Al- Baqarah

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."


Friday, April 13, 2012

spike aku masih kencang OK! 9


Pang!!!!

Semua yang ada di belakang mereka terlopong, betul-betul tidak menyangka yang Neya akan menampar amat. Kebas pipi kiri Amat. Neya mengetap gigi! Lalu dia duduk di kerusi berhampiran. Dadanya turun naik menahan marah.

Ustaz kata, bila kita marah, duduklah kalau kita  sedang berdiri, tidurlah kalau kita  sedang duduk. Nafasnya ditarik dalam-dalam. Sekejap lagi azan, dia perlu selesaikan perkara ini atau lebih lama lagi ia berlarutan.

“okay, aku tahu kau sayang aku lagi!!” amat melompat-lompat riang.

Haikal dan lain-lain makin melopong. Gila ke apa si Amat ni. kena tampar tapi boleh pula melompat-lompat macam beruk.

“merepek! Dahlah aku nak balik dulu,” kata Neya.

“okay sayang,” balas amat lalu membiarkan Neya pergi. Dia menguntum senyum lebar.

“macam itu aje?” Jay mencelah.

“habis, macam mana?” soal Amat sambil ketawa.

“entahnya. Kotlah ada scene kejar –mengejar ke? ini bergaduh sikit, kena tampar dan settle! Gila best!”kata Bob pula . kepalanya yang botak digosok perlahan-lahan. Nak garu karang, bercalar pula.

“banyaklah kau punya best. takkan nak rasa kena makan penampar jugak kot? dahlah. Yang kau orang sibuk-siguk sangat kenapa. Dah azan pun. jom balik!” balas Amat. 

Haikal menggeleng-gelengkan kepalanya. Yang penting, mereka dah baik semula.



NEYA mencapai Lumianya yang berdering seketika tadi. pesanan ringkas itu dibacanya.

Hai syg! Tengah buat apa?

Ayat ringkas itu mengundang senyum di bibir Neya.

Ingatkan kau lah. Menyampah! Yang buat aku sakit hati itu juga yang aku sayang. Macam mana kau tahu?

“hello sayang!” ucap Amat sebaik sahaja gadis itu menjawab panggilannya.

“dah lama tau kau tak panggil aku sayang. Patutlah kau jarang balik bangsar dulu. Kau simpan awek kat UTM. Sampai hati kau ye?”

“itulah, bodoh betul aku. Ada awek cantik, masih nak sukakan orang lain. aku betul-betul minta maaf. Aku kena mandrem kot!”

“mandremlah sangat! Kau yang buat sendiri mandrem tu. tak pasal-pasal je aku sekali terbabit. Kau ingat senang tengok orang lain main. aku main pun dengan budak-budak taman kita aje masa tu. itupun bila aku balik rumah.”

“alala... sumpah, aku takkan buat benda macam tu lagi!”

“jangan main sumpahlah. Nanti kalau dimakan sumpah macam mana?”

“biarlah asal aku tak buat macam tu lagi.”

“Amat, kalau dah kau nak suka orang lain, nak buat macam-mana. Aku terima jelah. Perasaan ini bukan boleh paksa.  Aku tak sukalah kau sumpah-sumpah ni. andaikata kau tinggalkan aku suatu hari nanti pun, tak pernah terdetik di hati aku nak tengok kau sengsara.”

“okay.okay. tapi aku janji takkan buat macam tu lagi.”

Neya ketawa, “ trylah buat lagi. Aku boleh cari pengganti!”

“Neya!”

“apa? Betullah. Ingat aku ni tak laku sangat ke? Cuma aku je tak layan. Entah macam-manalah aku boleh stuck dengan kau.”

Neya dengar Amar ketawa. dia rindukan tawa lelaki itu, renungan lembutnya dan senyum yang sebenarnya manis sekali! Jangan tak percaya, di sebalik wajah kerek mamat mulut busuk macam loji najis tu, tersimpan satu rahsia indah.

“kau dengan Aqil macam mana?”

“mana kau tahu nama dia?”

“Haikal...”

