ITULAH sesi pengenalan Iman dan Arel. Sejak pertemuan yang pertama itu, Arel selalu datang menjenguk Iman di kedai bunga ibu saudaranya itu sehinggakan menjadi persoalan kepada Puan Norlia dan juga Nazreen. Bukankah selalu Arel hanya memesan bunga melalui telefon.
Malah sejak akhir-akhir ini, semakin kerap pula Arel datang ke situ. Iman pula yang sentiasa dicarinya. Kalau Iman tiada, dia akan pulang tanpa membeli apa-apa. Pelik!
“Iman, nanti kalau Arel datang suruh dia jumpa saya,”arah puan Norlia.
“yes ma’am,” balas Iman dengan tangannya yang ligat mengubah bunga Carnesian yang dipesan oleh pelanggan.
“Iman, kau dengan Arel tu ada apa-apa ke?” Nazreen bertanya kepada Iman.
“ada apa pula kak?”
“ala.. gitu-gitu,” balas Nazreen sambil menunjukkan 2 jari terlunjuk yang dirapatkan.
“ish, merepek aje! Dia tu dah ada aweklah kak. Muka hensem macam dia takkanlah nak kan saya yang comot ni,” balas Iman dengan nada yang mendatar.
“hai semacam je bunyi tu!” kata Nazreen lalu ketawa.
“HAH! Tahu pun. Takkanlah muka aku yang hensem ni nakkan kau yang comot tu!” ketawa Arel tiba-tiba muncul di antara mereka.
Iman mencebik. Entah bila pula muncul mamat ni! tu nak perasan yang aku suka dialah tu! malas nak layan!
“Kak, Iman ke depan kejap ambil bunga ni lagi,” ujar iman lalu berlalu meninggalkan mereka berdua.
“kenapa tu Naz?”
“entah, mana aku tahu! dia dari tadi lagi monyok,” balas Nazreen.
Jawapan dari Nazreen, mengundang resah di hati Arel. Biasanya Iman periang. Selalu buat orang ketawa. Arel bangun lalu melangkah mendapatkan Iman di sebalik rak-rak bunga yang besar.
“Kau okay ke?”Arel bertanya kepada Iman yang sedap duduk bertinggung mengadap bunga rose merah yang sedang berkembang mekar. Tangannya menongkat dagu. Hai, comel betul! Sempat lagi hati Arel memuji.
“okay,” jawab Iman sepatah.
“kalau kau okay, kau takkan macam ni,” kata Arel pula. dia turut sama bertinggung mengadap rose yang sama.
“kau nak tahu, ini bunga yang paling mama aku suka. Papa selalu hadiahkan bunga ni untuk mama. Aku kerja kedai bunga pun sebab nak selalu dekat dengan bunga ni. aku ingat aku sempat bawa balik bunga ini untuk mama setiap hari. Tapi.. tapi...” Iman menahan sebak di dadanya.
“hari ni genap setahun mama tingalkan aku dan papa...” tangisan Iman terhambur jua.
Arel terkelu. Tidak sangka dalam keriangan Iman terselit duka kehilangan ibu tercinta. Gadis itu dibawa ke dalam pelukannya. Iman hanya menurut. Di dada lelaki itu dia menangis sepuas-puasnya. Itulah kali pertama dia menangis sejak kehilangan ibunya setahun lalu.
“aku ingat kau merajuk dengan aku,” Arel bersuara bila tangisan Iman kembali reda. Pelukannya turut dilepaskan.
“merajuk kenapa?” soal Iman pelik.
“aku cakap kau ni comot tak sesuai untuk aku yang hensem!” balas Arel lalu ketawa.
“perasan!” Iman turut ketawa lalu menumbuk bahu kiri Arel.
“Aduh, sakitlah!” adu Arel.
“itu untuk orang yang perasan macam kau!” Iman ketawa lagi.
“kan bagus kau selalu happy macam tu. ada masalah, beritahu aku. Aku kan kawan kau,” ujar Arel dengan pandangan yang mendamaikan.
“AMBOI-amboi bercengkarama pula dua orang ni, bertuah betul. Iman, kan saya pesan suruh Arel jumpa saya kalau dia datang,” sergah Puan Norlia sebelum sempat Iman membalas kata-kata Arel.
