Al- Baqarah

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."


Saturday, July 27, 2013

"kisah si budak comel dan tc atie"

0 bunga-bunga cOmeL
assalamualaikum...

wah... dah lama tak bercerita di sni.. sibuk, tak sangat. tapi taaakk terbukak laptop ni...

minggu pertama puasa, lembik! mungkin sebab dok ulang-alik merbok-penang, maka tdo pun x bape nak cukup.. mngu kedua, barulah rsa kembali menjadi manusia normal setelah sebelum itu aku rsa mcam 'zombi' je gayanya...

ok... bkn itu yg aku nak cite..post ini berkenaan dgn seorang student dlam kelas yg aku ajar..

form 1..

budak ni kecik je.. mungkin sebab tulah dia kelihatan comel! dan salah satu kelemahan aku,(yg mungkin juga menjadi kelebihan pd masa-masa tertentu,) aku xleh tgk mende2 comel atau apa sahaja yg comel..

ada dua insiden yg melibatkan budak comel ni..

insiden pertama:

sedang aku pusing-pusing kelas, cek latihan dorg, tiba dia dtg betul-betul di belakang aku. bila aku pusing je, terus nampak dia tersengih...

OMG! 

first of all: aku terkejut sbb tiba-tiba dia ada blkg aku. nasib baik tak melatah.

second of all: dia boleh tersenyum sngih macam tu??? apahal plak bdk ni..??

si comel: teacher, sy tak bawak buku.... 

katanya perlahan masih lagi dgn senyuman dia tu..

ya allah.. aku ni xjd tau nak marah. nak tergelak ada lah... tapi nak cover punya pasal...

" hah, apasal tak bawak buku???" 

aku pun dah xingt dah apa jawapan dia lepas tu.. bersinar-sinar mata dia.. bukan apa. terus tak smpai hati nak marah..

ayat aku slepas aku bg denda kat dia,
"len kali tak payah buat muka  comel macam tu. ingat sy terbodek ke???"

padahal bdk2 tu dah tau, aku dok tahan nak gelak. 


insidenyg kedua.

masih lg budak yg sama..

minggu sebelum tu, buku dia habis. tak beli lagi. ada jugak lagi sorg student sama mcm dia. aku bagi chance. esok pun x beli lagi.hangin dah nih. 

pastu aku ckp, next kelas kalau x bawak jugak, belaja kat luar kelas!!
(cuba bayangkan muka aku yg tgh garang!)


next kelasnya..

mula2 budk ni mintak kebenaran nk g jumpa sorg ckgu ni. sbb ada bdk lain dtg pgl. aku pon izinkan..

maka kelas diteruskan tanpa menunggu dia..

masa tu, bdk2 lain dtg buat kt depan kot..

bla..bla...

bila dia balik, tgh2 aku dok mengajar, dia dtg depan sambil bawak buku 2 dia. actually kelas baru mula.ada la dlm lima minit.

"hah, ni awat plak??? nk p mana??" 

dia tersengih..

"teacher, sy nak berdiri kt luar.." jawab budak tu dgn penuh rsa bersalah.

"awat nak berdiri kat luar pulak?"

"sy tak bawak bku...hehe .."

actually aku dah terlupa ng denda yg konon2 aku nak bg mgu lepas tu...

"oooho..." aku dah gelak2..

"bagus... jujur.. mangaku buat salah..." 

dia tersengih lagi.. 

"pi berdiri kat sana!"

bdk2 lain dah gelak2 dah dlm kelas... aku tak rsa dorg gelakkan bdk tu pon. tp situasi yg sedang berlaku tu jdi lawak!

dia pon amek kerusi n tumpang meja kat kawan dia yg paling dekat gn pintu..

hai.. tak sampai hati plak aku.. last2 aku suruh dia berdiri dkt meja yg paling belakang. tu pun row keempat je.kelas tu kecik.

ada dalam 20 minit, baru aku suruh duduk...

hmmm... dalam kepayahan menjadi seorang guru, ditmbah dgn bebanan keje yg melampau2... ada juga perkara yg bisa mencuit hati sanubari aku ni..

ya. alhamdulillah...i am proud for who i am.. mungkin tak sehebat gaji seorang engineer, doktor, lawyer atau bisnesman.. tapi keberkatan rezeki tuhan.. itu yg aku cari...

semoga apa sahaja yg kita buat, sentisa diberkatinya.. x kisahlah engkau siapa, aku siapa, kita sama sahaja di sisi Allah, yg beza, amalan kita..


sekian. salam ramadhan..


Thursday, July 11, 2013

..ramadhan kareem..

1 bunga-bunga cOmeL
alhamdulillah..

hari kedua ramadhan 1434..

syukur, dpt jugak berbuka puasa di rumah mak pada hari pertama.

eh eh... xdan la nak story dgn lebih lanjut..

slmat berbuka korg!

c(;

Bersahurlah, sesungguhnya
Pada sahur itu ada keberkatan
                ( HR Bukhari & Muslim)

Saturday, July 6, 2013

..tingtong..

