Al- Baqarah

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."


Monday, April 9, 2012

spike aku masih kencang OK! 5


Chap 5


Selepas permainan separuh akhir tamat tadi, Neya terus mencari Faruq. Kemenangan mereka pun belum sempat diraikan bersama-sama dengan pasukannya. Lelaki itu ada hutang penjelasan dengannya. Tidak di sangka Faruq sanggup buat macam tu pada dia.  bukankah mereka teman rapat.

Kau memang tak guna faruq!

“oh, kat sini merpati dua sejoli ni bercanda!” sindir Neya sebaik sahaja nampak kelibat Faruq dan Dina sedang minum di cafeteria. Mujur waktu itu tidak ramai yang ada.

“Neya?”

yes. Takkan kau dah tak kenal aku  lagi kan? Aku ni kan teammates kau! Ex-teammate kau!”

“so kau dah tahu?” Dina pula menyampuk.

“kau diam perempuan! Bila aku cakap dengan kau, baru kau cakap!” marah Neya. Dina  dijeling tajam. “apa salah aku pada kau Faruq? Apa aku dah buat pada kau? Sanggup kau gunakan Amat untuk kuburkan impian aku? Sanggup kau suruh perempuan ni sabotaj Amat sampai dia tak boleh main! have you out of your mind? Kalau dia tterbunuh macam mana?

Faruq diam. Dina di hadapannya pula turut kelu. Orang dah buat salah, memang macam tu.

“JAWAB!!” jerkah Neya. bergegar meja itu ditumbuk Neya.


“aku berdendam dengan kau! Semua yang kau nak, kau dapat. Dari kita sekolah rendah. Sampai sekolah menengah. Perhatian cikgu, sekolah, pujian coach. semuanya,” jawab Faruq namun dia tetap tidak berani memandang wajah Neya. Tidak pernah dia lihat Neya semarah itu.

Neya menarik nafas dalam-dalam. Kerusi di meja sebelah di tarik lalu dia duduk di sebelah Faruq. Ton suaranya dikendurkan.

“Faruq, persahabatan kita tak bermakna ke? aku dah pindah sekolah lepas tu. apa lagi yang kau dendamkan? Bukannya kau pun sama perempuan dan kita berebut lelaki yang sama. Atau.. atau kau bermain satu team dengan aku dan aku mendapat semua perhatian?”

“entahlah Neya. mungkin sebab aku berdendam dengan kau sejak dari kecil kot. Sebab tu aku susah nak buang perasaan tu. Kau kaya Neya. rumah kau siap ada gelanggang sendiri lagi dulu. Apa kau nak, kau mesti akan dapat. Kemudian kau tolak cinta aku.  Itu menambahkan dendam aku Neya.

Masa kita first year, team kau dan Amat menang. Malah kau orang berdua siap dapat title ‘best player of the season’ lagi. Aku cemburu! Dendam aku makin membara. Sedangkan aku sangat berusaha masa tu.  kemudian aku jumpa Dina. Masa tu dia pandang kau macam musuh. Aku tegur dia dan akhirnya kami merancang untuk menyingkir kau orang.

Dina bijak. Setahun aje, dia berjaya buat kau sepi. Tapi aku, kena tunggu dua tahun, baru akhirnya Amat menarik diri! 2 tahun Neya. sangat lama! ” Faruq dan Neya melawan pandang.

 “jadi apa yang kau buat ni betullah? 2 tahun aku lepaskan impian aku. Kau rasa, apa yang aku rasa? Come on faruq! Dari kecil kau tahu aku ni volleyball freak! Kau sanggup buat aku macam ni!

salahkah aku kalau aku lahir-lahir aje, gelanggang tu dah ada? Keluarga aku dah berada? Aku ke yang salah? Kau dah lupa ke, mama da papa aku pun dulu pemain bola tampar juga? Aku tak pernah pun sakitkan hati kau melainkan hanya sekali tu saja Faruq. Sekali tu saja. Itupun aku hanya berlaku jujur. Bagaimana aku nak menipu perasaan aku dan perasaan kau?” Neya berhenti di situ. pandangannya beralih pula pada Dina yang setia mendengar.

