Mia…mia…. Namamu sentiasa menghiasi ruang hatiku.
Ingatan Akim kembali pada malam mereka bertemu beberapa hari lalu. Sungguh manis Mia di matanya. Sungguh! Jika dia tahu Mia yang akan bertandang ke rumahnya, dia pasti tidak akan pulang lewat. Malam itu, sengaja dia berlambat-lambat di pejabat, dengan harapan apabila dia pulang, tetamu ayahnya juga sudah pun pulang. Namun apabila tiba di rumah, dia kecewa. Ada sebuah kereta yang tidak dikenali berada di tempat letak kereta. Lambat-lambat dia berjalan memasuki rumah. Tetapi entah mengapa tiba-tiba hatinya berdebar-debar.
“Mia…..”
Mia tersedak. Dia segera mencapai segelas air di depannya. Kak Anis menepuk-nepuk belakang Mia, cuba meredakan batuk Mia.
“kamu ni kenapa? elok-elok aje akak tengok. Tiba-tiba tersedak…” kata kak Anis.
“gelojohlah tu kak,” balas Mia. Malas mahu bertekak dengan teman sepejabatnya itu. tidak mungkin dia akan berjaya berbalas hujah.
“gelojoh ke ada orang sebut nama?” balas Kak Anis. Tangannya mencapai tisu dan diberikan pada Mia. Kesian pula dia pada gadis itu. sampai keluar air mata.
“dah oklah kak.. duduklah,” kata Mia pula.
siapa pula sebut nama aku ni? Menyusahkan betul…huh!
“apa cerita pergi rumah bakal mak mertua hari tu?” soal kak Anis sambil senyum-senyum kambing. Bukan niatnya menjadi ‘busy body’ tetapi untuk memeriahkan suasana.
“ala, tiada apa-apa yang menarik pun kak,” balas Mia.
“kenapa pula tiada yg menarik? Lelaki yang nk dikenalkan tu tak hensem ke?” dia mencungkil lagi.
“bukan tak hensem kak… hensem..” suara Mia mendatar. Suapan diteruskan. Ayam madu di dalam pinggannya benar-benar sedap. “Mata dia, hidung dia…wajah dia, memang hensem kak. Tinggi, badan tegap, ada ciri-ciri pelindung. Kalau malam tu kali pertama saya kenal dia kak, bukan setakat jatuh hati kak, tapi jatuh cinta sekali. Tapi…” Mia berhenti di situ. Sengaja mahu memancing Kak Anis. Sudu dan garfu diletakkan di dalam pinggan. Ayam madu dan nasinya sudah pun habis.
Wajah kak Anis berkerut-kerut. Timbul satu persoalan di mindanya. Dah indag begitu mengapa tidak jatuh hati pula? bukan senang nak dapat lelaki yang baik sekarang ni. Kaya pula tu.
“kenapa muka akak macam tu?macam orang sakit aje,”
“ ish, yang kamu berhenti tu kenapa? saja je nak buat akak berdebar-debar. Takkanla bisu kot lelaki tu sampai kamu tolak,” soal kak anis. Mia ketawa.
“ala akak ni. Kalau dia bisu, takkanlah mama dan papa beria-ria nak saya berkenalan dengan dia tu.”
“jadi, kenapa?”
“masalahnya dia tu Akim…..”
Kak Anis terdiam, faham akan perasaan Mia. Dia tahu serba sedikit tentang kisah Mia dan Akim. Semuanya dikorek selepas Mia menemui Akim minggu lalu. Dia perasan akan perubahan Mia. Tiba-tiba Mia jadi pendiam dan tidak banyak berceloteh seperti selalu.
“dahlah. Jom kita balik. Dah nak habis waktu lunch pun,” kak Anis bersuara menukar topik Akim yang sedang dibicarakan. Mia hanya mengangguk lalu bangun.
Mereka terus menapak ke firma Cahaya Indah. Restoran melayu itu selalu menjadi tempat para pekerja di sekitar itu menjamu selera termasuklah Mia dan teman-teman sefirma dengannya.
Setibanya mereka di pejabat, Mia disapa dengan usikan dari teman-teman. Kak Anis hanya ketawa geli hati melihat Mia tersipu-sipu malu. Mia pula dalam masa yang sama tertanya-tanya mengapa mereka tiba-tiba mengusiknya seperti itu. dia hanya tersenyum. raut wajahnya masih tenang. Langkah kakinya diteruskan ke biliknya sendiri.
Mak ai! Banyak gila bunga ros! Datang dari mana ni? Turun dari langit ke?
Tiba-tiba hatinya terusik. Siapa pengirim semua ini? ada lebih kurang 20 bakul bunga ros merah memenuhi ruang biliknya.
Buang tabiat agaknnya! Kalau aku jual balik ni banyak jugak aku dapat untung.
