Al- Baqarah

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."


Wednesday, July 27, 2011

cara nak kira fidyah.


assalamualaikum..


harimau, harimau jugak. singa, singa jugak, puasa dah habis ganti ke belum? next week da start ramadhan...


kali ni aku nak berkongsi dgn korg ttg fidyah.


pernah dgr kan?


Maksud Fidyah ialah satu cupak makanan asasi tempatan yang disedekahkan kepada fakir miskin mewakilli satu hari yang tertinggal puasa Ramadhan padanya.


fidyah ni lebih kurg mcm denda la. ade beberapa kes yg menyebabkan kita mesti bayar fidyah. salah satunya, bila kita tinggalkan puasa dan tidak menggantikannya sehingga ramadhan yg berikutnya. maka kita perlu membayar fidyah. jumlah fidyah akan bertambah mengikut tahun selagimana kita tidak menggantikan puasa.


kalau nk tahu lebih lanjut ttg fidyah ni, atau ade kes2 lain contohnya mengandung dan sebagainya, boleh dirujuk di sini sebabnya, aku pun takdelah arif sgt pasal ni.


tp untuk kira fidyah, aku boleh kongsi dengan korg sbb aku dah yakin macam mana cara nk mengiranya. hee


katakanlah pada ramadhan 1430, korg telah meninggalkan puasa selama 2 hari. sehingga masuk ramadhan 1431, korg tidak menggantikannya. jadi korg wajib menggantikan puasa tersebut selama 2 hari dan membayar fidyah sebanyak 2 cupak sebelum bermulanya ramadhan 1432 (insyaallah bermula 1 ogos). jika tidak selepas ramadhan 1432 nt, korg perlu menggantikan 2 hari puasa korg (bilangan puasa tidak berganda ) + bayar fidyah sebanyak 4 cupak beras (fidyah berganda mengikut tahun).


soalan:bagaimana kalau saya telah menggantikan puasa (yg ditinggalkan pd ramadan 1430 dan tidak diganti sebelum ramadhan 1431) sebelum ramadhan 1432, tetapi tidak sempat membayar fidyah sehinggalah bermulanya ramadhan 1432?


jawapan: fidyah tetap berganda. iaitu 4 cupak.mesti dibayar sebelum ramadhan 1433. jika tidak, berganda lagi menjadi 6 cupak. dan begitulah seterusnya.


untuk memudahkan pemahaman korg, bolehlah rujuk table di bawah.


klik continue reading:





yg akan tetapi tu, maksudnya, korg tinggalkan puasa, tak berganti. pastu tinggal lagi tak berganti... cmtulah.

yang penting, korg tau basicnya. 
contoh korg tinggal 3 hari sehingga melepasi 4 ramadhan, so nak kiranya : 3x4= 12 cupak beras.
begitulah seterusnya. 

kalau masih kurg faham macam mana nak kira, boleh tinggalkan komen. aku boleh tlg kirakan untuk korg. masih sempat lagi ni nak bayar.. yelah, kdg2 kita dah ganti puasa. tp fidyah je kita tak bayar sbb kita masih lg belajar ke, xde duit ke, xsempat ke...

ha. untuk taksiran di atas, korg boleh klik kat taksiran fidyah puasa.

untuk rujukan selanjutnya, atau sebarang pertanyaan mengenai fidyah puasa ganti dan segala yg sewaktunya,  boleh klik sni

(aku boleh tlg kirakan fidyah je. yg lain2 aku kurg arif. takut salah.)

kepada sesiapa yang hendak berkongsi maklumat, komen anda sangat2lah dialu-alukan..


maklumat tambahan yg aku yakin betul:

- fidyah tak sama dengan zakat fitrah
- fidyah boleh dibayar di pusat zakat atau diberi kepada fakir miskin
- fidyah hanyalah adalah sejenis kifarah, atau denda. meninggalkan puasa dengan sengaja tetap berdosa   hukumnya.

itu saja untuk kali ini. semoga semua mendapat manfaat..

assalam..

24 bunga-bunga cOmeL:

Tihara said... [reply to comment]

Salam,

perkongsian ilmu yang bermanfaat..bagus ni.. :)

fa-in said... [reply to comment]

nice sharing..
salam ramdhan al-mubarak :)

~atieput3~ said... [reply to comment]

thank you..

Alin Marlini said... [reply to comment]

info menarik...mekacih

~atieput3~ said... [reply to comment]

same2 alin. thanx jugak sbb follow..

HaSue said... [reply to comment]

salam atie..tq sharing.. :)

NuR 'aQiLaH said... [reply to comment]

da ganti pose. yeay!

