Al- Baqarah

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."


Friday, December 31, 2010

...kampOng girl_ VOL 12

0 bunga-bunga cOmeL
“I love you!” aidil mengulanginya lagi sekali bila tiada respon dari Intan. “inn!” aidil menjerit.
“apa? Tak reti nak cakap elok-elok? Buat malu orang je,” balas Intan dengan riak wajah yang bersahaja. Garang pula!
Aidil mendengus. Punyalah susah payah dia mengenepikan egonya melafazkan kata cinta, boleh pula Intan tidak mendengarnya. Kuat mengelamun betullah minah sorang ni. Jerit hatinya.
“baliklah jom,” Aidil bangun dari tempat mereka duduk.
“eh, barang-barang ni?” soal intan gelabah bila dilihat wajah AIdil yang tiba-tiba masam mencuka dan mula melangkah meninggalkan dia dan barang-barang pemberiannya itu.
“take it or leave it…” ujar AIdil tanpa memandang Intan.
“aidil saya tinggalkan kat sini…” jerit Intan takut-takut setelah melihat tubuh AIdil semakin menjauh. Namun tiada balasan dari lelaki itu.
“alamak, macam mana ni?” Intan gelabah. Takkanlah nak tinggalkan kat sini pula. Bukannya murah. 
Telefon bordering. Panggilan dari Aidil.
“belajarlah hargai apa yang orang bagi pada you. Anggaplah tu pemberian ikhlas dari I. tak ada apa-apa maksud,” tegas suara Aidil di hujung talian.
“err…”
“just take it. Cepatlah, I hantar you balik. Lembab!” kata aidil lagi.
“aidil!” kata-kata Intan disambut dengan bunyi tuttt yang berpanjangan. Kurang asam punya Aidil sempat lagi dia ya!huh!

“KAU tau tak fik, lembab betullah si Inn tu. Aku bagi hint tak faham-faham,” adu Aidil pada sahabat baiknya itu. Sudah seminggu berlalu sejak kejadian tempoh hari. Mujur Inn mendengar kata-katanya. Sayanglah kalau dibiarkan barang-barang pemberiannya ditinggalkan di situ.
“kau ajak aku lunch sama-sama hari ni sebab nak meluahkan perasaanlah ni ye?” ujar Taufik lalu ketawa.
“lebih kuranglah. Ala, kau dah bahagia dengan bini kau, sekarang turn aku pula,” balas Aidil.
“kau ni memang betul-betul serius ke dengan Intan ni? Kau jangalah main-mainkan perasaan dia. Aku sayangkan dia. Dia dah macam adik aku tau.”
“bila pula aku cakap aku nak main-mainkan dia. Aku seriuslah Fik!”
“okay..okay… emo pulak dia. Relaxlah,” Taufik menenangkan sahabatnya yang sudah naik angin.
“sejak malam majlis kau tu, dia terus hambar dengan aku. Dia ajak aku keluar minggu lepas pun sebab nak pulangkan barang-barang yang pernah aku beri pada dia. Boleh pulak dia mengelamun masa aku confess aku cintakan dia,” keluh Aidil.
“you what?” soal Taufik seakan tidak percaya dengan apa yang baru didengarinya.
“aku cakap ‘I love you’lah. Apa yang kau hairan sangat ni?”jawab Aidil selamba. Sakit pula hatinya melihat reaksi Taufik.
“wow! Ni memang betul-betul serius ni,” kata TAufik sambil menepuk-nepuk bahuh temannya itu. “then what happened?” soalnya penuh teruja.
 “hmmm… dia tak dengar pun. Kuat mengelamun betul minah kampung tu!”
“hish kau ni.  Mulut tu memang tak reti nak control. Agaknya itulah sebab kenapa dia tak percaya pada kau. Kau kutuk dia, tapi kau cakap kau sayang dia. Macam mana? Kau kena belajar berlembut dengan dia. Janganlah main lepas cakap aje walaupun kau memang macam tu sebenarnya.”
“yelah….” Jawab Aidil mendatar sahaja suaranya

AIDIL memandang sepi fail-fail di atas mejanya. Fikirannya rungsing memikirkan Intan. Rindu mula menerpa ke segenap hati. Gadis itu menyepi seribu bahasa. Mungkin sedang sibuk mengulangkaji pelajaran. Maklumlah dia kan masih belajar. Pandang fail nampak Intan, pandang pintu nampak Intan, pandang dinding nampak Intan, sampaikan pandang papanya pagi tadi pun nampak Intan. Dia harus melakukan sesuatu.
Butang intercom ditekan.
“Sal, batalkan semua appointment I hari ni. I ada hal kat luar.”
“baik bos.”
Aidil mengemas mejanya ala kadar. Dia harus pergi sekarang, menemui gadis yang telah membuatkan hari-harinya tidak tenteram.