0 bunga-bunga cOmeL

ngeee.....ngee..ngee..ngee..

ya allah... apasal dengan aku ni? dah bape hari belom hilang lagi ting tong nih!!

rsa nak tumbuk punching bag pun ada. 

rasa nak p termenung tgk laut sambil conteng-conteng pon ada..

rasa nak p tgk wyg, redah je walaupun sorg2 pun ada..

ini paling tak tahan:

rsa cm nak drive p KL, main vb pon ada! 

waaa...

macam mana nak settlekan masalah, kalau masalahnya sendiri pun kita x tau. huhu

kat manalah silap nya.. dah mcm2 kata smngt dah..rasa cm nk ketuk2 je kepala nih..

apa benda yang aku fikir sgt? apa benda yang aku rungsing sgt ni?? 

ya allah...

sabar... sabar... 

aku kan dkt kampung skrg.. dgn family.. dgn mak .. dgn abah..


ya allah...

kenapa jiwa ni  tidak tenteram...

kenapa hati ini tidak tenang...

di mana silapnya...


bertenang tina... bertenang....

buku dalam kete ada, boleh mark. 
durian kat luar pun ada lgi, boleh layan.
ariq dan deana belom ada ending, boleh sambung..
kertas ng pen ada, boleh conteng2...

alah... perkara kecik je sume nih..
tak payah pk sgt..
buat apa yg boleh buat.
xdpt men vb, digging sorg2 pon booleh. cik lola kan ada.

pling penting: encik K kn ada. p bersiar2, tenangkn fikiran. tak payah nak berdesup laju2 sgt cm sll.hehe


kan.. kan..

steady..steady,, xpayah runsing2 segala...

ok..


ayam mike. style ok. tergelak aku pg nih! haha

Thursday, July 4, 2013

.ramadhan yang bakal tiba.

0 bunga-bunga cOmeL
assalamualaikum 
ramadhan is coming soon.. dah prepare ke nak  menghadapi ramadhan?? insyaallah, aku akan cuba sekerap mungkin berbuka di rumah. 1st day tentunya berbuka di rumah, insyaallah.. weekend pun tentu-tentu jugak x melekat kt penang nih.hihi..

syukur sngt2 dpt penang.boleh jugak berdesup nak balik. kalau dah kata aku ni aku, silap2 tiap2 hari terpacak kat rumah mak untuk berbuka.hehe..pastu terawih dgn mak dan abah..kalaulah ini ramadhan terakhir.... Allah..

syukur padaMu Allah, kau berikan rezeki satu-persatu. 

semoga akan dpt terus berbakti pada mak, abah, keluarga, agama dan negara..

allahuakbar





Tuesday, July 2, 2013

.disember 2011.

0 bunga-bunga cOmeL
~when you are alone remind yourself that ALLAH has sent everybody away, so that it's only 
YOU AND HIM~

it was disember 2011.. now, july 2013!

wah. pencapaian yang sangat bagus! haha.. setahun setengah. lama tu.. tahniah untuk diri sendiri.. 

tak pernah berhenti berdoa, berusaha, dan berharap kepadaNya..

yang terbaik tu akan datang jugak..

kadang2 letih. tercari-cari kat mana silap.

kecewa. tetap ada.

sedih. tetap ada.

tapi hidup perlu diteruskan.

dengan semua harapan  diletakkan kepada Dia..

kalau sorang2, memang aku dah surender.betul2 serender..

terima kasih sgt sbb ko sll advice aku.. 

tp

semangat aku ni ada turun naiknya...
hari ni aku smngt. esok? lusa? tulat?
aku pun xtaulah..

semoga aku akan terus bertahan.




Monday, July 1, 2013

-sggs explorace 2013-

0 bunga-bunga cOmeL
assalamualaikum...

alhamdulillah explorace telah berjaya diadakan.. berapa hari xdpt tido sebab dok pk pasal exploarce tu.. nak cri route yang terbaik, nak buat task yang sesuai untuk semua peringkat umur, nak pk macam mana nak bagi adil untuk semua kumpulan, nak cri klu checkpoint dll..

alhamdulillah. syukur sgt2..bermula di sekolah, ke taman sardun, ke JPN/ QB, pdg kota, pdg polo dan akhir sekali ke sggs semula...

ni gambr aku curik dr cikgu safwan.hehe

ini task pertama. tendang bola bg masuk gol dengan mata tertutup.
kalau ikut idea jahat aku ni, 3 bijik.
tapi sebab ttup mata, last minute decision, sebijik jelah.

during preparation. 

kak tie and syidah.. syidah, jgn lupakan kami kat sini. aku syg hg sangt. xsempat aku bawak hg jumpa mak aku..
nt kita usrah oke.. ;)

registration. weh excited time ni... nmpak tudung pun jadilah.. haha

sesi taklimat ringkas dar encik Azli.. masa ni aku tgh sibuk2 menjejaki route mana yang dah tersalah tulis..huhu

makan lemon sbijik! idea terbaek ckgu Azli. haha

alhamdulillah semua berjaya lancar.. antara checkpoint lain: jual nasi lemak, hafal org2 besar JPN, pgg katak, amek coklat dlm tepung guna mulut.

