MAKAN sikit je? Padanlah dengan muka sendiri! Bila dah makan, memang tak ingat dunia! siap minta refill lagi. Sampai terkejut si Luthfi dengan seleraku itu.
“Luthfi, memang sedaplah tom yam ni. boleh minta tambah lagi tak?” pintaku padanya dengan muka tak malu.
Ah, peduli apa aku!
Dia pun tanpa banyak soalan, terus memenuhi permintaanku. Malah, semangkuk tom ayam yang kedua itu hanya aku yang menjamahnya bila Luthfi sudah angkat tangan kerana terlampau kenyang.
“ kan saya dah cakap, sedapkan?” soal Luthfi dengan kening yang terangkat.
Aku tersengih. Memang sedap sangat Luthfi. Esok, habislah aku!
Telefon yang berbunyi menghanyutkan semua lamunanku. Kepala yang terasa berat, dengan pandangan yang berpinar-pinar, aku capai juga telefonku di atas meja.
“hai Nurin!” dia menyapaku ceria seperti semalam.
“hmmm...”jawabku malas.
“Hei, apasal suara lain je ni?” soalnya kalut, menggambarkan rasa cemas mungkin.
“Demamlah,” balasku pendek.
“ dah pergi klinik?”
“tak larat. Makan panadol je tadi.”
Dia membebel-bebel di dalam telefon. Entah apa yang diperkatakan, aku sendiri di awan-awangan.
“siap, saya hantar awak pergi klinik. Jangan bantah!” arahnya bila aku asyik berdalih.
“kejap lagi saya sampai,” sambungnya lagi sebelum menamatkan panggilan.
Dalam perjalanan pergi ke klinik, aku hanya mendiamkan diri. Terlalu penat dan sakit! Peliknya alergi aku terhadap seafood ni, kalau aku makan bukannya bengkak-bengkak atau gatal-gatal seperti orang lain. aku tak tahulah boleh dipanggil allergi atau apa, tapi setiap kali aku makan seafood mesti akan demam teruk dan pening kepala. Macam sekarang. Nak angkat mata pun tak larat.
“kenapa tak cakap semalam awak tak boleh makan seafood?” marah Luthfi padaku.
“hmmm...”
“kalau apa-apa jadi pada awak macam mana? Dahlah duduk di rumah seorang diri!” bebelnya lagi.
Aduh, main sakit kepala aku dibuatnya. Dah setahun lebih aku jauhkan seafood dari pandangan mata aku. Semalam kau juga yang letak dalam pinggan aku kan? Memang tak dapat ditahan-tahan lagilah!
“kalau saya..”
“boleh tak awak marah saya esok-esok aje?” pintasku sambil memicit-micit kepala yang terasa berdenyut-denyut. Barulah terasa menyesal yang teramat sangat.
Mak.... uyin sakit sangat ni!
Tiba-tiba telefon bimbit Luthfi berbunyi. Dia memandangku seketika sebelum menjawab panggilan itu.
“hmmm.. ya, ada dengan Luth.”
Aku memandangnya.
“on the way pergi klinik...”
Diam lagi.
“okay. Mak cik janganlah risau. Nanti saya cakap pada dia.”
Apabila menyedari yang dia sedang bercakap tentang aku, aku segera menyeluk poket seluar. Kosong! Mesti telefonku tertinggal tadi.
“mak cik cakap, dia call awak tapi tak angkat,” kata Luthfi tegas.
Semakin kecil hatiku dengan ton yang dia gunakan. Kalau dah rasa susah sangat nak cakap dengan mak aku, tak payahlah jawab telefon tu tadi!
“saya tertinggal phone kat rumah,” jawabku dengan nada yang perlahan. Entah kenapa hatiku sedih diperlakukan macam tu.
“Nurin...”
“awak, saya tak paksa pun awak buat semua ni. saya sakit ni pun bukan salah awak. Saya yang nak makan semalam. Nanti lepas awak hantar saya ke klinik, awak pergilah kerja. Saya balik sendiri. Maaf menyusahkan awak,” ucapku lalu mengalihkan pandangan menghadap jalan raya.
Entah tiba-tiba rasa sakit hatiku melebihi semua rasa sakit yang sedang aku alami sekarang. Selepas itu Luthfi hanya berdiam diri. Sampai sahaja di klinik, dia memimpin aku keluar dari kereta. Apabila mengingatkan rasa sakit hatiku tadi, mahu sahaja aku menolaknya. Tapi apa kan daya, kudrat aku pun dah tak seberapa. Mujur aku tak jatuh ketika adegan tarik-tolak itu berlaku.
Sementara menunggu giliran tiba, Luthfi juga menemaniku dengan sabar. Sekejap-sekejap dia meletakkan belakang tangganya di dahiku. Apabila aku menyandarkan kepalaku ke kerusi rendah itu, dia meng‘offer’ bahunya untukku. Lama juga aku berfikir dan akhirnya di bahunya jua aku terlentok keletihan.
“isteri encik ni...”
Setiap kali seorang perempuan datang dengan lelaki kenapa mesti doktor atau nurse ingat mereka tu suami isteri? Tak boleh ke cakap , ‘ adik encik ni’ ke ‘kakak encik ke’? tak faham betullah aku!
Entah apa yang diperkatakan oleh doktor sudah tidak menjengah ke telingaku. Macam-macam yang sedang aku fikirkan sekarang. Sedar aje, Luthfi sudah bangun dan mengucapkan terima kasih pada doktor tersebut seterusnya memimpin aku keluar dari bilik rawatan.
15 minit kemudian, aku dan Luthfi sudah pun berada di dalam kereta dan mahu berangkat pulang. Dia masih lagi berdiam diri seperti tadi. Aku yang keletihan, terus tertidur tidak sedarkan diri sehinggalah Luthfi mengejutkan aku.
“Nurin, dah sampai ni,” suaranya lembut menyapaku namun masih lagi tiada senyuman seperti selalu.
Anehnya, kenapa aku ternanti-nantikan senyumannya itu?
Sebelum pulang, dia menghulurkan aku 2 beg plastik. Satu berisi buah-buahan, satu berisi nasi dan sup. Aku meghantarnya pulang dengan perasaan yang bercampur-baur. Ada rasa senang, marah, rimas dan sebagainya.
Maaf sebab marahkan awk. I just cant help it! Bila tengok awak sakit macam tu, sy rasa bersalah dan risau sangat. Take a good rest dear. And don’t forget to take the medicines.
Love, Luth.
What’s wrong with that ‘love, Luth’? buntu kepala aku memikirkannya. Tak boleh ke dia taip benda lain ataupun tak payah letak benda tu!
Don’t be too nice to me Luthfi. I have nothing to give u.
Dalam lemah-lemah itu, sempat lagi aku membalas smsnya.
Don’t worry, F.O.C!
Free of charge! Percuma ke ada udang di sebalik kue tiau goreng ni!
Ok, sayang! Tq for everything then.
Lama aku menunggu balasan darinya. Jangan-jangan dia dah salah anggap. Tak pasal-pasal je nanti benda lain yang jadi.
I know u don’t really mean that, but i REALLY like it when u call me SAYANG!haha..
Huh! Hampir sahaja nak tercampak handphoneku itu sebelum aku tersedar benda yang sedang berada di tanganku ini mahal harganya. Sayang ni kalau nak campak-campak...
Hai... Aku sendiri tak tahu nak tafsirkan perasaanku saat ini bila membaca balasan darinya.
Bahagia?
Marah?
Atau.... Aku sudah jatuh cinta????
BERSAMBUNG..
0 bunga-bunga cOmeL:
Post a Comment