Hampir setengah jam kemudian dia masuk ke perkarangan UNIKL. Matanya melilau mencari sesiapa yang dikenalinya sehinggalah dia ternampak Julia. Aidil segera mendapatkan Julia. Selalunya gadis itu bersama Intan tapi kali ini Julia hanya bersendirian.
“mana Inn?”
“eh, hai!”Julia terkedu melihat menyambut sapaan Aidil yang tiba-tiba.
“sorry… hai Julia? Baru lepas exam ke?” Aidil membetulkan sapaannya sambil tersengih.
“aah.. baru je habis,” balas Julia takut-takut. Dia mahu segera berlalu dari situ.
“emm… mana Inn?”
“buat apa you nak cari dia lagi AIdil? Dia dah cukup terluka,” tegas Julia membela sahabatnya.
“please Julia. I need to see her. I know I have done a very big mistake. Please… I nak betulkan keadaan,” rayu Aidil. Dia tahu Julia seperti mahu melarikan diri daripadanya.
“ok. But don’t hurt her! Dia dah cukup sakit you buat dia mcam tu Aidil,” jawab Julia akhirnya. Tersentuh juga dia melihat kesungguhan Aidil.
“I janji,” kata Aidil penuh yakin. Tangannya kanannya diangkat tanda berjanji.
“dia dah balik kampung…”
“exam dia?”
“dia dah habis exam dua hari lepas. Lepas tu terus beli tiket balik kampung.”
“Alright Julia. Thank you. Tunggu kad kahwin dari kita orang ok!” ucap Aidil lalu meninggalkan Julia. Julia tersenyum. Alangkah bahagianya Intan jika dapat bersama dengan lelaki pujaannya itu.

Thursday, December 30, 2010

bola itu bulat!tahniah!

2 bunga-bunga cOmeL
as salam...


hihi.. rata-rata 0rg cite pasal b0la. yup!tahniah untuk pasukan malaysia. encik2 harimau semua memang mantap!dpt kalahkan encik2 garuda.heee


aku sebenarnya bukanlah kaki b0la ke ape..ade aku tgk.. n aku xtau pun pasal piala suzuki ni. tup tup satu malam ni, abah aku bukak bola, masa tu semifinal 2.msia vs thai. tu pun dah 2nd half. memang LUBUK habeslah aku!haha..walaupun seri tp tetap mara ke final.yeay!


masa final pertama, kakak ipar aku yg smngt2 gile. aku biasa2 jela.. slalunya time aku tgk je mesti kalah.menci!


tp sekali malm tu 3 bjik! menjerit2 mengalahkan abg aku.. siap berkampung kt depan tv lg. dgn tilam, toto, sume la.. haha


dah menaNg 3 bijik xknla 2nd final xtgk kan??haha,..


so mlm yg ke2 ni, hanya ada aku, adik n mak aku yg dah terlelap2 kt atas sofa dan abah aku yg tgk lepas balik dr masjid. terukkan pdg indon tu? aku rasa lg teruk dr bukit jalil. 1st half pda aku xbest sgt r.. tergelincir,  terlepas bola la ape la...  msa 2nd half bru rsa bernyawa sket. tmbah2 bila masuk g0l msia yg pertama malm 2. bers0rak xingtla. dah la cun plak tu g0lnye.hihi... ingtkan malm tu msia menag tanpa bol0s. tp masuk gak dua g0l ind0n.