“aku tetap tak kan maafkan kau orang berdua selagi kau orang tak berterus terang dengan Amat. Jaga-jaga Dina, aku ganyang kau esok cukup-cukup! Dan kau Faruq, aku nak kau ingat ni: volleyball is not about yourself. It is about a team! Aku nak tengok tanpa Amat kau ni winner ke LOSER!huh!”

Neya terus meninggalkan mereka berdua tanpa sebarang pamitan. Senang hatinya bila semua diluahkan.

Kesian Amat, tak pasal-pasal dia pun terheret sekali. Tapi yang dia pergi melayan Si Dina tu kenapa? Aku ni sikit punya lawa, boleh dia main kayu tiga! itu aku memang tak boleh terima.

Neya mengeluarkan Lumia dari dalam beg sandangnya. Baru teringat, betul-betul selepas game tadi, telefonnya itu berbunyi.

How was your game? Mesti menang kan?

Mesej dari Aqil dibaca. Macam tau-tau ajelah mamat ni kan!

Nama Aqil dicari. Tanpa berlengah lagi, Neya terus mendail nombor itu. di mana lelaki itu agaknya. Rasanya dia ada perlawanan hari ni.

“hello sayang.... kat mana tu?”suara Aqil kedengaran di hujung talian.

Neya memandang skrin telefonnya lama sebelum menjawab. Dah berbuih-buih mulutnya menegah lelaki itu memanggilnya sayang. Tapi tak pernah dihiraukan.

 “dari cafe. Buat perhitungan tadi. Huh, lega rasanya,” jawab Neya bersemangat.

“perhitungan apa? You gaduh dengan tauke cafe tu ke? dia hutang you ke? you okay tak ni?”soal Aqil bertalu-talu.

Ke situ pula si Aqil ni!

“bukanlah. Panjang ceritanya. Nanti saya cerita.  Awak kat mana tu?”

“I dengan paramedic ni. kaki I injured...”

what?”

“kenapa terkejut sangat. Biasalah tu main rugbi,” Aqil menenangkan Neya. dia tersenyum gembira bila Neya risaukan dirinya.

“okay ke ni wak?”

“ye sayang. Don’t worry!” Neya terdengar suara ketawa Aqil. orang risaukan dia, dia ketawa pula!

“tak apalah kalau macam tu. next time, kita borak ye.”

“hei, macam mana dengan game?”

Neya ketawa. itu sebenarnya sebab dia menghubungi lelaki itu tadi. Mahu berkongsi kegembiraan bersama dengan Aqil.

“macam yang awak cakap. Esok kita orang final. Saya akan pastikan esok menjadi sejarah paling manis!” balas Neya sambil ketawa.

“wah, semangat sungguh you ni! baguslah macam tu. i tak tau lah sempat ke tak i nak pergi tengok. Esok ada semifinal. Ni yang I pun semangat ni sebab you dah masuk final.”

Neya mendengar Aqil ketawa di hujung talian. Tidak lama selepas itu, Neya menamatkan panggilan. Barulah sekarang dia mahu kembali kepada pasukannya dan merangka sesuatu untuk perlawanan esok.


bersambung...

3 bunga-bunga cOmeL:

-m3- said... [reply to comment]

kak, perenggan 18 (kot) tu mmg Amat eh..bkn Faruq? part ''..dan kau Amat,..''

ATIE said... [reply to comment]

oh.jap2.cek

ATIE said... [reply to comment]

aah. faruk!haha.tulah byk sngt.hehe..thanx for the correction. ;)

p/s:dah betulkan.

CHEMISTRY without CATALYSIS, would be a SWORD without a HANDLE, a LIGHT without BRILLIANCE, a BELL without SOUND.

~love chemistry~

.giRLs DrEaM TEaM.

.giRLs DrEaM TEaM.

.wishlist.

tamat belajar
gaji pertama
konvo
external hard disk
amek lesen
S.E xperia vivaz
my first car
netbook
bola guli
VB team
DSLR
family holiday
Encik P
settle ptptn
...bahagia sampai ke syurga...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...