secara keseluruhan, ramai yang cakap enjoy. walaupun ada yang bersokseksoksek... yang sikit2 tu, aku malas nak layan dah. kalau membina tak apa jugak.

apa? nak lagi satu explorace???

oh sorry. sy nak join plak next time. hehe.. kalau nak jugak kelab staf yg buat, lepas ni dah tak senang dah macam yag first ni. lebbbih mencabar.hahaha!

tahniah untuk semua ahli kelab  staf: c.azli, kak syiqah, k. wan, nabilah, k.laili, farhan, tan, k. bibi dan cikgu2 yang sporting melayan semua task yang kami buat..

;)

mood dah dtg dah... mood dah dtg da...hehehe

Friday, June 28, 2013

.please stay...

0 bunga-bunga cOmeL
"lidah setajam pisau, boleh membunuh tanpa berdarah"

esok sabtu!!!

ada explorace esok. first time incharge explorace secara besar-besaran.. cuak. cuak...  takut tidak berjalan seperti yag dirancngkan..

makanya secara tidak langsung, sggs explorace kali ni akan menjadi projek terbesar aku  dan rakan2 kelab staf buat masa ni di sggs..

semoga semuanya berjalan dengan lancar esok..  amin...




" mari menjaga bhasa dan ayat yang lahir dr lidah yang bercakap dan jari yang menaip tu!  c(; "


p/s: for this time.. just this time...pls..pls... stay..

Thursday, June 27, 2013

. time tuning and a tribute to her.

0 bunga-bunga cOmeL
akhirnya!!!

2.40 pm smpai di rumah. serius, minggu yg sngt pack. tiba-tiba sume mende nak serentak! maunya aku ni tak berlari berkejaran ukur jalan sekolah aku tu.huhu.. makan tak kenyang, mandi tak basah, tidur tak lena. dah macam org bercinta plak dua tiga hari ni..abehlah masuk dlam mimpi segala jemputan2 hari anugerah, explorace...huuu

alhamdulillah, hr ni byk keje dah clear. ok setakat yang termampu je. thanx pd kak S n Puan s sbb tolong..


2 malam lepas,kwn aku dpt tukar skolah. alhamdulillah. dgn apa yg dia hadapi, aku rsa mmg patut dia dpt tukar spy lebih dkt dgn husband dia.. she's one of my best friend here.waa... aku sedih.. begitu singkat masa perkenalan kami.. now she will leave me here in 'great' sggs.huhu...i happy for her but in the same time, u know what i feel... good luck there, dear friend. i always be there for you whre ever life would separate us.


p/s:hopefully explorace hari sabtu ni akan berjalan lancar.

masa untuk bertenang.. zzz~

Tuesday, June 25, 2013

.busy bee.

0 bunga-bunga cOmeL


sy ok.sy dah besar..

mode: rindu nak main volleyball..

Monday, June 17, 2013

-june, 15-

0 bunga-bunga cOmeL
assalamualaikum...

berkurun sudah!!
hehe

bersantai sambil tengok tv.. rasa mcm kerja banyak. tp bila keluar je dr pagar sekolah, kerja sume dah tertgl belakang.

hahaha
important dates!

16 mei- hari guru pertama sebagai guru tetap
22 mei - birthday abah
23 mei- cukup setahun di st.george
6 june- birthday mak.

ok. nak sambung cerita baru.hehe

;)

Monday, May 13, 2013

lose..again?

0 bunga-bunga cOmeL
assalamualaikum..

isnin yang agak hambar dan penat dan pening.. now:lapar.

tiba2 xde selera nak makan walaupun perut berkeroncong..

*maam, i really need one day off.*







ada sesuatu yang menghuru harakan perasaan aku hari ini atau selama 3 hari ni..biasanya bila aku pergi mana2, aku akan ada 'this one little -just-for-fun mission.' haha

tapi kali ni, aku TIDAK teeerlintas langsung pasal this mission.niat aku cuma satu- nak hiburkan hati mak n tunaikan permintaan mak semampu aku,

dan dalam banyak2 keadaan seumpama ini yang berlaku pada aku sebelum ni, inilah yang paling aku menyesal sekali..kerana aku membataskan diri aku disebabkan pengalaman2 aku..

dan sesuatu yg aku rasakan baik itu dah terlepas dr tangan aku..

mungkin ini perasaan yg sama, yg akan hilang beberapa hari lagi. atau 

entah...

aku akan terus yakin dengan percaturan Dia,,










Wednesday, May 8, 2013

jogging day... err..berapa eh?