Dia mencari-cari jika ada kad yang disertakan bersama-sama dengan bunga itu. Penat Mia menggeledah setiap bakul yang ada, hasilnya hampa. Mia tersenyum sendiri. Satu persatu bunga-bunga itu diciumnya. Wangi! Sekaligus mewangikan biliknya itu.
Sedang asyik melayan perasaan tiba-tiba biliknya diterjah.
“Amboi kak Mia, layan blues nampak!” tegur Ain. Pembantu peribadinya. Mia ketawa. Tiada kata yang dapat dijadikan jawapan kerana memang itu yang sedang dia lakukan.
“ada apa-apa ke Ain?” soal Mia menukar topic perbualan
“ni ha ada kad jemputan untuk Kak Mia” balas ain lalu menyerahkan sekeping sampul biru
“ok. thank you,” kata Mia lalu sampul itu bertukar tangan.
“kak Mia, cantiklah bunga-bunga ni. Nak satu!” gurau Ain sebelum meninggalkan Mia. Mia hanya tersenyum.
Sampul biru di tangannya dibuka.
Reunion trip, utm-batch 04/05!
Dia memasukkan kembali kad itu di dalam sampulnya lalu disimpan di dalam laci meja. Hatinya berat untuk membaca patah berikutnya. Ada reunion, bermakna ada Akim. Ada Akim bermakna ada masalah!
Akim mengemas mejanya yang semak. Banyak betul kertas-kertas dan failnya di atas meja. Pening jadinya. Itu belum termasuk lagi dengan plan-plan yang berselerak. Tugasnya sebagai perancang bandar memang tidak menang tangan. Tambahan pula baru-baru ini, syarikat itu telah memperoleh satu lagi kontrak pembangunan. Memang rezekinya murah sejak akhir-akhir ini.
Sedang dia ralit menyusun kertas-kertas kerja, tiba-tiba sekeping kad terjatuh dari celahan kertas-kertas. dia pantas membuka sampul kad itu. mungkin kad ini yang dimaksudkan oleh Liza pagi tadi. Kegembiraan dia hari ini membuatkan dia sedikit pelupa. Ingatannya kembali berputar ke saat di mana dia memesan 113 kuntum ros merah untuk gadis pujaannya kala ini. ada sebab mengapa dia memilih angka itu. satu campur satu jadi tiga. dia tersenyum.Entah apalah reaksi gadis itu. tapi hatinya sangat gembira. Gembira sehingga dia melakukan perkara yang tidak pernah dilakukan selama menjejakkan kaki ke bilik pejabatnya itu. lihatlah apa yang dia lakukan sekarang. Dia sedang mengemas!
Kad di tangannya ditatap berkali-kali. Kata pepatah melayu ‘bagai orang mengantuk disorongkan bantal’. Tidak sangka dalam saat-saat dia ingin memenangi hati si gadis, tiba-tiba muncul pula peluang bersama.
Dalam masa tiga hari dua malam aku pasti dapat menawan hati kau semula Mia!
Akim senyum pernuh makna…
---------to be continue------------
read Apa Kata Hati part 1
*** ni saja yg dpt disaji buat masa ni.. slmt membaca... =)
-terataibungaindah-

11 bunga-bunga cOmeL:
seyes aku tak puas hati
satu campur satu jadi tiga...
kecacatan melampau...
mane ada 1+1=3
ish la
i like this...
pelah:hahaha... ko xpaham la tu.. itu math psyco..hahaa
ayeen: heee .. tq2. tp paham x 1+1=3?
hurmm..xfhm sgt...
tp harap2 leh faham bila cita da abes...
aku faham..1+1=3 ialah bila 1orang + 1org jd 3org mksudnya ada + 1 anak..btul kn?kn?
mcm suribu org tak paham 1+1=3 tu tau...
so ko kene terangkan cecepat yer ayat tu....
aku tak sabo nak tahu ending...hehehe
tapi kalu part no 3 tu anak...emmmm
ni belum kawin....
takkan dah dapat ank....
mungkinkah...............????????????
yeay... zoi betul..haaha.. aku tau pasal ni pun sbb ade dlm novel mana tah..
yelah, belum smapai masa aku nk tergkan lg..ko ni melayan jugak ye pelah..haha
tu jeke maksudnya...
bg r tafsiran lain plak untuk 1+1=3 untok kisah ni...hehehe
demand lak kan...
aku dh agak dh..sbb aku pn ada penah bc 1 novel tu..sweeettt la weh..sambung la lg..
ak tau novel air mata kasih. hariz hanta bunga ros biru kt faradiba...huhuhhu
sambung lagi cpt sket...
wah..igt lagi ko.. aku dah x ingt tjuk.byk sgt...
Post a Comment