Al- Baqarah

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."


Wednesday, November 16, 2011

cerpen: Aduh, DRAMANYA! end



         
Sudah sebulan berlalu sejak aku mengelakkan diri dari bertembung dengan Muaz. Kalau terserempak pun mungkin sesekali pada waktu makan malam. Waktu lain, ada sahaja alasan yang aku berikan pada mama setiap kali mama ajak makan bersama. Sungguh, mana aku nak letak muka ni? gambar tu, satu-satunya gambar dia di dalam rumah ini selain gambar graduasinya di dinding utama. Dan gambar itu ang di dakwa hilang oleh semua penghuni dalam rumah ini selepas dia berlepas ke luar negara. Hilang apanya! Aku yang ambil sebenarnya.

            Selepas sarapan agak lewat pagi itu, aku bergegas mendapatkan keretaku. Kereta Muaz masih ada di parkir. Tak pergi kerja lagi ke si Muaz ni? sempat pula hati ini memikirkan dia.

            “itulah... dah elok-elok turun sarapan awal, mengada-ngada nak makan lewat. Kan dah kelam kabut. Ni kau punya buku nota, tinggal atas meja!”

             Habis pagi yang indah aku!

“nak bagi, bagi ajelah. Jangan berleter!” aku merenungnya tajam.

“hai, kata tak nak bercakap dengan aku? Ni dah melanggar perintah sendiri ni macam mana ni?” katanya sinis.

Aku terus merampas buku di tangannya dan segera meloloskan diri ke dalam kereta. Tanpa berlengah lagi, aku menghidupkan enjin. Entah kenapa berali-kali aku mencuba tetap tidak berjaya.

Muaz mengetuktingkap keretaku, “kan dah kena tulah aku!”

Dia ketawa. aku terus membuka pintu sekuat hati dengan niat mahu mengenakan dia, tapi sempat pula dia mengelak.

“nak ke mana tu adik manis? Sini tak ada teksi kan?” laungnya bila aku mula melangkah.

“diamlah kau! Aku benci kau!” balasku lantang.

“jangan selalu sebut benci! Nanti jadi sayang!!” katanya pula. aku berhenti melangkah. Dia benar-benar menggugat kesabaran aku! Laju-laju aku berjalan ke arahnya lalu berdiri tegak dihadapannya. Wajah itu aku tatap lama dengan perasaan yang bercmapur baur.

“aku TAK AKAN sayangkan kau!”balasku keras sambil merenung ke dalam matanya yang redup sebelum aku berpusing dan meneruskan langkah tanpa menoleh lagi. Air mata yang bergenang, aku kesat cepat-cepat.

klik continue reading untuk baca selanjutnya


Muaz menarik tanganku, membuatkan langkahku terhenti.

“betul ke kau tak sayang aku?” soalannya perlahan seolah-olah hanya ditujukan kepadaku.

Aku menarik nafas dalam-dalam. Semua drama yang aku cipta ni perlu dihentikan!

“ish, aku dah lambatlah! Hari ni aku ada presentation. Baik kau hantar aku cepat. Cepatlah!” aku melepas tanggannya. Dia merenungku tajam.

“cepatlah Muaz, aku betul-betul dah lambat ni!”

“kau jawab dulu soalan aku,” pintanya pula. aku serba salah.

“please Muaz...” aku memujuknya. Lagi 20 minit, kelasku bermula. Sungguh, kalau tidak bertolak sekarang, tentu aku akan lambat sampai.

“answer it first!” nampaknya dia tak mahu mengalah.

“hish. Pagi-pagi nak suruh sayang –menyayang. Dah tentulah aku sayang kau. Dah berapa lama kau duduk sini?”

“macam tak ikhlas je,” balasnya.

Pulak! Karang, aku cakap aku jatuh cinta, terus pengsan pula. aku bagi secara general tu cukuplah. Takkan aku nak bocor rahsia sendiri pulak!

“ye, sayang,”kataku lalu cepat-cepat masuk ke dalam keretanya. Harap-harap dia tak perasan apa-apa. Dari ekor mataku aku lihat dia tersenyum sebelum akhirnya duduk disebelahku dan memulakan pemanduan.

Sejak pagi itu, hubungan kami pulih seperti sedia kala. Cukuplah sebulan aku melncarkan perang dingin dengannya sampaikan mama dan papa pun perasan aku jarang turun makan.