ape pun, tahniah untuk pasukan malaysia!hihi


p/s:den tak pandaila nk ulas pasal bola ni.=p



...kampOng girl_ VOL 11

2 bunga-bunga cOmeL
“apa yang awak nak sebenarnya?” soal Intan kepada Aidil. Dia sudah penat mahu memikirkan semua ini. Tambahan pula peperiksaan akhirnya akan berlangsung tidak lama lagi.
“apa yang I nak apa? I don’t get it Inn,” balas Aidil dengan kerutan di dahi. Hujung minggu beginilah dia mahu berehat-rehat di rumah setelah seminggu berhempas pulas bekerja menggantikan papanya di syarikat. Memegang jawatan tertinggi di dalam syarikat besar begitu dengan usia pengalamannya yang tidaklah banyak mana memang menuntutnya untuk lebih berusaha dan belajar benda baru. Mujurlah dia tidak dipandang rendah oleh kakitangan lain. Lepas setahun dia masuk ke syarikat itu, barulah ayahnya melepaskan jawatan CEO dan diberikan kepadanya.
“now, you are asking me back?” Intan mengangkat kening. Mamai ke apa lelaki di depannya ini.
“cikgu I ajar, kalau tak tau, bertanya. Nanti sesat jalan,” ujar Aidil dengan senyuman di bibir. Di tenung wajah gadis di depannya. Rindu menerpa di hati. Sudah dua bulan sejak peristiwa pada malam resepsi taufik dan Sofia, dia tidak pernah berjumpa Intan. Panggilan dan smsnya juga tidak disambut atau dibalas Intan. Disebabkan kesibukan yang menghimpitnya akhirnya dia terlupa dengan kemelut yang berlaku antara dia dan Intan.
Dilihatnya wajah Intan yang suram. Apakah agaknya yang membelengu gadis itu sehingga tiba-tiba mengajaknya keluar.
“why dear?tell me. You ada masalah ke?” Aidil berdiplomasi. Dia memujuk gadis itu.
Intan diam. Tidak tahu apa yang harus dimulakan dulu. Terlalu banyak persoalan yang ada dalam dirinya. Bila difikir-fikirkan balik, rasa menyesal pula kerana mengajak Aidil keluar hari ini. Teringat perbulaannya dengan Sofia dua bulan lalu.
“Inn, sebenarnya Aidil memang betul-betul sayangkan Inn. Taufik yang beritahu I Inn. In fact your handphone, dia juga yang hadiahkan pada you Inn,” kata Sofia. Intan terdiam. Dipandang handphonenya yang sedari tadi ditekap ke telinga.
“akak, janganlah main-main dengan Intan kak,” Intan bersuara perlahan. Tidak sangka dengan berita yang baru didengarnya.
“I tak main-main, semuanya daripada dia.”
“tapi kenapa kak?”
“Because he loves you Inn. Since the first moment you met!”
Serabut mindanya! Tidak tenteram hatinya dua bulan ini. Hari ini dia mesti membuat perhitungan agar segala-galanya selesai. Dia tidak mahu apa-apa daripada Aidil. Dia tidak mahu kasih sayang Aidil. Dia tidak mahu barang-barang pemberian AIdil. Itu yang dia putuskan pada malam Aidil menghinanya.
“Nah! Inn rasa semua ni bukan milik Inn lagi,” ujar Intan. Lalu meletakkan semua barang-barang yang pernah diberikan Aidil kepada Intan. Handphone, baju, teddy bear, kasut, tudung dan beberapa keping gambar mereka.
Aidil terkejut. Memang ini semua barang-barang pemberiannya. Kenapa Intan memulangkannya kembali. Adakah disebabkan dia pemberinya?
“Inn, they are all yours dear. Kenapa you nak pulangkan pada I?” Aidil bersuara.
“jadi betullah ini semua pemberian Aidil?”
Aidil mengeluh dan kemudiannya mengangguk.
“kenapa awak bagi Inn semua ni? Inn tak perlukan semua ni. Inn tahu siapa Inn di mata awak. Tapi Inn tak nak semua ni. Inn tau Inn ni budak kampung. Tapi Inn bukan tak sedar diri,” ujar Intan lagi. Dia cuba menahan sebak di dada. Dia tidak mahu menangis di depan lelaki itu.
“Inn, that was a mistake. I don’t mean any of it. I betul-betul risaukan you masa tu,”pujuk Aidil. Dia cuba mencapai tangan Intan di atas meja tapi segera ditolak gadis itu.
“suami Inn saja yang boleh pegang Innlah!” kata Intan tegas.
“kalau macam tu, I nak jadi your husbandlah!” balas Aidil lalu ketawa.
“Aidil!” Intan bengang.ketawa Aidil mati. Saat-saat genting begini pun sempat lagi lelaki itu buat lawak.
“what?”
“Inn tak bergurau okay!”
“so do I!” AIdil membela dirinya.
“stop it Aidil. Inn cuma nak tahu kenapa awak bagi semua ni? Sebab Inn tak mampu kan?” tegas suara Intan mengundang masam di riak wajah aidil tanpa dia sedar.
“Intan…” aidil berhenti di situ.
“apa?”
“you ni lembab lah! I cakap you kampung, you faham you ingat I hina you. I cakap you lembab ni you pun mesti ingat I hina you lagi.”
“Straight to the point please…” ujar Intan sambil memeluk tubuh. Bebola matanya tepat memandang Aidil. Sakit hatinya dipanggil lembab.
“you tak perasan ke bagaimana I layan you, Inn? You tak perasan ke bagaimana mata I ni pandang you?” ujar Aidil sambil jarinya menunjukkan matanya sendiri. Kenapalah gadis itu tidak memahaminya.
“tak!” balas Inn ringkas dan tegas. Sedap sangat mengata orang lembab! Dia tu ego! Jerit hati Inn.
“you ni memang lembablah!”
“macam mana awak layan saya ya? Awak sakitkan hati saya. Awak hina saya. Pandangan awak penuh kebenciaan Aidil,” balas Intan. Pandangannya dihalakan ke tempat lain. Tidak mampu melawan pandangan Aidil.”
“that was a mistake Inn... itu dulu. Masa I belum-belum kenal you lagi. And you panggil I sepet tu, I betul-betul tak suka,” kata AIdil. Gadis di depannya dipandang penuh kasih.
“habis awak panggil saya budak kampung, saya suka la? Awak panggil saya Putri, saya suka la?”
“yela. I salah! I’m sorry.”
“huh!minta maaf pun tak ikhlas!”
“Inn, you ni memang sengaja nak uji kesabaran I kan?”
“bila pulak? Tak ada masa!” balas Intan tegas.
Aidil mendiamkan diri. Kesabarannya memang benar-benar teruji. Kata lembab, marah. Tapi memang lembab pun! Sabar aidil! Dia perempuan, kena berlembut. Dan disebabkan perempuan juga, dia buat-buat tak faham, sebab nak dengar dari mulut kau sendiri.  Faham?!
“I love you!”kata Aidil penuh yakin.