“alamak... aku lupalah Arel. Mami kau ni nak jumpa kau!”bisik Iman ke telinga Arel. Iman menunjukkan muka tidak bersalah. Lengan Arel disikunya mengharapkan bantuan dari lelaki itu.
“oh, memang Iman ada cakap tadi. Arel borak dengan dia sekejap. Jomlah Mami, kata nak jumpa Arel,” ujar Arel. Iman disisinya tersenyum lebar. Puan Norlia pula hanya menggelengkan kepalanya.
“IMAN, aku suka kau!” Iman yang ketika itu baru sahaja mahu melabuhkan punggungnya di atas kerusi terus berdebuk jatuh ke lantai.
“Aduh...” dia mengerang kesakitan.
“Ya allah Iman. Takkanlah aku baru confess suka kau, kau dah jatuh kerusi! Ni belum lagi aku confess cintakan kau,” Arel ketawa terbahak-bahak. Mujur memang tiada siapa-siapa di kedai itu.
“Kau ni kenapa? Boleh tak tunggu aku duduk dulu baru nak cakap apa-apa!” marah Iman.
“okay..okay. aku minta maaf. Kau duduk dulu,” ujar Arel sambil tersenyum manis. Dia juga turut duduk menghadap Iman.
Iman merenung lelaki di depannya itu. Buang tabiat ke apa lelaki ni? tup-tup datang cakap suka aku. Belum pernah lagi ada lelaki yang datang lurus tak ada belok-belok ni!
Hensem! Bukan tak hensem. Badan tegap. Umur pun tak tua sangat, seusia dengan kak Nazreen. Kerja bagus, tak adalah sekadar jual bunga macam aku ni. tapi... kan dia dah ada awek???
“hensem tak?”
“hah?”
“aku tanya hensem tak muka aku ni, dari tadi kau tengok aku macam nak telan,”balas arel. Iman termalu sendiri. Lama sangat ke aku tengok dia?
“kau cakap apa tadi? Suka aku?” Iman menyoal. Arel hanya mengangguk.
“suka....???”dahi Iman dikedutkan.keningnya terangkat sebelah.
“suka. Suka lebih dari seorang kawan,” jawab Arel jujur.
“tapi kau kan dah ada minah bunga tu...”
“dia dah lama tinggalkan aku.”
Jawapan Arel mengejutkan Iman. sejak bila Zeti tinggalkan Arel??
“Bila kali terakhir kau nampak aku order bunga?” soal Arel seolah-oleh mendengar pertanyaan Iman.
IMan mencongak-congak di dalam kepala. Agak lama juga Arel tidak membeli bunga di situ. kalau datang pun sekadar berborak-borak dengannya.
“sebulan lebih? Wait.. 2 months!”
Arel mengangguk lagi..
“Arel... i feel sorry for you. kau tak paernah pun cakap pasal ni dengan aku. Kau okay tak ni?” soal Iman resah. Terus terlupa dengan hal yang mereka bincangkan tadi. Kenapalah dia tidak menyedari akan hal itu sedangkan mereka berkawan.
“Kau penghibur hati aku Iman. sebab tu aku suka datang sini. Kau mesti buat aku ketawa. lama-lama aku jatuh hati pada kau Iman,” balas Arel.
“tapi Arel, kau kan baru lepas putus dengan awek kau. Tak mungkin secepat itu kau sukakan aku?” Iman mengasak lagi dengan persoalan. Dia tak nak nanti, bila dia menyemai kasih pada lelaki itu, dia pula yang akan di tinggalkan.
“aku tak tau kenapa. Memanglah aku ada rasa sakit bila dia tinggalkan aku, tapi tak mendengar celoteh kau sehari, aku jadi sunyi Iman.”
“aku tak nak jadi tempat persinggahan untuk kau rawat luka kau tu. bila kau sembuh nanti, kau tinggalkan aku!”
“bukan macam tu Iman. Kau pun sukakan aku kan?” Arel serkap jarang. Iman kalut. Terasa darahnya menyerbu ke muka.
“ma..mana ada,” jawabnya perlahan. Pandangan matanya dilarikan ke arah lain.
