Al- Baqarah

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."


Friday, September 16, 2011

dialog 2:biology!

0 bunga-bunga cOmeL
setelah abes buat kelas malam, aku pun berfb2 la kejap bfre blik rumah..
tiba2 ade budak laki bagi salam..

student: teacher kami dtg nak tanya soalan.
aku: soalan apa kamu nak tanya. ni berdebar ni. hahaha(sambil berjalan menghampiri dorg dan duduk kat meja lab.)
student: soalan bio teacher...heeee


budak2 ni bukannya tak tau aku ni ngajar kimia. math n add math. tiba-tiba dtg tya bio. tak dapekla den nk nolong.kalau tya sehari sebelum bleh la jugak, aku study dulu ke. ni tya on the spot. xdpt.... last skali aku belaja pun masa form5. haaa.. da bape tahun dah berlalu...

kang ajaran sesat ke, tak pasal2 je..

last2, aku mintak maaf kt dorg n ckp aku xdpt nk tlg.hahah

p/s:skrg form 5 tgh trial.. all the best to them!



jogging: tinta pengarang

0 bunga-bunga cOmeL
assalamualaikum

akhirnya cerita dongeng cap jogging sudah hampir ke penghujung. Semoga ada yang mendapat manfaat daripadanya. Memang rokok menjadi isu paling utama dalam cerita dongeng aku kali ini di samping isu-isu kecil yang mungkin kita selalu amek ringan..

Terima kasih di atas sokongan korang.. aku pun tak tau seramai mana yang baca cerita ini tapi aku yakin cerita ni ade peminat die sendiri. (cewah. Perasan gile!)ahahha...

Mula-mula aku main-main je nk tulis ni.. bila ada yang komen,(emiliakontesa, princess ain, umi, -m3-) aku mula serius. N bila some one made a confession yang dia pun baca. Aku sangat teruja.. sbb aku tak sangka that someone pun akan baca cerita ringan-ringan macam ni.hehehe... thanx pda semua (including the silent readers.)

Cik Emilia, i pinjam nama you tau!hehe

Oh terlupa pulak! Aku jugak menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf sekiranya ada yang terasa hati atau tersinggung semasa membaca buah tangan aku ni.. aku tak bermaksud apa-apa cumanya sekadarnya berkongsi sedikit ilmu dengan menggunakan cara aku sendiri.

Satu rahsia yang bukan lagi rahsia, some of characters ‘aku’ dalam cite ada la sket macam aku. I mean like what i am being dreaming of. Not all, but a part of it. Tapi versi yang lebih ganas dan mulut laser la.. haaha aku tak mampu nak jadi istimewa macam que Inn apatah lagi selaser dia.hahaha.. ala pendek kata ni angan-angan tak jadi akulah.haha..rekaan semata-mata.

Coming up soon: 3 episodes of a typical love story: ‘SPIKE AKU LAGI KENCANGLAH!

Once again: THANX A LOT!

Mmuah.

atieput3.


p/s:esok part last jogging.enjoy it!

Thursday, September 15, 2011

jogging #29

2 bunga-bunga cOmeL
Jogging day 41

“Que, kita kawen?”

Aku yang baru nak melabuhkan punggung di buaian terus berdebuk jatuh ke tanah. Gila ke apa si Raja. Dekat seminggu lebih aku tak jumpa. Tup tup ajak kahwin!

“saya serius,” balasnya sambil berura-ura nak melutut.

“eh, tak payah nk melutut-lutut. Ingat cerita orang putih ke?”

Dia ketawa lalu berdiri dan duduk di atas tanah bersama-samaku.

“awak ni biar betul?”

“saya dah fikir lama dah. dari kali pertama saya jumpa awak. Kemudian mama kita pula kenalkan kita. Keyakinan saya semakin kuat.”

“tapi...”

“pasal rokok? Jangan risau. Lepas saya dengar awak bagi khutbah hari tu, memang saya tak tidur malam. Asyik terbayang-bayang aja apa yang awak kata. Memang saya nak berhenti tapi tak ada kekuatan. Sekarang, awaklah kekuatan saya,” balasnya lalu tersenyum.

“jangan berhenti kerana saya...”

“siapa kata?perasan juga awak ni!” dia ketawa. “saya nak berhenti untuk saya sendiri. Bukan untuk siapa-siapa.”