Wednesday, December 29, 2010

came from...

2 bunga-bunga cOmeL
hihi...dah lame dah nak buat psal ni...

this week
last week

last month
is dat for real...??

thank you very much!=pMyEm0.Com

source:nuffnang.

aku masih di sini lagi...

4 bunga-bunga cOmeL
assalamualaikum...


cik terataibungaindah yg ceria akan kembali aktif.hihi... rasa nk peluk cium je lappy aku ni bile dpt 0nline.rindu sgt nk mengadap cik atieput3. 


k0rg ape khbar?harap semua sihat2 hendaknya. rindu aku tak?(ayat perasan)hahaha..at least k0rg rindula k0t buah tgn dr aku kan.hihi..xpelah kasi aku perasan jap.haha


aku skrg?
hai tetap same macam dulu..yg aku tau bile aku cukup kuat untuk buat keputusan cukup sukar dlm hidup aku, insyaallah i will never turning back. terima kasih pada semua yg menjadi tulang belakang aku selama ni. n to kak sweetdarling:thanx byk2.. i think dat was it.dah la. life has to move on.now who i care is just me n my family. 


ok dah2!xm0 sedey2 lagi.haha


so sepanjang penyepian aku yg agak lama ni, aku dtg bawak buah tgn untuk k0rg sume.hihi


ade 2 volume untuk kampong girl. masih tak punya penamatnya lg.


and ade 20 bab aku sajikan k0rg novel pertama aku yg berjaya aku tamatkan.xpernah dipublish di mana2 lagi.hihi..hanya di sini..dan memang akan hanya disini je kut. =p


ahah!ade beberapa tips baru untuk korg... mungkin dah lame n semua 0rg pun da tau. tp ini dr buah fikiran dan pengamatan aku pula.hihi...k0rg xkn b0san nk bce punye.,=p


jadi ntkan semua yg terbaru drpd cik terataibungaindah!


slmt membaca.


lots of loves,
atieput3

Monday, December 13, 2010

...good bye...

