Al- Baqarah

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."


Tuesday, July 19, 2011

posting.. terjawabkah persoalan...?



“SATU MALAYSIA: RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN”
 
Tuan/Puan,
 
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ingin merujuk kepada pertanyaan tuan/puan, No. Rujukan: KPKPM 206533 / No. Tiket 07639 yang bertarikh 18hb Julai, 2011 berkaitan dengan Permohonan Guru Sandaran Terlatih (e-GST).

Untuk makluman, bagi calon yang memiliki Ijazah Pendidikan dari Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) hendaklah memohon sebagai Guru Sandaran Terlatih melalui aplikasi atas talian (e-GST) di laman sesawang Kementerian Pelajaran Malaysia iaitu http://www.moe.gov.my/

Untuk pengetahuan, permohonan temuduga Guru Sandaran Terlatih melalui aplikasi e-GST telah dibuka di laman sesawang KPM pada 20hb Disember 2010 dan telah ditutup pada 15hb Januari 2011 yang lalu. Namun begitu, tiada tarikh yang telah ditetapkan bilakah permohonan temuduga Guru Sandaran Terlatih (e-GST) bagi sesi seterusnya akan dibuka.

Oleh yang demikian, adalah disarankan kepada tuan/puan untuk membuat semakan di laman sesawang Kementerian Pelajaran Malaysia dari semasa ke semasa bagi mendapatkan sebarang pemberitahuan dan maklumat terkini berkaitan dengan permohonan temuduga Guru Sandaran Terlatih melalui aplikasi e-GST tersebut.

Berikut adalah syarat-syarat asas bagi permohonan e-GST :-

    1.   Kewarganegaraan - Pemohon mestilah warganegara Malaysia.

    2.   Umur - Pemohon mestilah berumur tidak kurang dari 18 tahun semasa pada tarikh tutup iklan dan kurang daripada 50 tahun pada tarikh permohonan.

    3.   Kelayakan :-
              i. Memiliki Ijazah Sarjana Muda Pendidikan yang diiktiraf oleh kerajaan; atau 
              ii. Memiliki Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh kerajaan serta Diploma Pendidikan yang diiktiraf oleh kerajaan; dan 
              iii. Mendapat kepujian Bahasa Melayu/Malaysia (termasuk lulus ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan. 

    4. Calon yang telah disahkan Senat Universiti telah tamat pengajian dan layak dianugerahkan Ijazah/Diploma berkenaan juga layak memohon.

Panggilan temuduga Guru Sandaran Siswazah Terlatih (GST) akan dikeluarkan dalam tempoh enam (6) bulan dari tarikh permohonan e-GST. Sekiranya tiada maklumbalas diterima dalam tempoh tersebut, permohonan tersebut dianggap gagal dan disarankan untuk membuat permohonan baru.

Justeru itu, pengambilan GST adalah berdasarkan kepada kekosongan tempat, opsyen pengajaran dan juga keperluan perkhidmatan di sesebuah kawasan. Penempatan GST juga akan dikeluarkan dalam tempoh enam (6) bulan selepas tarikh temuduga dijalankan. Sekiranya tiada maklumbalas diterima dalam tempoh tersebut, permohonan tersebut dianggap tidak berjaya dan disarankan juga untuk membuat permohonan baru.

Walaubagaimanapun, tiada tarikh yang ditetapkan bagi panggilan temuduga dan juga pemberian penempatan bagi Guru Sandaran Terlatih (GST). Oleh itu calon-calon disarankan untuk membuat semakan dari semasa ke semasa dilaman sesawang KPM melalui capaianhttp://www.moe.gov.my/  bagi mendapatkan sebarang pemberitahuan dan makluman terkini berkaitan dengan perkara tersebut. 
 
Diharap maklumat/jawapan yang diberi dapat membantu tuan/puan.
 
Sebarang maklumat lanjut, sila hubungi, Khidmat Pelanggan KPM (KPKPM)  di talian 03-77237070 dengan memaklumkan nombor rujukan tuan/puan seperti di atas.

Terima kasih kerana berurusan dengan KPKPM.
 
Sekian.
 
“SEDIA BANTU”
 
Yang benar,
 
NOR MUSLIHA BINTI ATAN
Eksekutif Khidmat Pelanggan
Bahagian Khidmat Pelanggan
Kementerian Pelajaran Malaysia

p/s: setakat yg diboldkan tu je jawapannye, tak terjawab jugakla soalan aku tu.huhu

0 bunga-bunga cOmeL:

CHEMISTRY without CATALYSIS, would be a SWORD without a HANDLE, a LIGHT without BRILLIANCE, a BELL without SOUND.

~love chemistry~

.giRLs DrEaM TEaM.

.giRLs DrEaM TEaM.

.wishlist.

tamat belajar
gaji pertama
konvo
external hard disk
amek lesen
S.E xperia vivaz
my first car
netbook
bola guli
VB team
DSLR
family holiday
Encik P
settle ptptn
...bahagia sampai ke syurga...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...