Seminggu selepas Raja meluahkan perasaannya, rombongan keluarganya masuk meminang aku.
Gelabah juga. Datang mengejut. Masa tu keluarga aku tengah sibuk bersiap untuk hantar rombongan meminang Kak Marlini. Haru!
Akhirnya, setelah selesai peminangan aku, rombongan meminang Raja diangkut sekali untuk meminang Kak Marlini.
Memang kelakar! 2 dalam 1. Dah nama pun berjiran kan. Tak ada hallah!
Hari ni hari yang ke seratus tiga puluh tiga sejak aku mula jogging dan menjadi hari yang bersejarah buat mama kerana kedua-dua anaknya melangsungkan perkahwinan pada hari yang sama.
Tak payah hotel-hotel, atas permintaan aku, abang, dan Raja sendiri majlis kahwin dilakukan di stadium! Istimewakan? Pelik tapi unik.
Ini semua idea Raja. Katanya, pertama kali dia nampak aku di stadium. Di sokong pula dengan abang, kerana di stadiumlah dia mengushar kak marlini. Nasib baik mama tak membantah.
“yelah, kau orang jumpa jodoh masa jogging.”
Itu ayat mama.
“DAH ready?” soalan mama mematikan lamunanku.
Aku hanya mengangguk. Mama tersenyum.
“cantik anak mama hari ni, tapi...”
Aku memandang serius wajah mama. Tapi apa? Dia tersenyum.
“ala... mama ni. adik taulah baju adik ni special. Tapi-tapi pulak...”
“mama tak cakap apa pun. Tapi ni baju pengantin paling unik yang pernah mama tengok seumur hidup mama ni okay. Raja memang berotak geliga,” kata mama lalu ketawa.
Aduh... tengoklah baju aku ni. baju sukan! Cap adidas. Ditempah khas. Siap ada labuci segala. Kasut pula, sporty tapi bertumit tinggi. Juga ditempah khas.
Pelik... tapi tetap cantik...
“betul cantik ni mama?” soaolku.
Oh, mama! Kalau tak cantik pun, mama cakap jelah cantik.
Mama hanya tersenyum lebar sambil mengangguk, “ mana ada pengantin yang tak cantik.”
“okay, adik dah ready!” ujarku penuh yakin lalu membalas senyuman mama.
Mama membawaku ke ruang tamu untuk majlis akad nikah.
“tak kan abang nak jadi wali pula?” soal abang pada mama.
“yelah. Papa kan dah tak ada. Jadi wali tu jatuhlah pada abang,” mama menerangkan.
“abang sendiri nak berjabat tangan papa marlini pun dah gelabah sangat dah, inikan pula nak menikahkan raja dengan adik . Tergeliat lidah abang ni mama. Pakai wakil la mama. Boleh kan?”
Memang pakai wakil jurunikah. Abang punya peluh dah boleh buat minum dah. banyak sangat. Mama acah je sebenarnya. Tapi mama naklah abang tahu yang dia tu boleh jadi wali untuk aku.
Hah, raja dah berjabat tangan dengan tok kadi. Hai.. aku pula yang berdebar.
Jelas dan nyata! Sah dengan sekali lafaz.
Aku tertunduk malu bila dia curi-curi memandangku. selepas mengaminkan doa, dia bangun dan menunaikan solat sunat 2 rakaat.
Setiap gerak gerinya menjadi perhatianku..
Semoga dia bisa menjadi suami yang baik untukku, yang akan membimbingku ke jalan yang lurus. Semoga kami hidup bahagia hingga ke syurga.
Dia menadah tangan, memanjat doa. Aku turut mengaminkan setiap bait doanya. Saat itu, hatiku benar-benar sayu. Semoga keredhaan Allah sentiasa berada bersama-sama kami.
Usai solat dia bersalaman dengan tetamu lelaki yang berada di ruang tamu sebelum dia bangun dan menghampiriku.
Hatiku berdebar-debar.
“assalamualaikum...”
Aku memandangnya yang sedang tersenyum. Sungguh! Senyum itulah yang mencairkan aku dan semoga senyum itu juga akan sentiasa mewarnai hari-hariku selepas ini.
“Raja Habil Al-Qausar bin Raja Al- khidir,” aku menyebut namanya perlahan.
Sedap namanya. Hai... sesuailah dengan pasangannya hari ni.
“Ye, Puan Que Inn Emiliakontesa binti Que Imransalleh.”
“hah! Encik pilot ni, sudahlah tu sesi pandang memandang, kenal-mengenal tu. Cepat sarung cincin tu Raja,” ujar mama Raja. Hampir sahaja aku ketawa besar mendengarnya.
Cover-cover...
Aku mencium tangannya setelah dia menyarungkan cincicn di jari maniskku. Dia kemudiannya mengucup pula dahiku.
“semoga kita akan bahagia sampai ke syurga, sayang...”
Aku tersenyum... dia juga begitu.
Ya, aku telah jatuh cinta pada suamiku hari ini! not bad apa bercinta lepas kahwin!
Tamat......
p/s:feel free to drop comments!
loves,
atieput3
2 bunga-bunga cOmeL:
salam
x sangka atieput ni pun menulis. punya lama x ke blog ni. tahniah, ya. jogging is a very, very nice story. suka finale tu klaka, hehe....
tahniah sekali lagi!
sy mmg menulis.hehe..tq kak.. sy pon tgh ikut dilemma akak punya tu.hehe
Post a Comment