8 bunga-bunga cOmeL
assalamualaikum..

hye semua...
 hmm.. 
nothing to share..
 just, i will not be here for quite some time..
so pada yang sudi dtg,thanx a lot..rajin2, kliklah ads yg ade tu.hhihi..


i'm going back to my hometown, be there like forever... so for things i did wrong, for words that might hurt, i am really sorry... i just a normal person, named Tina who still tends to do mistakes... umur panjang, kita jumpa lagi.
insyaallah..

one day, i will be writing here again... tke care guys...

mmmuahx!

salam

Friday, December 10, 2010

kem rehlah_day 1

2 bunga-bunga cOmeL
kem rehlah remaja perempuan Zon 1
anjuran JAWI
5-7 disember 2010
nur alam bestari resort, ulu yam


day 1
pendaftaran di masjid imam al-ghazali
bertolak ke ulu yam
sesi ice-breaking
jungle tracking
LDK1







p/s:xsangka kamp0ng girl aku mendapat pujian tiba2 dr someone yg aku xsangka akan k0men.thanx sume. =)

Thursday, December 9, 2010

okay.

4 bunga-bunga cOmeL
assalamualaikum...


from kem rehlah to klwmbc. kejutan la untuk aku jugak kan... but then, i will try to be just me... hopefully everything gonna be just fine..amin...


so today was klwmbc training day 4. but for me, this is my 2nd day.. agak penat. from 8 to 5. (act started at 10++) but no so bad la.. this time xdelah bidan terjun macam hari tu..


n today also, i bought my new lens since the last one was already 1 month plus2. (not good for you eyes ok!)


n dear friends..


i'm ok. we are ok.. but things are going to be different afterward. well, a part of it, i'm the one who shud be blamed of. but still, i'm hurt....MyEm0.Comthat's totally right when people said, when u lose it, then only u know how much it means to u... pg duduk jenguk volleyball pun rasa nk bergenang ok!huuu~


life has to move on. mungkin inilah caranya Allah nk tolong aku spaya dpt berubah kepada yang lebih baik.. mana tau one day, kitorg  akan dipertemukan semula... cause i know, a part of him still loves me...(sdih je ckp cni....)


salam

Wednesday, December 8, 2010

broken heart

3 bunga-bunga cOmeL


i just cant believe it.it happens all over again...
i cant believe it, im writing dis again...

ha ha ha

just to remind you tina..in case u forget..

luahan..

2 bunga-bunga cOmeL
as salam...


AGAIN?


yes!


dan aku mentertawakan diri sendri... hahaha... orang cakap, 'ku sangkakan pnas sampai ke ptg, rupanya hujan di tengah hari'. MEMANG pun.. tp harap2 lepas ni ada lah pelangi yang indah, lepas hujan yg asyik mencurah-curah...




jgn tya apa2...pls.. =)

Tuesday, December 7, 2010

cOcOnut Shake!

6 bunga-bunga cOmeL
as salam..


sape suka minum coconut shake angkat tgn!!!!!


hihi... antara salah satu mende yang menjadi kewajiban aku bile balik rumah adalah buat coconut shake!


ini spesel punya. petik kelapa belakang rumah je.. =p


jadi hari ni aku nak kongsi mcm mana nak coconut shake di rumah...


apa yang anda perlukan senang je... kelapa muda sebiji, susu pekat, air batu.


cara-caranya:
err...ni keje cik google.
aku xpernah plak amik air kelapa dr tgh cni...
1) selesaikan kelapa yg sebijik tu. ape lagi. belahlah! amek air n isinya. (nak senang, g pasar malam beli air kelapa muda sebijik)
2)masuk dalam blender- air+ isi+ susu pekat sekup rasa+ air batu.
3)blend!zzzzZZZzzz
4)leh minum!

extra: leh tambah ice cream fav korg!




simple je kan..


tp aku biasanya yang pelik2 ni, family aku jarang nk rasa. so tiap2 kali pun aku buat saparuh biji aje. DAN! aku xguna air batu, nt takut mak aku bising jahanam die punya blender. so nak lebih kurang sama, biasanya aku akan mula beroperasi pada tgh hari lepas lunch tu. jadi separuh aku minum, separuh lagi aku simpan dlm freezer. nk bg beku sket je..


susu pekat tu just an option. korg bleh guna susu cair + air gula. biasa lah, kat umah ada susu pekat. susu cair jarang-jarang nak ade.. lgpun, aku prefer susu pekat. lagi sedap.hihi... 


nasihat: xelok minum air buah campur susu.. jgn selalu amalkan..


p/s: terliur aku tgk coconut shake ni masa cri gmbar kt google... gulp!

