Al- Baqarah

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."


Saturday, November 7, 2009

keluarga bahagia~


aku ade 3 kisah yang mengusik jiwa aku.. tp dalam buat masa ni aku k0ngsikan satu dulu.. sbb agak panjang kalau aku muatkan tiga sekali..ni di emel dari se0rang teman aku,.

ni aku c0py bulat-bulat dari emel tu..


Saya hanya nak sampaikan sebuah cerita yang saya dapat, yang membuatkan
hati saya amat tersentuh. Cerita ini saya dapati selepas menghadiri
sebuah usrah umum di tempat saya baru-baru ini. Ustazah yang
menceritakan ini sekarang mengajar di KISAS. 

Ceritanya begini... 

Suatu hari, seorang ustazah travel, Dia singgah di rumah seorang 

sahabatnya yang mana pasangan suami isteri tersebut adalah guru biasa.
Sisuami seorang guru penolong kanan. Beliau tiba di rumah sahabatnya ini
sekitar tengahari tapi belum zohor. Kedua-dua suami isteri ini masih di
sekolah. Walau bagaimanapun beberapa orang dari 8 orang anak mereka yang
ke semuanya lelaki yang mana yang paling tua dalam tingkatan satu & amp; yang

paling muda masih bayi sudah pun pulang dari sekolah. Waktu zohor masuk,
abang yang tua mengajak semua adik-adiknya yang baru pulang untuk solat
berjemaah dengan dia sendiri sebagai imam. 

Sewaktu dalam rakaat kedua, salah seorang adiknya yang berumur
lingkungan 8 tahun pulang. Tanpa bertangguh tatkala melihat jemaah yang
sedang solat, dia mengambil wudhu' dan solat bersama jemaah, ia ikut
ruku' apabila imam ruku'. Dia ikut sujud apabila imam sujud. Dan selesai
imam memberi salam,dia bangun menyelesaikan satu rakaat solatnya yang
tertinggal. Subhanallah. .. adik yang berumur 8 tahun ini sudah pandai
masbuk... ustazah yang melihat terkejut dan kami yang mendengar mengucap
memuji ALLAH. Bayangkan betapa taatnya anak-anak yang masih kecil ini
menunaikan perintah ALLAH tanpa pengawasan kedua orang tua mereka atau
mana-mana orang dewasa dan tanpa disuruh-suruh. Cerita tak berakhir di
situ. 

Ustazah bermalam di rumah sahabatnya itu. Apabila subuh, ustazah
menyangka dialah yang paling awal bangun kerana 

dia bangun selesai sahaja azan subuh berkumandang kalau saya tak lupa.
Takjubnya dia apabila ke bilik air dilihatnya anak-anak kecil sedang
sibuk ambil wudhu'. Bayangkan 7 orang budak lelaki dengan yang paling
tua berumur 13 tahun dan yang ke tujuh ntah berapa tahun sibuk mengambil
wudhu' di bilik air di waktu subuh paling awal. Si ayah menunggu
anak-anaknya di tikar sembahyang dengan sabar sambil berzikir. 

Mereka solat jemaah sekeluarga (termasuk ustazah)... Sewaktu hendak mula
solat,si ibu meletakkan anak bongsunya yang masih bayi (yang sedang
jaga) di sisinya. Ajaibnya anak ini tidak menangis mengganggu jemaah
sepanjang mereka solat. Dan sekali lagi cerita tak berakhir di situ. 

Ustazah tersebut ingatkan hendak sambung tidur kerana penat travel
semalamnya tak surut lagi. Alangkah terkejutnya dia apabila hendak
melipat sejadah, si ayah berpusing menghadap jemaah sambil berkata,
"Anak-anak.. . hari ni ayah nak beri kuliah mengenai solat dan puasa...
". Dan 8 orang anak termasuk si ibu dengan tekun mendengar kuliah subuh
yang disampaikan. 

Subhanallah. ... bila ditanya kepada si ibu mengapa didikan sedemikian
diberi kepada anak-anaknya? Dia menjawab bahawa itu persediaan dia dan
suaminya sebelum mati. Mereka berharap agar anak-anak lelakinya yang 8
orang itu dapat membacakan sekurang-kurangnya fatihah untuk mereka jika
ditakdirkan mereka pergi dulu.. Lagipun anak-anak mereka semuanya
lelaki... 

Pasangan suami isteri ini tak sanggup melihat anak-anak mereka terabai
tanpa pedoman... cuba kita tanya diri kita sendiri... 

-Berapa ramai keluarga Islam hari ini yang dapat mengamalkan solat
jemaah dalam keluarga ??? 

-Berapa ramai anak-anak Islam berumur 8 tahun yang pandai solat
masbuk??? 

-Berapa ramai anak-anak berumur 13 tahun yang pandai mengimami solat
memimpin adik-adik mereka ??? 

-Berapa ramai ibubapa yang berjaya mendidik anak-anak mereka sedemikian
rupa yang taat melaksanakan perintah ALLAH tanpa suruhan dan pengawasan
mereka yang lebih dewasa ??? 

Subhanallah. .. Alhamdulillah. .. moga apa yang saya sampaikan ini
menjadi pedoman dan iktibar buat kita semua..


sem0ga aku pun dpt bina keluarga mcam ni suatu hari nanti.. tapi skrg mesti betulkan dri dulu.. sbb perempuan yang baik untuk laki yg baik.. kalau xbaik mcm mana nk dptkan lelaki yg baik kan... dan andaikata aku pergi sebelum impian ni tercapai, atleast aku dpt jadi anak yang baik untuk mak ng abah aku...aminn


4 bunga-bunga cOmeL:

K-RuN said... [reply to comment]

subhanallah..maha suci Allah...
alhamdulillah..segala puji bagi Allah

bertuah sungguh pasangan itu...
dikurniakan anak2 yg soleh...

bila direnungkan kembali amalan diri,
malu rasanya dgn anak2 itu...
insyaallah...
sama2 kita muhasabah diri...
usahakan untuk memperbaiki diri...

byk2kan berdoa agar kita dikurniakan pasangan yg soleh/ solehah dan anak2 yg taat...

^_^ thnx for sharing this story!!

Nurul Asma' said... [reply to comment]

bergenang air mata baca entry ni.. bkn mudah nk didik anak2 zmn skrg utk knalkn dgn ajaran yg sbnr2nya, sdg kite pon masih terkapai2 mencari diri, & berusaha utk xlemas dlm arus yg sgt2 mencabar..
tp Alhamdulillah, masih ade cahaya Islam di mana2, jika kita masih pertahanknnya..
doaku, moga kita semua berusaha menjadi generasi terdidik, agar dpt mendidik generasi akan dtg..

ATIE said... [reply to comment]

insyaallah...amin...

-m3- said... [reply to comment]

nice one...
be a better muslim, to produce a much better one...=)

CHEMISTRY without CATALYSIS, would be a SWORD without a HANDLE, a LIGHT without BRILLIANCE, a BELL without SOUND.

~love chemistry~

.giRLs DrEaM TEaM.

.giRLs DrEaM TEaM.

.wishlist.

tamat belajar
gaji pertama
konvo
external hard disk
amek lesen
S.E xperia vivaz
my first car
netbook
bola guli
VB team
DSLR
family holiday
Encik P
settle ptptn
...bahagia sampai ke syurga...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...