Intan berhenti menyanyi apabila dirasakan seperti ada orang yang sedang mengintainya. Dia mula memasang telinga untuk menangkap sebarang bunyi seperti tadi. Takkanlah Daud mahu mengganggunya lagi. Detik hati Intan. Apabila dirasakan selamat, dia tersenyum.
“ah, perasaan aku sahaja,” intan menyebut perlahan lalu tersenyum.
Dia terus menyanyi menghiburkan hati, melupakan sebab mengapa matanya sentiasa berair.
Aidil mengunci diri di sebalik rimbunan pohon-pohon di tepi sungai itu. Semasa dia ingin mengambil tali tebal yang ada tidak jauh dari tempat dia bersembunyi, dia telah terpijak sebatang ranting kayu. Sangat klisye! Seperti dalam drama tv pula. Masa beginilah nak terpijak ranting kayu. Ish! Rungut Aidil.
Aidil bangun dari tempat persembunyiannya dan terbongkok berjalan ke arah Intan. Intan yang sedang khusyuk melayan perasaan tidak sedar yang dia sedang didatangi Aidil.
“Aidil, kenapa buat begini pada Inn?” rintih hati Intan.
Aidil yang mendengar, berhenti melangkah. sangkanya kehadiran dia di situ telah disedari Intan.
“Inn sayangkan Aidil. Bodohlah Aidil ni!”
Dia kata aku bodoh? jika tidak mengingatkan yang dia ada di situ tidak disedari Intan, mahu sahaja dia membalas kata-kata Intan.
“inn tau lah, inn ni budak kampung je. Pakai baju kurung, tak reti nak fesyen-fesyen. Tapi buat apa nak dedah sini sana? Semua tu untuk suami Inn je.” Intan membebel seorang diri, masih tidak sedar yang semuanya didengari oleh Aidil.
“Aidil pergilah cari perempuan yang cantik di luar sana. Yang sesuai dengan taste Aidil tu. Inn ni siapa je pada Aidil. Inn ni tak ubah macam burung pipit sedangkan Aidil pula enggang. Kalau kita terbang, mana sama tinggi,” ujar Intan lagi. Kali ini dia sudah tidak dapat membendung air matanya. air mata yang mengalir dikesatnya. hatinya sakit setiap kali mengingatkan kata-kata penghinaan Aidil
“selama ini, Inn ingat AIdil dah berubah. Rupanya AIdil tetap sama seperti aidil yang pertama kali inn jumpa. Ego, angkuh!
entah kenapa Inn boleh jatuh cinta dengan Aidil. Benci AIdil! Benci! Bencinya!!!!!!” Intan merintih, melepaskan rasa hati yang membeku di dada.
Aidil sedih mendengar keluhan hati Intan. Otaknya ligat memikirkan apa yang harus dilakukan. Dalam keadaan begini, usikan yang difikirkan tadi tentulah tidak sesuai. ah, peduli apa! mana tau itu boleh buatkan Intan tersenyum.
Aidil meneruskan niatnya. intan disergah dengan tali besar yang ditenui tadi.
"ULAR!!!" aidil menjerit.
intan menjerit! dari mana datang ular terbang ni! ish! tali?? dia melihat ke belakang. Aidil sedang tersengih. dari mana pula datang mamat ni? Dia mengesat air matanya. Sejak bila lelaki ini berada di belakangnya? Dia dengar semuanyakah?
aidil ketawa terbahak-bahak melihat Intan yang terkejut. kelakar tapi comel! dia berjalan ke tebing sungai, lebih menghampiri Intan. tapi entah di mana silapnya, kakinya tergelincir lalu dia terjatuh ke dalam air.
"macam nangka busuk jatuh!" kali ni intan pula yang ketawa. padan muka kau!
Aidil menenangkan dirinya yang sudah basah di dalam air. nasib baik tak ada banyak batu di kawasan itu. kalau tidak, mahu bengkak punggungnya! akhirnya dia tersenyum apabila melihat Intan yang sedang ketawa.
“sekarang masih bencikan Aidil lagi Inn?” akhirnya dia mengambil keputusan untuk berterus-terang.
Intan menjauhi AIdil yang cuba mendekatinya.
“awak buat apa kat sini?” marah Intan. Dilupakan sebentar pengakuan hatinya sebentar tadi.
“I’m asking you sayang. Do you still hate me?” aidil memandang tepat ke mata Inn. Gadis itu tertunduk malu.
Intan tidak menjawab sebaliknya bangun dan mahu melangkah pulang. Kalau sudah Aidil mendengar semuanya, apa lagi perlu ditanya.
“Inn, I betul-betul cintakan you!”
Langkah intan terhenti. Mereka saling membelakangi antara satu lain.
“Inn bukan yang terbaik untuk Aidil. Inn sedar diri Inn siapa. Inn tak layak dicintai Aidil.”
“sayang…please don’t say that again,” ujar Aidil. Tangannya laju mencapai tangan Intan bila gadis itu mula melangkah. Ada debaran terasa di hatinya. Dia menarik Intan supaya memandangnya.
Intan hanya tertunduk. Tidak tahu apa yang harus dilakukan tetapi sedikit sebanyak luahan dan kata sayang dari Aidil menyejukkan hatinya.
Aidil mengangkat wajah itu supaya memandangnya.
“pandang mata I, Inn. Lihat apa yang ada di dalamnya. Penuh dengan rasa cinta untuk Inn,” ujar Aidil. Dia sendiri tidak percaya yang dia cukup kuat untuk meluahkan semua itu.
Dengupan jantung intan semakin laju. Genggaman erat dirasakan ditangannya. Intan mengikut rentak Aidil. Dipandangnya ke dalam mata Aidil mencari keikhlasan di wajah lelaki itu. Lelaki itu tersenyum memandangnya.
Lama mata mereka bertentangan.
“Inn masih punya ayah,” ujar intan malu-malu sambil menundukkan wajahnya. Tangannya segera di tarik dari gengaman Aidil.
So? Aidil buntu seketika. Punyalah lemah lutut dia melafazkan semuanya, itu sahaja balasan Intan?
AIdil semakin gelabah apabila ditinggalkan Intan. Dia perasan gadis itu tersenyum sebelum melangkah pergi. Argh!! Apa erti semua ini.
“Inn!!” Aidil mengejar Intan. “Inn masih marahkan I ke?”
“kan Inn cakap, Inn masih ada ayah lagi,” balas Intan sambil tersenyum malu.
“so?” Aidil menyoal seperti orang bodoh.
“so apanya?”
“so apa keputusan Inn?”
Intan berhenti melangkah.
“mengata orang lembab, dia yang lembab sebenarnya!” kata Intan lalu berlari naik ke atas rumah.
Aidil menggaru kepala yang tidak gatal…
0 bunga-bunga cOmeL:
Post a Comment