalu menarik tanganku mengikutnya.
“jumpa di atas ye,” katanya lagi pada abangku dan juga suaminya. Atas mana? Aku sendiri tidak pasti. Mungkin di tingkat atas.

Lina membawaku ke sebuah kerusi panjang. Dia menyuruh aku duduk di situ dan mendengar apa yang ingin diperkatakan. Aku hanya menurut. dia menjelaskan salah faham yang berlaku antara aku dan Hafez. bagaimana dan kenapa semua orang merahsiakan hal ini daripadaku.

he loves you very much Umi. Dia sengaja biar you salah faham sebab dia nak tunggu masa yang sesuai untuk terangkan segalanya. Bila you langsung tidak pedulikan dia kerana status ‘suami orang’, dia seperti orang gila bayang. I pun tak sangkalah, orang educated macam dia pun boleh gila bayang. Cuma depan you, dia tak tunjuklah,” jelas Lina.
“I mati-mati ingatkan aqilla tu anak dia Lina. Malunya I pada semua orang,” balasku padanya. Tidak segan-segan aku menyatakan rasa maluku itu.
“you jumpalah dia nanti sebelum terlambat. You sayangkan dia kan?” dia menyoalku. Lama-lama aku mengangguk.
what do you mean before it’s too late?” soalku pula, cemas. Jangan-jangan…
“hei… bukanlah my dear. Dia dah stabil sekarang. Dah masuk wad biasa cuma belum sedarkan diri. He will be fine. Just that, I think he applied for renewing his contract working in UK. Frustlah kot,” balas Lina. Aku menarik lafaz lega. Setidak-tidaknya,dia masih ada lagi di dunia ni, walaupun aku tahu esok belum pasti apa yang terjadi.
“Lina, jom. Saya nak tengok dia,” aku menarik tangannya. Dia tersenyum lalu bangun.

to be continue.....

10 bunga-bunga cOmeL:

aLiQ_UM said... [reply to comment]

woit tina!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
ko post smpai abis r cite n.......
ish ko n..........
bikin ak ssh ati r.......
huhuhuhuhuhu.........

AYeEn said... [reply to comment]

ermmm....
next pls....
cpat cket...
hahaha

perkmbgn cerite yg bgs...
wat saspens je...

pelaholic said... [reply to comment]

ape la ko ni
asek2 bersambung
macam cite kat tv plak
cuba la ko habiskan cepat skit
bikin gua kempunan jer nak tengok ending....

~teratai bunga indah~ said... [reply to comment]

sabarlah...1 part je lg..esk aku post...haha

-m3- said... [reply to comment]

haha...
gile tempting...
sume org pun nak tau smbgn cepat...
;)

asma'_comey said... [reply to comment]

adui, kak tina suka wat org berdebar2!

pelaholic said... [reply to comment]

aku nga tunggu ko post ni
tapi takde pun
ko tipuuuuuuuuu
denda 500
hahhaa

~teratai bunga indah~ said... [reply to comment]

aku tgh guna lappy org. smbungan ni dlm lappy aku..kalo x lewat mlam sket, aku letak pagi esok ye...heee

terharunye...hee..

pemilik kopi said... [reply to comment]

akak suka baca novel " Plain Jane"..menarik kan?

~terataibungaindah~ said... [reply to comment]

alamak... sy xsempat bce n0vel plain jane tu.. sbb tgk sin0psis die je kt MPH.. hee

CHEMISTRY without CATALYSIS, would be a SWORD without a HANDLE, a LIGHT without BRILLIANCE, a BELL without SOUND.

~love chemistry~

.giRLs DrEaM TEaM.

.giRLs DrEaM TEaM.

.wishlist.

tamat belajar
gaji pertama
konvo
external hard disk
amek lesen
S.E xperia vivaz
my first car
netbook
bola guli
VB team
DSLR
family holiday
Encik P
settle ptptn
...bahagia sampai ke syurga...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...