“baik kau cakap betul-betul dengan aku. Kalau tak, kau menyesal nanti,” ujar Arel dengan gaya yang menggoda.
Iman gelabah. Apa yang harus dia jawab? Bukan dia tidak suka, tapi tidak pula terlintas di hatinya untuk bercinta dengan Arel.
“ish, malas nak layan kau. Aku nak pergi gubah bunga,” balas Iman lalu bangun.
“Iman...” Arel menarik tangan Iman dari terus melangkah. mereka bertentangan mata.
“give me a chance to love and to be loved IMan,” rayu Arel.
“tapi kenapa aku? Kau berhak dapat perempuan yang lagi hebat dari aku. Aku hanya penjual bunga!” Iman menyoal Arel.
“kau lebih dari seorang penjual bunga Iman. You are very special to me,” balas Arel.
“i don’t know what to say.”
“just give me a chance.”
“Kalau kau tinggalkan aku lepas aku dah sayangkan kau macam mana? Siapa nak rawat luka aku pula?”soal Iman lagi. Kedengaran bodoh di telinganya sendiri tetapi itulah yang dirisaukannya.
“hish.. susah betullah soalan kau ni,” Arel ketawa.
Iman merentap tangannya yang dipegang Arel. Dia mahukan kepastian dari lelaki itu tapi ditertawakan pula.
“tengok! Macam tu kau nak suruh aku sayang kau!” iman merajuk. Dia membelakangi Arel lalu berpeluk tubuh.
“Alalala... dah pandai merajuk dengan aku ya sayang,” Arel memujuk.
“mana...” kata-kata Iman terhenti saat dia berpusing ke belakang dan Arel betul-betul berada di belakangnya sambil tersenyum manis.
Iman kembali membelakangi Arel. Tangannya diletakkan ke dada. Dengup jantungnya laju!
“Iman... setuju tak jadi teman sehidup semati aku?”
Iman berdiam diri lagi.
“Sayang... Aku kena pergi dulu. Esok aku datang lagi ye jumpa. Kau fikir-fikirkanlah hal kita ni ya. Aku ikhlas sayangkan Iman.”
Iman masih lagi dengan posisi yang sama. Langsung tidak mengalihkan pandangannya.
“kau tak nak pandang aku dah ke?”
Iman hanya menjungkitkan bahunya. Saat ni hanya ada satu perkataan dalam kepalanya. MALU! Muka ni sudah rasa merah macam udang kena bakar!
“Aku pergi dulu sayang...”
Iman dengar suara Arel ketawa. Apabila terdengar pintu ditutup, barulah dia menoleh ke belakang. Nafasnya yang ditahan-tahan tadi, dilepaskan. Dia mengurut dadanya yang rasa bagai mahu pecah. Mujur tak pengsan. Desis hati kecilnya.
****
Seminggu selepas pengakuan Arel, Iman langsung tidak nampak batang hidungnya. Sedikit-sebanyak dia merindui kelibat lelaki itu dalam diam. Mahu di tanya pada Puan Norlia, rasa tak manis pula.
Arel ni pun satu. Pergi tanpa khabar berita. Jangan kata telefon, sms pun tidak. Agaknya dia mula merasakan yang pengakuannya tempoh hati itu silap! Iman mula membuat telahan sendiri.
“arel, janganlah macam ni. Iman dah mula sayangkan Arel ni..hmmm...” Iman berbisik perlahan sambil memandang bunga mawar merah di tangannya. Dia mengeluh.
“ulang lagi sekali!”
Iman terkejut. Dia kenal suara perlahan itu. tak mungkinlah. Dia langsung tak dengar bunyi pintu dibuka.
“ke manalah Arel pergi ni?”
“Haa... rindu Arel ye sayang?” ujar Arel sambil meletakkan tangan di mata IMan yang sedang membelakanginya.
Iman terus terbangun bila ada tangan yang menyentuhnya namun tangan itu tidak terlepas, masih lagi menutupi mata Iman.
“cuba teka siapa?” Arel membesarkan suaranya. Dia menahan diri dari ketawa.
“alah.. tak payah main teka-teka. Awak tu dah sebut nama tadi. Nak teka apa lagi?” balas Iman. ditinggalkan tanpa khabar berita, tiba-tiba muncul dengan lawak darjah satu ni. apa kes?