0 bunga-bunga cOmeL
assalamualaikum...

xde mood langsung nak jogging sebenarnya... tapi sebab x tau nak buat apa, bawak jelah diri ke tempat biasa..

ramai. ada aerobik.ada jejaka-jejaka sedang bermain futsal. (perlu stress ke jejaka??) hhaha.. 
(>_-)

hehehe... joging seround.. aerobik secukup rsa..tambah lg seround.haish.. tercari-cari jugak encik berkasut hitam-oren tu? haha.. xdtg kot. aku pun dah lama x p. last week langsung tak jejak situ..

last-last, layan blues dlm kete. lagu kt radio plak sume spisis mengimbau kenangan lama.huhu..

tiba-tiba terfikir Allah pasti sedang merancang sesuatu yang lebih baik untuk aku. dan aku, sebagai hambaNya akan sentiasa berusaha, berdoa dan bertawakal terhadap apa jua takdir yang akan membawa hidup aku.. aku akan terus yakin dengan percaturan Dia...


Thursday, April 25, 2013

~bola guli cik LOLA~

0 bunga-bunga cOmeL
salam malam jumaat
assalamualaikum...

esok jumaat.
sabtu sekolah.

hmmm...


encik MIKASA yang sebelum ni menjadi hiasan di dekstopku kini telah berada di dalam pelukan!
(gengaman manalah nak muat kan??! hehe)

cik Lola at your service!
 c(:

Tuesday, April 23, 2013

...melting...

0 bunga-bunga cOmeL
assalamualaikum..

*mood tersangat gembira..*

 kalau aku tgk orang main, senyum dah sampai telinga. 

kalau aku yang main???

hmmm

insyaallah.. harap2 esok adalah rezeki nak main...

seriously??! almost one year...
hmm



Monday, April 22, 2013

u smile. i smile..

0 bunga-bunga cOmeL
assalamualaikum..

(tajuk xde kaitan)
jogging telah membuatkan aku semangat kembali. masa balik tadi bila lalu kt kolej jururawat nampakla ada beberapa gadis sdg berbincang kt court vb...hehe... masa tu around 6.45. setiap hari aku lalu, itulah tempat yg akan aku ushar... so mungkin esok ada org kot..

terjah lah. apa lagi?? 
ehehe

btw, keje dah makin bertimbun. 
(bila masa pulak kn xde keje ni??jgn merungut boleh?)

key in pbs
key in NILAM
update APDM
projek math
dokumentasi sukantara..

nak kata xdah masa, adalah jugak..
xpa2... weekend hari tu dah lepak secukup rsa, MAKA weekdays ni KERJA ...KERJA... KERJA...

Oh. sebenarnya nak ckp pasal ni:
kawan aku ckp- mehlah keje KL.geng2 pun ramai..

when I decided to choose my hometown  1 year back, i know, im gonna miss u guys..

aku kena lepaskan
geng vb,
geng hiking,
geng lepaking,
(all my friends)
geng fasi,
YATIM,
SAMBEST.

aku xnak menyesal. the decision has been made. 
at least, i have my family.
busuk-busuk pun, emergency, sejam dah boleh sampai rumah.

semuanya demi keluarga yang dah lama aku berjauhan. cewah.hehe

weh.. besar2 pon homesick lagi k. jgn maen2..haha

ok that's it.

malam ni nak settleka n projek math. kalau ada masa, dokumentasi.. ;)

wassalam..




Wednesday, April 17, 2013

::jogging day 5::

0 bunga-bunga cOmeL
assalam...
(cerita aku ni)
just a quick update!

yeay! hari ni berjaya jogging 2 round.. 
haha..eleh 2 round je pun.. ade org lain kisah?haha xpe. jnji aku yg kisah.
tahniah untuk diri sendiri! 
(since salah satu benda aku palig tak suka berlari dan berjogging) 
hehe
 well dah lama gila x jogging or dlm erti kata lain x bersukan LANGSUNG! so skrg ni nak start balik menambahkan stamina.

dan kat sini belum jumpa lagi tempat yg nak main vb,dan org yg nak main vb. so jogging ni kira back up la..
hehe

semalam, hari ke4, after a first round, dah mula semput. masa tu dah terlintas dlam hati, aku ni selama2 nya ka satu round ni???

hahah..
*tu yg aku terover excited hari nih**

tapi total hari ni actually 3 round.

aerobic-jog-aerobic- tambah lg dua round.

actually agak semput dah lepas first round (which why i dont like jogging), benti aerobic sat, lepas tu baru sambung lagi dua round. hehe...

insyaallah akan bertambah lg nt,..

-beginner-

Tuesday, April 9, 2013

lalalla~

0 bunga-bunga cOmeL
assalamualaikum

miss any update from me?
hehe

(ader ker??)

seriously, kdg2 ada masa tpi xde mood, ade mood, xde masa..

banyaknya keje..

taaak terbuat..

belom habis yang a, b c d e f dah sampai pulak.huhu

sabo jelah.

cbaran... cabaran...

oh ya.. dah berjaya jogging!  
kt  taman perbandaran bersma-sama housemate. hehe.. 
joging2 cari jodoh?? hahahaha... 

okelah...

latest update: kena buat kajian tindakan. baru lepas google2.. so skrg dah nampak la sket amend nak di buat..

go tina!






Sunday, March 3, 2013

-akhirnya....

