assalamualaikum
alhamdulillah kerana masih lg diberi kesempatan menghirup udara segar bumi ciptaan tuhan.
alhamdulillah kerana jantung ini masih lagi berdegup, jasad ini masih bernyawa..
syukur kerana pada saat ini aku diberi peluang mmbetulkan kesilapan lalu..
dalam sarat diri yang dihimpit dengan bermacam-macam rasa, aku akhirnya berjaya mencari sesuatu yang berharga..
aku ada ALLAH, yang sentiasa mendengar rintihan hatiku walau di mana aku berada, yang dengan ayat-ayat cintaNYA membuatkan aku rasa lebih tenang dan setiap hariku terisi...
di sekeliling aku ada keluarga yang sentiasa menyokong aku dan menerima aku seadanya walaupun pelbagai rintangan dan ujian yang aku hadapi.. walaupun tak semua yang anak ini rsa, dirasai mereka, tp aku yakin, mereka akan sentiasa ada untuk aku selamanya..
di sisi aku ada sahabat-sahabat..
sahabat yang susah senang bersama-sama aku, menasihati aku ketika aku kesedihan, bersama- sama aku ketika aku keseorangan, menghiburkan aku ketika aku perlukan seseorang..
sahabat yang ketika aku menghubunginya dan menangis hiba, dia mententeramkan aku, menyanyikan lagu untukku dengan suara kurang merdunya sehingga akhirnya berjaya membuatkan aku ketawa...
sahabat-sahabat yang sentiasa mendoakan kesejahteraan aku, kebahagian aku, kejayaan aku...
sahabat-sahabat yang sentiasa menyokong aku, memberi nasihat apabila aku sangat memerlukannya...
sahabat-sahabat yang sentiasa menyatakan rasa rindu dan sayang mereka padaku...
dengan semua yang aku ada,
aku rsa sudah cukup sepatutnya untuk aku senyum, ketawa dan berasa bahagia....
aku yakin... Allah sentiasa mendengar suara hati aku...
dan
aku yakin... Allah pasti sediakan sesuatu yang lebih baik dari apa yang aku anggap baik selama ni...
terima kasih untuk semua... hihi
love u all!
tina,
3 february 1987 (6 pm) @ 4 jamadilakhir 1407h
24 tahun masehi @ 25 tahun hijrah
p/s: tq untuk semua wishes dan doa yang memenuhi HP and FB aku.
mmuahh!
0 bunga-bunga cOmeL:
Post a Comment