Al- Baqarah

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."


Sunday, July 1, 2012

kerana bunga




“hello... rose macam biasa !”

“macam biasa? Encik siapa?” Iman menggaru-garu kepala yang tidak gatal. Macam biasa macam-mana?

“siapa yang bercakap ni?”

Dah sudah. Aku yang tanya soalan, dibalas pula dengan soalan. Detik hati Iman.

“Saya Iman, ini Beauty Florist. Boleh saya bantu?” setidak-tidaknya bagilah aku ‘greeting’ dulu kalau ya pun. Gelojoh betul! Kata hatinya lagi.

“Mana Nazreen?”

“oh, Kak Nazreen cuti hari ni. anak dia masuk hospital. May I help you?” Iman bertanya lagi.

“hish, awak tak boleh tolong saya. Selalu nazreen yang buat semua tu. dah berapa lama awak kerja?”

Iman mengangkat keningnya sebelah. Kenapa nak tahu aku kerja berapa lama pula?

“encik, kalau saya tak pandai, takkanlah saya diambil bekerja kat sini? Encik nak apa? Apa yang boleh saya tolong?” suara Iman dikeraskan sedikit.

“awak mesti tak tahu punya macam mana awak nak tolong saya?”

“memanglah tak dapat tolong, unless u tell me what can i do for you,” Iman menjawab bersungguh-sungguh. Haa.. kan dah keluar bahasa inggeris aku yang tak berapa nak power ni. dapat band 4 dalam  MUET dulu pun atas pagar sahaja.

“macam mana ya saya nak cakap, sebab.. aduh.. macam mana ni?”

Pulak??? Aku pula yang ditanya. Ada yang nak kena dengan aku ni! Iman berdialog sendiri.

“Iman, who’s on the line? Kenapa terkumat-kamit pula tu?”

Iman mengetuk kepalanya dengan ganggang telefon, spontan! Kantoi pulak!

this one no name guy nak order bunga macam biasa?” Iman menjawab pertanyaan Puan Norlia, pemilik kedai bunga ini dengan nada pertanyaan.

no name guy? Pass me the line,” arah Puan Norlia sebelum melangkah masuk ke biliknya.

Tanpa berlengah, Iman melakukan seperti apa yang disuruh oleh Puan Norlia. Tidak kuasa dia melayan lelaki tak betul pagi-pagi ni.

5 minit kemudian, Iman dipanggil oleh Puan Norlia. Iman hanya mengangguk-angguk tanda faham dengan arahan yang diberi.

Cakaplah nak gubah bunga macam tu. 10 bunga rose merah, 10 bunga rose pink dan 10 bunga rose putih. ini tak, tak tahu-tak tahu. dia ingat kat dunia ni Kak Nazreen je ke yang pandai gubah bunga ke? aku pun pandailah!

“boleh siap dalam masa  15 minit Iman?” soalan Puan Norlia mematikan bebelan Iman sebentar tadi.

“err.. boleh-boleh. Puan jangan risau,” aku meyakinkan Puan Norlia yang sememangnya meletakkan harapan yang tinggi untuk aku.

“lepas tu suruh Jalil hantar bunga tu ke alamat ni ye,” kata Puan Norlia lagi lalu menyerahkan sekeping kad yang ada tertulis sebuah alamat di atasnya.

‘Cintaku akan tetap  kembang mekar walau bunga telah layu kuntumnya.’

Jiwangnya!

“ni ucapan nak tulis dekat kad ke puan?”

“ya,” jawab Puan Norlia pendek.

Iman mengangguk tanda faham lalu keluar dari bilik majikannya. Ada kerja yang perlu diselesaikan.

****

siapa yang gubah bunga ni?” soal Arel kasar sebaik sahaja masuk ke dalam Beauty Florist. Bunga di tangan dicampak ke lantai. Iman yang tengah menjamah nasi kerabu, hampir tercekik mendengar tengkingan lelaki yang tidak dikenalinya itu. Dia bergegas ke ruang utama. Mujurlah tiada pelanggan lain.

Dia berdehem sedikit sebelum memulakan bicara, “Assalamualaikum...”


Arel menjawab salam di dalam hati. Kelembutan pada wajah gadis di hadapannya tidak mampu membawa pergi marahnya yang membara. Kerana bunga ini dia dan Zeti bergaduh.

Bunga? What a big deal?  Tapi itulah yang menjadi kegilaan teman wanitanya itu. Dia takkan terima yang lain melainkan yang selalu digubah oleh Nazreen. Biarpun pelik perangai Zeti, dia tetap sayangkan gadis itu.