“Ala...tak boleh nak sweet-sweet langsunglah Iman ni,” Arel menarik muka masam.
Iman pula menayangkan muka bosan.
Arel menatap wajah Iman yang sudah bertentangan dengannya. Lama-lama dia tersenyum.
“Arel rindukan Iman...” ucapnya perlahan. Cukup didengari oleh mereka berdua.
Iman terdiam.
“tipulah. hari tu cakap apa? nak datang esoknya kan? Tak ada pun!” lirih suara Iman bertanya.
“aik mana hilang Iman-Arel ni? tadi sejuk je telinga Arel dengan Iman guna panggilan macam tu. tambah-tambah lagi bila Iman cakap sayang Arel,” balas Arel.
Iman melarikan wajahnya dari ditatap oleh Arel.
Malu-malu! Mana aku nak letak muka ni? mana aku nak sembunyi ni? kenapalah si Arel ni tiba-tiba muncul di saat aku meluahkan perasaan macam tu.
“membebel apa lagi tu Iman. mahu tapi malu!” ujar Arel lalu ketawa.
“hish. Bisinglah! Dahlah, orang nak pergi buat kerja,” kata Iman lalu menolak Arel ke tepi supaya dia dapat ke depan.
“Orang mana? Orang utan ke?” laung Arel bila melihat Iman yang cepat-cepat meninggalkannya.
“orang yang awak sukalah! Iman!!” jerit Iman pula lalu segera menghilangkan diri dari pandangan Arel.
Puas hati! Dia mendengar Arel ketawa besar.
***
“iman belikan nasi ayam untuk akaklah,” pinta Nazreen bila Iman menawarkan dirinya untuk membeli makanan tengah hari itu.
“orait beres! Jalil balik kedai tak?” soal IMan.
“akak rasa dia tak balik sebab hari ni dia kena hantar bunga ke hotel UITM. Mungkin dia makan di luar,” balas Kak Nazreen.
Iman hanya mengangguk lalu mengambil duit di dalam beg dan mengorak langkah ke pintu.
“I tahu you bukan betul-betul suka pada Iman tu kan?”
Langkah Iman terhenti di balik pintu bercermin gelap itu. hatinya mula bertingkah. Kenapa namanya disebut? Dia membuka sedikit pintu supaya dapat mendengar dengan jelas apa yang mereka bualkan sementelah itu semua berkaitan dengan dia setelah namanya di sebut.
“you tak tahu apa-apa Zety!” marah Arel.
Iman semakin gusar. Zety dan Arel!
“I tahu you masih sayangkan I kan?” soal Zety dengan senyuman yang menggoda. Tangannya sudah meraih kedua-dua belah tangan Arel.
Iman mengetap bibirnya. Arel, tolong jangan cakap kau masih sayangkan dia. Please...
Rayu hati Iman. dengan nikmat penglihatan yang diberikan, dengan jelas dia melihat senyuman lebar Arel dan dengan nikmat pendengaran pula dia mendengar dengan sempurna setiap bait-bait yang keluar dari mulut Arel.
“ya, memang I masih sayangkan you. I mengaku memang Iman tempat I lepaskan rindu I pada you, tempat I merawat luka I, tempat I merawat kecewa I lepas you tinggalkan I...”
Iman mengesat air matanya yang menitis. Itu sahaja ‘Iman’ di pandangan mata Arel. Cukuplah, dia tak mahu mendengar lagi!Dia berlari ke pintu belakang.
“Iman.. Iman.. kata nak pergi beli lunch?” laungan Nazreen dibiarkan sahaja.
“apasal pula budak ni?” Nazreen menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.
Lima minit kemudian, Arel masuk dengan senyum lebar. Dia harus berjumpa dengan Iman. ada sesuatu yang perlu dibincangkan dengan Iman.
“Naz, mana Iman?” soal Arel kepada Nazreen bila melihat tiada kelibat Iman di ruang itu.
“ entahlah Arel. Tadi dia nak beli lunch, tapi tiba-tiba dia lari menonong je ke belakang,” terang Nazreen. Sempat lagi dia mengomel tentang nasi ayamnya.