“baguslah kalau macam tu.”

“jadi awak setujulah?”

“setuju apa?”

“kahwin dengan saya la?”

“kalau berani, jumpalah mama dengan abang saya!” balasku dengan muka bangga.

“tu awak jangan risau. Awak tunggu keluarga saya masuk meminang je,” katanya lalu ketawa dan meninggalkan aku yang terpinga-pinga..

Arghhh! Biar betul mamat ni!

bersambung

Wednesday, September 14, 2011

ngedate lepas 5tahun tak jumpa!

0 bunga-bunga cOmeL
-hantu bonceng-CHICKEN CORDON BLEU-fruit punch

assalamualaikum...

last monday, sorang member aku turun KL.sbb nak interbiu..
5 tahun tak jumpa!

apa lagi..

mula sesi pow mengepow.kehkehkeh..
sepatutnya da dtg tmpat aku, aku la belanja kan..
tapi
memandangkan aku skrg tgh sengkek, 
so what happened was the other way round.
hee

mula2 pow tgk wayang.
11am, hantu bonceng.
boleh bilang ng jari bape org je yg ada dlm panggung.
kalau bayar tiket biasa tp nk duduk couple seat p0n bleh..

lepas gelak terbahak2, window shopping..

lepas tu perut mula bunyi2..
apa lagi?
time for lunch!

aku memang kejamlah!haha
aku pow SR pulak.
dah alang2 org belanja kan.
pow betul2 la..
ngehngeh~



fruit punch!


CHICKEN CORDON BLEU
Boneless chicken chop stuffed with chicken ham and cheese. Served with french fries and fresh garden salad.
he kept saying.. "takpalah dah 5 tahun tak jumpa"

saja nk buat aku makan tak lalu je.hahaha..

btw, he is one of my best friend in matrix.. 
masih single (kalau ada sape2 yg nak berkenalan)
dia tgh mencari jodoh tu!hehe

thanx! sgt enjoy that day..
tapi one thing i will never forget: "awat hang tinggi dari aku?"
hahaha... aku tak pakai heel hari tu. selipar je.
bangga2!!


jogging #28

3 bunga-bunga cOmeL
Jogging day 38

Aku terkocoh-kocoh menuruni anak tangga. Lambat karang, panas pula nak jogging. Sampai di muka pintu, aku lihat abang dan mama sedang berborak di meja bulat di halaman rumah.

Muka abang serius. Muka mama pula kusyuk mendengar cerita abang.

Aku berjengket-jengket menghampiri mereka lalu bersembunyi di sebalik kereta abang.

Ok, sound’s clear!

“mama boleh tolong merisik seseorang untuk abang tak?”

Aku menelan air liur. Abang nak suruh mama merisik siapa? Takkan kak marlini. Baru dua hari berlalu sejak abang ushar kak marlini kat stadium tempoh hari.

“betul ke? siapa?” mama menyoal penuh tanda tanya.

Aku memasang telinga lagi. Tapi....

Alah! Lori ni pagi-pagi yang indah nilah dia nak lalu depan rumah. Kan dah terlepas dengar jawapan abang.

Mataku mengekori bayang lori itu hingga hilang dari pandangan.

“hah! Tak ada kerja lain!! sekodeng aje kerja kau!” sergahan abang yang tiba-tiba mengejutkan aku.

“mana ada adik sekodeng. Sekodeng tak baiklah! Adik nak pergi jogging. Tengah ikat tali kasutlah.”

“banyaklah kau punya tali kasut! Mana kasut kau? Mana? Invisible ke?”

Saat itu baru aku sedar, yang aku masih belum mengenakan kasut sukanku.

Aiseh.. kantoi sudah....

bersambung...
CHEMISTRY without CATALYSIS, would be a SWORD without a HANDLE, a LIGHT without BRILLIANCE, a BELL without SOUND.

~love chemistry~

.giRLs DrEaM TEaM.

.giRLs DrEaM TEaM.

.wishlist.

tamat belajar
gaji pertama
konvo
external hard disk
amek lesen
S.E xperia vivaz
my first car
netbook
bola guli
VB team
DSLR
family holiday
Encik P
settle ptptn
...bahagia sampai ke syurga...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...