0 bunga-bunga cOmeL
assalamualaikum....

tu dia...
lama gila x update. busy keje kt skolah.
bz angkat2 barang..

haha...

alhamdulillah..
allah telah makbulkan doa aku..
xjadi warden dah...hehe

weekend pertama di rumah sewa.. bukan lagi kt asrama..

lpas ni boleh balik rumah terus weekend..hehe

cuma, bulan mac ni every saturday kena p skolah.
semalam ada latihan dalam perkhidmtan-LDP
next week- ganti skolah
next 2 week- ada merentas desa dan mesyuarat pibg.
next 3 week- CUTI SEKOLAH..

yeay! hehe
ok. 
ttg rumah sewa aku sekrang, mmg feel like home. cantik. dekat dgn skolah. x jem. tp yang agak lecehnya, it's 4th floor.

memang terbaik.haha
pasni aku mmg xpayah p joging dah. naik turun tga je..haha

;p

Friday, February 15, 2013

...and SHE's always there..

3 bunga-bunga cOmeL
Alkisahnya xdptlah nak menonton cte armored (ni ke eh tajuk dia?) sampai habis, bila kakak tiba-tiba terjaga n nages..ngee..

so.. masuk bilik, on laptop.godek cte lama2...

---

emak salalu tahu bla masa aku rsa nak nagis atau sedang menangis, walaupun time tu terpisah dek pintu  kayu or jauh beratus batu...

dan aku?

mesti akan berlagak kuat, macam tak ada apa-apa..

sebab xnak mak aku risau.. 

aku menangis time dlm pelukan mak aku pun masa mak ng abah nak p haji dulu...
masa lain?

aku hanya hampir2 nak menitiskan air mata je la kot..sbb tu jugaklah, aku xkan peluk mak lama2.. wei..kompemlah banjir..kompem! jgn kata mak aku, kalau org lain, aku tgh sebak, instead of peluk, dorg just usap belakang pon aku, kompem akan bergenang. apatah lagi, peluk aku. mak aku plak.haish...mmg sah akan nangis.

hah! ada!

masa lepas sembahyang raya.. betol2 lepas solat sunat raya tu. salam, cium tangan, peluk sket..hah!masa tu pon xboleh lama.. hehe.. aku sebak nanti.

ni karang, kalau aku peluk mak aku sebelum nak balik penang, mesti mak aku ingat aku ni buang tabiat.hee..

entahlah... bukan xnk kongsi..tp bila dtg bab hati dan perasaan ni, aku x reti nak cite kt mak..padahal aku ni frust berkali2..aku selalu terbayang, ak luahkan kt mak aku. mak aku peluk aku, bg semangat. aku lepaskan semuanya dalam pelukan mak aku. tp setiap kali pon, aku akan berlagak kuat.

ada sekali aku kantoi. tu pon, kebetulan mak aku kol betol2 time aku tgh ngis.dgr je suara mak aku apa lagi!makin menjadi2 la pitching aku..haha

3 4 hari la gak, mak x kol aku sbb mak xnk aku nges lagi. ni pon adik aku yg ckp..

tgk, cnelah aku xcite kt mak aku.nt mak aku risau.huuu..

so biarlah aku tanggung semua selagi aku mampu menanggungnya..

mak, doakan yang baik-baik untuk anak mak ni. terutamanya bab menantu!hehe...moga2 dpt menantu yang dpt menyenangkan hati anak mak, n mak dan abah jugak.. ;)


bangun...bangun...

0 bunga-bunga cOmeL
..asalamualaikum..

serius.

mengimbas kembali gamabr2 lama ni membuatkan aku rsa nak kembali aktif!

mulakan dengan terjahan yang pertama: 
court VB kt hosp bersalin, penang.

hari isnin nanti. 
bersamaan 18 feb 2012.

yosh!

ntkan update terjahan pertama, isnin nt! ;p

Tuesday, February 12, 2013

see... her smile is very chanteq!

0 bunga-bunga cOmeL
and she's coming tomorrow....

how excited i am waiting for her..nak kemas rumah n everything tomorrow...

tak kisahlah. 
ujian yg dtg buatkan kita lebih kuat. dia tak bagi apa yang kita nak, tapi dia bg benda lain yang lebih baik.

ngee.. i will be very busy dis few days.. dah kena plan nk bawak g mana nih.. 

hopefully u will arrive safely tomorrow sis..
;)

p/s: apa kena mengena ng tajuk pon aku xtau la.hahah tersirat tuh.;p

Monday, February 11, 2013

-tragedi april fool-

0 bunga-bunga cOmeL
assalam...

april fool?
sumpah. xpecaya la aku dengan april fool nih. sejarah april fool ni pon aku tak amek port. dan seingat aku prank org kerana april fool, mcm tak pernah..buffday org, pernah!hehe

kenapa aku nak kesahkan sgt april fool??

huhu... 

sbab, tarikh tu 1 april!

tiba-tiba rasa ngeri. ngeri kalau sesuatu yang prnah berlaku 3 tahun lalu, berlaku semula selepas 3 tahun berikutnya.. skrg la tu..

it was so hurt. really hurt. rasa macam dah tak nak lagi dah. 