Monday, December 6, 2010

...kampOng girl_ VOL 10

4 bunga-bunga cOmeL
"INTAN!!" langkah Intan terhenti,bila ada sebuah kereta berhenti di sebelahnya. "masuk!" aidil mengarah. Intan hanya memandangnya lalu meneruskan langkahannya. 


Degil pula budak ni! Aidil mengumam dalam hati. payung di belakang tempat duduknya dicapai. Dia tahu dia telah mengecilkan hati gadis itu. tapi dalam keadaan hujan begini, janganlah nak keras hati sangat. Aidil bersuara lagi.


Intan perasan Aidil keluar dari kereta. cepat-cepat dia mengelap air matanya. dia tidak mahu menatap langsung wajah lelaki itu. dia tidak mahu ada sebarang hutang budi dengannya.


"Intan!!" Aidil memanggil lagi bila Intan masih tidak mahu berhenti. 
"pergi," balas Intan.
"inn, I tau you marah I. tapi kan sekarang hujan sayang, biar I hantar you balik dulu okay?" pujuk Aidil. suaranya dikuatkan melawan bunyi hujan lebat.
"Inn tak nak ikut awak," balas Intan. suaranya ditahan-tahan.
"esok kan Inn ada kelas. nanti demam macam mana?" Aidil mencuba cara lain pula. langkah kaki Intan terhenti. Aidil terus berlari ke arah Intan dan memayungi gadis itu ke kereta. 

"pakai sweater ni," arah Aidil sambil menghulurkan sweaternya pada Intan sebaik sahaja masuk ke dalam kereta. Intan menolak.
"sayang, please... you sejuk kan and your baju kurung is in white colour," ujar Aidil. Intan pantas mencapai sweater itu lalu disarungnya cepat-cepat.
"good girl... " kata Aidil lagi sambil tersenyum.
"can you please stop pretending like nothing happened!" marah Intan. lelaki itu suka-suka sahaja bermain dengan perasaannya. sekejap dimarah, sekejap dipanggil sayang. ingat dia apa?
Aidil mengeluh. "i'm sorry..." 
"Inn nak balik!" balas Inn tegas. dia penat hendak memikirkan semuanya.




KEESOKAN harinya, Sophia menghubungi Inn. ingin mengucapkan terima kasih dengan kehadiran dia ke majlis resepsi itu. Intan sedaya upaya untuk tidak menceritakan segalanya tetapi tidak berjaya. Sophia bijak menghidu perasaan hatinya. 


"He worried about you Inn. sebab tulah dia marah sangat."
"tapi kak, dia hina Inn..." suara Intan mengendur. ayat itu kembali terngiang-ngiang di telinga. perempuan kampong tak sedar diri!
"Inn, Aidil kan memang macam tu. main lepas cakap aje. Inn janganlah kecik hati," pujuk Sophia lagi.
"entahlah kak. Inn ni pipit je. Dia enggang. mana nak sama kak."
"ala...jangan nak merepeklah... dia bukan macam tu.. well at least after meeting you.." Sophia ketawa di hujung sana.
"dahlah kak. tak nak cakap pasal dia. buat sakit jiwa je! kak, thanx for the dress. Inn tak sempat nak ucap terima kasih semalam.'
"what dress?" soal Sophia pelik.
"white dress yang akak bagi untuk Inn pakai malam tadi dan Inn tak pakai pun. sebab Inn tak selesa lah kak." 
"errrr..."
"jangan cakap itu pun Aidil bagi..." 
"yelah tu kot," balas Sophia. dia tidak tahu menahu akan hal itu.. nak tolong selamatkan AIdil, dia sudah terlambat bila Intan sendiri sudah dapat meneka.
"patutla moody semacam! sepanjang jalan tak cakap dengan Inn."
"AIdil tu ego Inn. dia sayang Inn, tapi tak nak bagi tahu."
"tak apalah kak. malas nak fikir yang indah-indah. Inn takut kak. ayat tu membuatkan Inn untuk selalu beringat  siapa diri Inn  ni kak. "
"sabarlah Inn..."