“PAPA, Muaz nak bawa Efi kuar temankan Muaz photoshoot esok boleh?” soalan Muaz yang baru sahaja turun dari bilik ke ruang tamu malam itu benar-benar mengganggu focus aku terhadap siaran televisyen yang sedang menjadi tontonan aku dan papa sekarang.

Papa memandang Muaz sebelum akhirnya memandang aku.

“Efi kalau tak sibuk esok, pergilah temankan abang. mana tahu nanti dengan kamu sekali dapat jadi model,” seloroh papa. Muaz ketawa, begitu juga papa. Hanya aku sahaja yang terkebil-kebil mendengar gurauan papa.

“ala, tak ada maknanya Efi nak jadi model pa! Nanti nak keluar berjalan pun susah. Senyum plastik je 24 jam. Letihkan pipi ada lah!”balasku.

“perli abang ya!” Muaz menjeling ke arahku.

“betul apa yang Efi cakap. Abang tu kalau dengan Efi bukan main susah nak senyum. Tapi dengan peminat-peminat abang tu bukan main lebar lagi. PLASTIK!” ejekku! Kalau dah namanya depan papa kenalah berabang-Efi. Hai, malas betul!

“Angkut jelah si Efi ni Muaz. asyik memerap je dalam rumah, kan final exam dah habis!”

Sporting pula papa ni. sejak bila pula ni? seblum ni tak pernah-pernah. Nak keluar dengan Sarah pun kena siasat macam-macam. Nak pergi mana, dengan siapa, balik pukul berapa, dengan siapa lagi?  Bila kau dah elok-elok nak duduk rumah, di suruh keluar pula.

“haa... mama dengan papa nak dating ye???” aku berseloroh. Papa ketawa.

“kalau nak dating, tak payah tunggu Efi keluar. Anytime, papa dengan mama boleh pergi dating.”

“ala pa... Efi malaslah. Bukannya tak pernah Efi ikut abang photoshoot. Bosanlah pa! Dah tu pose dengan perempuan kiri kanan. Rimaslah Efi!”

Eh, apa aku cakap tadi? Rimas? Pose dengan perempuan kiri kanan?
“err... maksud Efi.. mmm.. err.. perempuan lelaki..pegang sana-sini, lepas tu efi pula yang jadi penontonnya. Tambah dosa aje!”

“Hei, that was my first time! Mana abang tau kena pose dengan perempuan-perempuan tu. betul pa, Muaz tak tahu!” Muaz membela dirinya di depan papa.

“suda-sudah. Pantang ada masa. Nak bertekak aje! Efi, kamu ikut aje abang kamu ni esok ye?” arah papa.

Aku memandang wajah papa- mesti pergi!- dan wajah Muaz -yes, aku menang!- satu persatu. Akhirnya aku mengangguk.



“YANG kau nak berjalan jauh-jauh tu kenapa?”

Kenapalah di saat-saat aku mahu melupakan perasaan aku padanya semakin prihatin pula dia padaku?

“aku tak sukalah. Bila berjalan dengan kau, semua orang pandang-pandang aku!”

“pedulikanlah. Dia orang bukan pandang kau. Dia orang pandang aku,” balas Muaz dengan riak banggalalu ketawa.

“maksud aku, pandang aku macam... macam.... ‘eee.. perempuan ni tak padan langsung jalan dengan dia’..”

            Dia menarik semula tanganku supaya aku mendekatinya.

 “apa nak hairan? Kau kan adik aku. Tak payah nak peduli apa orang kata.”ujarnya selamba.

Hatiku terusik. Adik...

“abang tak pegang tangan adik dia macam ni!” balasku keras lalu cuba melepaskan tanganku dari genggamannya.

“biarlah!aku sayang adik aku,” katanya lalu mengeyitkan matanya padaku.

Akhirnya, tanganku erat di dalam genggamannnya, memimpin aku seperti seorang abang yang mengasihi seorang adik. Setidak-tidaknya, itu yang perlu aku rasa.

“Hei Muaz!” sapaan seorang lelaki menghentikan langkah kami.

“hai Suresh! Buat apa kat sini?” soal abang kepada temannya itu. Aku hanya tersenyum bila dia memandangku.

“I datang shopping lah! Who is she?” soal Suresh pula sambil mengangkat kening merujuk kepada aku.