Allah pinjamkan sekejap ke untuk birthday aku kali ni sama macam dlu?

atau 

allah pinjamkan terus sampai ke syurga?
amin....

...apa sahaja yang terbaik...

Saturday, February 9, 2013

selamat pagi dunia!

0 bunga-bunga cOmeL
assalamualaikum..

morning semua! big smile to all. 

and the holidays begin....

setelah lebih sebulan bertungkus lumus, akhirnya ada gak masa rehat.. i mean, away from school, away from hostel. 

impian nak duduk luar, masih belum tercapai lagi. aku rsa by the end of feb la kot baru settle kes aku. hati pon dah xde kt hostel tu.huhu..

aku ada lagi satu impian. impian yg agak besar la.. harap2 sebelum umur aku bertambah lagi setahun, impian tu akan tercapai.

di mana...di mana...

hahaha... 

hmm.. Allah masih menguji aku, memberi masa untuk aku menyiapkan diri sendiri dengan ilmu sebelum aku melangkah ke dunia yg lebih mencabar kot..

ke guna talian hayat yang terakhir... mak..oo mak... 

p/s: amende merepek di pagi hari ni.



Tuesday, February 5, 2013

0 bunga-bunga cOmeL
it's nothing. and just let it go.

Monday, February 4, 2013

and now 16 + 10!

0 bunga-bunga cOmeL

assalamualaikum

kalau nak kata rasa macam baru semalam je aku dilhirkan, macm tipu plak. hw can i feel that.. hmm. tp rasa macam baru semalam abah hantar aku p sekolah ng motor kris dia. mcm baru semalam aku dapat 5a dalam upsr,and now it's 3rd feb tahun 2013. 26 years since the first time i came to this world..

so many things i have learnt. so many memories that i have collected. so many hard decisions that i have made.. for all these years, now, i am for who i am..

sempena birthday aku yg dah memasuki tahun pertama selepas suku abad ni, makanya aku menghadiahkan sebijik telefon untuk diri sendiri.hehe.alhamdulillah.. ada rezeki lebih. mmg la plan nk tukar hp. bila dah beli baru sedar, 2 hari lagi buffday. so kira cm hadia buffday la..hehe


apa yg nak capai tahun ni?

rahsia.

nt bila dah tercapai, akan aku khabarkan di sini..

p/s: hopefully, Allah akan pertemukan org yg betul setelah berkali-kali diuji dgn org yg salah..


Monday, January 21, 2013

i am DONE.

2 bunga-bunga cOmeL
lalalala...

tidur lmbat tonite.itu tersunggguh amat sangat la kompem..

ptg td ada budak jatuh.betol2 sebelah aku. budak tu lari2 lepas tu tersadung amende tah, n tersembam sekit lagi nk terciom longkang...

terkejut beruk la jugak aku sbb sgt kuat bunyi nya..sebelah aku plak tu.

dok kalut ke budak tu, dia pon tak bunyi pape. uk . ek pun x..

lepas dah cek pape yg patut.. aku pon brkira2 la nk blah.. sbb ad meeting plak..

tiba2 ada budak pagil aku.

YA ALLAH!

aku tinggal HANDBAG dalam kelas!!
punyalah kalut nak balik mengalahkan budak (sebenarnya ade meeting), aku keluar kelas dgn buku gemok n buku teks je..

oke.itu hikmahnya kenapa aku terdelay bila budaktu jatuh sebelah aku..

skrg, aku kt GH penang bawak budak tu ke hospital. bru dtg ngadu tgn dia sakit.huhu..
harap2 dia oke..

nasib baik ada budak form4 yg ikut... aku pon dah macam zombi dah sbb baru balik tusyen.huuu

amanah tiena... amanah...


Friday, January 18, 2013

kental ok!

0 bunga-bunga cOmeL
assalam..

hehe. skrg kt service produa sungai lalang.

alone. 

sejak2 ada keta ni,dah tau la serba sikit pasal keta yg sebelum ni tak pernah pun teringin nk amek tau.haha
walaupun xla bape paham sgt ape yg di explain oleh akak service ni kt aku, angguk aje lah..

muka confident tu penting ok kawan-kawan!

heehe.. sgt independent!. abg keje, abah kt rumah. bf or husband lagilah! entah kat mana2 skrg..
yelah prempuan kan bukannya tau ape sgt pun.. tp redah jelah..

masa mula2 dtg ng abang, terus dia hambat aku suruh buat sendiri.dia dok goyang kaki smbil hisap rokok kt luar. 

ayat dia: "p la sorang-sorang! bila lagi nak belajar."

yes. now i manage to do this by myself.

love my encik K..

mmmuah!