Arel tergamam. Pertemuan yang tidak diduga antara dia dengan Zety dan perbualan mereka mungkin telah didengari oleh Iman. Arel menggosok-gosok dagunya yang tidak berjanggut. Apa aku nak buat ni?
“AREL dah agak Iman kat sini. Mengadu pada mama ya?” soal Arel lembut kepada Iman yang sedang mengadap mawar merah yang sedang mekar berkembang.
“Iman dah makan?” soal Arel lagi bila dilihatnya Iman tidak mahu membuka mulut.
“Iman marah Arel ya?”
“dah tahu tanya lagi?”
Arel tersenyum mendengar jawapan Iman. dari nada Iman dia tahu gadis itu cemburu.
“iman, Arel ada something nak cakap pada Iman,” ujar Arel perlahan.
Iman menarik nafas dalam-dalam. Dia sudah menduga yang Arel akan tinggalkan dia. Bukankah dia hanya tempat Arel merawat luka dihatinya.
“okay. Iman setuju!” balas Iman tanpa menunggu perkhabaran daripada Arel. Buat apa hanya dia yang memendam perasaan. Andai Arel bahagia dengan Zety, dia takkan menjadi orang ketiga.
Arel melompat kegirangan. Iman memandang Arel dengan penuh tanda tanya.
Kalau ya pun kau seronok sangat dapat kembali pada perempuan tu, tak payahlah nak melompat depan aku!
Iman bengang. Ini satu pengorbanan dia pada Arel tetapi langsung tidak dihormati. Setidak-tidaknya ucapkanlah terima kasih. Ingat senang ke nak merawat hati yang sakit ni!
Tanpa berlengah lagi, Iman terus bangun dan mahu berlalu dari situ.
“Alah, sayang nak pergi mana?”
Sayang lagi dipanggilnya aku?? Iman mendesis di dalam hati.
“to let you feel the joy!” balas Iman.
“but the truly joy is with you...” kata Arel pula. dia pelik dengan perubahan Iman yang mendadak. Tadi setuju, sekarang meradang pula? tak suka ke aku nak bawa rombongan meminang ke rumahnya?”
“with me?” suara Iman meninggi. Arel terdiam.
“yelah. Habis dengan siapa lagi?”
“sudahlah Arel. Jangan nak berlakon lagi depan Iman. Arel dah ada perempuan tu,” Iman menahan rasa sebak di hatinya.
“what are you talking about? Kan tadi Iman dah setuju?”
“Ya, setuju untuk Arel tinggalkan Iman untuk perempuan tu,” balas Iman.
“buk...”
“Iman mengaku Iman sayangkan Arel. Iman cintakan Arel. Dan masa yang kita kongsi bersama selama sebulan dua ini memang sangat bermakna untuk Iman. tapi Iman tak boleh terima kalau Arel hanya menganggap Iman ni tempat Arel nak rawat luka Arel tu. tempat Arel nak hiburkan hati bila Arel teringat dia. Iman bukan babydoll Arel. Iman pun ada perasaan,” luah Iman. air matanya ditahan agar tidak mengalir di depan Arel. Dia tidak mahu lelaki itu kasihankan dia.
“Andai Arel bahagia dengannya, Iman sedia undur diri,” ucap Iman lalu mula melangkah.
“Sayang, listen to me...” Arel segera mencapai tangan Iman. “you are the one i love! You are the one i want to spend the rest of my life with. Not her. Not anyone else. Apa yang Iman dengar di luar kedai bunga mami ni cuma sebahagian aje.”
Seiring dengan ayat itu, pandangan mata mereka bertemu.
“YA, memang I masih sayangkan you. I mengaku memang Iman tempat I lepaskan rindu I pada you, tempat I merawat luka I, tempat I merawat kecewa I lepas you tinggalkan I tapi itu semua dulu. I sayangkan you hanya sebagai kawan!
I cintakan Iman, Zety. I sayangkan dia. Dan I tak pernah rasa debaran sekuat ini bila bersama dengan you Zeti. Terima kasih sebab pernah tinggalkan I, kerana itulah I nampak siapa Iman di hati I ni.
Pergilah. Leave us alone. Someday u will meet your mr.right Zeti. Bila tiba saat itu, terima dia seadanya. Tak ada manusia di dunia ini yang sempurna termasuk you.”