special artwork

3 bunga-bunga cOmeL
as salam... 
kali ni aku nak upload yang latest artwork..hihi.. ini semua aku buat masa cuti raya haji hari tu, setelah lebih 2 bulan aku xconteng apa2 pd sketchbook ni..


the loves were inspired by a wedding card. 
(maklumlah time tu kan banyak kenduri kawen.hihi)
lyric from the song of 'for the rest of my life' by maher zain
for the rest of my life_1

for the rest of my life_2

and...
yang paling spesel...
(yg atas pun spesel! =p)
khas untuk die...
~mmm~
p/s:
nt ade masa, aku upload yang raya haji punya artwork. aku nk try guna photoshop dulu. skrg dah malas nk color2 guna maker pen.hihi


Sunday, December 5, 2010

artwork 1

0 bunga-bunga cOmeL
as salam...


pergh! artwork.hihihi...


ni sebahagian dr hasil kerja aku masa praktikal hari tu...


ini fisrt page dlm sketchbook aku..

during my mom birthday.

dis one klau xsilap aku buat masa kt rumah sewa or masa bengkel latihan mengajar.
coloring, sketching, lining, everything were done manually.. time ni marker byk, nilah hasilnya...hihi


memangla xcntik mana. but still, i love it! MyEm0.Com

Saturday, December 4, 2010

1st GIVEAWAY by Cik Ainna & Cik Zombie

1 bunga-bunga cOmeL



1.Mestilah jadi follower blog Cik Ainna & Cik Zombie..
2.Copy banner beserta isi entry ni dalam blog korang n jangan lupa buat sidebar. sebab nye nanti susah kami nak cari korang... =) ok?
3.Tajuk entry korang mestilah
1st GIVEAWAY by Cik Ainna & Cik Zombie

4.Jangan lupe tinggalkan link korang dekat salah satu blog penganjur taw..
Senang kitorang nak sahkan penyertaan nanti..^^
5. Terpulang la nak tag kawan2 ye..taknak pon takpe..^^

Hadiah lumayan untuk 3 orang peserta: 
-Cenderamata yang gerenti lawa and chumel! 
-Nama blog korang yang menang akan ditulis pada cenderahati tu..Glamor bukan?? (^_^)

2 hadiah saguhati berupa voucher khas dari Watson ataupun Topup..
(terpulang pada pemenang nak mana satu)..

**jika penyertaan banyak, kami akan tambah bilangan pemenang!..

Senang je kan?? hehe.
----


done!

Friday, December 3, 2010

apa yang boleh buat kita senyum_2?

0 bunga-bunga cOmeL
as salam..
seperti yang dah aku aku berikan tips bfre dis, s0 kali ni  aku nak bg pendekatan lain pulak. tp lebih kurang samelah....yang ni sape2 pun bleh buat.flexible! hihi


aku percaya la, apa yang kte  rasa ni bergantung pada ape yg minda kita ckp.maksud aku mind setting. c0ntoh, kanak2, bila tgk 0rg berkot putih, mesti die takut. ataupun, asal pg klinik je, kena cucuk. s0mething like that la...


jadi... apa yang bleh buat korg senyum???


fikirla yang indah2....


contoh:
ice skating ke...
atau
duit banyak?
shopping ke....
atau
pergi melancong....

fikirla yg indah2...
apa sahaja...
mungkin kenangan indah korg dgn family...
dgn kawan2...

kire cm berangan la sket kan... just to distract urself from thinking things dat made u upset...
got it?
tp peringatan:
jgnla terlebih2 berangan plak..
lepas tu move on 0k...?

there u go..

i can see u're smiling...


hee..
CHEMISTRY without CATALYSIS, would be a SWORD without a HANDLE, a LIGHT without BRILLIANCE, a BELL without SOUND.

~love chemistry~

.giRLs DrEaM TEaM.

.giRLs DrEaM TEaM.

.wishlist.

tamat belajar
gaji pertama
konvo
external hard disk
amek lesen
S.E xperia vivaz
my first car
netbook
bola guli
VB team
DSLR
family holiday
Encik P
settle ptptn
...bahagia sampai ke syurga...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...