Tuesday, January 15, 2013

-dah terbior~

0 bunga-bunga cOmeL
assalamualaikum..

waa.. xsempat nak update ape2 since aku yang agak busy dan line tenet yg bertiup sepoi2 bahasa... ewah.. dr ada nk update sikit2, terus hilang mood..

now, im updating the SMM-thing. sistem maklumat murid.

pls. 
if u r the parent, pls help ur child to fill in the infomation in the form given. dont just leave it blank. kalo setakat jarak dr rumah ke skolah tu, boleh la cikgu nak tlg google-map kan tapi kalau dah smpai cukai pendapatan tu ditinggal kosong, google ada?ada? gji ribu riban.huhu

sekian terima kasih.

Monday, January 7, 2013

dialog 6: kenapa jadi cikgu?

2 bunga-bunga cOmeL
pada suatu pagi yg hening, ketika aku dan mak sedang melayan si kecik aiman yg sedang makan kt kantin sekolah barunya...

puan M: anak ke anak buah?
aku: anak buah. (sambil tersenyum lalu menyambut tangan yg dihulur)
dalam hati dok tertanya-tanya siapakah gerangan puan yang datang menegur..
puan M: tak ingat dah ke?

aku tersengih2...wei.... apa punya bertuah budak ni , tak ingat cikgu nih!ish2...

puan M: ni cikgu M... ni..
aku: ya allah.. yeka.. cikgu nampak lain sangat! (ayat cover)
puan M: lain sebab dah tua kot.. (cikgu ketawa)

bla..bla...

puan M: la awat jd cikgu? cikgu sekarang busy sgt!

ya itu dia.. statement yg tak dpt disangkal-saangkal lagi.. even sekarang pon, sekolah aku dah mula menampakkan ciri-ciri sibuk sana sini.. 
hari ni meeting, esok meeting, lusa meeting lagi.
*pengsan*
first week dah ada LDP. pergh, cemerlang gitu! kau ada?hahaha

btw, aku tak rasa yg aku menyesal dengan pilihan aku sekarang. memang sgt sibuk dan sometime agak stress.. tp inilah cabaran yg harus aku tempuh. 

"lain padang lain belalang,lain bidang lain susahnya"
(pepatah yg tak kena langsung.hehe)

all the best untuk aku dan semua para pendidik diluar sana.. hati ikhlas, pasti dibalas. ;)

p/s: nape ckgu yg aku ingt x ingat aku? cikgu yg aku tak sengaja terlupa,  ingt aku.?huhu.. 


Saturday, January 5, 2013

starfish bersepah-sepah!

0 bunga-bunga cOmeL
 assalam
walaupun masih belum hilang lg penat, tapi permintaan anak sdara aku tu tak mampulah aku nak tolak. sampai2 aje rumah, terus dia ajak pg tg dawai..
dr smpai rumah pukul 230 smpailah ke 5 lebih, dia syik dok tanya.. budk2 kan. potpetpotpet...layan jelah.nasib baik mak dia bawak keta. aku jd maam jelah kt belakang..

hehe...dlm penat2 tu pun sempatlah jugak aku amek beberapa shot menarik.cewah.hehe






yup.mmg byk sgt tapak sulaiman yg mati di sepanjang pantai tu..xtaula kenapa.. masa kitorg pg, air laut pon tgh pasang...with the sun..it is just a beautiful scenery..


with my beloved mom... 
hai gaya diaa... mcm or besar2...hhaha
p/s: hmmm... cancel la dulu beli DSLR..simpan duit g trip.;p

Friday, January 4, 2013

-misi 2012: EnCiK K-

2 bunga-bunga cOmeL
assalamualaikum..

2012 sudah pun selamat melabuhkan tirainya.org lain sebok2 ng misi 2013, aku sebok ng misi tahun lepas..



alhamdulillah. syukur tak terkata bila aku akhirnya dapat dipostingkan setelah lebih setahun aku digantung tak bertali oleh kementerian..

makanya, jawatan sebagai cikgu tusyen dan penganggur berjaya terus dilucutkan serta merta.hehe

dan berakhirlah kisah volleyball-hjung-miggu dlaam hidup aku.. 
(dr hari tu lg  nak google club kt penang ni tp tak tergoogle2)

lepas posting, berjimat cermat sbb gji tak dpt 3 bulan!alhamdulillah jugak, xdelah aku pinjam sana sini. ckup dgn saving aku yang xdelah banyak sgt tu.

bila dpt je langsam 3 bulan gaji, senyum sampai telinga!gaji sndiri weh!gaji tetap.dpt masa nak raya pulak, mmg elok sgtlah timing tu.heheh

gaji belom dpt, list aku dah pnjg berjela.
nk beli itu, nak beli ini..

at last,
aku buat down payment kete.
dptlah ENCIK K aku sekarang.hehe
perasaan masa pertama kali duduk kt tmpt pemandu, pgg stereng kete, xdpt digambrkan dgn kata-kata.ya allah, akhirnya KAU tunaikan impian aku..
gmbira tu memngla kan. tak sabar2 dah ni. kete seminggu da tersadai kt umah, tuan dia tak balik tgk lagi..lepas je sekolah, terus balik rumah.sampai je rumah,terus cri kunci kete.hehe

excited yg teramat sgt! 
exclusive.kt sni je letak gmbr..