“TAPI...” suara Iman mendatar.
“tapi apa lagi sayang?”
“Apa yang Arel nak bincang dengan Iman?bukan nak putus... err..”
“Shh... jangan sebut putus-putus ni. alergi tau!” ujar Arel lalu ketawa. Iman mencebikkan bibirnya bila Arel ketawa begitu.
“Iman cemburu ye Arel jumpa Zety tadi?”
“huh, tak kuasa!”
“eleh... ada orang tu menangis tadi,” ejek Arel bila dilihatnya Iman tidak mahu mengaku. Padahal tadi bukan main lagi.
Iman gelabah. Dia tidak dapat lari lagi. Lagipun dia sudah meluahkan perasaannya pada lelaki itu yang selama ini disimpan kemas.
“dah tahu tu, tak payahlah nak ejek-ejek!”marah Iman.
“sayang... Arel laparlah. I was about to ask you to have lunch together just now tapi ada orang tu naik angin!” kata Arel lalu ketawa.
Iman memukul manja lengan Arel. Perutnya juga sudah berbunyi minta diisi. Ini semua drama depan kedai tadi punya pasal! Kalau tak pasti sekarang dia terlantar kekenyangan makan nasi ayam bersama Kak Nazreen.
Nasi ayam???
“alamak Arel... tadi Iman janji nak tapau nasi ayam untuk kak Naz. Mesti dia pun dah lapar sangat sekarang. Jom-jom kita pergi tapau!” Iman bergegas meninggalkan Arel.
“tunggulah Iman. hal kita tak settle lagi!”
Iman berhenti melangkah. Kesian pula dia melihat Arel yang termangu-mangu ditinggalkan. Tadi dia juga yang beria-ria cakap lapar.
Iman berpusing ke belakang menghadap Arel. Mata mereka saling bertentangan.
“Arel sayang, Arel dah tahu kan isi hati Iman. semuanya Iman serahkan pada papa. Iman hak papa sekarang,” ucap Iman sambil tersenyum manis.
“jadi bila keluarga Arel boleh pergi rumah Iman?” soal Arel sambil mendekati Iman.
“bila-bila Arel nak,” balas Iman.
Arel melompat kegirangan. Dia sangat gembira dengan jawapan Iman. kalau ikutkan hati, mahu sahaja cepat-cepat mereka disatukan.
“jom sayang, pergi makan!” kata Arel lalu menarik tangan Iman dan digengamnya erat.
Iman tersenyum di dalam hati. Tidak sangka cinta rebound macam dia dan Arel berakhir dengan bahagia. Setidak-tidaknya, dia tahu Arel cintakannya kerana dia bukan kerana hanya persinggahan semata-mata.
“HOI! Tadi masing-masing muka macam kena telan cuka. Ni yang tersenyum-sengih macam kerang busuk ni kenapa?” Nazreen membebel bila terpandangkan Arel dan Iman yang baru datang dari belakang.
“kita orang nak pergi tapau nasi ayam ni Naz. Kau nak ke tak nak?” Arel menyoal Nazreen.
“banyaklah kau punya tak nak! Aku ni dah lapar tahap nak makan orang dah. yang korang dok buat filem kuch-kuch hota hai tu kenapa? Dah pergi cepat! Kang kebulur pula aku kat sini,” bebel Nazreen lagi.
“sorry ye kak. Mmmuah! Pergi dulu,” ucap Iman sambil memberikan flying kiss kepada Nazreen.
Arel hanya ketawa melihat Iman. nazreen pula pura-pura menyambut flying kiss itu dan dipijak-pijak ke lantai.
“bye-bye kak!” kata Iman lagi sebelum dia dan Arel hilang di balik pintu.
Sebaik sahaja kelibat mereka hilang dari pandangan, wajah garang nazreen bertukar menjadi manis lengkap dengan senyum yang lebar.
“nasib baik aku sekodeng korang! Kalau tak, aku tak tahu cerita kau orang!” dia ketawa. dalam hati, dia mendoakan pasangan itu bahagia selamanya.
-tamat-
12.31am
12.01.2012
0 bunga-bunga cOmeL:
Post a Comment