Neya tersenyum. Dah agak dah. Siapa lagi yang tahu. haikal tu memang susah nak simpan rahsia! Tambah-tambah kalau dengan buah hati pengarang jantungnya itu.

“aku dah terus-terang pada dia.”

“neya, thanks sebab bagi peluang pada aku...”

“dan tolong jangan sia-siakan peluang ni. boleh?”

Beria-ria Amat mengangguk-angguk walaupun Neya sebenarnya bukannya nampak dia. mereka berbual-bual lagi selepas itu menceritakn semua yang berlaku akhir-akhir ini. sekali-sekali mereka saling ketawa.


BOB, Jay, Haikal, Najib dan Faizal saling memandang antara mereka di meja makan itu. ada sesuatu yang membelengu fikiran mereka dan jangan tak percaya, mereka berkumpul di Mamak Joe malam itu sebab mahu mahu mencari jawapannya.

“kau rasa kenapa ya?” Faizal memecah kesunyian.

“kalau aku la....” Jay pula mencelah.

“aku pun. kalau aku, mahunya aku blah je dari situ!” bob menambah.

“yang kau sengih-sengih ni kenapa?” Najib menyoal Haikal.

“kau orang semua ni lembab!” balas Haikal sambil ketawa.

“yelah, kau juga yang bijak. Cepatlah cakap. Letih aku fikir pasal dia orang tu,” kata Bob.

“kalaulah Neya tu tak sayang Amat, dah lama Amat tu kena penangan tangan kanan dia tu wei!!!”

Mula-mula mereka semua terdiam. Cuba mengimbas kembali peristiwa petang tadi selepas permainan mereka tamat. Lama-lama mereka ketawa serentak sehingga semua pelanggan yang ada di situ tertoleh-toleh memandang mereka.


NEYA menamatkan panggilan Amat. Lumianya diletakkan di atas meja. Tahu pun Amat. Dia ingat Amat tu lembab sangat. Memang dia sengaja guna tangan kiri ketika menampar muka Amat tadi. Hatinya memang tengah geram! Itu dia tidak tipu. Tapi nak usik muka Amat dengan tangan kanannya, dia tidak sanggup. Tangan kanannya itu memang berbisa. Tambahan pula dia baru lepas main. memang sedap sangat kalau singgah dekat muka orang. mahu lebam seminggu nanti. Tengah marah membara pula tu. Nak buat macam tu pada orang yang dia sayang?

tak sanggup... Neya menggeleng-gelengkan kepalanya sambil tersenyum. Kemelut cintanya selesai juga. Forgive and forget memang satu rawatan yang bagus!

“spike kau masih kencang tadi Neya.”

Neya tersengih lebar mengingati pujian Amat tadi. Datanglah seribu kali pujian pun, dia langsung tidak hairan. Tapi pujian dari Amat, itulah yang paling dinantikan.

“SPIKE AKU MASIH KENCANG OK!!” Neya ketawa.

Semoga cinta mereka berkekalan sampai bila-bila.

Tamat.
070312
1028am



p/s: 2 tahun lepas tamat pengajian, mereka pun berkahwin. (last part dlm spike aku lagi kencang. )


so how was it...?
;p

2 bunga-bunga cOmeL:

aZwaN mUsLiM said... [reply to comment]

akhirnya, abes pun baca, hoho..nice!

tp kn, macam pendek sgt la pulak, hoho

:)

ATIE said... [reply to comment]

pendek sngt?? den punyolah berchento nakl mengabehkan cito ni tau.hahaha

at least pjng la kan dr spike aku lagi kencang?hehehe

thanx for reading..

new story will be published soon.. ;)

CHEMISTRY without CATALYSIS, would be a SWORD without a HANDLE, a LIGHT without BRILLIANCE, a BELL without SOUND.

~love chemistry~

.giRLs DrEaM TEaM.

.giRLs DrEaM TEaM.

.wishlist.

tamat belajar
gaji pertama
konvo
external hard disk
amek lesen
S.E xperia vivaz
my first car
netbook
bola guli
VB team
DSLR
family holiday
Encik P
settle ptptn
...bahagia sampai ke syurga...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...