“oh,kenalkan ini adik I, Efi,” balas abang sambil memperkenalkan aku.

“brother and sister wont holding hands like that dude!” Suresh ketawa. aku terasa darahku menyerbu ke muka.

“she’s special! Bila pegang tangan dia, boleh jalan dengan aman!” bisik Muaz kepada Suresh. Dia ingat aku ni pekak sangatlah?

Aku terus menarik tanganku dari Muaz. Cukuplah.

“excuse me, I pergi ladies kejap!” gateway yang paling popular.  Tanpa berlengah lagi aku terus meninggalkan mereka.

Sekejap tadi dia seolah-olah memberi harapan kepadaku kemudian dia menghancurkan semuanya. Apa yang dia nak sebenarnya? Dan aku? Senang sangat mengikut kata-katanya kenapa? Kenapa ?

Air mataku mengalir perlahan. Bila pegang tangan dia, boleh jalan dengan aman! Muaz memang jahat! Mengambil kesempatan! aku takkan terpedaya lagi! 

Muaz sudah tercegat di luar tandas sebaik sehaja aku keluar dari situ. dia memandangku dengan pandangan yang redup. Huh, persetankan!

“kalau ye pun kau nak nangis, kesat air mata tu sampai habis! Jangan tunjuk depan aku. Sini!” dia menarik aku merapatinya lalu mengesat sisa air mata yang masih ada. Aku menepis-nepis tangannya. Tidak rela lagi dia menyetuhku.

“aku tak suka kau menangis!” ujarnya tegas.

Sebab kau juga aku menangis! Jeritku dalam hati.

“aku nak balik. Kau kata temakan kau pergi photoshoot, tapi kau bawa aku datang sini. Aku nak balik.”

“kau kan tak suka photoshoot? Aku bawalah kau ke sini.”

“aku nak balik!”

“aku dah beli tiket wayang.”

“aku tak nak tengok!”

“please Efi...”

Dia cuba menarik tanganku lagi. Tapi kali ini aku tak akan benarkan.

“tangan aku ni bukan untuk kau pegang supaya kau dapat berjalan dengan aman! Title adik dan abang antara kita bukan untuk kau jadikan tiket untuk kau ambil kesempatan terhadap aku!” bergetar suara aku menuturkan semua itu.

“dan aku tak sanggup jadi adik kau lagi....” sambungku lagi lalu meninggalkan dia.

“Efi, tunggu!” laungan Muaz membuatkan semua orang yang berdekatan memandang kami.

“Efi, aku pun tak nak jadi abang kau lagi... aku nak jadi hubby kau!” jerit Muaz apabila aku temengendahkan panggilannya.

Aku pandang kiri dan kanan. Semua orang memang tengah merenung aku seolah-olah di dahiku tertulis perkataan itu. E.F.I.

“aku pun tak nak jadi abang kau lagi... aku nak jadi hubby kau!” ulang muaz sekali lagi sambil merapati aku yang terkaku di situ.

Tepukan gemuruh menigisi ruang besar di shopping mall ini! jangan main-main si Muaz ni? 

apa lagi aku nak cakap? aku pun dah memang cintakan dia.

wei, dramanya!!!!


---the end----

5 bunga-bunga cOmeL:

Afiqahai said... [reply to comment]

amboi propose depan orang ramai tuh. fuhhh..
sho shuwit. ;) sukanyaa! memang sangat drama. hehe.

ATIE said... [reply to comment]

hehe...drama kan??

ieka said... [reply to comment]

drama gle...babe tulis la pnjg2 sket ngh mood bunga2 trus abes...

ATIE said... [reply to comment]

ko tau x nk smpai ending ni pun mcm ape je..xlarat nk bunga2..haha.next time aku bunga2kan lg k..

Epy said... [reply to comment]

hehe . tc amik inspirasi dari kita ke nie ? haha . -epy

CHEMISTRY without CATALYSIS, would be a SWORD without a HANDLE, a LIGHT without BRILLIANCE, a BELL without SOUND.

~love chemistry~

.giRLs DrEaM TEaM.

.giRLs DrEaM TEaM.

.wishlist.

tamat belajar
gaji pertama
konvo
external hard disk
amek lesen
S.E xperia vivaz
my first car
netbook
bola guli
VB team
DSLR
family holiday
Encik P
settle ptptn
...bahagia sampai ke syurga...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...