“hello... rose macam biasa !”
“macam biasa? Encik siapa?” Iman menggaru-garu kepala yang tidak gatal. Macam biasa macam-mana?
“siapa yang bercakap ni?”
Dah sudah. Aku yang tanya soalan, dibalas pula dengan soalan. Detik hati Iman.
“Saya Iman, ini Beauty Florist. Boleh saya bantu?” setidak-tidaknya bagilah aku ‘greeting’ dulu kalau ya pun. Gelojoh betul! Kata hatinya lagi.
“Mana Nazreen?”
“oh, Kak Nazreen cuti hari ni. anak dia masuk hospital. May I help you?” Iman bertanya lagi.
“hish, awak tak boleh tolong saya. Selalu nazreen yang buat semua tu. dah berapa lama awak kerja?”
Iman mengangkat keningnya sebelah. Kenapa nak tahu aku kerja berapa lama pula?
“encik, kalau saya tak pandai, takkanlah saya diambil bekerja kat sini? Encik nak apa? Apa yang boleh saya tolong?” suara Iman dikeraskan sedikit.
“awak mesti tak tahu punya macam mana awak nak tolong saya?”
“memanglah tak dapat tolong, unless u tell me what can i do for you,” Iman menjawab bersungguh-sungguh. Haa.. kan dah keluar bahasa inggeris aku yang tak berapa nak power ni. dapat band 4 dalam MUET dulu pun atas pagar sahaja.
“macam mana ya saya nak cakap, sebab.. aduh.. macam mana ni?”
Pulak??? Aku pula yang ditanya. Ada yang nak kena dengan aku ni! Iman berdialog sendiri.
“Iman, who’s on the line? Kenapa terkumat-kamit pula tu?”
Iman mengetuk kepalanya dengan ganggang telefon, spontan! Kantoi pulak!
“this one no name guy nak order bunga macam biasa?” Iman menjawab pertanyaan Puan Norlia, pemilik kedai bunga ini dengan nada pertanyaan.
“no name guy? Pass me the line,” arah Puan Norlia sebelum melangkah masuk ke biliknya.
Tanpa berlengah, Iman melakukan seperti apa yang disuruh oleh Puan Norlia. Tidak kuasa dia melayan lelaki tak betul pagi-pagi ni.
5 minit kemudian, Iman dipanggil oleh Puan Norlia. Iman hanya mengangguk-angguk tanda faham dengan arahan yang diberi.
Cakaplah nak gubah bunga macam tu. 10 bunga rose merah, 10 bunga rose pink dan 10 bunga rose putih. ini tak, tak tahu-tak tahu. dia ingat kat dunia ni Kak Nazreen je ke yang pandai gubah bunga ke? aku pun pandailah!
“boleh siap dalam masa 15 minit Iman?” soalan Puan Norlia mematikan bebelan Iman sebentar tadi.
“err.. boleh-boleh. Puan jangan risau,” aku meyakinkan Puan Norlia yang sememangnya meletakkan harapan yang tinggi untuk aku.
“lepas tu suruh Jalil hantar bunga tu ke alamat ni ye,” kata Puan Norlia lagi lalu menyerahkan sekeping kad yang ada tertulis sebuah alamat di atasnya.
‘Cintaku akan tetap kembang mekar walau bunga telah layu kuntumnya.’
Jiwangnya!
“ni ucapan nak tulis dekat kad ke puan?”
“ya,” jawab Puan Norlia pendek.
Iman mengangguk tanda faham lalu keluar dari bilik majikannya. Ada kerja yang perlu diselesaikan.
****
“siapa yang gubah bunga ni?” soal Arel kasar sebaik sahaja masuk ke dalam Beauty Florist. Bunga di tangan dicampak ke lantai. Iman yang tengah menjamah nasi kerabu, hampir tercekik mendengar tengkingan lelaki yang tidak dikenalinya itu. Dia bergegas ke ruang utama. Mujurlah tiada pelanggan lain.
Dia berdehem sedikit sebelum memulakan bicara, “Assalamualaikum...”