“Kau ke  yang gubah bunga ni?” soal Arel sambil menunjukkan bunga yang telah dicampakkan ke lantai itu. Dia akui cantik tapi.... Arel memijak-mijak bunga itu.

Kerana bunga ini aku dan Zeti bergaduh!!

Iman panas hati. Penat dia gubahkan bunga itu dalam masa 15 minit. Penat dia berikan yang terbaik untuk puaskan hati pembelinya. Terasa seolah-olah dia yang dipijak oleh lelaki yang belum dia ketahui namanya itu.

Iman melangkah laju. Lelaki itu ditolak sekuat hatinya sehingga dia terjatuh. Padan muka!

“berani kau tolak aku???” Arel bangun lalu menggosok punggungnya yang sakit akibat tolakan Iman. Iman pula pantas mengutip bunga-bunga yang sudah rosak lalu dibawa dalam pelukannya.

Arel memerhatikan Iman tanpa berkelip.

Gila ke apa perempuan ni? bercakap dengan bunga! Ni lagi kronik dari Zeti ni.

“kalau ya pun tak suka, jangan buat ni macam ni. kesian dia! Dia pun ada perasaan.”

Haa sudah! Memang kronik perempuan ni. detik hati Arel.

“apa masalahnya dengan bunga ni?” soal Iman tegas. Sakit hatinya. Penuh kasih sayang dia mengubahnya tadi tapi dipijak-pijak pula hasil kerja tangannya itu.

“ini bukan seperti yang aku nak!” balas Arel tidak mahu mengalah.

“kau nak yang macam mana?”

Ah, lelaki macam ni jangan nak layan baik-baik sangat. Buang masa sahaja!

Sebelum sempat Arel menjawabnya, Puan Norlia muncul di antara mereka. Wajahnya kehairanan, dahinya berkerut melihat kelopak bunga yang bersepah-sepah.

“mami, ni bukan yang Arel order ni...” ujar Arel lalu memberikan jelingan maut untuk gadis di depannya itu.

Mami? Iman tergamam. Anak Puan Norliakah ini? diamati wajah kedua-duanya. Aiseh, memang ada iras-iraslah. Matilah aku. Baru kerja 2 hari, takkan dah kena pecat. Jatuhlah reputasi aku macam ni.

Iman resah. Arel pula sudah tersenyum sinis seolah-olah kemenangan berpihak kepada dia.

“Iman,kenalkan ini anak saudara saya merangkap pelanggan tetap kedai bunga kita ni. so what happened this time?” soalan itu mengundang rasa lega di hati Iman. maknanya ini bukan kali pertamalah hal seumpama ini terjadi.

she don’t like it,” jawab Arel perlahan.

“Mami dah suruh Iman buat apa yang Arel cakap dalam telefon tadi. Mami yang tengok dulu sebelum Jalil hantar pada Arel. The flowers looked very nice. A very nice touch from Iman melainkan apa yang dah berlaku sekaranglah,” jawab Puan Norlia sambil menjeling ke arah bunga yang sudahpun rosak dikerjakan anak saudaranya itu.

Spontan,Iman tersenyum lebar. ‘Very nice touch from Iman’. Tidak sangka sentuhan pertamanya mendapat pujian oleh majikannya itu.

“apa yang kau senyum-senyum!” Arel meningkah.

“Arel, kenapa cakap macam tu? tak baik kan. bukan salah Iman. Cakap macam mana Arel nak. Iman tolong buatkan semula. But all the cost is yours.”

“tapi Mami...”

“Arel yang rosakkan bunga itu. Mami tak boleh nak tolong ...” balas Puan Norlia sebelum keluar meninggalkan Arel dan Iman.

“Iman, do a favour for me. Serve this no name guy very well ok,” ujar Puan Norlia sebelum kelibatnya hilang di balik pintu kaca kedai bunga itu.

Iman berlalu meninggalkan Arel. Nasi kerabu yang ditinggalkannya tadi seolah-olah sedang memanggil-manggil namanya.

“Kau nak pergi mana?”

“Jamban. Kau nak ikut ke?” Iman ketawa.

“hish, tak kuasa aku nak ikut kau pergi jamban,” balas Arel sambil menunjukkan muka gelinya.

“habis, tak payahlah tanya!” bentak Iman. Kerana lelaki itu, makan tengah harinya terbantut.

“Hei, kan mami suruh gubah bunga yang baru untuk aku!”

“ada dia cakap kena buat sekarang? Tak ada kan? So please excuse me,” jawab Iman.

“Aku cakap dengan mami kau tak nak serve this no name guy very well,” Arel mengajuk kata-kata ibu saudaranya tadi.

