Aidil memberhentikan keretanya di halaman rumah itu. Suasananya masih tetap sama seperti dulu. Damai sahaja hatiya sebaik sahaja menjejakkan kakinya ke tanah.
“assalamualaikum… Pak cik apa khabar?” Aidil menyapa encik Syafik, ayah Intan lalu menyalami tangan lelaki itu. Sejak dari keretanya msuk ke pekarangan rumah itu, encik syafik sudah pun menunggunya di beranda.
“pak cik sihat aje. Aidil kan?”
“ingat lagi ye pak cik dengan saya?”
“mestilah pak cik ingat. Jom masuk…” balas Encik Syafik dengan senyuman penuh makna.
Aidil hanya menurut. Debar di hatinya hanya Tuhan yang tahu. Apa agaknya reaksi Intan sekiranya gadis itu tahu di ke sini, ke rumahnya ini. Matanya melilau mencari kelibat Intan.
“Intan tak ada,” ujar Encik syafik.
Aidil tersengih. Faham pula orang tua itu dengan pertanyaan hatinya yang sedang diamuk resah ini.
“kamu duduklah dulu. Tentu penat memandu. Pak cik ke dapur kejap, buat air.”
“eh, tak payah susah-susahlah pak cik. Saya dah minum dekat pekan. Dahaga sangat tadi.”
“betul ni?”
Aidil mengangguk.ada perkara penting yang dia perlu jelaskan pada ayah Intan. Dia pun bukannya boleh berlama-lamaan di sini. Esok pagi dia ada mesyuarat penting. Sekarang pun sudah senja. Setidak-tidaknya dia harus pulang selepas isyak.
“pak cik, saya datang ni ada hal penting nak bincang dengan pak cik tentang Intan,” aidil memulakan hajatnya.
“kenapa dengan Intan? Dia ada buat salah dengan kamu ke?” soal encik syafik resah. Anaknya tak mungkin menyusahkan orang lain.
“tak..tak… dia gadis yang baik pak cik. Saya sahaja yang buta menilainya,” kata-kata Aidil terhenti di situ. Dia mencari bait-bait perkataan untuk diluahkan.
Encik syafik mengulum senyum. Dia tahu kenapa Aidil di sini. Melihat resah wajah aidil mengadapnya sudah membuatkan hatinya yakin yang aidil datang untuk meminta izinnya memiliki Intan.
“pak cik, saya sayangkan Intan. Saya cintakan intan. Saya ingin jadikan dia isteri saya, bolehkah?” AIdil menarik lafaz lega. Semuanya diungkapkannya dengan hanya sekali nafas.
“aidil, bukan pak cik tak izinkan tapi kita kan ada adat. Ada caranya untuk bersatu.”
“saya faham. Sebelum saya bawa mama dan papa saya datang sini, saya nak minta izin pak cik dulu.”
“pak cik tak ada halangan nak. Pak cik gembira kamu mahu memperisteri Intan. Tapi satu sahaja yang merisaukan hati pak cik ni aidil.”
“apa pak cik?” riak kerisauan jelas di wajah AIdil.
“kamu enggang, kami ni pipit aidil. Pak cik tak nak Intan diperkecilkan.”
“tiada enggang tiada pipit dalam soal ni pak cik. Kita sama saja. Dan saya rasa mama dan papa pun tiada halangan dengan siapa pun pilihan hati saya asalkan dia gadis yang baik-baik.
Pada aidil itu bukan pemisah antara dia dan intan. Masakan mama dan papanya pula menolak sedangkan selama ini mereka tidak pernah kisah dengan siapa juga dia berkawan, tidak kira darjat ataupun pangkat. Lagipun, dia yakin mama dan papanya bukan seperti sesetengah orang-orang besar yang pentingkan kedudukan dan harta.
“kalau begitu kata kamu, pak cik beri restu pak cik pada kamu berdua. Tapi sebaiknya pak cik harus bincang dulu dengan Inn,” ujar encik syafiq.
“saya memang ada masalah dengan Inn sekarang pak cik. Tapi saya tau, dia juga cintakan saya. Pak cik masih ingat pada Sophia? Dia ceritakan segala-galanya pada saya. Saya akui, saya selalu sakiti hati Intan dengan kata-kata saya. Tapi saya tak pernah bermaksud untuk menghinanya,” penjelasan Aidil berhenti di situ. Sedih hatinya setiap kali mengingati setiap bait yang pernah dilafazkan dulu.
“saya memang dilahirkan sebagai seorang yang berterus terang. Saya tahu kadang-kadang kata-kata saya banyak menyakiti hati orang-orang di sekeliling saya.”
“tak apalah Aidil. Bagilah masa pada Intan. Pak cik juga yakin dia sayangkan kamu,” kata-kata ayah Intan bagai memberi semangat kepada Aidil.
Encik syafiq pun menceritakan perihal anaknya yang seringkali memerap di dalam bilik. Bila keseorangan asyik temenung. Sudah seperti orang angau. Makan tak kenyang, tidur tak lena, mandi tak basah.
Aidil tersenyum gembira. Dia tahu dia masih punya peluang untuk memiliki Intan.
“tapi Aidil, kamu haruslah belajar mengawal kata-kata kamu. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata, buruk padahnya.”
Aidil hanya mengangguk, faham dengan nasihat itu. “eh, Intan ke mana pak cik?”
“dia ada di sungai dengan memek.”
“memek?”
“lembu Intan,” balas encik Syafiq sambil tersenyum.
Aidil kembali tersenyum girang sebelum meminta izin ke sungai bertemu Intan. Dia ingat lelaki mana pula yang berdating dengan buah hati pengarang jantungnya itu. Hampir sahaja dia naik angin. Cemburu sebenarnya!
Tanpa berlengah aidil terus ke sungai. Pesanan ayah Intan supaya jangan terlalu lama berdua-duaan, tidak diambil ringan. Dia tahu, lelaki itu sebenarnya enggan melepaskan dia pergi. Mungkin bimbang dengan kata-kata orang kampung atau lebih tepat lagi, memang tidak manis berdua-duaan di situ.
Aidil mempercepatkan langkah. Teringin jugak dia tengok si Memek, lembu Intan tu. Dulu datang, tak perasan pula dia dengan kewujudan memek. Intan pelihara lembu? Dia tersenyum. Comelnya! selebihnya tentulah dia merindui gadis itu. apa lagi sebab yang membawanya sehingga ke kampung ini?
“menyanyi pula cik adik ni. Dah tu tak ada lagu lain pula tu. Memang kampung betullah!” Aidil berhenti melangkah. Tangannya menggaru kepala yang tidak gatal. Kusut memikirkan yang dia baru sahaja terlepas cakap lagi walaupun bukan di hadapan gadis itu, dia tetap rasa bersalah.
“ok,last!”dia memberi amaran pada dirinya sendiri sebelum bersembunyi di sebalik rimbunan pohon renek yang dia sendiri tidak tahu apa namanya.
“seronok juga kalau dapat sakat dia ni!” aidil mula tersenyum penuh makna.