~atieput3~ said... [reply to comment]

@hasue: ur welcome. ;p

@aqilah:good girl.hehe

Semut Senyum said... [reply to comment]

dah ganti dah.. thanks for the info.. =)

Anonymous said... [reply to comment]

Salam, tapi mcamana pulak dgn maklumat dlm website ni?

http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-negeri/hukum-gandaan-fidyah-dan-kifarah

~atieput3~ said... [reply to comment]

terima kasih di atas perkongsian tersebut.

menurut fatwa yang dikeluarkan , hukum pembayaran fidyah dan kifarah yang tertangguh adalah tidak digandakan (harus),

bermakna;

jika digandakan pun masih diterima..

jadi, perkiraan yang telah dinyatakan tidak salah..

sebenarnya perkara ini telah pun saya tanyakan kepada beberapa orang ustazah sebelum sy tulis entry berkenaan. pengetahuan saya (bahawa fidyah perlu digandakan) dikukuhkan lagi dengan pandangan mereka.

walaubagaimanapun, sy akan merujuk semula hal ini kepada mereka memandang harus tidak digandakan itu adalah satu fatwa juga.

terima kasih. ;)

p/s: fatwa ini (spt dlm website yg anda berikan)dikeluarkan mengambil kira faktor masalah akan timbul apabila berlaku penggandaan dalam pengiraan fidyah apabila pembayaran ditangguhkan untuk beberapa Ramadhan.

AISHAH JOHAR said... [reply to comment]

assalamualaikum. bolekah kita bayar fidyah dengan duit ptptn? saya masih lagi belajar.

~atieput3~ said... [reply to comment]

waalaikumussalam..

terus terang, sy katakan, sy mmg tak pakar dalam hal ni.. sy hanya bole bantu nak kira je.hehe..

tapi pada pendapat sy, drpd duit itu digunakan untuk benda yang tak berfaedah, baik digunakan untuk sesuatu yg baik selagi duit itu cukuplah unuk keperluan aishah nanti..yg penting, puasa itu diganti dulu dan kita berdoalah semoga Allah menerimanya..

itu hanya pendapat sy. tanpa dalil yg sewajarnya. sy benar-benar minta maaf tak dpt bg jawapan yg tepat skrg. walaubagaimanapun sy sedang bertanya denagn orang yg lebih pakar.. nanti sy update lagi..

thanx for asking.. ;p

~atieput3~ said... [reply to comment]

ataupun cuba aisyah tanya di sini,.. mungkin lg cepat dpt jawapn.. ;p

http://www.ustaznoramin.com/2010/06/cara-ganti-puasa-ramadhan-bayar-fidyah.html

Abu Muhammad said... [reply to comment]

Salam.

Rasanya ada sesuatu yang tak kena dengan kaedah kiraan tersebut.

Sila ke

http://www.mufti.gov.bn/irsyad/pelita/2009/bil331-bhg2.pdf

Gandaan yang dimaksudkan adalah setiap tahun bertambah satu cupak di darab dengan bilangan hari yang masih belum diqadha.

~atieput3~ said... [reply to comment]

terima kasih di atas perkongsian. sy tak dpt nk buka link yg saudara bagi.

no sy nk try kira mcm yg saudara tuliskan.

puasa tinggal 2 hari.
-ramadhan berikutnya (ramadhan 1), masih belum ganti: fidyah kena bayar 2 cupak.
-ramadhan berikutnya(ramadhan 2), masih belum ganti : (2+1 darab dgn 2 hari yg tak ganti)kena bayar 6
-ramadhan berikutnya( ramadhan 3): masih belum ganti , kena bayar 8.

betul tak? sy sebenarnya tak berapa faham dgn statement saudara. tmbahan pula, link tu tak dpt nak bukak.

atau pun yg dimaksudkan dengan ayat tu, bila puasa dah diqada, tp fidyah masih belum dibayar,(contohnya, tinggal 2 hari. sbulm mula puasa, si polan tak sempat nak ganti. jadi dia kena byar 2 cupak dan puasa dua hari. tapi sebelum masuk ramadahan berikutnya, si polan ni sempat ganti puasa nya itu tp belum sempat bayar fidyah.)jd fidyah tu tak payah diganda kerana dia dah ganti?

setahu sya dr pembacaan dan perbincangan dengan ustazah, fidyah mmg berganda selagi blum dibayar walaupun puasa dah diganti..

wallahuallam. sy akan buka link itu lain kali.

terima kasih..

koriey said... [reply to comment]

asalamualaikum..

sya nk mintak tolong awk kira saya punya kiraan fidyah..

xtually sya pun x ingat brape hari sya tinggal puasa wajib saya..tp seingat saya agak bnyak la sampai x mampu saya mengingatinya..

pada tahun 2004 hingga tahun 2012 saya telah meninggal puasa..saya x brape ingat brape kali saya tiggal puasa dalam jangka masa puasa dalam tempoh 9 tahun..saya mahu ambil jalan tengah iaitu mengambil pada kadar tertinggi bilangan puasa yang ditinggalkan..iaitu pada 30 puluh hari setiap kali puasa pada tahun 2004 hingga tahun 2012 dalam jangka masa tempoh 9 tahun tersebut..

persoalan saya:
1. berapa yang harus sya byar saya punya fidyah?
2. bolehkan saya mbyar fidyah hasil duit pinjaman daripada family?