Ish, mamat ni kan! Tak boleh tengok aku senang. Nasi kerabu aku tu entah-entah dah sejuk duduk dalam air cond. Perut aku ni bukan main lagi bergendang minta diisi. Bala...bala...

“Encik Arel... boleh bagi aku masa 5 minit nak habiskan nasi kerabu aku? Kau juga yang datang menjerit-jerit macam kera dapat bunga tadi kan? Kesian nasi kerabu aku tu. Lepas tu aku gubah bunga yang kau nak. Boleh?”

“yelah.. aku minta maaf. Pergilah sambung makan. Tapi.. cepat sikit. Aku pun kena masuk pejabat pula lepas ni.”

Bagai tak percaya Iman, bila lelaki itu memohon maaf. Tadi garang gila macam nak makan orang!

Tanpa berlengah Iman meneruskan suapannya yang terhenti tadi. Arel pula sedang duduk di sofa di hadapan meja tempat Iman menjamu selera. Sekali-sekali Iman perasan yang lelaki itu memandangnya.

“Kau dah makan ke belum?” Iman menyoal.

“dah,” jawab Arel pendek. Mana dia sempat makan! Baru tengok menu, Zeti dah mengamuk dengannya. Terus dicampak bunga ke atas meja dan meninggalkan Arel tidak terkutik di meja makan. Sudah dimalukan begitu, takkanlah dia mahu menebalkan muka makan tengah hari di situ lagi. tak mungkin!

“kalau dah, kenapa kau asyik pandang-pandang sini je dari tadi? Nak kata kau pandang aku, kau dah ada awek. Mesti kau pandang nsi kerabu aku ni kan?” ujar Iman sambil ketawa.

Arel hanya berdiam. Geram juga. Tapi memang dari tadi dia merenung nasi kerabu si Iman tu.

Iman menyuap lagi nasi kerabu ke mulutnya.

“hmm.. ya allah sedapnya nasi kerabu panas-panas ni. ruginya Jalil belum balik lagi. Hmmm.. sedapnya...” usik IMan bersama dengan mimik wajah yang dibuat-buat.

Arel menelan air liur. Saat-saat itu juga, perutnya berbunyi!

“err.. kau ada lebih ke?”

“ada lebih apa?”

“nasi kerabulah. Takkan bunga pula!!” marah Arel bila Iman mempermainkan dia.

“nak minta kat orang tapi marah-marah,” bebel Iman.

“cik Iman sayang... kau ada lebih tak nasi kerabu. Aku lapar...” pinta Arel dengan nada yang di buat-buat manja.

Iman ketawa.

“Kau ni,  meremang bulu tengkuk aku! Ambillah ni. aku belikan untuk Jalil tadi, tapi dia tak balik pula tengah hari ni,” kata Iman lalu memberikan sebungkus nasi kerabu kepada Arel.
\Arel tersenyum lebar. Baik juga perempuan ni!

Setengah jam kemudian, bunga telah pun siap digubah Iman. Cantik! Itulah yang dapat ditafsir oleh mata Arel. Iman memang berbakat!

“so, thanx for everything including the nasi kerabu!” kata Arel ikhlas.

“Nasi kerabu RM 4.50.  bunga RM75. Cash or credit card encik?”

Arel tercengang. Nasi kerabu pun nak berkira ke? Melihat muka terkejut Arel, Iman ketawa.

“Aku gurau je. Kau bayar untuk bunga je dahlah. Nasi kerabu tu aku belanja,” sambung Iman dengan ketawa yang masih bersisa.

“eh, apa pula! kira sekali. Aku bayar pakai cash,” balas Arel lalu menghulurkan note RM100.

“kita kawan?” soal Arel.

Iman mengerutkan dahi lalu menyerahkan RM 25 sebagai baki.

“kan aku cakap kira sekali duit nasi kerabu!”tingkah Arel.

“kan kau cakap nak jadi kawan aku. Ambil je ni. bisinglah,” balas Iman.


bersambung...

1 bunga-bunga cOmeL:

Outbound di malang said... [reply to comment]

salam kenal ...
menghadiahkan Pujian kepada orang di sekitar adalah awal investasi Kebahagiaan Anda...
di tunggu kunjungan balik.nya!

CHEMISTRY without CATALYSIS, would be a SWORD without a HANDLE, a LIGHT without BRILLIANCE, a BELL without SOUND.

~love chemistry~

.giRLs DrEaM TEaM.

.giRLs DrEaM TEaM.

.wishlist.

tamat belajar
gaji pertama
konvo
external hard disk
amek lesen
S.E xperia vivaz
my first car
netbook
bola guli
VB team
DSLR
family holiday
Encik P
settle ptptn
...bahagia sampai ke syurga...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...