so sekarang dah bawak encik K menjelajah penang setelah berjaya meyakinkan mak dan abah. abah pon dah byk kali naik encik K.lama kot sebelum abah naik n aku yg drive. adalah dlm sebulan lebih.first time abah  naik, aku rasa macam pegawai JPJ yang dok sebelah aku.hehe

skrg, ckp ja nak p mana. anak dia ni bawak.hehe

dan alhamdulillah..2 bulan lepas tu, aku dpt beli netbook aku ni..asus EeePC. ringan.smart.nipis. hehe...suke sngt2! tp jasa acer 12' aku tu tetap aku tak lupakan. sampai sekarang masih lagi berbakti walopun skrin dia dah loose.pantang tempoh. pap! terus tutup. hehe

so inilah impian2 dlm hidop aku tahun 2012.

misi tahun 2013: kawen kooooot~

...wakakaka...

Thursday, January 3, 2013

-buku GEMOK-

0 bunga-bunga cOmeL


well.. colors do make me happy.. 

;)

so why not i spent some free time to do some colorful works.hehe



nnti nak letak bunga2 sikit kt hujung tu.hehe

Wednesday, January 2, 2013

touching part in harry porter.

2 bunga-bunga cOmeL


fisrt day at school!

haha.xtaula nak describe macam mana. hari ni dalam jadual aku emua kelas form 1, so duduklah tgk aktiviti dalam dewan.

balik, sambng layan harry potter sambil siapkan silibus moral untuk 2013

dua tiga hari ni aku dok layan harry potter je. dari no 1 sampaila the deathly hallows pasrt 2..

walopun dah tgk untuk yang kesekian kalinya, ade certain scene tu still buat aku sedih jugak!haha

HP 4: the goblet of fire-scene cedric mati tu. yg HP bawak balik mayat cedric.
HP5: the order of pheonix- msa sirius black mati and scene voldermort masuk dalam badan HP.harry teringat balik kawan2 dia smua..
HP6: the half blood prince: masa nak last2, time dumbledore mati
HP7: the deathly hallows part 1-masa dobby mati (aku ngis dlm panggung)
HP:the deathly hallows part 2-scene snape nak mati n flashback pasal snape. touching kot..wuuu~


nilah scenes paling touch la kot dalam  harry porter..kalau aku dok melayan betol2 n tak buat keje lain, siap2 bergenang nih.hehe
aku pun xtau nape ak x jemu tgk cite nih.hehe

Tuesday, January 1, 2013

-2013 ke BINTANG-

0 bunga-bunga cOmeL
assalamualaikum..

selamat tahun baru 2013
(masa awal muharam tahun ni tak buat entry pon. buat entry dlm hati je.huhu)

malam td, konon2 nak tgk harry potter. tp at last HP yang tgk aku. bila terssedar, it was already 1153pm. oh, dah lewat!terus off semua. disaat nak pejam mata tu, tiba2 bunyi buunga api.. so heavy. macam bunyi meriam pn ada...

and that time, i was thinking about people in Gaza.
kalau di malayia, orang menjerit, bersorak sakan bila dgr bunyi seperti itu..
tapi di sana.......

hmm...

kalau lah tiba2 kena bom, beratus2 ribu org mati katak aje..


selamat tinggal 2012. 
banyak sgt kenangan manis dan pahit...
alhamdulillah. dah selamat posting..
dah bawak mak abah jalan2 dgn kereta sendiri

NOW, 2013.
actually,aku pernah cakap dulu, aku nak kawen masa umor 26. now i'm 26-on paper. hopefully, somewhere, somehow Allah temukan aku dengan pilihan yang terbaik untuk aku dan keluarga aku...
memang hidup single tu best.just that,sometime u need someone who u can share everything with, guide u when u lost, be with you anytime u need.someone yang menyejukkan hati..a soul-mate. yang cintakan kita kerana Allah.. 
kerana
aku akan lakukan perkara yang sama.
harap-harap ada.
;)

well.. tahniah pada semua sahabat2 aku yang menamatkan zaman bujang tahun2012.semoga bahagia sampai syurga.

hrapan aku untuk tahun ni, smoga semua ujian yang datang akan dapat aku tempuh dengan tabah dan mengumpul sebanyak ilmu yg boleh.  

-berhenti berfikir yang semua tu beban, sebaliknya itulah cabaran yang akan bertukar menjadi pengalaman-

happy new year readers and friends.
may Allah bless us all.
may all ur wish are the best for u and come true.

lots of loves,
atieput3


CHEMISTRY without CATALYSIS, would be a SWORD without a HANDLE, a LIGHT without BRILLIANCE, a BELL without SOUND.

~love chemistry~

.giRLs DrEaM TEaM.

.giRLs DrEaM TEaM.

.wishlist.

tamat belajar
gaji pertama
konvo
external hard disk
amek lesen
S.E xperia vivaz
my first car
netbook
bola guli
VB team
DSLR
family holiday
Encik P
settle ptptn
...bahagia sampai ke syurga...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...