*untuk makluman saudari..saya x habis lagi qada puasa saya..bolehkan saya byr fidyah dahulu sblum sempat mghabiskan saya punya qada puasa..??

diharap saudari dpt membantu saya dalam soal ini..tq

~atieput3~ said... [reply to comment]

waalaikumussalam.

sy minta maaf di atas kelambatan ini. dah lama saya tak buka blog.

1- jumlah yang telah sy kira adalah 1080 cupak beras (makanan asasi.) bersamaan dengan 756kg (1 cupak~700g)
kiraan ini adalah untuk 30 hari setiap tahun yang tidak pernah diganti selama 8 tahun. (2004 tinggal puasa, sehingga ramadhan berikutnya- 2005 itdak diganti, baru dikenakan denda fidyah yang berganda sehinggalah 2012 dengan setiap ramadhan 30 hari meninggalkan puasa dan tak pernah ganti)

2-apa yang saya faham,jika awk belum berkahwin, keperluan awk masih dalam tanggungan bapa awk.

3-ini, sy xberani nk ckp..sebelum tu, sy nak ingtkan puasa yang ditinggalkan dan tidak diganti adalah tak digandakan. hanya fidyah yang berganda. maksudnya dr thunn 2004 tu sampai 2012, awk kena puasa 240 hari.kalau secara matematiknya bilangan fidyah kita akan star berganda baliklah. sy x berapa pasti.

ini kiraan secara kasar, kalau ditengok mcm byk dan tough jugaklah nk gnti byk tu.aa fatwa yang dikongsi oleh sahabat kat atas yang menyatakan bahawa, kalau dah bayak sngt hari ynag ditinggalkan dan tak pernah ganti, gandaan itu diharuskan kerana dikhuatiri tidak mampu. tp puasa mesti kena cuba ganti. mungkin awk boleh rujuk pada lembaga zakat ke. ada perkhidmatan fidyah ni. sy rasa itu lebih meyakinkanlah..


kalau nk tgk kiraan tu, boleh bg emel awak. nt sy emelkan.
star_space87@yahoo.com

p/s: sy rasa xsampai 30hr setiap bulan. kita kan ada cuti khas. ;)


buat masa ni, ni saja yang dpt sy bantu. sy pun rujuk kt sini. http://www.ustaznoramin.com/2010/06/cara-ganti-puasa-ramadhan-bayar-fidyah.html

apa pun sy harap, kita dpt perbaiki kekhilafan kita sebelum ni...

slmt hr raya! ;)

~atieput3~ said... [reply to comment]

sory2...sy tersalah...masa tu tak terfikir cuti khas pun kena ganti..padahal mmgla kena ganti. so xpalah assume 30..

sy ada sorg utzh ni, dia pun kata awk masih dlm tggungan ayah awak. means dia yg bertanggungjawab..

kalau awak tak mampu, buat sekadar yang mampu tapi x bermaksud awak amek mudah perkara tu. yg penting, kena taubat bersungguh dah tak ulang perkara yang sama..

Anonymous said... [reply to comment]

http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-negeri/hukum-gandaan-fidyah-dan-kifarah

Anonymous said... [reply to comment]

tolong kirakn untuk byr fidyah..jika jum hr yg ditingglkn adlh 77 hari utk 10 thn

~atieput3~ said... [reply to comment]

@Anonymous

assalam.. boleh tak saudari ingat dgn lebih detail? contoh bape hari untuk thun satu ke..

boleh juga emel pd sy, atiesggs@yahoo.com

Anonymous said... [reply to comment]

Assalamualaikum dan hai! Boleh tak awak tolong kirakan fidyah saya? Pada tahun 2011, saya tinggal puasa selama 7 hari dan tidak diganti sehingga ramadhan 2012... pada ramadhan 2012 saya tinggal lagi 7 hari dan tak ganti juga... pada tahun 2013 pun saya tinggal 7 hari dan tak ganti dan pada ramadhan 2014 saya tinggal 8 hari dan tak ganti sehingga tiba ramadhan 2015... saya rancang nak bayar semua fidyah pada tahun 2016... so berapa yang saya kena bayar eh??

Atie putri said... [reply to comment]

Waalaikumussalam.. Maaf ni blog lama sy.sy terlepas pandang komen awak.. Sy dah tlg kirakan berdasarkan kiraan yg telah sy tulis dlm enty ini.jumlah fidyah adalah 241 cupak....tu berdasarkan kiraan.. Tp ada fatwa yg mengatakan harus sekiranya tidak mampu.wallahualam..harap membantu.

CHEMISTRY without CATALYSIS, would be a SWORD without a HANDLE, a LIGHT without BRILLIANCE, a BELL without SOUND.

~love chemistry~

.giRLs DrEaM TEaM.

.giRLs DrEaM TEaM.

.wishlist.

tamat belajar
gaji pertama
konvo
external hard disk
amek lesen
S.E xperia vivaz
my first car
netbook
bola guli
VB team
DSLR
family holiday
Encik P
settle ptptn
...bahagia sampai ke syurga...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...